Memaparkan catatan dengan label Pesta Buku Antarabangsa KL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesta Buku Antarabangsa KL. Papar semua catatan

Pergi PBAKL Bersama Anak: 5 Perkara Yang Perlu Tahu

Hujung minggu lepas, aku bawa anak-anak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Kami pergi waktu hari bekerja jadi suami tak ikut. Kami pilih naik LRT je. Lebih mudah. Dapat luangkan masa beberapa jam dari satu booth ke booth yang lain sambil belek buku.

Masing-masing balik dengan senyuman yang lebar. Misi berjaya. Ada beberapa perkara yang aku rasa berbaloi dikongsi untuk sesiapa yang bercadang ke PBAKL, terutamanya jika pergi bersama anak-anak.

pergi_PBAKL_2026


1. Naik LRT Lebih Mudah Daripada Memandu

Memandangkan PBAKL berlangsung masa cuti sekolah jalan raya memang penuh dengan kenderaan. Lebih praktikal kalau naik kenderaan awam seperti LRT kalau datang sini. Selain jimat duit untuk bayar parking, hati lebih tenang sebab tak perlu hadap kesesakan jalan raya.

Lokasi masih sama iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Ada beberapa pilihan bergantung dari mana korang datang. Ada Monorel, LRT, MRT dan KTM Komuter.

Macam kami menggunakan laluan LRT – Kelana Jaya (buat penukaran stesen di Masjid Jamek dan berhenti di stesen PWTC.

2. Bawa Beg Roda Elak Badan Penat

Pengajaran berharga kami dapat masa kami ke PBAKL 2023. Waktu tu pelik ya bila nampak ramai pengunjung tarik beg roda. Bagasi beroda yang orang bawa kalau pergi bercuti tu. Newbie macam kami waktu tu bawa beg galas saja.

Balik tu memang sakit bahu dan lenguh pinggang. Kali ini lebih bersedia, memang pilihan yang tepat untuk bawa beg roda. Masing-masing beli buku boleh tahan berat.

Nak berjalan sambil harung lautan manusia memang tangan akan cepat lenguh. Lagi satu memang jimat tak perlu beg plastik sebab semua sumbat dalam beg roda.

pergi-pbakl-naik-lrt


3. Tetapkan Bajet Elak Rambang Mata

Penting sangat untuk terangkan kepada anak tentang harga dan tetapkan bajet. Sesungguhnya godaan membeli buku itu memang wujud. Dah sampai sana memang rambang mata sebab banyak promo penjual offer.

Anak-anak dah senaraikan buku yang nak dibeli dari rumah. Jadi memang dah tetapkan dalam otak tak boleh berbelanja dari had yang ditetapkan. Sejujurnya aku sendiri terlebih belanja sebab aku beli Set Komik Jejak Muhammad.

Sedapkan hati sebab komik tu memang semua orang dalam rumah boleh baca. Wajib ada dekat setiap rumah supaya lebih kenal Nabi kita.

pergi-pbakl-bersama-anak


4. Kemudahan Tempat Makan, Surau & Tandas

Jangan risau sebab mudah nak cari makanan. Ada café dekat dalam WTC dan dekat luar ada banyak gerai makanan. Kami makan sekadar alas perut saja. Ada surau di aras 3. Cuma satu je aku tak berkenan dekat sini tandas sebab tiada bidet. Memang aku elak ke tandas kecuali kecemasan.

booth_PBAKL_2026


5. Rancang Perjalanan Datang Awal

Pesta buku bermula seawal 10 pagi. Untuk elak berhimpit datang lah pada waktu yang kurang sesak dan awal pagi. Lebih tenang nak belek buku dan mudah buat pilihan. Kecuali kalau datang PABKL nak jumpa penulis kesayangan korang memang kena tahan sajalah beratur dan bersesak.

Rezeki. Alhamdulillah. Masa dekat reruai Nuktah, aku beli set Komik Nabi dan dapat tulisan nama Khat. Gembira dia tu tak dapat nak describe. 

pergi-pbakl


Walaupun penat berjalan hampir seharian, pengalaman ke PBAKL bersama anak memang berbaloi. Pengalaman anak-anak tu yang mahal. Dapat lihat keterujaan anak memilih buku tu seronok sangat. Kalau ada rezeki dan kesempatan, insya-Allah kami akan datang lagi pada tahun hadapan. 

Jumpa Penulis Terkenal Di PBAKL

Diah nak sambung cerita tentang pengalaman ke PBAKL baru-baru ni. Selain daripada dapat beli buku idaman hati, kami juga dapat berpeluang bertemu penulis kesukaan kami anak beranak.

Semestinya penulis-penulis ni dah ramai peminat dan ada nama dalam bidang masing-masing. Seronoknya tahun ni ramai penulis turun padang mempromosikan buku mereka.

Waktu awal pagi sampai tu kami tiada arah tuju yang jelas. Hanya ikut kaki melangkah dan berhenti di reruai yang menarik perhatian.

Baca pengalaman kami - Ke Pesta Buku PBAKL 2023


Jumpa Penulis Terkenal Di PBAKL

Bayangkan jam baru mencecah jam 11 pagi tapi dekat dalam tu dah mula sesak. Bagusnya bila datang ke Pesta Buku ni semua jenis buku ada. Pendek kata PBAKL sesuai untuk semua peringkat umur.

Tahun ni meriah dengan kehadiran penerbit dari luar negara. Tapi kami tak sempat nak singgah. Ada juga jumpa reruai mempromosi Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Jumpa-Inche-Lebah


Bertemu Penulis Buku Best Student – Inche Lebah

Antara reruai yang aktif buat promosi adalah Hamare Group. Syarikat penerbitan yang banyak terbitkan buku genre motivasi.

Antara penulis terkenal & aktif di media sosial yang bersama mereka antaranya ialah Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB Gold), Inche Lebah, Farzana Rais dan ramai lagi.

Rezeki dapat jumpa Inche Lebah. Suka dengan perkongsian beliau di Instagram. Waktu kami sampai beliau tengah sibuk promosikan buku terbaru berjudul ‘Best Student’.

Beli sini BEST STUDENT BY INCHE_LEBAH


Best-Student-by-Inche-Lebah

Tak lepaskan peluang Diah beli sebagai tanda sokong tapi paling utama buku tu sangat bermanfaat untuk mereka yang bergelar pelajar. Ilmu juga untuk ibu bapa.

Alangkah indahnya, jika waktu Diah membesar dulu ada buku macam ni. Mungkin ada tapi Diah tak jumpa agaknya.

Buku Best Student ni ringkas dan padat. Dalam tu ada dikongsi 100 tip untuk jadi best student. Simple je nasihat tapi praktikal untuk di amalkan.


Buku-Best-Student-by-Inche-Lebah


Sempat juga minta Inche Lebah titipkan sepatah dua nasihat untuk kami. Seronok bila dapat kata-kata ingatan dari orang berilmu.

Moga jadi peniup semangat Ikhwan dan adik-adik dia untuk jadi orang berjaya. InshaAllah nanti dah khatam buku Best Student Diah kongsikan review pula.


review-Buku-Best-Student-by-Inche-Lebah


 

Bertemu Penulis Buku – Hilal Asyraf

Ikutkan dalam keluarga kami, Ikhwan la yang mula tunjukkan minat karya Hilal Asyraf. Novel pertama Ikhwan baca ialah Nirnama.

Kami tak melarang malah menggalakkan sebab karya Hilal Asyraf berunsurkan keislaman, ada pengajaran, tak lucah, bebas carutan dan tiada unsur tahyul.

Sebagai ibu bapa, kami cuba kawal mana yang mampu. Esok lusa bila dah pandai buat keputusan harapnya dia pilih jalan yang betul.


Jumpa-penulis-Hilal-Asyraf


Novel Nirnama seronok dibaca sebab plot dia menarik, watak-watak yang diketengahkan memberi inspirasi kepada pembaca.

Waktu kami sampai, orang dah ramai di reruai dan barisan memang panjang untuk buat bayaran. Lepas selesai pilih, kami beratur untuk sesi tandatangan.

Jumpa orang berpengaruh depan mata ni memang lain berbanding tengok di media sosial. Aura dia tu susah nak terangkan.

Novel-Hikayat-Satria-Satria-Sejati-1


Gembira tak usah cakap. Kami berjaya beli kombo 10 buah novel pada harga RM180. SET Hikayat Satria Satria Sejati ( 1 Set 5 Buku) dan Siri Saga Hero ( 1 Set 5 Buku ). 


Beli sini SET Hikayat Satria Satria Sejati ( 1 Set 5 Buku)


Sinopsis Hikayat Satria Satria Sejati Generasi Pejuang

Hikayat Satria-Satria SeJati berkisarkan Ariki, yang lari dari istana untuk menyelamatkan diri dari kezaliman ayahandanya.

Tindakan itu menjadi titik tolak kepada pertemuannya dengan pemuda-pemudi yang lain, dalam memperjuangkan keadilan, menentang kezaliman. 


Novel-Hikayat-Satria-Satria-Sejati-2-3


Kisah yang penuh dengan getir pengorbanan dan suka duka perjuangan. Kisah epik para Satria Sejati, pejuang kebenaran, penegak keadilan! - sumber goodreads.com

1. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru

2. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

3. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan.

4. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Samudera Pengorbanan

5. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Pejuang


Novel-Hikayat-Satria-Satria-Sejati-4-5


Sinopsis Siri Saga Hero

Dalam siri Saga Hero pula ada lima buah novel dengan cerita dan watak utama yang berbeza. Masing-masing ada konflik peribadi yang mengheret mereka ke konflik yang jauh lebih besar melibatkan Malaysia dan kuasa-kuasa besar dunia.


Beli sini Siri Saga Hero ( 1 Set 5 Buku )


Novel-Siri-Saga-Hero-1


1. Novel Hero

2. Novel Pemburu

3. Novel Encik Pembunuh

4. Novel Samurai Melayu

5. Novel Membunuh Muhammad

Novel-Siri-Saga-Hero-2-3

Novel-Siri-Saga-Hero-4-5


Beli Buku Cikgu Fadli Salleh - Buku Latihan MATHZIER & EAZIER 1.0 Tahun 1-6 KSSR

Untuk anak-anak kami beli buku latihan Cikgu Fadli Salleh. Edisi Mathzier dan Eazier untuk Ikhwan Tahun enam dan Raudah Tahun Satu.

Lokasi reruai Cikgu Fadli Salleh agak tersorok dan berada dalam bilik kecil. Kesian juga nasib mereka. sempat berborak dengan petugas di kaunter, katanya lokasi reruai ditentukan secara cabutan rawak.

Kira ikut nasib lah. Ikut perancangan Cikgu Fadli Salleh akan berada di reruai pada pukul 4.30 petang. Tiada rezeki nak berjumpa dan bergambar.


Beli sini Buku Latihan MATHZIER & EAZIER Tahun 1-6


Waktu dekat sana jumpa juga dengan Iddin Ramli tapi kami tak sempat nak beratur sebab barisan dekat reruai dia panjang sangat.

Ramai peminat terutama anak muda yang beratur. Jadi lama sebab masing-masing ambil peluang bergambar dan ambil video dengan Iddin. Ramai minta nasihat agaknya.

Apa pun bersyukur sangat dimudahkan urusan kami ke PBAKL tahun ni. Kalau ada rezeki kita pergi lagi tahun depan tapi dengan syarat kena habiskan dulu buku yang dibeli. 


Pengalaman Ke Pesta Buku PBAKL 2023

Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka tahun ni dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL). 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, PBAKL diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Nama lama dia World Trade Centre Kuala Lumpur, yang dulu juga dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC). 

PBAKL berlangsung bermula 26 Mei hingga dan berakhir 4 Jun 2023. Tahun ni meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan. 


Jalan-jalan-PBAKL



Pengalaman Ke Pesta Buku PBAKL 2023 

Pertama sekali rasa bangga sangat sebab ramai anak muda turun ke pesta buku tahun ni. Syukur tabiat membaca dan cintakan buku masih tebal di jiwa anak muda.  

Tahun ni berkesempatan bawa anak-anak merasai sendiri kemeriahan pesta buku. Pendedahan awal juga untuk anak-anak supaya nanti kalau ada kerja sekolah melibatkan pengalaman senang lah dia nak mengarang. 


Iddin-Ramli


Pengalaman manis dapat beli buku yang di idamkan, jumpa penulis Hilal Asyraf, Inche Lebah, Iddin Ramli, Alif suami kepada influencer Aisyah Hijanah dan ramai lagi. 

Kami pergi hari kedua PBAKL diadakan iaitu pada hari Sabtu. Dah ingatkan suami memang kena sampai awal untuk elak kesesakan walaupun kami naik pengangkutan awam. 



Penulis-hebat-pbakl




Cara Ke PBAKL Ikut Laluan MRT 

LRT, MRT, KTM ni tidak boleh dijangka ya prestasinya. Baiklah kita ambil langkah awal supaya anak-anak selesa. 

Awalnya suami nak pandu kereta tapi Diah berat hati sangat nak sokong dan ternyata ianya pilihan yang tepat sebab jalan sekitar PWTC sesak teruk. 

Tapi yang hatinya kental silakan bawa kereta sebab boleh parking di basement dan ada parking terbuka berhadapan dengan PWTC. Kena lintas jalan lah kiranya. 



PBAKL



Ada beberapa cara untuk pergi ke PBAKL. Oleh sebab laluan penukaran LRT Putra ke LRT Star Masjid Jamek masih lagi tidak boleh digunakan jadi kami terpaksa tukar laluan menggunakan MRT pula. 

Kami naik LRT Putra heights di stesen Wangsa Maju kemudian berhenti di stesen Ampang Park kemudian tukar dan naik MRT laluan Putrajaya Ampang dan berhenti di MRT Titiwangsa. 

Jalan-Jalan Naik MRT Ke Pesta Buku

Sekali lagi buat penukaran MRT kepada LRT. Dari stesen LRT Titiwangsa dan berhenti di stesen LRT PWTC. 

Dah sampai stesen boleh ikut laluan jambatan merah sehingga ke PWTC. Memang berbondong-bondong manusia berjalan menuju arah yang sama. 

Ikutkan tak jauh mana tapi kena buat penukaran LRT kepada MRT mengambil masa sebab kena banyak berjalan.  



reruai-pesta-buku


Oh ya pengalaman kali ini Diah ceritakan dari sudut pandang ibu bapa yang membawa tiga orang anak kecil yang masih bersekolah (bawah 12 tahun). 

Jadi keseronokkan, kemudahan perjalanan, sesuai atau tidak adalah mengikut situasi sebab anak-anak memang tidak boleh dijangka. 

Pengalaman kami ke PBAKL kali ini amat menyeronokkan. Selain dapat tambah koleksi buku, kami dapat bertentang mata dengan penulis kesukaan. 

Maaf tak banyak gambar reruai sebab ramai orang dan kami lebih enjoy pengalaman depan mata. rugi pula asyik pegang telefon. 


PBAKL-promosi-buku



Persiapan Perlu Buat Sebelum Ke PBAKL

Untuk yang bercadang nak ke PBAKL mari Diah kongsikan persiapan perlu awak buat supaya perjalanan ke sana lebih lancar dan pengalaman menjadi lebih indah. 

  • Sediakan senarai buku perlu beli dan awasi anak-anak. Berhati-hati dengan penyeluk saku dan sediakan wang secukupnya. 
  • Ada ketika kami mahu buat pembayaran menggunakan QR code tetapi internet tak begitu stabil dekat sana. 
  • Pakai pakaian yang serap peluh, lembut dan longgar. Pakai juga kasut yang sesuai supaya selesa nak berjalan. Diah pakai Sports shoe ringan kaki nak melangkah. 
  • Cuaca sekarang memang panas jadi jangan lupa minum banyak air. Bawa botol air dan boleh juga beli air, banyak je orang jual. Dekat dalam PWTC pun ada dijual tapi harga semestinya mahal sedikit dari biasa. 
  • Selain botol air bawa juga kipas angin. 
  • Paling penting bawa beg bagasi atau beg galas. Sangat-sangat membantu sebab memang lenguh kalau nak jinjit beg plastik yang berat dengan buku. Dekat sana memang ramai yang tolak beg bagasi. Walaupun penuh dengan manusia tapi masih boleh bergerak. 
  • Penting sangat kalau datang dengan anak-anak pastikan datang awal pagi dan bawa bekal makanan ringkas tapi mengenyangkan. 
  • Bawa coklat atau energy bar supaya anak tak merengek lapar. Penting sebab dekat kaunter bayaran memang akan sesak dan waktu berbaris dapatkan tandatangan penulis pon agak panjang. 
  • Tempat makan boleh cari di Level 4. Ada disediakan juga kerusi dan meja. Harga nasi ayam RM16, Nasi Goreng RM6, air RM4, burger RM4 dan ada macam-macam lagi. 
  • Nak beli dan makan di luar, ada banyak gerai yang menjual makanan dibuka di depan pintu masuk PWTC. 

Pelukis-komik-Bekazon


Jadi untuk awak yang nak merasai kemeriahan Pesta Buku jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Masih ada masa lagi dan paling penting banyak tawaran berbaloi. 

Pastinya pengalaman ke PBAKL 2023 antara kenangan yang kami tak akan lupa.