Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

by - September 24, 2018

Baru berkesempatan berkongsi resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni dekat blog. Yang teringin macam Diah kena cuba buat sebab kalau ikut resepi kek coklat kukus ni hanya ambil masa 30 minit sahaja dan boleh di makan. Kalau nak meniaga kek coklat pun boleh guna resepi ni juga sebab ringkas dan bahan-bahan dia pun murah. Nak buat kek coklat ni tak perlu guna blender tapi hanya perlu menggunakan whisk atau senduk sahaja.

Kek Coklat Kukus mudah
Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Sebelum ni Diah pernah cuba buat resepi kek coklat tapi versi bakar, dan Diah lebih suka kan kek coklat yang versi kukus sebab kek jadi lebih lembut. Lagi satu, kalau kek Diah memang prefer kek yang letak minyak dan bukan butter. Lain woo rasa dia. Tapi terpulang ikut selera masing-masing ya.

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Bahan-bahan Kek Coklat Kukus

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu baking soda
1 sudu essence vanila

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.

Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.

Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati ok bukan sejati. 


Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap. 



Tips Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

  • Tuang adunan separuh je sebab nanti kek akan naik.
  • Diah letak susu pekat dan gula separuh cawan sahaja dan kek rasa pahit-pahit coklat tapi masih sedap. 
  • Nak kukus pasti kan air telah mendidih baru letak kan pengukus. Kukus dengan api sederhana. 



Kesimpulan

Kongsi resepi kek pun ada kesimpulan kau. Resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni sesuai untuk beginner yang baru acah-acah nak belajar buat kek dan menjadi. Lepas ni tak la panik kalau anak beritahu last minute kena bawa juadah untuk jamuan dekat sekolah. Terus buat kek coklat kukus sukatan cawan yang super moist ni. Nak nampak mewah tuang la coklat ganache atas kek. Confirm menawan. 

Selamat Mencuba.

Love,
Diah.

You May Also Like

3 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER