Memaparkan catatan dengan label kek butter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek butter. Papar semua catatan

Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Aku baru perasan setiap kali tahun baru mesti aku akan buat Kek Butter. 

Boleh tengok dekat entri lama, masa bulan Februari 2018 aku kongsikan resepi Kek Butter Simple dan bulan Januari 2019 aku kongsi resepi Kek Butter pandan pula.

Maksudnya awal tahun 2020 sahajalah aku tak buat Kek Butter. Syabas buat diri sendiri sebab sebelum ni aku memang tak pandai dan penakut nak buat kek. Eh bukan kek je, masakan lain pun sama juga.


Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Kisahnya suami minta aku buat Kek Butter sebab katanya teringin. Nak ditolak rasa kasihan pula, lagipun senang je sebenarnya buat Kek Butter. 

Jadi petang tu ajak suami keluar beli tepung kek. Bahan-bahan lain dah ada dekat rumah. Kek Butter ni memang dah jadi kegemaran suami sejak dulu lagi. 

Kalau aku beli atau buat Cheese cake memang dia tak makan sangat. Tekak tak boleh terima katanya. Beza betul citarasa aku dengan dia. Jadi setiap kali nak makan Cheese Cake aku akan beli je.

Resepi Kek Butter Pandan 

Resepi Kek Pisang Moist




Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

 

250 gram Butter

250 gram Gula

6 biji telur

2 cawan tepung kek

2 Sudu Kecil Essence Vanila

 

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

Pukul butter gula sehingga kembang. Aku kurangkan jumlah gula sebab aku tak suka manis sangat.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga sebati.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

Jangan lupa masukkan Essence Vanilla.

Alas Loyang dengan kertas baking untuk elak kek melekat.

Panaskan ketuhar selama lima minit dan bakar kek pada suhu 160c api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.

Aku bahagi kepada adunan untuk dapat kek yang sekata dan tak melimpah.



Pernah cuba Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan ?

Petua aku belajar untuk elak kek kembung dan naik tak cantik ialah kena buat sedikit lekuk di tengah kek. Ternyata menjadi ya. Kek aku naik sekata.

Peratusan nak kek butter ni tak menjadi adalah sangat sedikit. Jadi jangan lah takut. As I said kek paling mudah nak buat, hanya pastikan pukul butter dan gula dalm dua minit macam tu. Kalau takut mencuba sampai bila tak pandai kan?

Selamat mencuba.  



Resepi Kek Butter Pandan

Hai korang dah lama Diah tak kongsi resepi dekat blog ni. 

Jadi sebagai pembuka tirai tahun 2019 semestinya Diah nak kongsikan kek yang tak pernah jemu dimakan dan memang teramat mudah kalau korang nak cuba buat. 

Tak perlukan teknik dan kemahiran membakar yang tinggi pun boleh buat. Resepi confirm jadi la kiranya. 

Kek butter ni selain sedap dimakan sebagai menu minum petang, boleh juga dibuat sebagai hidangan masa Hari Raya ataupun sebagai menu yang dibawa masa jamuan kelas anak-anak. Senang hidup. 

Resepi Kek Butter Pandan 

Apa yang perlu adalah bahan-bahan untuk buat kek dan oven. Tahun 2019 nak menabung untuk beli oven yang bersaiz besar. Tahun ni juga berazam nak belajar buat roti. Doakan Diah ya. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan  ni ramai ambil untuk berniaga. 

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek butter Pandan. Semua bahan kebanyakkanya memang ada di dapur dan murah. 


Resepi-Kek-Butter-Pandan



Kalau kat rumah Diah,  kek ni boleh bertahan selama dua ke tiga hari. Satu adunan resepi kek butter ni boleh dapat dua biji kek butter size standard yang ada dekat kedai tu. Boleh bayangkan tak? 

Nak buat kek Pisang boleh guna Resepi Kek Pisang Moist Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-Bahan Kek Butter Pandan 


Diah lupa ukuran Loyang yang digunakan. Sorry ok. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 ketul butter 250gram jenama kegemaran korang (Diah guna Buttercup)
1 cawan gula
4 biji telur size B
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung kek 
Perisa Pandan 
Pewarna hijau


Cara-cara untuk membuat kek butter perisa pandan ialah:

Pukul butter dengan 1 cawan gula. Pastikan butter dalam keadaan bersuhu bilik supaya mudah dipukul dan tak mengganggu tekstur kek. Pukul sehingga gebu. 

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang. 

Kemudian masukkan susu pekat manis, sedikit perisa pandan dan pewarna hijau dan pukul lagi. 

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati. 

Panaskan ketuhar selama lima minit dan bakar kek pada suhu 160c api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing. 

Kek ni akan kembang jadi masukkan adunan separuh dari Loyang sahaja. Loyang tu boleh letak kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti.


Kek-Butter-Pandan


Kalau tengok rancangan masak dekat Astro, kek butter ni juga jadi asas kepada kek-kek yang nampak mewah dalam tv tu. 

Boleh lapiskan dengan fresh cream, boleh letak icing dan deco kek jadi kek mewah juga. Ikut kreativiti. Kek butter selalu jadi penyelamat Diah bila tak tahu nak jamu apa dekat tetamu. Jadi selamat mencuba. 

Resepi Kek Butter Yang Sedap Simple Nak Buat

As Salam,

Sebelum ni kemain takut kalau anak sebut suruh buat kek. Mak tak ada bakat nak. Mak kalau suruh memasak ni mak memang gigil. Lain betul perangai mak kau ni dengan wan kamu. Wan sebut je apa semua terus tersedia. Hahhahah.

Sampai la Raya Haji lepas mak nekad nak makan kek air tangan sendiri. kebetulan blogger masakan Azlita up resepi kek butter simple macam masak nasi. Itu yang berani mak nak cuba.

Resepi Kek Butter Yang Sedap Simple Nak Buat

Alhamdulillah menjadi. Sedap. En suami siap cakap, lepas ni boleh beli mixer yeayyy.

Bahan A
250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B
250 gm telur ~ Tanpa kulit
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
* Satukan bahan ini dan ayak

Satukan bahan A dalam mixer
Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
Tambahkan esen vanilla gaul rata

Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan

Untuk kek butter pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
1 bahagian lagi biarkan plain ( kalau nak letak warna lain pun boleh )
sedikit badam keping untuk hiasan

Tuangkan 1 lapisan plain / putih dahulu ~ ratakan
Kemudian tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Tuangkan lapisan putih ~ ratakan
Tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan
Taburkan dengan badam untuk hiasan atas

Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit.