Memaparkan catatan dengan label Salon Muslimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salon Muslimah. Papar semua catatan

Buat Rawatan Scalp Treatment – Rambut Gugur

Diah memang kalah dan cepat rimas dengan rambut yang semakin tebal. Dengan cuaca panas sekarang ni cepat betul sakit kepala.

Minggu lepas hampir setiap hari Diah sakit kepala. Memang dari dulu tak boleh simpan rambut panjang.

Perasan juga, selepas berkahwin memang tak pernah lagi simpan rambut panjang macam zaman anak dara dulu.

Syukur suami memahami. Dia tidak menghalang juga tidak menggalakkan berambut pendek. 

Yelah dia juga yang nak tengok isteri dekat rumah, asal sedap mata memandang kira okay la.


Nieza-salon-wangsamaju


 

Buat Rawatan Scalp Treatment – Rawatan Rambut Gugur

 

Rancangan awal nak ke salon sebab nak potong rambut. Tapi bertukar jadi rawatan scalp treatment sebab rambut Diah banyak gugur.

Itu pun setelah dinasihatkan oleh pekerja salon dan ini merupakan pengalaman pertama Diah buat Scalp Treatment.

Selalu akan minta suami yang potongkan rambut. Tapi memandangkan tangan dia sakit dan masih dalam rawatan jadi terus ke salon.

Sekali sekala manjakan diri dan kiranya hadiah dari suami untuk me-time. Sebelum ni pernah cuba potong rambut di Salon Siti Alzahrah, dan SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa


potong-rambut-Nieza-salon-wangsamaju


 

 

Scalp Treatment & Potong Rambut Pendek

  

Untuk potong rambut kali ni Diah dah buat temujanji di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk sederet Bank Islam.

Waktu temujanji adalah pukul tiga petang dan waktu tu ada beberapa pelanggan yang lain dalam salon. Tempat dia selesa dan pekerja dia pun ramah dan bersopan.

Perkara pertama adalah pekerja akan analisis keadaan kulit kepala menggunakan mesin khas (Hair Theraphy Machine) dan cadangkan rawatan.


Rawatan-Scalp-Treatment-hair-theraphy-machine



Mesin macam nak scan perut ibu mengandung tapi ini dia tonyoh alat tu dekat kulit kepala kita. 

Terpampanglah kulit kepala Diah di skrin dan dia terangkan keadaan kulit kepala yang sihat versus kulit kepala Diah.

Result: kulit kepala jenis berminyak, folikel rambut ada yang tersumbat, ada juga sedikit kelumumur dan ada masalah rambut gugur.  

 


Kelebihan Rawatan Scalp Treatment


Ikut apa pekerja tu terangkan, setiap satu folikel sepatutnya ada empat helai rambut, kalau kurang dari tu maksudnya ada masalah rambut gugur.

Jadi dia cadangkan untuk buat rawatan Scalp Treatment. Dari mula rawatan sehingga rambut di potong ambil masa lebih kurang sejam setengah.


Antara kebaikan Scalp Treatment adalah:

  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Menyubur dan menyihatkan rambut
  • Menguatkan akar rambut
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Mengurangkan masalah kelumumur
  • Membersihkan kulit kepala

 

Rawatan-Scalp-Treatment



Scalp Treatment Untuk Masalah Rambut Gugur


Bagusnya pekerja salon ni terangkan satu-satu proses scalp treatment dan tidaklah rasa tertanya-tanya. Lemah lembut dia buat kerja.

Mula-mula dia letak Exfoliating Scalp Serum dan sapu ke seluruh kulit kepala. Dia urut kepala tu yang seronok.  

Selesai sapu serum kemudian kena basuh rambut. Waktu basuh rambut paling Diah suka. Bila air paip yang sejuk tu kena kulit kepala rasa segar sangat.

Seterusnya, scalp treatment cream disapu pada rambut dan kepala dibalut dengan tuala. Dibiarkan selama 20 minit dan dipasangkan alat macam topi angkasa tu.

Ada lampu merah dan keluar asap. Entah saya tak tahu nama apa. Sorry. Selesai 20 minit, sekali lagi kena bilas rambut.

Selesai keringkan rambut, Langkah terakhir ialah disapukn dengan hair serum bertujuan untuk kuatkan akar rambut dan elak rambut gugur.

Selepas itu baru lah hair stylist datang dan gunting rambut Diah. Jumlah yang dibayar untuk Scalp Treatment, Cut & Wash hair untuk rambut pendek ialah RM99.


 

Review Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju


Setelah bertahun-tahun asyik tertangguh dan selalu penuh je Nieza Salon Muslimah ni akhirnya dapat juga potong rambut dekat sini.

Pujian harus diberikan sebab pekerja dia berpengalaman (hair stylist), pekerja tak buat cross selling yang keterlaluan dan bersopan.

Diah tak rasa dipaksa untuk buat rawatan. Itu paling penting jadi kita tidak la serik nak datang lagi. 

Oh pekerja tu advise, kalau kulit kepala berminyak kena buat double cleansing (syampu dua kali) kemudian pakai perapi. 

Untuk kulit kepala berminyak macam Diah kena sapu berhati-hati dan elak kena kulit kepala. Perapi untuk ramut sahaja. 

Korang yang nak gunting rambut di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju elok buat tempahan awal ya.


harga-salon-nieza




Cara nak buat tempahan, boleh rujuk Instagram mereka. Nanti akan chat dengan bot mereka. Proses nak book agak panjang tapoi lengkap dengan maklumat.

Lepas book status akan jadi pending, tunggu mereka balas untuk confirmkan booking. Awalnya macam nak putus asa sebab sehari juga ambil masa untuk confirmkan slot.

 

Kesimpulan

Secara keseluruhan pengalaman buat rawatan Scalp Treatment – Rawatan Rambut Gugur di Nieza Salon Muslimah Wangsa Maju memuaskan hati. Come again? Sudah semestinya.

 

Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut

Kisah kemalangan tergunting telinga waktu gunting rambut jadi dekat diri sendiri masa 6 Ramadan lepas. 

Bila ingat semula memang terasa ngeri, tapi tetap nak kongsi sebagai panduan di masa akan datang. Harapnya tidak lah aku alami lagi pengalaman ngeri melibatkan darah ni. 

Aku penakut darah, tak suka jarum suntikan, dan boleh kena panick attack kalau nampak kemalangan depan mata. 

Berbalik kepada cerita tergunting telinga, kisahnya bermula pada tengahari Ramadan ke enam. 

Sehari sebelum tu aku ada minta suami guntingkan rambut sebab aku tak selesa rambut aku dah panjang.



Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut 


Memang sebelum ni suami lah menjadi tukang gunting rambut aku dan anak-anak. Tambahan pula waktu PKP ni, memang payah nak jumpa salon Muslimah yang beroperasi. 

Aku dah survey sebelum tu tapi memang tak available. Pilihan terakhir minta bantuan suami, lagipun sebelum ni okey je dia gunting. 





Kejadian Sebelum Tergunting Telinga

Aku ingat lagi masa tu semua berjalan seperti biasa, anak-anak tenang tengok TV, cuaca pon cantik. 

Oh ya suami potong rambut aku masa tu kami duduk di beranda rumah sambil dengar lagu raya. Kejadian berlaku pada pukul satu petang macam tu. 

Dijadikan cerita elok lepas aku tunjuk contoh rambut penyanyi Shima dalam video klip raya, masa tu telinga aku dah tergunting. Adoi. 

Aku sempat menjerit sambil pegang telinga. Masa ni tak sakit tapi lebih kepada takut nak tengok apa jadi dekat telinga. Aku rasa ngilu masa cerita ni. 

Oh sebelum ni kalau nak gunting rambut, aku pernah ke beberapa Salon Muslimah sekitar KL macam dekat bawah ni: 

Salon Siti Alzahrah   |  SCENTUAL BEAUTY   |   AFIYA Muslimah Salon



Kronologi Tergunting Telinga Isteri

Aku dah start panik. Suami apatah lagi. Bersalah semua ada. Yes, gunting besi tu tajam gais. Aku masuk rumah cuba digest apa jadi, berdiri depan cermin dan evaluate tahap kecederaan. 

Tak boleh jadi sebab darah start mengalir, tak menitik tapi non-stop keluar. Terus sarung baju pakai tudung ajar suami ke klinik. Kami tawakal tinggalkan anak-anak di rumah, pesan dekat si abang jangan bergaduh.  

Dekat rumah dah menggelupur call klinik tanya advise patut ke hospital terus atau rujuk klinik dulu. Waktu Covid ni elok call sebelum terjah. After servey beberapa klinik yang dapat rating bagus suami terus drive ke klinik. 

Aku jalan masa ni senget dah. Oh ya yang luka telinga sebelah kiri. Memang aku pegang tudung supaya tak terkena bahagian luka yang terbuka. 

By the way, luka aku ni agak besar sebab kulit bahagian atas cuping aku terpotong habis. Ngeri lagi ni. klinik pertama aku pergi agak slow process dia jadi aku tak tunggu lama pergi ke klinik Siti di Taman Melawati. 

Syukur sangat-sangat doktor baik, customer service pon cepat. Doktor agak terkejut dengan bahagian luka tapi dia tak boleh jahit since besar sangat. Bahaya dan perlu khidmat pakar untuk decide. 

Kalau dia jahit juga boleh datangkan risiko. Lagipun bahagian telinga mana ada banyak kulit nak tarik dan saraf dekat telinga is complicated. 

Doktor sediakan referral letter dan kami ke Hospital Tawakkal. Dalam surat mention ke bahagaian Emergency dan doktor letak remark keluasan luka lebih kurang 5cm. 





Rujukan Ke Hospital Tawakkal

Dekat klinik Siti aku sedikit tenang tapi tekanan darah agak tinggi. Mana tak tinggi aku cuak weh. Doktor buat dressing dan beri ubat stop darah. Dia kata kalau tangguh ke klinik dan lambat jumpa doktor takut lagi teruk. 

Selesai dapat rawatan kecemasan kami terus ke Bahagian Emergency Hospital Tawakkal dekat Jalan Pahang. 

Masa tu waktu dah pukul 2 lebih. Aku minta bantuan adik aku untuk jagakan anak-anak. Dalam otak risau kena admit je. Syukur Allah permudahkan segala urusan. 

Kami sampai di Hospital Tawakkal pada pukul tiga petang. Sebelum terima rawatan kami disuruh daftar dan seperti biasa kena scan MySejahtera, isi form. 




Bahagian kaunter advise untuk buat deposit terlebih dahulu incase doktor suruh admit wad. Kalau tak perlu admit, duit akan dipulangkan kemudian. Urusan smooth sangat. Cuma cuak sebab kami lalu dia kawasan orang menunggu untuk buat swab test Covid. 

Masa register sekali lagi kena ambil tekanan darah dan disuruh cerita kejadian. Ulang balik apa berlaku. Tak lama menunggu, doktor lelaki berbangsa Cina masuk bilik rawatan. 

Dia tengok, belek-belek dan kemudian beri arahan dekat nurse supaya cuci dan balut luka. Sekali lagi aku hadap benda yang aku tak suka. 

Menurut doktor (apa aku faham), tak perlu jahit memandangkan luka tak dalam dan tak terkena isi, Cuma yang teruk hanyalah bahagian luar luka, kulit yang terpotong agak besar kawasan dia. Kalau jahit nanti buruk lah agaknya. 

Nurse yang berikan rawatan pada aku pun tak sengaja luahkan rasa ngeri dia. Aku yang terbaring terima rawatan ni apatah lagi rasa ngilu bila luka disentuh. 

Masa ni bersyukur tak serius sangat tapi aku agak kecewa tak dijahit. Aku benci tengok luka tu terbuka. Nampak isi. Mungkin doktor tak nak cacatkan telinga aku jadi redha jelah. 

Waktu rawatan aku juga diberi suntikan kancing gigi sebab aku luka disebabkan gunting besi. Walaupun besi tu tak berkarat tapi sebagai langkah pencegahan kena la cucuk. 

Last kena cucuk kancing gigi ialah masa mengandungkan Airis. Ibu-ibu faham kot perasaan dia, suntik kancing gigi menyakitkan ya, tangan lenguh beberapa hari dan sakit bila nak angkat tangan. 

Selesai urusan, dah masuk waktu Asar baru kami sampai rumah. Hospital bekalkan ubat cuci luka dan ubat tahan sakit. 

Doktor pesan kalau demam, luka bernanah kena cepat-cepat refer doktor. Balutan di telinga kena buka selepas 24 jam supaya bahagian luka kering. Jumlah bil rawatan ialah RM190.30. 




Balik dari hospital suami sempat singgah di Param beli juadah berbuka. Walaupun cedera puasa aku masih terjaga. Alhamdulillah. 

Malam tu kami berbuka berdua. Anak-anak berbuka dengan adik aku dekat rumah kakak aku di Puncak Alam. 

Bahagian paling seksa ialah nak cuci luka dan juga solat. Aku solat dengan kepala teleng sebelah kiri. 

Memandangkan suami aku seram nak cuci luka, anak aku yang sulong banyak bantu aku. Terpaksa harapkan dia. 

Hari kedua dan ketiga aku menangis waktu cuci luka, 3 hari aku mandi tapi tak cuci rambut. Kena pastikan luka tak kena air supaya cepat kering. Seksanya Tuhan je yang tahu. 

Suami banyak kali minta maaf sebab dia tak sengaja. Reaksi aku? tak ada perasaan ya. Aku faham situasi kejadian jadi aku tak salahkan suami. Cuma aku jadi trauma. 

Ujian Allah hantar tanda sayang. Aku bangga dengan diri sebab aku kekal tenang beri arahan di waktu kecemasan. Paling penting aku tak panik dan aku tak marah. 

Banyak pengajaran aku dapat disebabkan kejadian ni, aku belajar panik tak mendatangkan faedah. Paling utama kuasai diri dengan betulkan teknik bernafas. Bernafas dengan betul dapat bantu kita berfikir dengan waras. 

Apa pun, luka telinga aku sembuh selepas seminggu. Pantang? Tak aku tak pantang makan pun. kesan dia cuping telinga aku bahagian atas ada kesan (lari sikit bentuk dia) dan masih lagi ngilu dan ada rasa sakit mencucuk. 

Sampai sekarang bahagian kulit, terutama kesan luka tu selalu tiba-tiba gatal. 

Salon Siti Alzahrah Gunting Rambut Khas Untuk Muslimah

Minggu lepas berjaya juga aku gunting rambut. Semenjak anak tiga ni aku memang tak tahan kalau rambut panjang, aku cepat sakit kepala dan selalu moody. Rasa berat je kepala walhal rambut aku bukanlah tebal sangat pun.

Kalau dulu aku memang suka potong rambut pendek sebab mudah nak pakai tudung dan rambut cepat kering untuk ke pejabat. Dah biasa berambut pendek jadi seronok pula. 

Mujur suami tak bangkang. Style potongan paling aku suka ialah boy cut, tapi bukanlah seratus peratus kelihatan jantan. Aku minta tukang gunting trim bagi nampak feminim sesuai dengan jantina. Lol.



Salon Siti Alzahrah Gunting Rambut Khas Untuk Muslimah


Aku selalu pelik kenapa kedai gunting rambut untuk lelaki banyak dan bilangan salon untuk muslimah boleh dikira dengan jari. 

Kan syok kalau dapat potong rambut macam orang lelaki. 15 minit dah siap, itupun ada yang lebih cepat dari tu.






Tukang Gunting Rambut Wanita


Ini kali kedua aku gunting rambut di Salon Siti Alzahrah yang memang khas untuk muslimah sahaja. Tempat dia selesa, luas, tertutup dan semestinya untuk wanita sahaja.

Elok je kaki melangkah masuk ke salon, telinga mendengar alunan bacaan ayat suci AlQuran. Tenang je jiwa.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang pengalaman gunting rambut di Salon Siti Alzahrah, aku nak kongsikan behind the scene terlebih dahulu. 

Kalau ikut rancangan awal, aku dah survey beberapa salon muslimah yang berdekatan dengan Wangsamaju yang mendapat rating bagus di Google Review.

Ada satu salon muslimah yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk, rating ok dan harga pun berpatutan tapi sayangnya slot pada hari tu penuh dari pagi hingga petang. 

Oleh sebab adik aku pun nak gunting rambut jadi gigih lah kami cari salon lain. Kalau ikutkan aku give up je.

Sebelum tu kami makan Dubuyo dalam Wangsa Walk dan kemudian plan nak ke Setapak Central dengan harapan akan terjumpa salon yang masih terima pelanggan walaupun masa tu dah hampir pukul 5 petang.





Salon Siti Alzahrah Cawangan Sri Rampai Wangsamaju

Masa dalam kereta aku sempat google dan terjumpa Salon Siti Alzahrah. Dia ada 3 cawangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Bangi Gateway dan yang aku pergi ni adalah cawangan Sri Rampai, Wangsamaju. 

Salon Siti Alzahrah ni betul-betul terletak di atas restoran Domino’s Sri Rampai. Sederet dengan Wahab Cendol dan Hospital Rampai Puteri.

Aku juga pernah gunting rambut di AFIYA Muslimah Salon, Spa & Boutique

Wangsamaju memang begitu dekat di hatiku. Anak aku sekolah KAFA di Sri Rampai, aku duduk bujang dulu di Seksyen 1 Wangsamaju, dan aku lahirkan anak ketiga di Hospital Rampai Puteri, disambut oleh Doktor Zana Zalinda. 

Lepas tu banyak pulak port makan, selalu beli durian dekat Sri Rampai lah.

Alhamdulillah urusan kami nak gunting rambut smooth aje. Sebelum pergi aku dah siap call dan kebetulan hanya tinggal seorang sahaja pelanggan tengah gunting rambut jadi tidaklah perlu menunggu lama. 

Kalau kau orang nak pergi gunting rambut dekat mana-mana salon sekalipun buat temujanji dulu okey or else tiada rezeki balik tangan kosong je nanti.

Alang-alang dan berpenat cari salon muslimah aku gunting dan cuci rambut sekali. Sebelum bermula, pekerja salon tu guna mesin khas untuk lihat keadaan kulit kepala aku. 

Seakan-akan mesin untuk tengok kulit muka kita tu. Rasa nak muntah pun ada sebab dia zoom sehingga ke kulit kepala.





Kelihatan menakutkan sebab kita nampak sebijik-sebijik apa ada atas kepala. Kalau ada kutu mesti nampak kutu tengah seronok hisap darah dan berlari-lari atas kepala. 

Gituh. Kulit kepala aku berminyak dan ada kelumumur jadi aku request untuk cuci rambut dan guna syampu treatment kelumumur.

Aku terpaling suka kalau cuci rambut sebab rasa seronok orang urut kepala. Rasa nyaman nak tidur. Okeh kalau kaya aku nak ada tukang gunting rambut peribadi. 

Ah gitu berangan tak salah okeh. Siap cuci semua baru lah pekerja mula gunting rambut aku.

Seronok di Salon Siti Alzahrah ni pekerja dia sangat ramah, tak sombong dan tak berlagak. Mulut tak berhenti bercakap dan kongsi tips berguna penjagaan rambut. 

Dia akan suggest penyelesaian untuk rambut bermasalah. Kiranya buat direct selling tapi bukan dalam keadaan memaksa.

Paling penting kalau jaga rambut kena tahu cara pakai produk penjagaan rambut macam perapi dan serum dengan betul. Nak rambut cantik terurus dan sihat kena guna perapi ya. 

Tidak kisah apa jua jenama yang ada di pasaran asalkan sapu pada rambut dah cukup bagus.

Perkhidmatan salon di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati pun aku pernah cuba





Harga Gunting & Cuci Rambut 


Jumlah bayaran untuk perkhidmatan yang aku perlu bayar ialah sebanyak RM85. RM45 adalah caj cuci rambut termasuk syampu kelumumur yang dia guna dan RM40 untuk caj potong rambut. 

Rambut sebelum aku ialah panjang paras bahu macam tu, dan aku request potong pendek. Makin panjang rambut semakin mahal bayaran dikenakan okeh.

Untuk kau orang yang mencari salon muslimah sekitar KL terutama berdekatan dengan Wangsamaju boleh cuba ke Salon Siti Alzahrah. 

Scentual Beauty Muslimah Hair & Beauty Spa

Jadi suri rumah ni kalau sesekali dapat manjakan diri dekat salon memang gembira tak terkata. Yelah hari-hari bertugas dan menghadap rutin yang sama. Penat tak usah cerita la. Sesekali manjakan diri tu memang perlu. 

Kebetulan rambut dah semakin panjang, lepas tu asyik la sakit kepala. Belum masuk bab rambut gugur tu. Kadang-kadang seram kalau lepas mandi sikat rambut kemain banyak rambut gugur. 

Minggu lepas sempat manjakan diri di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa. Nak potong rambut nak pendek kan sikit je sampai paras bahu.  


SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati


Kalau dulu masa bujang memang mak la tukang gunting rambut kami adik beradik. 

Bab menjahit, gunting rambut, memasak memang serah je dekat mak. Tapi bakat mak tu satu pun tak turun dekat Diah. Tangan tak berseni. Huhuuhuh. 




Kalau dulu nak mencari salon muslimah memang sedikit sukar. Kalau ada pun salon tu hanya akan tarik tirai untuk tutup dari pandangan awam. Kiranya aurat tu tak la terjaga sepenuhnya. 

Tapi sekarang Alhamdulillah, dah semakin banyak pilihan salon muslimah dekat KL ni. 

 


Salon Muslimah



Muslimah Hair & Beauty Spa Mesra Pelanggan


Diah dah pernah cuba beberapa salon muslimah di sekitar KL dan yang terbaru di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni memang Diah amat berpuas hati. Selain dari kemahiran menggunting, layanan mereka terhadap pelanggan sangat mesra. 

Tak la kekok sepanjang berada di sana. SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni hanya menerima pelanggan wanita dan lelaki tidak dibenarkan masuk. Jadi memang selesa lah. 

Kebetulan masa Diah terjah SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni ada pelanggan tengah dapatkan rawatan rambut jadi sementara nak siap tu dapatlah Diah menyelit minta Sue potongkan rambut. 

Rezeki betul sebab salon kebiasaanya memang kena buat temujanji ya. Walau pun terjah macam tu; Sue, pemilik SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni tetap layan dengan senyuman manis. Dah alang-alang potong cuci sekali terus. Hilang segala stress. 


Pakej Rawatan Scentual SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa


Menurut Sue, Scentual SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ini telah beroperasi selama 4 tahun dan banyak menerima feedback yang positif daripada pelanggan mereka. 

Diantara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah merangkumi kecantikan dari hujung rambut kehujung kaki termasuk bekam dan waxing tau. 


SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati



Harga yang mereka tawarkan juga berpatutan. Boleh ikuti media sosial @scentualbeauty di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat promosi yang tengah berlangsung. 
  1. Hair Cut
  2. Hair Treatment
  3. Hair Rebonding
  4. Hair Colouring
  5. Hair Styling
  6. Body Scrub
  7. Boody Exfoliate
  8. Body Mask
  9. Sauna
  10. Mandi Susu
  11. Mandi Bunga
  12. Facial
  13. Massage
  14. Bertangas
  15. Waxing
  16. Manicure
  17. Pedicure

Pendek kata untuk muslimah yang nak cari Salon Muslimah yang mesra pelanggan, mesra aurat dan pakej rawatan untuk mencantikkan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa adalah Salon yang patut anda cuba. 

Salon ini dibuka SETIAP HARI bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Boleh call dan tetapkan temujanji anda sebelum terjah ok. Senang je nak cari lokasi SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni dan banyak parking lot. Boleh waze alamat di bawah:

SCENTUAL BEAUTY
19-1 Jalan Wangsa Setia 1,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
016-412 6677


Hair cut

AFIYA Muslimah Salon, Spa & Boutique

Memang sejak dari bujang lagi kalau nak potong rambut mesti akan suruh mak potongkan. Selain menjahit mak pandai potong rambut. Kenapalah aku tak dikurniakan bakat macam tu. Lol. 

Semenjak mak kurang sihat jadi adik aku ambil tugas untuk potong rambut kami adik beradik.

Bayangkan dari kecil kami semua macam tu, bukan nak berjimat pun tapi tahlah selesa kot. Tapi sekarang dah jadi susah sebab adik dah kerja dan kami semua waktu cuti tak sama. 



AFIYA Muslimah Salon, Spa & Boutique 


Nak tunggu balik kampung memang lambat lah jawabnya.

Jadi aku pun start la survey salon muslimah yang ada dekat KL, nak cari kawasan yang dekat dengan Wangsamaju dan sekitar. 

Sebelum ni aku pernah pergi ke salon yang Muslimah friendly which is dia ada sediakan kerusi khas dan juga langsir untuk cover aurat muslimah. Bagi aku tak selesa.





Pengalaman Tak Best Tukang Gunting Tak Friendly


Sebelum ni aku pernah gunting rambut di Sri Rampai Business Park tapi sayangnya aku agak kurang selesa gunting rambut di situ. 

Masa tu aku gunting tanpa cuci sahaja dan kena bayar RM35++. Rambut aku bukan panjang pun dan aku request boy cut.

Aku jadi tak berkenan sebab staff dia langsung tak friendly dan masih muda. Sebab serik memang aku tak mahu datang dan cari salon lain. 



Cuci Dan Gunting Rambut Di Salon Muslimah AFIYA, Dataran Wangsa  


Salon Muslimah AFIYA ni pula terjumpa sebab dia bangunan sederet dengan kedai barangan bayi ManjaKu dan Klinik Anda (Klink ibu mengandung). 

Masa tu nak beli barang baby then ternampak signboard dan saja cuba nasib.

Suami suruh cuba, dengan tak tengok review di Google aku pun cubalah. Alhamdulillah tak menyesal. Aku bayar RM45 untuk cuci dan potong rambut. Oleh sebab aku request patern rambut ikut catalogue dan senior hairstylist yang gunting jadi harga macam tu.

Kalau nak potongan biasa, harga untuk cuci dan gunting ialah RM35. Aku tak kisah asalkan servis bagus, rambut aku tak senget.

Satu lagi Salon boleh pergi Salon Siti Alzahrah Gunting Rambut







Suka betul bila dapat cuci rambut. Mula-mula dia cuci tu syiok gila. Kebetulan kepala tengah pening selesema. Bersopan la dia pegang kepala dan cara urut tu. Dari shampoo, urut kepala, badan dan cuci rambut semua best. Rasa nak tidur je.

Lepas cuci baru start gunting rambut. Hampir nak tertidur sudahnya. Overall puas hati sebab staff friendly, berbaloi apa yang dibayar. The staff ingatkan yang kalau next time kalau datang Jumaat-Ahad kena buat appointment elak balik dengan tangan kosong. 

Boleh rujuk harga masa aku pergi macam dekat bawah. Mungkin ada kenaikkan harga jadi confirmkan dengan Salon Afiya ya. 









Untuk korang yang stress, penat bekerja pergilah manjakan diri buat massage ke, buat rawatan muka ke. Kembalikan semangat korang ok.

Kat Salon Muslimah AFIYA ni bukan setakat ada cuci potong rambut je, dia ada perkhidmatan manicure & pedicure, urutan badan, facial, turut menjual barangan kecantikkan dan pakaian.

Untuk korang yang nak ke Salon Afiya, sila hubungi no dibawah dan buat temujanji ok. Risau penuh dan terpaksa balik tangan kosong je nanti.

Address: 52, Jalan Dataran Wangsa 1, 
Dataran Wangsa Melawati, 
53300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Hours: 10:30AM–7:30PM 
Phone: +6019 290 3529