Review Air Fryer Amgo

Rodiah Amir
3
Hari tu terjebak shopping online sebab selalu la dapat email promote alat elektrik idaman akak selama ni tak lain tak bukan Air Fryer. 

Memang selama ni akak berangan nak beli air fryer jenama Philip yang RM700 tu tapi rasa macam tak berbaloi aje so tangguh punya tangguh akhirnya beli jenama Amgo ni.
Promote baik punya terus la akak jatuh cinta. Kenapa akak yakin beli jenama AMGO:
  1. Rating dan review baik oleh pengguna.
  2. Bila tengok website company dia, kira ok la boleh dipercayai.
  3. Harga yang murah dan warna mengancam. RM 173 sahaja. Boleh dapat lagi murah dekat Shopee, ikut musim. 
  4. Brand Amgo termasuk dalam list “Top 10 Air Fryer 2018”. 10 Air Fryers to Help You Create Healthier Meals

Review Air Fryer Amgo

Bila dah sampai mestilah tersangat gembira. Dah cuba masak beberapa kali dan sangat berpuas hati. Sangat bagus untuk mereka yang nak amalkan gaya pemakanan sihat. Ini serius. Memang boleh kurus.



Air Fryer Amgo



Viral Air Fryer

Ayam goreng vs ayam Fryer (Fat free Frying)

Dari kecik kita disogokkan dengan ayam yang digoreng dalam minyak yang penuh. Rangup, berlemak, dan penuh perisa. Sila jangan bandingkan ayam goreng KFC dengan ayam fryer ni ye, memang bagai langit dan bumi.
Bila dimasak menggunakan air fryer ni jangan kecewa kalau hasilnya tak memenuhi jangkaan. 
Masa first time cuba memang rasa tasteless sebab daging ayam jadi terlalu kering (tak pandai adjust suhu dan masa). Bila dah pandai baru la seronok guna.  

Boleh beli dekat sini - AMGO Air Fryer

Tips masak guna air fryer
  • Kalau marinate/ atau perasakan bahan mentah jangan ter over perasa, letak kena sedang elok sebab dia memang meresap ke dalam ayam/makanan semasa proses memasak.
  • Nak dapatkan hasil masak yang sekata, size makanan haruslah sama besar. Tidaklah jadi makanan uncook dan over cooked.
  • Kena selalu try & error untuk suhu dan masa.

Antara barang elektrik aku beli secara Online ~ Beli Vacumm Cleaner

Makanan yang boleh dimasak menggunakan Air Fryer Amgo

Kalau ikut manual yang diberi, boleh masak segala jenis makanan yang biasanya digoreng; kentang, burger, chicken chop, kuih muih goreng, muffin, cake, roti semua boleh la. 
Aku seronok masak ikan tongkol goreng cili padi. Memang terbaik. Goreng ikan guna air fryer then tumis sambal dia dekat kuali biasa. Jimat masa dan rasa manis ikan tu.

Cara memasak
Letak bahan makanan dalam pan, set suhu dan masa. Tunggu makanan siap dimasak.

Siapa patut guna Air Fryer?
Semua orang wajib guna. Amboi wajib kau. Ok kalau tak mahu beli air fryer or belum ada rezeki nak beli kena la follow konsep memasak menggunakan air fryer ni. 
Hanya guna sesudu minyak untuk gorengan atau tak perlu langsung. Kita sayang badan dan kesihatan kita kan?
Akak ni pun dah masuk kategori lambat sangat nak bertaubat jaga pemakanan. Tapi lebih elok dari langsung tak buat. 
Niat akak masa beli air fryer ni ialah nak jaga kesihatan satu family, jadi mak ni tanggungjawab tu dari semua segi. Kalau boleh nak yang terbaik. Rasanya semua orang pun sama.
Ibu yang berpantang, suami yang jaga isteri dalam pantang, family yang suka makan makanan bergoreng, ibu beranak kecil yang kejar masa memang sesuai guna Air Fryer. 
Letak dan tinggalkan je sampai makanan tu masak. Sambil buat kerja lain. Sekian review jujur dari suri rumah sepenuh masa, beranak tiga.



Adios.


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. terima kasih atas review. Puan, saya baru duk usha Amgo air fryer ni. Dari segi ketahanan okay ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ketahanan dari segi rosak cepat tak cepat eh? setakat ni dia masih elok. Apa saya buat ialah lepas pakai cuci, simpan elok-elok. pakai agak kerap la juga.

      Padam
Catat Ulasan