Pengaruh TikTok, Berbaloi Ke Makan SukiYa?

Rodiah Amir
6

Rancangan awal mulanya nak makan dekat tempat lain tapi akhirnya Suki-Ya KL East Mall juga jadi destinasi akhir kami terjah. Datang sebab nak makan lamb dan beef dia tu. 

Lama betul aku mengidam nak makan dekat situ akhirnya suami setuju nak pergi. Selalu nak pergi mesti clash dengan aktiviti lain.

Kan hari tu viral dekat TikTok orang flip beef guna chopstick sampai terbang ke meja sebelah. Aku buat juga, syukur tiada kejadian memalukan berlaku. 

Awal-awal tu segan dan tak yakin je nak buat, tapi lepas beberapa kali percubaan aku jadi ketagih. 

Tak perlu celup lama-lama dalam kuah, cukup terasa manis daging. Memang betul la mereka gunakan daging fresh. 



Pengaruh-TikTok-Makan-Suki-Ya


Pengaruh TikTok, Berbaloi Ke Makan Suki-Ya?


Dah jadi rutin, hujung minggu adalah waktu kami habiskan masa bersama.  Meriah betul orang dekat KL East Mall. 

Seawal jam 11 pagi tu dah ramai orang memenuhi mall. Restoran Suki-ya ni terletak di Ground 2. 

Level bawah tu pula ialah Blue Ice Skating Rink, tempat orang main Ice Skating. Penuh dengan anak muda dan seronok tengok gelagat mereka yang main dekat situ. 

Ada yang jatuh tergolek, yang gelakkan kawan-kawan dan ramai juga yang mahir meluncur ais. 

Ini kali ketiga kami ke sini, sebelum ni kami datang untuk  makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk K Fry.

Berbalik kepada cerita food hunting; Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu. Aku yang cadangkan kepada suami dan anak-anak pun setuju disebabkan pilihan makanan yang ada. 

Pagi tu sengaja tak makan pagi sebab nak kosongkan perut supaya boleh enjoy makan banyak-banyak. Ternyata memang berjaya ya strategi tu. 

Buat yang belum pernah ke Suki-Ya mari aku kongsikan pengalaman aku bawa anak-anak dine in dekat sana. Boleh korang jadikan rujukan bila nak pergi nanti. 



Sukiya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu


Waktu kami sampai masih ada kekosongan jadi tak perlu beratur lama. Crew restoran sangat peramah dan banyak membantu. 

Ada empat jenis kuah yang disediakan dan boleh pilih dua jenis kuah untuk korang cuba. Kuah Shabu Shabu, Sukiyaki, Miso Sup dan Kimuchi. 

Kami pilih kuah Sukiyaki (manis, kicap) dan Kimuchi (rasa kimchi). 

Pilih Sukiyaki Sup sebab anak-anak dan Kimuchi tu tidak la pedas dan masam pun. Sedang elok rasa dia. 

Kuah jadi bertambah sedap bila dah masukkan daging dan sayuran ke dalam air rebusan. 



Soup-Sukiyaki-Kimuchi


Menu utama semestinya hirisan daging, Kambing dan juga Ayam serta aneka pilihan sayuran dari Healthy Bar. 

Free flow untuk tiga jenis daging tu dan korang boleh makan seberapa banyak korang mahu. Minta je dengan crew restoran. 


Daging-Lamb-gulung-sukiya


Daging gulung dia memang sedap dan berbeza dengan restoran steamboat lain yang mana daging dekat Suki-Ya tidak diperap. 

Satu perkara yang aku suka tentang Sukiya, ialah mereka memandang berat tentang pemilihan makanan dan kualiti bahan segar yang diletakkan di kaunter “healthy bar”.  


Sukiya-healthy-bar


Setiap makanan yang ada dekat situ terjaga kualiti dia. Selain menu untuk hot pot menu sampingan yang ada ialah nasi kukus Jepun, sushi dan juga ais krim untuk pencuci mulut. 

Kalau di Jepun, Sukiyaki dan Shabu Shabu merujuk kepada hirisan daging, sayur-sayuran dan tauhu yang direbus di dalam periuk panas. 

Sebagai penambah perasa, kicap, gula dan mirin (Alkohol) ditambah ke dalam air rebusan. 



Sukiya-Lunch-Buffet


Beza Antara Sukiyaki & Shabu Shabu

Cuma yang membezakan Sukiyaki dan Shabu Shabu ialah cara menikmati daging hiris tersebut. Untuk Sukiyaki, daging dimasak di dalam kuah kemudian dicelup dengan telur ayam mentah. 

Risau tak tertelan jadi aku tak cuba pun. 

Manakala Shabu Shabu pula, daging hiris yang telah dimasak dimakan dengan sos pencicah pilihan. Ada banyak jenis sos pencicah dan korang boleh buat sendiri sos pilihan hati.  

Pilihan yang ada ialah Gomatare (Sesame Sauce), Ponzu dan Misotare. Dari segi sos pencicah, aku lebih suka pilihan sos di Seoul Garden. 


Dipping-sauce-Sukiya


Kalau datang SukiYa korang boleh datang untuk sesi lunch ataupun dinner. Semestinya harga dinner buffet lebih mahal berbanding lunch buffet. 

Harga juga berbeza pada hujung minggu dan hari bekerja. 

Next time mungkin boleh cuba dinner dekat Sukiya pula. Agaknya ada pertambahan menu sebab tu mahal. Anak-anak pun enjoy makan, siap ajak datang lagi. 

Harga buffet lunch SukiYa hujung minggu: RM43.80 untuk dewasa dan RM21.90 untuk kanak-kanak. Harga tu belum masuk service charge dan service tax ya. 

Sebagai peminat daging dan kambing memang puas hati sangat makan dekat sini. Ada rezeki nanti kita datang lagi. 

Makan Cheesy Beef Katsu Don – Kimukatsu pun sedap. 

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. aritu tgk juga kt kl east mall ni..nk cuba juga nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni KL east Mall jadi mall favourite sebab banyak tempat makan

      Padam
  2. Boleh baca pengalaman orang je lah... nak masuk makan tak mungkin sebab suami memang tak makan menu jepun... hatta sushi pun dia tak makan... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama macam suami, tapi sini sebab ada lamb dan daging so memang dia setuju terus. Kuah Sukiyaki tu rasa kuah hailam je hiihi

      Padam
  3. Ada jeling-jeling jugak sukiya ni . Teringin nak masuk sukiya ..tapi xtahu makanan dia macam mana .. Rupanya ada mcm2 sos ya

    BalasPadam
  4. Liez pernah makan tapi sebelum viral.. rasanya sebelum covid lagi..mmg ada sup yg sedap tapi xigt kuah apa... mmg ada plan nak ke kl east mall utk mkn..

    BalasPadam
Catat Ulasan