Jumpa Penulis Terkenal Di PBAKL

Rodiah Amir
8

Diah nak sambung cerita tentang pengalaman ke PBAKL baru-baru ni. Selain daripada dapat beli buku idaman hati, kami juga dapat berpeluang bertemu penulis kesukaan kami anak beranak.

Semestinya penulis-penulis ni dah ramai peminat dan ada nama dalam bidang masing-masing. Seronoknya tahun ni ramai penulis turun padang mempromosikan buku mereka.

Waktu awal pagi sampai tu kami tiada arah tuju yang jelas. Hanya ikut kaki melangkah dan berhenti di reruai yang menarik perhatian.

Baca pengalaman kami - Ke Pesta Buku PBAKL 2023


Jumpa Penulis Terkenal Di PBAKL

Bayangkan jam baru mencecah jam 11 pagi tapi dekat dalam tu dah mula sesak. Bagusnya bila datang ke Pesta Buku ni semua jenis buku ada. Pendek kata PBAKL sesuai untuk semua peringkat umur.

Tahun ni meriah dengan kehadiran penerbit dari luar negara. Tapi kami tak sempat nak singgah. Ada juga jumpa reruai mempromosi Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Jumpa-Inche-Lebah


Bertemu Penulis Buku Best Student – Inche Lebah

Antara reruai yang aktif buat promosi adalah Hamare Group. Syarikat penerbitan yang banyak terbitkan buku genre motivasi.

Antara penulis terkenal & aktif di media sosial yang bersama mereka antaranya ialah Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB Gold), Inche Lebah, Farzana Rais dan ramai lagi.

Rezeki dapat jumpa Inche Lebah. Suka dengan perkongsian beliau di Instagram. Waktu kami sampai beliau tengah sibuk promosikan buku terbaru berjudul ‘Best Student’.

Beli sini BEST STUDENT BY INCHE_LEBAH


Best-Student-by-Inche-Lebah

Tak lepaskan peluang Diah beli sebagai tanda sokong tapi paling utama buku tu sangat bermanfaat untuk mereka yang bergelar pelajar. Ilmu juga untuk ibu bapa.

Alangkah indahnya, jika waktu Diah membesar dulu ada buku macam ni. Mungkin ada tapi Diah tak jumpa agaknya.

Buku Best Student ni ringkas dan padat. Dalam tu ada dikongsi 100 tip untuk jadi best student. Simple je nasihat tapi praktikal untuk di amalkan.


Buku-Best-Student-by-Inche-Lebah


Sempat juga minta Inche Lebah titipkan sepatah dua nasihat untuk kami. Seronok bila dapat kata-kata ingatan dari orang berilmu.

Moga jadi peniup semangat Ikhwan dan adik-adik dia untuk jadi orang berjaya. InshaAllah nanti dah khatam buku Best Student Diah kongsikan review pula.


review-Buku-Best-Student-by-Inche-Lebah


 

Bertemu Penulis Buku – Hilal Asyraf

Ikutkan dalam keluarga kami, Ikhwan la yang mula tunjukkan minat karya Hilal Asyraf. Novel pertama Ikhwan baca ialah Nirnama.

Kami tak melarang malah menggalakkan sebab karya Hilal Asyraf berunsurkan keislaman, ada pengajaran, tak lucah, bebas carutan dan tiada unsur tahyul.

Sebagai ibu bapa, kami cuba kawal mana yang mampu. Esok lusa bila dah pandai buat keputusan harapnya dia pilih jalan yang betul.


Jumpa-penulis-Hilal-Asyraf


Novel Nirnama seronok dibaca sebab plot dia menarik, watak-watak yang diketengahkan memberi inspirasi kepada pembaca.

Waktu kami sampai, orang dah ramai di reruai dan barisan memang panjang untuk buat bayaran. Lepas selesai pilih, kami beratur untuk sesi tandatangan.

Jumpa orang berpengaruh depan mata ni memang lain berbanding tengok di media sosial. Aura dia tu susah nak terangkan.

Novel-Hikayat-Satria-Satria-Sejati-1


Gembira tak usah cakap. Kami berjaya beli kombo 10 buah novel pada harga RM180. SET Hikayat Satria Satria Sejati ( 1 Set 5 Buku) dan Siri Saga Hero ( 1 Set 5 Buku ). 


Beli sini SET Hikayat Satria Satria Sejati ( 1 Set 5 Buku)


Sinopsis Hikayat Satria Satria Sejati Generasi Pejuang

Hikayat Satria-Satria SeJati berkisarkan Ariki, yang lari dari istana untuk menyelamatkan diri dari kezaliman ayahandanya.

Tindakan itu menjadi titik tolak kepada pertemuannya dengan pemuda-pemudi yang lain, dalam memperjuangkan keadilan, menentang kezaliman. 


Novel-Hikayat-Satria-Satria-Sejati-2-3


Kisah yang penuh dengan getir pengorbanan dan suka duka perjuangan. Kisah epik para Satria Sejati, pejuang kebenaran, penegak keadilan! - sumber goodreads.com

1. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru

2. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

3. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan.

4. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Samudera Pengorbanan

5. Novel Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Pejuang


Novel-Hikayat-Satria-Satria-Sejati-4-5


Sinopsis Siri Saga Hero

Dalam siri Saga Hero pula ada lima buah novel dengan cerita dan watak utama yang berbeza. Masing-masing ada konflik peribadi yang mengheret mereka ke konflik yang jauh lebih besar melibatkan Malaysia dan kuasa-kuasa besar dunia.


Beli sini Siri Saga Hero ( 1 Set 5 Buku )


Novel-Siri-Saga-Hero-1


1. Novel Hero

2. Novel Pemburu

3. Novel Encik Pembunuh

4. Novel Samurai Melayu

5. Novel Membunuh Muhammad

Novel-Siri-Saga-Hero-2-3

Novel-Siri-Saga-Hero-4-5


Beli Buku Cikgu Fadli Salleh - Buku Latihan MATHZIER & EAZIER 1.0 Tahun 1-6 KSSR

Untuk anak-anak kami beli buku latihan Cikgu Fadli Salleh. Edisi Mathzier dan Eazier untuk Ikhwan Tahun enam dan Raudah Tahun Satu.

Lokasi reruai Cikgu Fadli Salleh agak tersorok dan berada dalam bilik kecil. Kesian juga nasib mereka. sempat berborak dengan petugas di kaunter, katanya lokasi reruai ditentukan secara cabutan rawak.

Kira ikut nasib lah. Ikut perancangan Cikgu Fadli Salleh akan berada di reruai pada pukul 4.30 petang. Tiada rezeki nak berjumpa dan bergambar.


Beli sini Buku Latihan MATHZIER & EAZIER Tahun 1-6


Waktu dekat sana jumpa juga dengan Iddin Ramli tapi kami tak sempat nak beratur sebab barisan dekat reruai dia panjang sangat.

Ramai peminat terutama anak muda yang beratur. Jadi lama sebab masing-masing ambil peluang bergambar dan ambil video dengan Iddin. Ramai minta nasihat agaknya.

Apa pun bersyukur sangat dimudahkan urusan kami ke PBAKL tahun ni. Kalau ada rezeki kita pergi lagi tahun depan tapi dengan syarat kena habiskan dulu buku yang dibeli. 


Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. masa kak ana pii PBKL ritu jumpa Iddin Ramli, comel sangat dia ,ramah orangnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai peminat dia kan kak. maleh nak beratur

      Padam
  2. Alhamdulillah..Seronok tu jumpa favorite writer...Tetap bersemangat yee

    BalasPadam
    Balasan
    1. layankan anak dan suami jadi kita pon gigih sekali

      Padam
  3. adeh..nampak sangat akak x suka membaca buku..semua penulis-penulis ni tak kenal..alamak, kena bff dengan buku nampaknya..

    BalasPadam
Catat Ulasan