Resepi Kek Pisang Moist Yang Sedap Dan Mudah
Selama ni kalau tekak teringin
nak makan kek pisang mesti aku akan beli Kek Pisang jenama Samudera setiap kali
pergi Giant. Boleh la tahan rasa dia, memandangkan aku tak pernah cuba buat kek
pisang jadi telan sajalah. Dalam otak aku fikir kek pisang susah sebab aku tak
reti nak masukan berapa banyak pisang dalam resepi. Kang kalau terlebih pisang
tak rosak ke kek. Gitu alasan.
Kebetulan ada pisang yang memang
dah masak ranum dekat rumah. Suami beli masa tu pisang tu masak macam terpaksa.
Kulit dia dah bertukar warna kuning tapi rasa dia keras dan pahit, payau macam
pisang mentah tu. Memang terbiar layu la siapa tiada siapa nak makan.
Oleh sebab separuh aku dah buat
cekodok pisang maka yang lebihnya aku beranikan diri cuba buat kek pisang. Kira
kek pisang homemade yang pertama aku buat pada umur 34 tahun. Boleh catat dalam
diari okeh. Lol.
Aku ingat buat kek pisang ni susah sangat, rupa-rupanya sama
je macam kek butter, kek marble semua tu. Aku buat kek pisang bakar ya. Untuk beginner macam aku kira ok la
boleh buat. Moralnya jangan takut nak mencuba okeh!
Resepi Kek Pisang Moist
Setakat yang aku google, aku tak
jumpa lagi pantang larang untuk buat kek pisang. Tiada pula orang persoalkan
kena guna pisang jenis apa. Aku tibai je pisang makan, sorry aku tak tahu nama.
Pastinya pisang untuk digoreng tu tak sesuai la agaknya dijadikan kek. Kalau
ikut resepi dari Sue Kitchen dia guna Pisang Berangan ya.
Cuba buat Kek Pandan Gula Melaka Mudah & Sedap pun mudah juga
Bahan-Bahan
250g pisang berangan
180g minyak masak
150g gula perang
3 biji telur
150g tepung naik sendiri
1 sk soda bikarbonat
1 sk garam
Cara-cara untuk membuat kek
pisang ialah:
- Potong pisang menjadi ketulan kecil. Kisar pisang, gula, minyak, garam dan telur di dalam blender sehingga sebati.
- Campurkan tepung dan soda bikarbonat di dalam satu bekas.
- Kemudian, tuang adunan pisang ke dalam tepung dan kacau menggunakan senduk sehingga adunan sebati.
- Dalam masa yang sama panaskan oven guna api atas bawah sekurang-kurangnya 10 minit. Aku dapat petua dari Chef Florence Tan masa event Baking Demo session guna mentega Anchor, WAJIB panaskan oven sebelum mula bakar kek. Kalau kek bantat korang tanggung sendiri.
- Oleskan Loyang dengan mentega supaya kek tak melekat atau guna la baking paper kalau ada. aku nak kek tu bulat cantik jadi malas guna baking paper.
- Tuang adunan ke dalam loyan dan pastikan adunan sekata.
- Hiris pisang dan susun di atas kek untuk bagi kek kelihatan berseri.
- Boleh guna Loyang 10 inci tapi aku guna Loyang kecil jadi aku buat dua bekas. Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.
Kesimpulan
Semestinya aku akan repeat lagi
buat kek pisang selepas ini. Kek pisang pertama aku berjaya dapat pujian dari
suami, dia kata macam orang jual dekat kedai dan semestinya lagi sedap. Ok tu
nak ambil hati aku la. lol. Hasil kek Pisang aku memang dia jadi lembut dan
sangat moist. Tak terlalu manis dan sesuai dijadikan sajian untuk minum petang.
Resepi dan tip Kek Pisang Moist Yang Sedap Dan Mudah aku dah kongsi jadi
tinggal kerajinan korang sahaja.
Selamat mencuba.
Sedapnyaaa nampak
BalasPadamAssalamualaikum. cantik kejadian kek pisang tu
BalasPadamwahhh nampak mengancam tuuuu. nampak sedap dan menyelerakan! hehehe.
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.