Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman

Rodiah Amir
0
Artikel kali ni merupakan kesinambungan pengalaman aku menghadiri Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 yang lepas. 

Menyaksikan sendiri usahawan-usahawan yang telah dan bakal melakar kejayaan dalam perniagaan masing-masing merupakan salah satu kenangan manis dalam hidup aku. 

Bukan setakat itu sahaja, kejayaan mereka juga menjadi inspirasi kepada lebih 13 ribu peserta yang hadir pada program tersebut.

Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun ke 12, Dr Azizan Osman dan pasukan dia telah membantu ramai usahawan untuk meningkatkan tahap pendapatan serta melatih peserta untuk lebih kenal diri dan potensi maisng-masing.


Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman

Berdasarkan ilmu dan pengalaman Dr Azizan sendiri yang pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa. 

Banyak kali gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Baca pengalaman aku attend NUH 2020 selama tiga hari. 




Anak Didik Dr Azizan Osman Yang Berjaya

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending.

Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. 

Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman).

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. 

Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!



Kisah Penjual Kek Mamasab Bakery

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. 

Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit.

Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka.

Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.


Oli Collection Berjaya Jual Cadar

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. 

Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. 

Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. 

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.



Hasnuri Sdn Bhd juga berjaya membuktikan bahawa hanya dengan menjual baju kurung juga mampu berjaya. Hasnuri bukanlah menjual baju kurung eksklusif tetapi hanya baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. 

Apa yang menyebabkan mereka berjaya adalah kerana mereka jelas dengan sasaran siapa mereka boleh bantu dan disokong oleh team yang kuat.

Dari kisah-kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. 

Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.




Siapa Sebenarnya Dr Azizan Osman?

Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta kan? Aku dah lama mengikuti perkembangan Dr tapi belum pernah aku menyertai mana-mana program yang beliau anjurkan. 

Lepas aku hadiri program NUH dan alami sendiri serta pengisian ilmu yang aku dapat buatkan aku lebih mengagumi keperibadian Dr.

Baru aku faham kenapa anak-anak didik Dr sangat-sangat sayang, sanjung dan hormati beliau. Dalam setiap ilmu dan perkongsian tak pernah Dr lupa tentang Tuhan, ibu bapa, isteri, dan kebersihan jiwa. 

Apa sahaja yang berlaku Dr akan kaitkan dengan Pencipta. Bukan penunggang agama ya. Lain bezanya. Korang hadiri dulu program Dr, baru korang faham apa aku cuba sampaikan.

Dr Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Dr Azizan Osman
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

3 Visi Utama Dr Azizan Osman hari ini adalah: 

  • Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
  • Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
  • Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


Tentang Richworks International

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:

  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-Undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan Diri
  • Pelaburan


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.


Titanium RichWorks

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. 

Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RichWorks

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. 

Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang.

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk: 

1. Fesyen dan pakaian 
2. Kesihatan dan kecantikan 
3. Makanan dan minuman 
4. Pendidikan dan latihan 
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi) 
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful 
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan 
8. Perladangan dan pertanian

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.


Kesimpulan

Aku harap sangat dengan perkongsian Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman di atas akan menjadi pembakar semangat kita semua untuk berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Berdoa aku juga termasuk dalam golongan usahawan yang berjaya. 

Bila kita jelas dengan matlamat kita nak capai, faham kenapa kita perlu capai maka carilah Mentor, ilmu, dan gunakan strategi yang betul sebagai tindakan kita nak laksanakan impian. 

Cukup-cukuplah buang masa dan buat benda betul. Sampai sini sahaja bebelan aku, in sha Allah kita berjumpa lagi di lain entri.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)