Gunting Rambut di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati

Jadi suri rumah ni kalau sesekali dapat manjakan diri dekat salon memang gembira tak terkata. Yelah hari-hari bertugas dan menghadap rutin yang sama. Penat tak usah cerita la. Sesekali manjakan diri tu memang perlu. Kebetulan rambut dah semakin panjang, lepas tu asyik la sakit kepala. Belum masuk bab rambut gugur tu. Kadang-kadang seram kalau lepas mandi sikat rambut kemain banyak rambut gugur. 

Minggu lepas sempat manjakan diri di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa. Nak potong rambut nak pendek kan sikit je sampai paras bahu.  Kalau dulu masa bujang memang mak la tukang gunting rambut kami adik beradik. Bab menjahit, gunting rambut, memasak memang serah je dekat mak. Tapi bakat mak tu satu pun tak turun dekat Diah. Tangan tak berseni. Huhuuhuh. 

Hair cut Salon Muslimah
SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa

Kalau dulu nak mencari salon muslimah memang sedikit sukar. Kalau ada pun salon tu hanya akan tarik tirai untuk tutup dari pandangan awam. Kiranya aurat tu tak la terjaga sepenuhnya. Tapi sekarang Alhamdulillah, dah semakin banyak pilihan salon muslimah dekat KL ni. 

Salon Muslimah
Liputan akhbar tentang SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati

Muslimah Hair & Beauty Spa Mesra Pelanggan

Diah dah pernah cuba beberapa salon muslimah di sekitar KL dan yang terbaru di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni memang Diah amat berpuas hati. Selain dari kemahiran menggunting, layanan mereka terhadap pelanggan sangat mesra. Tak la kekok sepanjang berada di sana. SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni hanya menerima pelanggan wanita dan lelaki tidak dibenarkan masuk. Jadi memang selesa lah. 

Kebetulan masa Diah terjah SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni ada pelanggan tengah dapatkan rawatan rambut jadi sementara nak siap tu dapatlah Diah menyelit minta Sue potongkan rambut. Rezeki betul sebab salon kebiasaanya memang kena buat temujanji ya. Walau pun terjah macam tu; Sue, pemilik SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni tetap layan dengan senyuman manis. Dah alang-alang potong cuci sekali terus. Hilang segala stress. 

Pakej Rawatan Scentual SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa

Menurut Sue, Scentual SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ini telah beroperasi selama 4 tahun dan banyak menerima feedback yang positif daripada pelanggan mereka. Diantara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah merangkumi kecantikan dari hujung rambut kehujung kaki termasuk bekam dan waxing tau. 

SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati
Harga yang mereka tawarkan juga berpatutan. Boleh ikuti media sosial @scentualbeauty di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat promosi yang tengah berlangsung. 

Hair Cut
Hair Treatment
Hair Rebonding
Hair Colouring
Hair Styling
Body Scrub
Boody Exfoliate
Body Mask
Sauna
Mandi Susu
Mandi Bunga
Facial
Massage
Bertangas
Waxing
Manicure
Pedicure

Pendek kata untuk muslimah yang nak cari Salon Muslimah yang mesra pelanggan, mesra aurat dan pakej rawatan untuk mencantikkan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa adalah Salon yang patut anda cuba. Salon ini dibuka SETIAP HARI bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Boleh call dan tetapkan temujanji anda sebelum terjah ok. Senang je nak cari lokasi SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni dan banyak parking lot. Boleh waze alamat di bawah:

SCENTUAL BEAUTY
19-1 Jalan Wangsa Setia 1,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
016-412 6677

Hair cut
Turut menjual Baju & Tudung

3 comments:

  1. sekarang ni memang blum banyak salon muslimah, tempat saya pun ada berapa je.

    ReplyDelete
  2. nak cari spa yang muslimah susah kan..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Bagus bila semakin banyak salon muslimah.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.