Memaparkan catatan dengan label ZUS Coffee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZUS Coffee. Papar semua catatan

Cuba Coffizz Original ZUS Coffee

Suami belikan aku air tin Coffizz Original dari ZUS Coffee. Ini kali pertama aku cuba. Aku baru tahu yang ZUS Coffizz ialah minuman kopi berkarbonat pertama di Malaysia dalam tin.

Tak terjangkau dalam fikiran aku “kopi bergas” ni wujud. Pelik tapi benar. Korang kena bayangkan ekstrak kopi digabungkan dengan soda.

Katanya dia teringat aku masa nampak air tu. Memang dia tahu aku suka minum kopi.

Pertama Kali Cuba Coffizz Original ZUS Coffee

Dalam banyak-banyak minuman kopi, hanya Latte dan Mocha yang aku kerap minum. Lain-lain tu masih boleh ditelan tapi aku tak berapa enjoy nak minum.

Suami teruja suruh aku cuba sebab coffizz nampak lain dari kopi biasa. Walhal suami tak minum kopi ya. Gigih belikan aku setin.

Serius lawa la tin dia, dengan warna biru ZUS, nampak moden. Dalam kepala aku bayangkan kopi O sejuk yang manis dan sedap.

Rupanya, jangkaan aku silap ya.

Coffizz-Original-ZUS-Coffee


Review Jujur Coffizz Original ZUS Coffee

Dekat tin ada tulis, lebih enak disajikan dingin. Jadi aku letak dalam fridge esoknya baru aku minum. Bila buka tin, ada bau kopi tapi tidak terlalu kuat.

Tapi bila teguk yang pertama, terus rasa lain. Ada rasa masam sikit dan berkarbonat. Bergas macam soda, tapi ada rasa kopi dekat hujung-hujung.  

Coffizz-ZUS-Coffee

Otak aku macam keliru tau, bila telan banyak kali rasa macam tengah minum air Coke.  Bukan tak sedap. Cuma bukan rasa kopi yang aku biasa minum.

Aku suka kopi yang creamy, ada susu. Coffizz Original ni lebih kepada sparkling coffee. Rasa ringan, segar dan memang ada rasa masam citrus tu.

Rasa dia tidak la teruk tapi cuma tidak memenuhi jangkaan dan apa yang aku bayangkan. Tapi kalau korang nak cuba dipersilakan sebab tekak kita lain-lain. Aku letak link Shopee, beli dekat sini - klik

ZUS-Coffee-Coffizz-Original


Apa Sebenarnya Sparkling Coffee?

Ini hasil carian aku berkenaan sparkling coffee. Sebenarnya, sparkling coffee bukan benda baru. Di beberapa negara, kopi yang dicampur air berkarbonat memang sudah lama popular sebagai minuman musim panas. Konsepnya lebih kepada minuman menyegarkan berbanding kopi berat seperti latte atau cappuccino.

Kesimpulan

Pada pendapat aku, Coffizz Original ni mungkin sesuai untuk orang yang suka rasa kopi ringan, suka minuman menyegarkan dan boleh terima rasa berasid kopi.

Kalau jenis macam aku yang lebih selesa dengan latte atau kopi susu sebab perut aku cepat meragam minum jenis berasid.


Redeem Birthday Cake ZUS Coffee

Sudah jadi aktiviti tahunan, setiap kali birthday ZUS Coffee akan wish birthday dan beri hadiah sebagai tanda menghargai pelanggan mereka.

Terutama pelanggan yang install aplikasi ZUS Coffee di telefon. Seperti tahun lepas, ZUS tak lupa nak hantar e-card ucapan Hari lahir dan berikan kek percuma sebagai hadiah.

Sempena hari lahir bulan lepas, Diah dapat satu slice kek percuma. Berbeza dengan tahun lepas, Diah dapat 1 slice kek percuma tanpa pembelian minima.

Tapi tahun ni pelanggan dapat redeem kek percuma dengan syarat kena beli satu slice kek baru lah layak dapat satu lagi kek. Macam beli satu percuma satu punya promosi.


Redeem-birthday-cake-zus-coffee


Redeem Birthday Cake ZUS Coffee

Kiranya bayar satu harga tapi dapat dua slice kek. Satu slice harga dia RM13.50. Okaylah sebab kek ZUS sedap. Kena sangat kalau minum bersama kopi panas CEO Latte. Rasa pahit kopi tu yang ngam.

Ada beberapa perisa kek boleh pilih diantaranya ialah Burnt Cheese Cake, Pandan Burnt Cheese Cake, Chocolate Fudge Cake, Onde Onde Cake dan Summer Berries Cheese Cake.

Pemilihan kek pula bergantung pada outlet mana yang kita pergi. Kadang-kadang ada dalam app tapi dekat outlet kek dah habis.

Outlet yang Diah pergi redeem hari tu ialah di ZUS Coffee KL East Mall. Kebetulan waktu tu bawa anak buah keluar makan dekat SuKiya.


zus-coffee


Pilihan Kek Di Outlet ZUS Coffee

Diah pilih Pandan Burnt Cheese Cake dan Summer Berries Cheese Cake. Taste wise sedaplah juga. Summer Berries tu rasa masam match dengan lemak cheese.


Pandan-Burnt-Cheese-Cake


Summer-Berries-Cheese-Cake


Kalau korang suka minum ZUS Coffee dicadangkan untuk install aplikasi di telefon. Selain dapat birthday wish & gift, boleh kumpul point dan banyak promosi ZUS suka buat.

Sambutan birthday tahun ni sangat ringkas. Faktor pertambahan usia agaknya, tak terfikir tentang hadiah langsung.

Cuma berdoa diri sentiasa sihat, terus kuat semangat dan bersyukur Tuhan masih beri peluang untuk terus hidup.

Korang doakan yang baik-baik dan doakan aku berjaya dunia akhirat ya. Terima kasih.