Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan

Info Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19

Ramai tarik nafas lega bila PM umumkan penangguhan pinjaman bank (Moratorium) selama enam bulan termasuk lah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan pinjaman perniagaan.

Prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia sekarang yang tertekan dengan Covid-19, PTPTN juga turut serta meringankan beban peminjam dengan menawarkan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada para peminjam.

Tangguh Bayar PTPTN Akibat Penularan Covid-19

Mengambil kira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN. 

Kerajaan telah bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama enam (6) bulan mulai 19 Mac sehingga 30 September 2020.




Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara Automatik

Sehubungan dengan itu, peminjam yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara automatik tertakluk kepada keadaan berikut:

a)           Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji

Semua arahan dan penghantaran data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 .

Memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik.

Sila semak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini. Tiada pemulangan semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. 

Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.


 b)          Bayaran Balik Melalui Direct Debit

Semua penghantaran data potongan melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020

Sehubungan dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac sehingga 30 September 2020.


c)           Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking), Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan.

Peminjam dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di dalam tempoh ini. 

Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang telah diterima.



Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan

Bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang telah disediakan. 

Manakala peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct Debit pula dikehendaki membuat persetujuan di Portal Rasmi PTPTN  mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Selaras dengan penangguhan bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan sementara semua permohonan (Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman, 

Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman) bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

Diharap para peminjam faham dengan penerangan yang diberikan oleh pihak PTPTN. Kalau ada soalan dan masih memerlukan penerangan lanjut hendaklah di salurkan ke e-Aduan PTPTN. 



Pendapat aku Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bila kerajaan umumkan penangguhan bayaran balik PTPTN sedikit sebanyak aku rasa lega. Memang selama ni setiap bulan aku buat bayaran. 

Awalnya aku memang nak teruskan je buat bayaran memandangkan duit hutang memang aku asingkan setiap bulan. Duit belanja harian pun masih ada in sha Allah.

Cuma bila terfikirkan kemungkinan-kemungkinan akan memerlukan aku menggunakan duit masa waktu gawat ni yang buat aku fikir banyak kali. 

Alang-alang kerajaan dah offer kemudahan penangguhan apa salahnya kan?

Kena fikir juga tentang kos pentadbiran / ujrah yang masih dikenakan walaupun buat penangguhan bayaran dan semestinya tempoh bayaran balik akan dilanjutkan.

Sakit pula hati bila fikir. Bukan tak bersyukur. Ok lah untuk korang yang masih ada soalan boleh hubungi pegawai PTPTN. 


Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20%

Assalamualaikum. Hi. Kali ni Diah nak kongsi berita baik dengan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia. Siapa yang pinjam dan dah pun mula buat bayaran balik PTPTN kita memang geng. 

Tahniah di ucapkan sebab korang melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar hutang. Bukan apa untuk kesenangan generasi akan datang juga kan dan paling utama hutang itu WAJIB dibayar. 

Berita baiknya ialah kalau korang adalah peminjam PTPTN yang sudah bekerja dan sudah pun mula buat pembayaran semula pinjaman, korang berpeluang untuk rebut diskaun sebanyak 20%. 

Korang layak jika korang buat penyelesaian penuh hutang pinjaman tu sekarang. ya betul dalam tempoh yang ditetapkan. 


Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20% 

Tambahan lagi, kalau agak-agak nak buat pembayaran penuh tu bukan kemampuan korang, jangan risau sebab kalau nak buat penyelesaian separuh hutang pun korang masih layak rebut 10% diskaun. 

Pembayaran penuh boleh, pembayaran separuh pun boleh. 

Ikut kemampuan masing-masing. Diah ni kalau ada duit lebih mesti dah buat sebab suami sendiri dah lama selesaikan hutang PTPTN dia. 


REBUT DISKAUN 20% PTPTN!!!


Ada dua cara untuk korang buat bayaran dan rebut tawaran diskaun tu. 

Pertama ialah kalau korang memang ada lebihan tunai di tangan lepas lama menabung boleh la gunakan duit tersebut dan menuju ke PTPTN untuk buat bayaran. 

Boleh baca jenis-jenis saluran pembayaran semula PTPTN. Cara kedua ialah dengan menggunakan duit KWSP korang. 

Korang boleh buat pengeluaran Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Mudah kan? 


Bayaran Balik Pinjaman PTPTN


Diah banyak buat study pasal bayaran balik pinjaman PTPTN semasa mohon penukaran pinjaman konvensional kepada Ujrah dulu. Ala yang tukar kadar pinjaman dari 3% kepada 1% sahaja. 

Apabila pihak PTPTN buat pengiraan semula, pinjaman semasa Diploma dan Ijazah telah pun digabungkan menjadi satu pinjaman sahaja. 

Pengiraan bayaran balik termasuklah kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.


Peringatan kepada peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. 

Pesanan dari pihak PTPTN, bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. 

Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. 

Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Jadi untuk semua penggelar pinjaman, jom kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai penghutang. Lagi pun memang dalam Agama Islam dah didik umatnya, hutang hukumnya wajib dibayar. Selamat membayar. 

Kenapa Tukar Pinjaman PTPTN Skim Ujrah?

Aku habis Diploma tahun 2006 dan kemudian sambung Ijazah dan graduate sekitar bulan Ogos 2008. Semestinya aku buat pinjaman PTPTN untuk membiayai kos pengajian sepanjang aku belajar. 

Kalau ikut history bayaran balik memang agak kurang cantik sebab waktu itu aku agak struggle untuk dapat kerja yang elok. Nak makan pun susah weh apatah lagi nak buat bayaran pinjaman.

November lepas kecoh peminjam gagal bayar PTPTN dan disenarai dalam CCRIS. Untuk galakkan peminjam untuk bayar, kerajaan giat tawarkan promosi discount 20% jika bayar pinjaman sekaligus. 


Kenapa Tukar Pinjaman PTPTN Skim Ujrah?

Untung lah siapa ada duit dalam Akaun 1 KWSP, boleh buat pengeluaran bayar hutang. Zaman aku tandangan perjanjian PTPTN, waktu tu masih belum ada skim Ujrah.

Caj pentadbiran yang dikenakan ialah 3% dan untungnya kalau di bawah skim Ujrah kadar % menjadi 1%. Student zaman sekarang pula yang mohon pinjaman PTPTN memang dah tukar skim Ujrah.

Tukar Pinjaman PTPTN kepada Skim Ujrah

Untuk kes aku; aku ada dua pinjaman. Pinjaman Diploma dan juga pinjaman peringkat Ijazah bernilai hampir RM 35,000 secara keseluruhan.

Status aku: Bayaran bulanan yang tidak tetap dan pernah buat penangguhan bayaran sebab aku tak dapat gaji mencukupi. 

Syarat untuk melayakkan aku ambil Skim Ujrah ialah aku kena setuju untuk gabungkan kedua-dua pinjaman peringkat diploma dan juga ijazah.

Waktu tu PTPTN bagi tarikh sehingga 31 December 2014 yang merupakan hari terakhir untuk memohon penukaran Ujrah, dari 3% ke 1%. 

Selepas tarikh tu, masih boleh mohon Ujrah tapi setahu aku PTPTN kenakan syarat bayar sekurang-kurangnya 5% dari nilai penangguhan.


Cara Pengiraan Caj Pinjaman Ujrah

Untuk Ujrah, kadar 1% PTPTN akan kira dari baki pinjaman semasa. Ikut formula: Jumlah pinjaman semasa x 1% x tempoh bayaran balik. 

Jumlah pinjaman semasa merujuk kepada amount yang kita lambat bayar/ tangguh bayar/ insuran/ kos pentadbiran +principal kita pinjam dulu x kadar 3% charge conventional.

Pendek kata dia akan kira semula amount baru (semasa) dan PTPTN charge pada 1%. Rugi kat sini bila semakin tinggi jumlah semasa semakin tinggi upah pengurusan pembiayaan ujrah. 

Rugi la peminjam sebab dahla banyak tertangguh, upah tu lagi tambah bebanan. Macam PTPTN charge 3% pada pinjaman terdahulu + 1% kepada amount semasa pinjaman. 

Rasa rugi tu sebab macam jatuh ditimpa tangga la. Dahla bayaran tertangguh banyak, pastu PTPTN charge lagi. 

Tapi bila fikir, memang la rugi jangka pendek. tp jangka panjang? Dengan dosa teruskan pinjaman Riba lagi. Dah double triple rugi.

Bayaran bulanan: Sila bandingkan bayaran bulanan bila kita apply Ujrah (1%) dan conventional (3%).

Cara Semak Penyata Pinjaman Ujrah


Mohon Skim Ujrah PTPTN Secara Online

Oleh sebab nak jimat masa aku buat permohonan Ujrah secara online dan PTPTN akan jawab status permohonan melalui email. 

Syukur urusan aku dipermudahkan dan PTPTN emailkan detail perjanjian termasuk jadual pembayaran dan tarikh kena mula bayar.

Bila dah terima perjanjian melalui email, kau orang kena print, tandatangan dan kemudian kena submit ke cawangan PTPTN terdekat.

Jadi masih ada masa untuk aku bandingkan perjanjian baru dengan perjanjian asal PTPTN. Situasi aku:

Rate (3%):

Bayaran Bulanan Diploma = RM 201.07, Bayaran Bulanan Ijazah = RM 174.24. 

Jumlah aku kena bayar ialah RM 375.31.


Rate (1%) Ujrah:

Pinjaman Diploma dan Ijazah disatukan jadi aku hanya perlu bayar = RM 212.16


Harus di ingat untuk pinjaman asal, jumlah bayaran perlu dibayar akan meningkat setiap tahun mengikut jadual pembayaran disediakan. 

Manakala Ujrah pula, bayaran bulanan adalah kekal sehingga tamat tempoh bayaran balik.  

So kena tanya diri sendiri mampukah bayar jumlah tu dengan komitmen hutang yang lain. Aku memang decide nak pilih ujrah sebab:


#1 Mencari yang halal adalah fardhu (WAJIB) bagi setiap orang Islam.

#2 Bayaran bulanan dia lebih mampu bayar dari conventional.

#3 Bayaran untuk conventional (3%) akan berubah setiap tahun. Dia akan menaik dan terus menaik. 

Aku tak pasti peminjam alert ke tak tapi boleh refer kalkulator PTPTN tengok jadual dia, dan aku dah confirmkan dengan staff kat KL Sentral memang amount dia akan naik. 

Itu antara sebab tempoh bayaran balik pendek sikit berbanding skim Ujrah.

#4 Bayaran bulanan Ujrah yang dipersetujui tu memang dah cover kos takaful and in case mati takaful akan bayar so tidak effect kepada waris etc.

#5 Ujrah jugak boleh buat partially settlement or full settlement. Tengokla ada rezeki aku nak tutup satu pinjaman.

Ramai kawan-kawan aku yang stick dengan 3% tapi tak tahu bayaran sebenar yang perlu dia orang bayar. 

So andai kata bayar rendah dari amount yang dicadangkan dalam jadual so memang tak guna la. Hutang akan bertambah banyak dan terus tertindas.


Alasan Tolak Skim Ujrah Takut Potong Gaji

Ramai tak mahu Ujrah sebab nanti khabarnya kena tolak melalui potongan gaji. Masa aku mula-mula tahu macam lecehla jugak sebab nanti kot la tetiba aku nak guna duit so payahla nak skip. 

Then, aku ni kerja swasta, leceh kot nak update PTPTN untuk update company baru kalau tukar kerja.





KEBENARANNYA ialah TAK WAJIB BUAT POTONGAN GAJI. Waktu tandatangan agreement akan ada satu borong khusus untuk potongan gaji. Sila jangan isi.

Ini situasi aku sebagai pekerja swasta pada hujung tahun 2014. 

Yang isu kakitangan kerajaan hujung tahun 2015 kena potong gaji tu sampai tinggal belas ringgit je gaji tu aku tak sure perlaksanaan macamana. 

Tah diwajibkan kot kakitangan kerajaan kena buat potongan gaji.

Macam aku confuse jugak mula-mula sebab ada kat master agreement surat kebenaran 1 & 2. Surat kebenaran 2 tu yang memang dinyatakan untuk potongan gaji. 

Memula aku memang tak sign, tak nak potong gaji punya pasal; then staff tu explain yang dalam master agreement memang kena sign je tapi masa dekat form attachment jangan isi and sign.

Borang kebenaran 2 tu sebagai back up in case in future peminjam ubah hati nak buat potongan gaji.  

So PTPTN xyah sibuk nak suruh peminjam isi and effect agreement yang telah dibuat. Siap lengkap segala dokumen, serahkan kepada pegawai PTPTN.

Jadi itu sahaja kisah aku kenapa aku memilih pinjaman Skim Ujrah yang PTPTN tawarkan. 

Pening juga awal-awal, tapi demi memastikan hutang dibayar, walaupun lambat lagi nak habis tapi kita cuba lah ye. Kasihan untuk adik-adik, anak-anak yang nak sambung belajar dan nak mohon pinjaman.

 

Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah

Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu. 

Pengajian Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda. 


Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah. 

Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah. 


Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah


 



Recall balik apa berlaku:

Apply Ujrah hujung December 2014 di cawangan KL Sentral.
Ikut jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.

Dari aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.

Semak baki bayaran.

Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional dan Ujrah.

Untuk conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada kata laluan. 

Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password. PTPTN akan hantar email new password. 

Ha yang ni pening sikit sebab system diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza. 

Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh. Ihihihi.  Lepas dapat log in korang tukar la password yang korang nak.


Korang refer gambar bawah ni untuk lagi clear k. 



melalui email tadi dia bagi link..korang click je




masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link..

yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah..
yg penting kena ada kata laluan



yang ni page kalau click penyata pembiayaan  Konventional..
yg penting korang hafal no pinjaman..


Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral. 

Senang nak tanya.  yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg. 

 

Cara Mohon Ujrah PTPTN

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader yang tanya tentang macamana nak apply Ujrah? Nak tahu tentang detail serta kenaikan bunga jika lambat bayar pinjaman. 

Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah.








Cara Mohon Ujrah 


Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan Ijazah]. 

Penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  



Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.


Cara Permohonan 

Untuk mohon boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Memohon melalui online dan kena masuk website  PTPTN  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan tandatangan agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. 
Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. 

Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. 

So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. 

Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Kau orang juga boleh  minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.

Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri. 

Selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 

* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. 

Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.