Ad Code

Chizu Café, Cheese Drinks & Croissant

Hari tu layankan anak-anak teringin nak makan di Chizu. Oleh sebab kami tak pernah cuba makan di Chizu maka kita turutkan kehendak anak-anak.

Bukan selalu, tambahan pula sebagai reward untuk anak-anak yang banyak beri kerjasama dan ringan tulang tolong buat kerja rumah.

Kalau nak tahu Chizu merupakan rangkaian Café Jepun yang pertama dan terbesar di pasaran serta berjaya mempopularkan gandingan kebaharuan Minuman Keju dan juga Croissant. Kiranya itu signature menu mereka.


Chizu Café-Cheese-Drinks & Croissant


Chizu Café, Cheese Drinks & Croissant

Konsep café moden yang amat sesuai dengan jiwa muda mudi sekarang yang suka bergaya. Hiasan café yang simple dan susun atur perabot moden.

Biasanya orang letak keju dalam pizza dan kek tapi Chizu gabungkan keju dan teh dan bawa ke peringkat seterusnya. Oh kopi pon ada ya.

Memandangkan perut masih kenyang kira okay la sebagai minum petang. Suami pun turutkan saja permintaan kami. Anak-anak pastilah paling gembira.

Chizu ni banyak cawangan, yang kami pergi ni adalah dalam Melawati Mall. Waktu kami sampai, pelanggan agak ramai. Kebanyakkan orang datang sini bawa laptop dan masing-masing fokus dengan hal sendiri.

Kalau mencari tempat untuk Hi Tea boleh cuba Minum petang di Tim Teapot atau Hi Tea di KL Tower (Atmosphere 360)


hitea-Chizu-Café


Menu Chizu Café Melawati Mall

Makanan utama dekat Chizu ialah Cheese Drinks and juga Croissant. Makanan dengan cheese aku boleh terima tapi air dengan cheese tu buat aku tertanya-tanya rasa dia.

Memang sangat unik ya rasa dia. Minuman Chizu dipadankan Croissant Jepun (Honzu) untuk mencipta gabungan yang unik.

Apa kami cuba hari tu ialah Belgium Dark Chocolate Croissant (RM7.50), Pavlova (RM19), kek Almond Tiramisu (RM17), air Chocolate Cheese (RM14) dan Super Season Fruit Tea (RM13).

Total untuk semua ialah RM74.75 termasuk SST. Pavlova dia paling mahal. Jujurnya dari segi rasa aku pernah makan Pavlova yang lagi sedap.

Maaf sangat-sangat gambar air Chocolate dan Fruit Tea tu aku terlupa nak ambil gambar yang proper. 


pavlova-Chizu

 

crepe-Chizu-Cafe

Review Chizu Café Menurut Anak Tekak Aku

Gabungan air coklat dengan cheese agak turn off sebab cheese dia di bahagian atas tu rasa dia masin. Masin berlemak. Paling sedap Super Season Fruit Tea.

Untuk tekak Melayu seperti aku cukuplah sekali merasa sekali apa itu Chizu. Gitu ya. Bagi aku memang dia jual ‘lifestyle’. Macam Starbuck lah.



Untuk air ada Cheese Tea, Cheese Drink, Coffee dan juga Fruit Tea. Peminat Chizu jangan serang aku pula ya, ini review berdasarkan tekak aku.

Apa yang best Croissant dia banyak perisa korang boleh pilih. Biasanya beli dalam 6 ketul boleh dapat harga promo. Bergantung juga branch mana korang pergi.

Teringin nak makan ayam cheese memang aku ke Chicken Plus atau K Fry lagi puas hati. 

Chizu café sesuai untuk lepak santai dengan kawan-kawan, bawa potential customer untuk close deal dan sesuai juga buat kerja menggunakan gadjet tanpa gangguan.  

 

Kesimpulan

Walaupun aku penggemar cheese, tetapi gabungan minuman cheese bersama teh dan kopi agak susah tekak aku nak terima. Maafkan saya ye Chizu, buat masa sekarang saya bukan target customer anda. Tapi mana tahu kan, in future saya ter suka semula.

 

Post Navi

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. tengah bayangkan air + cheese..hmm camne yeak rasa dia..tapi baca review diah ni boleh imagine rasa dia tu..tapi nak cuba juga sendiri.nnti kot terlalu mana2 caw.chizu boleh lah try...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedut ending dia rasa masin..lah orang nak air manis hahhaha

      Padam
  2. tekak sy pun mcm tak berapa blh terima minuman bersama cheese hehehe

    BalasPadam
  3. dapnya... air cheese, emmm..x leh bayangkan & memang x pilih la kot kan. sbb kureng skt bab cheese2 ni..unless cheese atas pizza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia rasa minum air masin tu yang potong selera tu

      Padam
  4. Sama sis.. kalau ayam cheese ke okay lagi.. mungkin peminat dia suka la

    BalasPadam
  5. sama la tak boleh masuk cheese dgn kopi/teh

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.