Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall | Tadi baca keywords search dekat dashboard blog ada yang mencari senarai kedai makan dalam Melawati Mall. Ada juga cari keyword resepi kek coklat kukus, brownies viral dan juga review Diah tentang Air fryer AMgo. Amboi semuanya pasal makanan, terserlah ciri-ciri kuat makan Diah di situ. Kali ni Diah nak kongsikan senarai kedai makan yang boleh korang cuba di Melawati Mall. 

Untuk yang belum pernah jejak kan kaki ke sini, Melawati Mall terletak di Taman Melawati, kira-kira 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan mudah nak datang sini sebab dekat dan banyak pengangkutan awam. Melawati Mall baru sahaja setahun dibuka. 

Searai kedai makan di Melawati Mall
Salah satu menu di Makan Culture Melawati Mall
Memandangkan Melawati Mall ni dekat sangat dengan rumah secara automatiknya mall ni menjadi tempat kesukaan kami sekeluarga. Banyak pilihan tempat makan, mall ni kids friendly, toilet bersih, lift cantik dan transparent serta makanan dia sedap. Dah ada panggung wayang dan tempat main ice skating untuk kanak-kanak. 

Senarai Kedai Makan 

Banyak pilihan yang ada dan ikut selera masing-masing. Ada Western, Thailand, Korean Food, Japanese Food dan pendek kata memenuhi selera tekak Orang Asia la. Kalau tak nak makan for lunch or dinner boleh cari kopi dan kedai dessert pun sedap. 

Absolute Thai Street Food (LG)

Jangan keliru restoren Absolute Thai Street Food berbeza dengan Absolute Thai Food tau. makanan dan konsep masih sama cuma beza dia ialah ada sesetengah menu macam Ikan Siakap stim tu tiada dalam list menu di Absolute Thai Street Food.  Kiranya menu Absolute Thai Street Food lebih ringkas. Yang suka kan tomyam, somtan, Miang Kam boleh makan di sini. Oh favourite kami ialah ayam pandan. Restoren yang seangkatan dengan dia ialah, Tigerlily Thai restaurant (L3) dan Johnny Steamboat (L3).

Food Empire (L3)

Kalau KLCC ada food court RASA dan SIGNATURE, di Melawati Mall pula ada Food Empire. Diah tak pernah makan di sini tapi memang meriah orang masuk setiap kali ke sana. 

Yang memang rutin asal makan kena makan nasi boleh terus ke Chicken Rice Shop (L3) atau pun Makan Culture (L3). Portion dia besar dan berbaloi untuk cuba. Suka menu nasi goreng dia sedap.  Diah pernah cerita tentang Makan Culture Boleh juga cuba Santai Penyet (L3) dan Baby nyonya (L3). 

Kalau tak selera nak makan nasi tapi nak makan mee boleh ke Ah Cheng Laksa (L3), Mee Tarik Warisan Asli (L3) atau Boat Noddle(LG). Boleh cuba Santai YAMCHA juga. 

Untuk hidangan western boleh cuba NY Steak Shack (L3), Carl’s Jr. (LG), Pizza Hut (L3), The Manhattan Fish Market (L3), Wayback Burgers (L3) atau pun Tony Roma’s (L3). Restoren western favourite semestinya NY Steak Shack.

Korean & Japanese Restoren

Chicken Plus Melawati Mall
Menu di Chicken Plus Cheese Leleh

Teringin nak ubah angin dan semangat KPop menebal dalam diri boleh cuba hidangan Korean & Japanese restoren dan makan di Mr. Dakgalbi (L3), Tenderfresh / Chicken Plus (L3), Sopoong (L3), Seoul garden (L3), atau pun Hey Suhsi (L3). Diah suka makan ayam di Chicken Plus. 

Kesimpulan 

Keseluruhan nya Diah suka ke Melawati Mall sebab banyak pilihan untuk makan. Ada juga restoren yang Diah tak senaraikan kat sini dan mungkin ada yang dah bertambah. Maaf untuk kekurangan info. Nanti kalau Diah ke sana lagi Diah update. Ada yang dah ke Melawati Mall? Awak suka restoren mana? Boleh Diah cuba pulak. 

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.