Dapat Tawaran SBP Tingkatan Satu – SMSS

Rodiah Amir
5

Isnin lepas selesai pendaftaran Ikhwan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Alhamdulillah rezeki dia diterima masuk setelah kecewa tak dapat masuk MRSM Bentong.

Positif saja maksudnya bukan rezeki Ikhwan ke sana. 

Waktu awal-awal tu kami tak bagitahu sesiapa pun. Masih berfikir-fikir nak terima atau tolak tawaran.

Kalau tolak tawaran rasa rugi pula sebab ramai yang mohon tapi tak dapat. Kalau terima pula risau Ikhwan tak dapat nak cope dengan kehidupan asrama.

Haih masa tu dilemma sangat sehingga la rujuk kepada yang perlu. Kami sepakat terima tawaran SBP. Lebih utama tuan badan setuju nak cuba belajar berdikari di asrama.


pendaftaran-tingkatan-satu-smss

 


Dapat Tawaran SBP Tingkatan Satu – SMSS


Hampir seminggu kehidupan di asrama, Ikhwan okay je. Setakat ni dah dua kali dia telefon update perkembangan dekat asrama.

Jawapan semua okay baik je mama. Cikgu update, kongsi gambar aktiviti anak-anak buka puasa dan pendaftaran kelab dan persatuan.


hari-pendaftaran-tingkatan-satu-smss


Nampak ceria masing-masing. Yelah waktu sekarang masih minggu orentasi. Jadi aktiviti bebas dan lebih santai.

Oh Ikhwan ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Lagi menguatkan keputusan kami nak terima tawaran, lokasi sekolah tu tak jauh dari rumah.

Jadi senang nak tengok dia atau kalau ada emergency tidaklah berjam-jam dekat atas jalan raya. Lebih kurang 30 minit macam tu boleh sampai.

Yang ada anak sekolah rendah dan rancang nak hantar anak ke Asrama Penuh boleh baca Cara Mohon SBP 

Tips Menduduki Ujian Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) - Baca sini


 
Persiapan Pendaftaran Sekolah


Ikhwan sempat berpuasa dengan kami lebih kurang seminggu dengan kami sebelum mendaftar masuk pada 18 Mac yang lepas.

Jadi sempat la buat persiapan cari baju, kasut dan kelengkapan asrama. Waktu ni hampir setiap minggu keluar cari barang.


minggu-orentasi-smss

Ada je yang tak cukup. Untuk baju uniform sekolah, seluar slack dan baju berkolar semua kami cari waktu balik kampung di Pahang.

Lebih murah harga dekat sana jika dibandingkan dekat KL. Barang keperluan semua pihak sekolah dah senaraikan.

Pakaian untuk prep, baju untuk sekolah, pakaian bila outing, beriadah dan bila ke dewan makan semua diberitahu.

 


Buka Akaun Bank Rakyat, Bayar Yuran Asrama


Masa hari pendaftaran kami sampai sejam awal. Itu pun dah ramai yang sampai. Pendaftaran sepatutnya bermula pukul 9 tapi sebelum tu dah kena isi borang untuk melancarkan proses daftar.

Macam biasa kena serahkan dokumen yang sekolah minta, bayar juga Yuran Makan Asrama, Bayaran Dobi, Kad Murid & Kelas Mengaji.


Orentasi-SMSS

Seronoknya pelajar Tingkatan Satu wajib masuk Kelas Mengaji (RM50 setahun). Yuran Makan Asrama pula ikut tangga gaji ibu bapa.

Mudah pula sekarang ada perkhidmatan Dobi (RM100 setahun).

Pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk buka akaun dengan Bank Rakyat. Ada kaunter khas disediakan. Tujuan utama nak elak kes kecurian jadi transaksi di sekolah semuanya guna kad.

 

 

Siapkan Mental & Fizikal

Memandangkan ini pengalaman pertama Ikhwan masuk asrama dan pengalaman pertama juga untuk kami sebagai ibu bapa melepaskan anak ke asrama mesti la masing-masing berdebar.

Jadi dari awal dah siapkan mental dan nasihat sebaik mungkin. Syukur dikelilingi orang yang baik-baik. Semua bagi nasihat dan kongsi pengalaman berharga.

Kalau duduk asrama paling risau kena buli je. Dah lah saiz badan dia kecil je. Harapnya tiada perkara buruk jadi.

Ikhwan dapat dorm menghadap ke bahagian depan sekolah, boleh nampak Taman Tasik permaisuri dan Stadium KL. Cantik. 


stadium-kuala-lumpur

Waktu hari pendaftaran sempat la tolong dia kemaskan locker. Sebelum tu ada abang angkat dia yang tolong tunjuk cara pasang cadar dan terangkan tentang peraturan lain.


dorm-smss

 

Alhamdulillah urusan pendaftaran lancar je. Moga yang baik-baik untuk Ikhwan.

 


Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Insyaallah semoga dipermudah urusan di SMSS!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah Ikhwan...lepas ni kumpul experience duduk asrama ye..jangan homesick tau...

    BalasPadam
  3. Yg saya suka dari sekolah di Malaysia Krn banyaak sistem asrama seperti ini.

    Indonesia tak banyak. Adaaa sekolah asrama, tp mostly pesantren atau sekolah agama. Kalo sekolah regular jarang banget.

    Tapiii sayangnya, Bbrp THN ini ntah kenapa banyak case dari sekolah asrama pesantren di Indonesia kak. Berturut2 adaaa aja anak yg dibully dan meninggal sayangnya 😭. Jujur saja, saya yg ada niat utk memasukkan anak2 ke sekolah asrama, langsung tak mau. Even pesantren yg sangat terkenal GONTOR, yg jadi Benchmark utama semua sekolah pesantren, juga makan korban. Gimana lah saya bisa percaya letak anak saya di sana 😔.

    Makanya setakat ini, dahlaah, biarkan sekolah regular saja. Yg penting saya bisa awasi mereka.

    Tapi saya doakan anak Kaka aman dan selalu dilindungi dari segala bully2 di sana yaa. Harap2 pun tak ada. Krn saya jarang dengar case begitu di sana.

    BalasPadam
  4. Moga dipermudah urusan anak kat smss ni. Nama je Sains Selangor tapi kat KL....

    BalasPadam
  5. selamat menempuh alam asrama abang ikhwan

    BalasPadam
Catat Ulasan