Memaparkan catatan dengan label Makanan Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Viral. Papar semua catatan

Chicken Tenders By Brek-Laju

Kali pertama aku cuba chicken tenders yang famous dekat Taman Tasik Permaisuri ni ialah tahun lepas. Chicken Tenders by Brek-Laju. Waktu dia tengah viral dulu memang gerai dia sentiasa beratur panjang. Walaupun viral, tapi tidaklah aku sanggup nak join beratur. Aku tunggu biar dia suam-suam kuku dulu baru aku nak cuba. Gitu.

Setiap kali hantar Ikhwan balik asrama memang aku perasan gerai ni. Panjang je orang beratur. Gerai dia betul-betul dekat pintu gate Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). Jalan kaki je keluar pagar sebab kawasan tu memang banyak orang meniaga makanan.

restoran-Chicken-Tenders-Brek-Laju-Taman-Tasik-Permaisuri


Chicken Tenders Viral Dekat Taman Tasik Permaisuri

Kagum juga dengan semangat owner Brek-Laju ni meniaga. Sebelum dia buka restoran, dia pernah tukar tapak meniaga beberapa kali. Kalau korang tahu, dulu dia buka tapak betul-betul depan stadium bola Kuala Lumpur, dekat tapak bazar Ramadan depan Taman Tasik Permaisuri.

Lepas tu dia ubah tapak meniaga di depan SMSS. Kawasan ni memang jadi tumpuan sebab banyak gerai makanan viral lain juga ada dekat situ. Lokasi dia pula cuma seberang jalan je dengan tapak lama.

Apa yang aku suka, walaupun Chicken Tenders by Brek-Laju ni popular, diaorang tak kekwat. Waktu beli tu elok je layan pelanggan dan pergerakan beratur pun laju. Cuma satu je, chicken tenders dia memang cepat habis, terutamanya perisa habanero.

Chicken-Tenders-Brek-Laju-Taman-Tasik-Permaisuri


Kali Pertama Cuba Beli Dekat Gerai

Tahun lepas kebetulan waktu tu baru lepas hujan lebat. Orang beratur pun tak panjang dekat gerai. Memang rezeki aku, jadi ambil peluang untuk cuba.

Itu cerita waktu dia berniaga dekat gerai. Sekarang Brek-Laju dah buka restoran sendiri. Konsep dia lebih kurang macam fast food lain. Pilihan menu masih lagi terhad, fokus utama memang chicken tenders sahaja.

menu-Chicken-Tenders-Brek-Laju


Review Chicken Tenders Brek-Laju (Restoran)

Bila dapat tahu Brek-Laju dah buka restoran, semestinya kena singgah. Lokasi restoran dia tak jauh pun dari tapak gerai lama. Satu bangunan dengan Kedai Eco Shop. Nak senang, korang waze je dan parking dekat basement. Dekat luar tepi jalan memang tak boleh park.

Susun atur dalam restoran lebih kurang macam restoran segera lain. Bersih dan selesa untuk makan. Pujian memang patut diberikan sebab kualiti chicken tenders dia tak berubah. Masih kekal sedap. Rasa dia sama macam aku beli waktu dia jual dekat gerai dulu.

Review- Chicken-Tenders-Brek-Laju


Menu, Rasa & Pilihan Sos

Isi ayam dia tebal dan tak kering. Salutan pula garing dan digoreng elok. Ada beberapa pilihan perisa iaitu asli, pedas dan habanero. Untuk sos pencicah pula, boleh pilih antara cheese, sour garlic, spicy mayo dan sweet chili.

Selain chicken tenders, ada juga menu burger dan mac & cheese. Semua tu belum sempat aku cuba sebab aku datang semata-mata nak makan chicken tenders je.

Review- Chicken-Tenders


Kami pesan perisa habanero dan asli. Untuk sos, kami ambil sour garlic dan cheese. Makan sambil lap air mata sebab habanero tu pedas. Peminat makanan pedas mungkin rasa biasa saja, tapi bagi aku memang terasa pedas dia. Rasa habanero tu tak mengecewakan, ada sedikit manis dan masih kena dengan tekak aku.

harga-Chicken-Tenders-Brek-Laju


Kesimpulan

Brek-Laju memang akan jadi salah satu tempat yang kami akan repeat bila rindu nak makan chicken fritters. Kebiasaan kami, kalau dah kena dengan selera, memang akan ulang tempat yang sama je.

Review Air Coolblog Magical Unicool Series

Masuk tahun baru, Coolblog muncul lagi dengan menu baru. Kali ini, ciptaan menu terbaharu di inspirasikan daripada Unicorn.

Kalau sebut Unicorn mesti terbayang seekor kuda berwarna putih yang memiliki tanduk di kepala. Terkenal di dunia sebagai haiwan mitos yang ada kuasa magik. Selain tu selalu digambarkan sebagai haiwan yang misteri & warna yang ceria dan cantik.


Coolblog-Magical-Unicool-Series


Review Air Coolblog Magical Unicool Series

Jadi bila Coolblog perkenalkan smoothie Magical series mestilah Diah teruja nak cuba. Maklumlah sejak dari kecil lagi Diah memang sukakan Unicorn.

Siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Setiap musim ada je perisa baharu keluaran Coolblog. Last hari tu Diah cuba Red Velvet Cheese

Dulu-dulu selalu bayangkan seronoknya kalau dapat jadikan Unicorn haiwan peliharaan. Kelakar betul bila ingat.

review-air-Coolblog-Magical-Unicool-Series


3 Siri Coolblog Magical Unicool

Kali ini, Coolblog memperkenalkan minuman perisa terbaharu iaitu Coolblog Magical Unicool Series, minuman smoothie dengan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan dan dijangka menjadi kegemaran ramai.

Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle. 

review-air-Coolblog-Magical-Unicool

Memang ikut tema Unicorn air dia berwarna berasaskan rona pelangi. Memang ceria. Topping marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni menambah seri.

Kalau nak tahu Unicool Magical merupakan kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat.

Coolblog-Magical-Unicool

Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral manakala Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi.

Dalam smoothie ni pula ada brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini. Boleh serbu Coolblog dan dijual pada harga RM10.90.


perisa-baru-Air-Coolblog


Peraduan “Can You Spot The Unicorn?”

Sempena pelancaran Air Coolblog Magical Unicool Series, Coolblog mengadakan peraduan mencari Unicorn. Peraduan beli satu percuma satu minuman Coolblog.

Comel betul. Kalau korang sertai peraduan, korang berpeluang menang voucher minuman Coolblog. Cara dia mudah sahaja.


contest-coolblog


Langkah 1: Walk in ke cawangan Coolblog yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Imbas Kod QR dan gunakan filter “Can You Spot The Unicorn?”

Langkah 3: Ambil gambar anda menikmati Air Coolblog Magical Unicool Series. Pastikan Unicorn kelihatan dalam gambar.

Langkah 4: Muat naik ke media sosial dan tag di Facebook serta Instagram @coolblogmalaysia (pastikan akaun anda set to public).

Langkah 5:  Pemenang akan dihubungi oleh @coolblogmalaysia  (Terhad kepada satu kod setiap entri, setiap akaun)

Jadi apa tunggu lagi. Jom ke Coolblog dan gunakan Kod QR untuk mendapatkan minuman korang!


Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, sila layari:

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/

Facebook: Coolblog.my 

Instagram: CoolblogMalaysia

Twitter: CoolblogMY

Jimat Banyak Dengan Aplikasi Marrybrown, Memang Berbaloi-Baloi

Baru-baru ini Marrybrown mengumumkan yang mereka telah pun melancarkan aplikasi baharu mereka iaitu Aplikasi MB.

Ianya boleh dimuat turun secara percuma dan tersedia di Google Play Store dan juga Apple Store. Sebagai peminat bubur ayam pedas Marrybrown mestilah aku pun turut teruja bila dah ada MB Ap ni.


Jimat Banyak Dengan Aplikasi Marrybrown, Memang Berbaloi-Baloi

Antara tawaran menarik yang ada seperti Marrybrown's Crispy Chicken dijual pada harga RM1 sahaja. Memang jimat banyak dan semestinya berbaloi-baloi. 

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi tawaran menarik yang ada seperti Chicken Burger, MB Kiddy Meals, dan Nasi Lemak MB. 

Kami suka singgah ke Marrybrown dalam Melawati Mall, waktu tu cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat. Berpeluh makan. 


Makan-murah-guna-aplikasi-Marrybrown


Cara Tebus Tawaran Di Aplikasi Marrybrown

 

(KAEDAH 1)

Bahagian Tawaran pada tab Laman Utama:

1. Pada halaman utama, klik pada tawaran yang anda minati

2. Sebaik sahaja anda mengklik pada tawaran yang dipilih, anda akan melihat penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.

3. Tekan 'redeem'

4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'Ganjaran Saya'

5. Tekan tawaran yang dipilih dan tunjuk kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda.

 

Tawaran-jimat-Aplikasi-Marrybrown

(KAEDAH 2)

Tab Tawaran:

1. Pergi ke ‘Tawaran’ dan pilih tawaran yang anda minati

2. Sebaik sahaja anda mengklik pada tawaran yang dipilih, anda akan melihat penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.

3. Tekan ‘redeem’

4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'Ganjaran Saya'

5. Tekan tawaran yang dipilih dan kilat kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda.

 

redeem-Aplikasi-Marrybrown


Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Aplikasi Marrybrown

Bila korang dah muat turun aplikasi Marrybrown jangan lupa untuk daftar akaun supaya nanti boleh kumpul mata ganjaran bila berbelanja.

Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pengguna Aplikasi MB akan menerima 1 mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus produk percuma.

Bukan tu je, Marrybrown memberi diskaun istimewa sempena bulan kelahiran peminat mereka sebanyak 40% dan banyak lagi ganjaran lain.



Ayam-1-ringgit-Marrybrown



Jadi jangan buang masa dan muat turun aplikasi Marrybrown hari ini juga. Kena cepat rebut tawaran menjimatkan dan semestinya berbaloi-baloi.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka melalui saluran dia bawah:

 

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Cawangan terpilih: https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/

Facebook: MarrybrownMalaysia 

Instagram: Marrybrownmy 

Twitter: MarrybrownMY 

 

Sertai Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé & Menang Tin Emas Rtd Edisi Terhad

Jana Lebih Banyak Ong Pada Tahun Baru Cina Dengan Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé. Beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!

Rasa Ong (tuah) anda sudah tiba? Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (RTD) edisi 2022 dan anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFÉ RTD edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!


Sertai Peraduan Hari-Harimau Ong Nestlé & Menang Tin Emas Rtd Edisi Terhad

Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2022.

Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi peraduan ini dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung.


Peraduan Nestle RTD Hari-HariMau Ong Tahun Baru Cina


Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1,888 manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288.

Secara keseluruhannya, 368 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021. 

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina popular ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah tunai.

Berikutan pembukaan ekonomi negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali pulih.

Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap Nestlé.

Tin Emas RTD edisi terhad bersaiz hidup ini kini ditawarkan buat julung kalinya melalui Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD. Hanya lapan pemenang bertuah di seluruh negara berpeluang memenanginya, sekali gus menjadikan Tin Emas ini barangan koleksi yang cukup bernilai!”


Tempoh peraduan Nestle RTD Hari-HariMau (1)


Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan:

Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFÉ, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta.

Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.

Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-388 2921.


Cara-Cara Sertai peraduan Nestle RTD Hari-HariMau (1)


 

Rangakaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum telahpun berkembang dari sekadar jenama popularnya iaitu MILO, NESCAFÉ dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan jenama minuman teh yang diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA.

Minuman LIVELY TEA boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan gabungan adaptogen yang diekstrak daripada guarana, salap lemon dan beri schisandra - sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini!

Selain dinikmati bersendirian atau bersama orang tersayang, kepelbagaian perisa yang ditawarkan rangkaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup sesuai untuk sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, membolehkan anda menghidangkan aneka minuman popular kepada tetamu yang datang melawat.

 

Coolblog Lancarkan Minuman Kempen Pesta Buah-Buahan

Sempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen Pesta Buah-Buahan. 

Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022, orang ramai boleh memilih dan menikmati aneka minuman berasaskan buah yang enak dan berkualiti daripada pemilihan perisa buah kempen tersebut – Fruitti Series.

Coolblog Fruitti Fiesta Campaign

Coolblog Lancarkan Minuman Kempen Pesta Buah-Buahan 

Bagi mereka yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu sepanjang tempoh kempen. 

Berdasarkan empat tema – Happy Honeydew, Magic Mango, Breezy Blue Coral dan Sassy Strawberry. 

Para pelanggan boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu.


Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah-Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun

Kesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml. Para pelanggan juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021. 

Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.

Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Coolblog, Win Zaidi Zakaria, berkata, “Musim cuti dan perayaan ini tentunya memberi kesempatan terbaik buat diri anda dan orang tersayang.  

Bersama-sama menikmati sesuatu yang enak, terutamanya sekarang semakin banyak sektor telah dibenarkan beroperasi semula berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. 

Di Coolblog, kami komited untuk menyajikan pencuci mulut dan minuman yang enak, berkualiti dan harga berpatutan. 

Untuk tahun 2022 pula Coolblog lancarkan kempen minuman siri Red Velvet Cheese. 


Tawaran Percuma Minuman Fruitti Dengan Pembelian Party Pack

Singgahlah di kedai Coolblog untuk hilangkan dahaga dengan pilihan minuman perisa buah yang sedap dan menyegarkan melalui Siri Fruitti. 

Para pelanggan dapat menikmati pilihan kegemaran mereka bersempena dengan kempen Pesta Buah-Buahan dan mencuba sesuatu yang baharu kerana tema berbeza akan dilancarkan setiap dua minggu. 

Ini adalah cara terbaik untuk menarik pelanggan baharu ke Coolblog sama ada untuk mencuba menu sedia ada ataupun mencipta minuman mengikut cita rasa sendiri berdasarkan gandingan perisa yang disediakan.”

Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi. 

Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. 

Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.


Piza ‘Homemade’ Istimewa dari Jom La Pizzeria

Minggu lepas kami decided untuk cuba piza baharu daripada Jom La Pizzeria. Aku tahu mengenai Jom La Pizzeria ni pun melalui media sosial. 

Kiranya pertama kali untuk cuba dan memang tak silap buat keputusan sebab boleh rasa pizanya ‘homemade’, yang dibuat sama seperti dekat rumah. 

Bila makan tu dapat lah rasa perbezaan piza ni dengan piza-piza yang lain di pasaran. Piza menjadi pilihan makanan kegemaran kami sekeluarga terutamanya pada waktu hujung minggu. 

Biasanya piza menjadi menu pilihan bila masing-masing dah bosan makan nasi. 


Piza ‘Homemade’ Istimewa dari Jom La Pizzeria 

Suami bagi ‘green light’ dan anak-anak pun suka, jadi memang aku tak lepaskan peluang untuk tutup dapur. Jom La Pizzeria terletak di Bandar Sri Damansara dan anda boleh dine in dengan syarat sudah lengkap vaksin dan mereka juga melakukan penghantaran ke rumah dengan perkhidmatan Lalamove. 

Korang juga boleh dapatkan piza ‘homemade’ ini di GrabFood, FoodPanda dan DeliverEat. Nak booked meja untuk dine-in pun boleh, guna je aplikasi Eatigo. 

Boleh dapat diskaun tau. Bunyi macam menarik bukan? Jom La Pizzeria menyajikan piza, pasta, salad & sup ‘freshly homemade’ yang lazat dan panas dari oven. 

Piza mereka hanya menggunakan bahan-bahan segar dan dibakar mengikut pesanan pelanggan. Jadi tak akan timbul isu piza sejuk bila anda menerimanya. 

Jom La Pizzeria


Piza ‘Best Seller’ daripada Jom La Pizzeria

Aku cadangkan untuk mencuba piza ‘best seller’ mereka iaitu Texas Smokey BBQ Chicken Pizza. Piza ini adalah satu piza pilihan ramai kerana ‘topping’ piza Texas Smokey BBQ Chicken ni memang tak kedekut. Aku suka rasanya yang smokey dan berempah.

Puas hati semasa makan sebab piza ni ada ‘topping’ ketulan ayam yang besar dan dapat rasa lah sos BBQ Smokey tu dalam setiap kunyahan. 

Cuma rasa dia agak masin bagi aku (sebab aku tak kuat masin) tapi bagi suami dan anak-anak suka je. Selain tu, korang juga boleh cuba piza-piza ‘top’ mereka yang lain seperti Aloha Hawaiian Pizza, Margherita Pizza dan Deluxe Pepperoni Pizza. 


Piza dari Jom La Pizzeria


3 Piza Baharu Jom La Pizzeria

Baru-baru ni Jom La Pizzeria telah memperkenalkan tiga piza baharu iaitu ‘Meat Me in Heaven Pizza’, ‘Oceans’ Bounty Pizza’ dan ‘Just My Veggie Pizza’. Aku dan keluarga dah cuba ‘Meat Me in Heaven Pizza’, dan anak aku approved piza ni.

Pengemar daging boleh la cuba pizza ini. Base piza dilapisi dengan minyak zaitun serta taburan herba Itali sebelum dimasukkan ke dalam oven. 

Untuk yang tidak gemar makan daging,  boleh cuba Oceans’ Bounty Pizza bagi mereka yang menggemari seafood ataupun Just My Veggie Pizza khas untuk mereka yang vegetarian.


testimoni Piza Jom La Pizzeria


testimoni Piza Jom La Pizzeria


Piza dari Jom La Pizzeria berjaya membuat aku rasa kagum daripada segi rasa ‘homemade’ dia, kerak pizza yang lembut walaupun dah sejuk dan bahan-bahan yang digunakan adalah segar. 

In sha Allah, jika ada kesempatan boleh lah nak dine-in dekat sana, confirm lagi sedap!

Korang boleh follow sosial media Jom La Pizzeria untuk mendapatkan info menarik mengenai piza dan pasta, serta promosi-promosi terbaharu mereka.

Lokasi Jom La Pizzeria

14g, Jalan Ara SD 7/3a, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor

Facebook

Instagram

Isnin hingga Sabtu

12:30 tengahari – 9:30 malam

Daging Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai

Pertama kali cuba daging salai keluaran Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai, kami sekeluarga makan sambil berlinang air mata. Dia punya sedap tu tak terkata. 

Peminat Gulai Lemak Cili Api faham apa aku cuba terangkan ni. Semangkuk gulai daging tu kami makan tiga beranak je tapi berebut weh, habis hancur diet. 

Daging Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai


Serius mengimbau kenangan waktu kecil bila makan masak lemak daging salai Tok Duck. Automatik teringat masakan mak dekat kampung. Sedikit sebanyak terubat kerinduan nak makan masakan kampung waktu PKP ni.




Jom Kenal - Ahmad Farm Tok Duck Royal Salai

Kisah di sebalik kewujudan Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai sangat menarik bagi aku. Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal bermula pada tahun 2016. 

Bermula selepas pemiliknya, Zaquwan Zakaria yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kembali ke kampung halaman selepas pemergian ayahanda tercinta.

Rasa tanggungjawab menjaga emak tercinta dan membantu keluarga, Zaquwan memulakan langkah baru dalam kerjaya sebagai Penternak Itik. 

Tahun 2017 Zaquwan mula belajar selok belok menjadi penternak dan penuhkan ilmu di dada. Bermula dengan itik salai sehingga kini pada tahun 2021, Ahmad Farm kini terkenal sebagai Pembekal Produk Salai termasuklah Daging Salai, Ikan Keli Salai, Gulai Itik Salai Masak Lemak Cili Api & Gulai Daging Salai Masak Lemak Cili Api (Ready to Eat).




Proses Penyediaan Daging Salai Ahmad Farm Tok Duck

Apa yang best tentang Tok Duck Royal Salai ni ialah ianya merupakan produk Muslim Bumiputera yang berkualiti tinggi dan semestinya Halal.

Setiap langkah penyediaan baik dari penyediaan bahan mentah sehinggalah proses menyalai semuanya di sediakan dengan rapi.

Untuk Daging Salai, Ahmad Farm menggunakan daging Batang Pinang sebab tu daging dia lembut. Sebelum disalai, daging akan diperapkan dengan kunyit dan garam. Proses membakar pula menggunakan teknik " Cleopatra Smoke".






Cleopatra Smoke dalam bahasa mudahnya daging dibakar secara sekata supaya daging cepat kering. 30 minit pertama ni dijaga rapi supaya rasa salai tu terhasil. 

Tak boleh terlajak salai. Nanti daging tu 'over cook'. Paling bahaya hangus kering terbakar. Tak sedap dah. Daging akan terasa pahit.

Proses membakar pula dimulakan dengan asap kayu, tempurung, sabut selama beberapa jam supaya dapat keringkan daging tu dulu. Kemudian diseimbangkan dengan pembakaran sekata dan proses mengambil masa sehingga 6 jam lamanya.

Hasilnya daging salai batang pinang sekata masaknya, lembut dan paling penting terasa salai  kampungnya.

Lagi satu, produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai ni betul-betul ‘cerewet’ dan teliti memilih bahan bakar daging dan produk salai lain. 

Tok Duck menggunakan dahan pokok rambutan sebagai salah satu bahan bakar kerana asap dari dahan pokok rambutan memberikan rasa ‘smoke’ yang lebih berbanding bahan bakar yang lain.





Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Oleh sebab daging salai Ahamd Farm ni lembut dan saiz potongan yang sedang elok jadi bila masak memang tak perlu tunggu lama nak rebus bagai. Hanya masukkan Daging Salai Tok Duck, ketuk sebatang serai, satu keping asam keping dan santan secukupnya.

Perasakan dengan garam secukupnya. Nak pedas letak la cili padi. Masak sehingga mendidih. Ohoi senang betul.


Senarai Ejen Daging Salai Tok Duck

Dah ramai yang join Team Tok Duck ni dan sekarang Ahmad Farm sedang aktif melantik ejen-ejen di seluruh Malaysia.

Rembau Pjol Elly & ZafriIsmaiskandar Abd Ghani 

Seremban Mekna Jasmayzarina Siti

Melaka Jijie Zainuddin & Zubir Kamiri

Klang - Hafeez Razak 

Kelantan Nasiha Sakina - 0137785856

Gemas Muhamad Zuzariff Kamaruzaman & Mujahid

Rawang Abu Zarl

Bangi Wan Aizuddin

Sungai Besi / Helmi

Kuantan Norhidayah Mohd Mahfuz

Puncak Alam Bro Bamie

Selayang Aminahuda Karim

Cheras Norasly Mohamad

Batu Caves Naq Agro Farm

Kuala Lumpur / Mohd Asyraf Mohd Noh

Perak / Faizal Razi

 

Senarai Harga

Daging Salai - RM27 (200g)

Ikan Keli Salai – RM20 (4ekor)

Itik Salai – RM55 (1ekor)

Gulai Itik Salai - RM35

Gulai Daging Salai - RM35

 

Jom dapatkan Produk Salai sekarang.

Untuk tempahan & pertanyaan lanjut, boleh hubungi no INI. 


Facebook Tok Duck            Instagram Tok Duck            Facebook Ahmad Farm

Food Review – Pizza Sambal Udang Petai Dari US Pizza Malaysia

Sesungguhnya US Pizza sangat berani memperkenalkan topping yang unik dan semestinya menepati selera masyarakat di Malaysia, tak lain tak bukan Pizza bermusim mereka iaitu Sambal Udang Petai

Memang kebabom weh rasa dia.

Elok je aku melangkah masuk ke outlet US Pizza Setapak memang harum semerbak bau petai. Petai adalah antara favourite ulam yang jadi pilihan dan kena sangat dengan tekak Melayu aku ni.


Pizza Sambal Udang Petai Dari US Pizza Malaysia

Sengaja ajak suami keluar dating since lama sangat tak habiskan masa berdua. Anak-anak kita minta pengasuh tengokkan sekejap.



Tak buang masa aku pesan dua jenis topping, Sambal Udang Petai dan juga signature Pizza mereka iaitu Cheeseboat Pizza. Tamak punya pasal tapi serius berbaloi weh.

Kami order dua jenis pizza, mushroom soup yang sedap dimakan bersama roti Garlic Twist dan juga Milkshake. Ya ampun sedap gilos Milkshake dia, aku ingat manis nak meninggal. Tapi sedang elok je.


Signature Item US Pizza Malaysia

Sebelum ni aku pernah tengok member order Cheeseboat Pizza dari US Pizza ni. Teringin gila nak cuba sebab full of cheese la. 

Apa yang paling best, staff akan hantar cheeseboat pizza ke meja kita dan akan buat langkah terakhir sebelum kita boleh makan.

Dalam tu ada satu biji kuning telur yang akan dikacau bersama limpahan keju cair. Kemudian staff tu akan tarik-tarik cheese ke udara sebiji macam kita makan ayam cheese di Restoren Korea tu.

Weh memang panjang la dia tarik. Terpegun sekejap aku.



Ini kali pertama aku makan US Pizza, tapi aku suka betul sebab perisa dia yang unik dan doh dia lembut dan berperisa even dah sejuk. 

Lidah dapat compare la sebab aku kerap juga makan pizza. Tapi itu tekak aku lah, mungkin tekak kau orang lain.

Peminat Sambal Udang Petai mesti cuba Sambal Udang Petai dari US Pizza ni. Limpahan petai yang gemuk dan fresh, sambal yang kick, udang yang besar dan ada sotong juga. Kena sangat la gabungan semua tu.



Cool Untuk Tangkap Gambar

Selain rasa yang kena dengan tekak aku, US Pizza jadi favourite spot untuk aku dining sebab hiasan dalaman dia yang cosy dan cantik untuk Instagram. 

Tak terlalu fancy tapi cantik untuk tatapan di Instagram. Lol. Aku bersyukur selalu dikelilingi orang yang baik-baik, staff yang layan aku pada hari tersebut pun ramah je. 

Bagus dia jawab soalan aku yang suka tanya bukan-bukan. Next visit aku nak cuba Pizza Cempedak mereka pula. Katanya rasa Cempedak tu manis, ada perisa Durian juga tau. Haishh.. perut masa tu dah penuh, kalau tak habis semua aku cuba.

Nampak juga promosi terbaru US Pizza iaitu Indomie Pizza. Harga hanya RM28 sahaja. Boleh order secara online, dan dengan pembelian minima RM25 boleh dapat Pizza Personal 6” dan penghantaran percuma.


Tapi jangan lupa masukkan promo kod 666 masa buat pembelian dia website dia ya.



Lepas ni tak tahu la topping apa pula yang bakal muncul di US Pizza Malaysia. Teruja okeh. Boleh jenguk lama sosial US Pizza Malaysia dan buat pesanan di laman website di bawah. Selamat makan.

Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack ‘N Jill Calbee!


Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack ‘N Jill Calbee!

Peluang untuk Para Penggemar Snek Meraih Hadiah Hebat. 

Tentunya tiada apa yang lebih menyenangkan hati seseorang itu daripada dapat bersantai di sofa sambil menonton filem, melayan drama bersiri secara terus-menerus mahupun melayari internet di komputer riba bersama sepaket JACK ‘n JILL Calbee di sisinya.

Keadaan baru-baru ini telah mendorong rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan norma baharu, iaitu duduk di rumah. Ia memanglah agak menjemukan, namun JACK 'n JILL Calbee sedia menceriakan rutin seharian anda dengan pengalaman menikmati snek di rumah yang menghiburkan.

Pada Julai ini, jenama ini akan memberi nilai tambah kepada setiap kunyahan kerepek kentang kegemaran anda, dengan peraduan “JACK ‘n JILL Calbee Elevate Your Snacking Experience at Home Contest 2020”




JACK ‘n JILL Calbee telah dilancarkan pada Januari 2019 hasil usaha sama URC Snack Foods Malaysia, yang terkenal dengan jenama warisannya JACK' n JILL, dengan Calbee, yang merupakan pengeluar kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan, JACK 'n JILL Calbee, yang menawarkan tiga perisa iaitu Classic Salted, Smokey BBQ and Flamin’ Chilli, telah menambat hati para penggemar snek dan dijadikan snek kegemaran mereka.

Untuk Kaki wayang

“Norma baharu duduk di rumah dan penjarakan sosial telah menjadikan orang ramai lebih menghargai masa bersama orang tersayang, sekaligus dapat juga mencetuskan nostalgia. 

Daripada meningkatkan kemahiran memasak sehinggalah idea penambahbaikan kediaman, orang ramai sentiasa mencari jalan untuk menjadikan waktu yang dihabiskan di rumah lebih menyeronokkan dan bermakna,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.


“Sebagai satu jenama yang sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggan, JACK ‘n JILL Calbee kini memperkenalkan satu cara untuk mengganjari pelanggan kami sambil bersantai dan menikmati snek di rumah.

Mulai 1hb Julai 2020 hingga 15hb Ogos 2020, semua peminat snek di seluruh negara dijemput untuk menyertai peraduan ini bagi meraih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan khusus untuk menambahkan keseronokan menikmati snek di rumah.


Para pelanggan JACK ‘n JILL Calbee yang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah iPad Pro 11, untuk tontonan skrin persendirian yang berkualiti, sebuah TV Sony 65” untuk pengalaman tontonan ala-panggung wayang dalam keselesaan kediaman sendiri, serta pas percuma untuk melayan filem atau drama bersiri di Netflix!

JACK ‘N JILL CALBEE KINI KEMBALI LAGI UNTUK MENINGKATKAN KEPUASAN MENIKMATI SNEK ANDA, KALI INI DI RUMAH JE!

Sertai sekarang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat dengan 2 langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1        
    
Beli produk JACK ‘n JILL Calbee berjumlah RM 8 dan ke atas di dalam satu resit.

Langkah 2     
       
Hantarkan gambar resit pembelian menerusi WhatsApp, sertakan anda dan kepada +6011-1081 1878

Jawab (Y/N) (Y untuk Ya atau N untuk tidak) untuk soalan ini: “Adakah JACK ‘n JILL Calbee ditawarkan dalam tiga perisa?”

 Ganjaran Hebat Yang Menanti Anda
 

HADIAH UTAMA X 1                          
Sebuah iPad Pro 11

HADIAH KEDUA X 1           
Sebuah TV Sony 65”

HADIAH KETIGA X 50                       
Kad Hadiah Netflix bernilai RM100



Kesemua 52 pemenang juga akan menerima hadiah berupa satu set ‘JACK ‘n JILL Calbee Home Elevation Kit’ yang mengandungi tiga paket JACK ‘n JILL Calbee, satu mangkuk JACK ‘n JILL Calbee dan satu cawan JACK ‘n JILL Calbee.

Untuk maklumat lanjut berhubung cara menyertai peraduan ini, sila layari laman Facebook kami   atau Instagram untuk perkembangan terkini.



#JacknJillCalbee
#ElevateYourSnackingExperience
#ElevateYourSnackingExperienceAtHome


Bubur Nasi Berlauk Sedap Di KL, Jim’s Porridge

Buka puasa hari ke 16 tekak dah mula demand tak mahu makan nasi. Malas memasak pun ye juga sebenarnya. 

Jadi minta izin suami untuk cuti memasak. Lepas dapat green light untuk beli juadah berbuka, maka laju je otak berfikir apa nak makan. 

Kalau dasarnya tekak Melayu mestilah mencari menu berkait dengan nasi juga. Terbayang bubur nasi berlauk, perghh sedapnya.

Sebenarnya teringin nak makan bubur nasi berlauk gara-gara nampak kawan-kawan bercerita tentang bubur berlauk dari Jim’s Porridge. Katanya bubur nasi berlauk sedap di KL. 
Dia punya bubur memang meriah. Meleleh air liur aku, tu baru tengok gambar weh.

Meriahnya Bubur Nasi Berlauk Jim’s Porridge


Menu bubur memang dah sinonim sangat dengan masyarakat kita terutama di bulan puasa. Sekarang pula dengan PKP dan pergerakan yang agak terhad, bazar Ramadan pun tiada, jadi terpaksa lepaskan rindu kita beli bubur berlauk Jim’s Porridge. Order di hujung jari jelah, tak payah nak keluar.




Jim’s Porridge Ramadhan Combo Promo!

Sekarang pula tengah ada Ramadhan Combo Promo lagilah aku gembira nak beli, dengan setiap pembelian minima 3-unit mana-mana Bubur Berlauk Set, boleh dapat 15% diskaun. 

Menarik tu. Tempahan dibuka setiap hari mulai jam 11 pagi sehingga 4 petang ok. Korang nak order tekan je link ni https://jimsporridge.oddle.me/en_MY nanti bubur akan sampai di depan pintu. 

Antara kawasan penghantaran Jim’s Porridge ialah seperti Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, dan Keramat.

Selain belian secara online korang juga boleh terus beli bubur berlauk di Kiosk Jim's Porridge dan tapau / take away menu-menu pilihan korang. 

Ada dua Kiosk setakat ni iaitu di Ground Floor Busana@Menara MARA dan satu lagi terletak di walkway Jakel (sebaris dengan kiosk ChaTime). Kiosk dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 8 malam.



Set Bubur Berlauk Mix n Match Jim’s Porridge

Tersedia dua pilihan bubur iaitu ayam atau daging berharga RM6. Apa yang best korang boleh mix n match lauk pilihan yang berharga RM1/ scoop. 

Ada lima set cadangan dari Jim’s Porridge macam gambar di bawah. Antara pilihan lauk yang ada ialah:

>> Ikan Masin Lobak Manis
>> Sotong Lobak Manis
>> Lala lobak Manis
>> Sambal Paru
>> Kerepek Peria
>> Udang Goreng Rangup
>> Tempe goreng
>> Halia goreng
>> Telur Masin
>> Kacang
>> Ikan Bilis
>> Kentang Goreng




Pendapat Aku Tentang Jim’s Porridge

Daripada senarai panjang di atas, sambal paru dan halia goreng adalah lauk korang kena cuba sebab itu lauk kegemaran aku anak beranak. Kira macam aku paksa cuba la. lol.  

Gabungan bubur yang cukup rasa dengan lauk-pauk memang kena lah. Kalau ikut tekak Melayu aku ni memang sedap je jawapan aku.

Aku puas hati sebab lauk pauk aku yang digoreng tu selamat dan masih garing masa aku makan waktu berbuka. Memang Jim’s Porridge dah siap asingkan lauk-lauk dalam plastic lain. Bijak kan?  

Sebenarnya masa aku dapat bubur aku agak terkejut, tak sangka weh Jim’s Porridge memang murah hati, seram tengok kuantiti semangkuk bubur dia.  Banyak dan boleh dikongsi dua orang. 

Mengah juga aku sorang-sorang nak habiskan. Set yang berkenan dekat tekak aku wuuuuuu...




Cuma kalau untuk improvement lagi power dia bagi sup kosong, sebab aku sejenis suka makan bubur yang ada kuah. Tambah lagi ada sambal. perghhh. Lagi syahdu. 

Jadi untuk korang yang mencari Bubur Nasi Berlauk yang sedap di KL dan kawasan sekitar boleh hubungi Jim’s Porridge. Maklumat lanjut korang boleh check out Facebook dan Instagram mereka.

Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke?

Assalamualaikum. Hai semua. Jenama Kopi Wonda yang terkenal dan tak asing lagi di kalangan peminat kopi telah memperkenalkan dua varian kopi tanpa gula iaitu ‘Wonda Zero Max Original’ dan ‘Wonda Zero Max Latte’. 

Kopi Wonda Zero Max ni diperkenalkan untuk memenuhi kehendak mereka yang sukakan kopi tanpa gula.


Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke? 

Sebagai peminat kopi, Diah pun terpengaruh nak cuba. Dah jadi satu tabiat pula kalau singgah di stesen minyak atau kedai runcit, memang mata akan tertumpu ke bahagian peti sejuk nak cari kopi perisa terbaru. 

Sila jangan ikut perangai ni. hahahaha. 

Wonda Coffee Zero Max Latte


Sedap ke Kopi Wonda Zero Max ni?  

Diah lebih tertarik untuk mencuba Wonda Zero Max Latte’. Jadi sedap ke? harus di ingat, lain orang lain selera kan? 

Cliché sangat jawapan, tapi kalau ikutkan tekak Diah, Kopi Wonda Zero Max Latte’ yang Diah cuba berada di skala atas pagar. Tak terlalu suka dan tak terlalu benci. Eh?  

Bertepatan tema tanpa gula memang rasa kopi ni jatuh dibawah kategori kopi manis-manis buah. Rasa manis dia masih ada dan rasa kopi dia tidaklah terlalu kuat sehingga memeningkan kepala. 


Rasa Kopi Wonda tanpa gula tambahan


Boleh lah minum Wonda Zero Max Latte’ banyak kali sebab tak banyak gula. kan..kan..kan... Ayat ni sekadar nak sedapkan hati supaya dapat minum kopi lagi dan lagi dan lagi. 

Apa pun Diah percaya, pembaca dan pengguna di luar sana lebih bijak untuk menjaga kesihatan. Suami selalu ingatkan sebelum minum kopi sila ingat waktu tua. Ye suami, akan ku semat nasihatmu itu. Nak syurga kan? Lol. 

Sekali lagi pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri dan juga korang semua, hargai diri dan kesihatan yang ada. 

Satu nikmat kita masih sihat dan menjalani kehidupan bebas tanpa ubat. Semuanya kena berpada-pada ye korang. Ok cukup lah bebel. 

Jadi kepada penggemar kopi terutama jenama kopi Wonda sila la dapatkan kopi Wonda Zero Max Latte’ dan Wonda Zero Max original di pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka di stesen minyak berhampiran anda. Selamat mencuba.