Pengajaran yang aku belajar dari Kisah Penghijrahan Neelofa

Sebut je nama Neelofa aku rasa ramai yang kenal terutama golongan muda. Bagi aku Neelofa berjaya mencuit setiap hati yang kenal dia sebab sikap dia. Aku menulis tentang Neelofa bukan sebab aku obsess tapi aku menghargai kewujudan dia di muka bumi Tuhan.

Dulu, satu masa dulu aku pernah ada perasaan tak suka pada dia. Salah satu sebab, dia bawa watak perempuan penggoda dalam drama. Buat dosa kering je walhal dia tak pernah buat salah pun dengan aku.

Tapi slowly aku perasan tiap hari ada je berita tentang Neelofa yang buat aku berubah fikiran tentang dia. Nak sebut satu persatu hai banyaklah. Overall kisah penghijrahan dia banyak beri aura positif kepada aku.



Kisah Penghijrahan Neelofa

#1 - Bermula dari dia mula pakai tudung, kemudian perubahan dia pakai stokin dan perlahan cuba sempurnakan untuk tutup aurat dan akhirnya dia ambil keputusan untuk pakai Niqab. A huge decision yang aku rasa bukan semua orang mampu buat dan dia berani.

#2 - Apa aku perhatikan ialah dia berubah, dia ambil keputusan untuk jadi lebih baik dan pilih Tuhan sebab dia belajar dan gali ilmu Tuhan. Semakin banyak dia tahu semakin dia takut dan berserah pada Tuhan. Sebab tu dia sanggup kembali pada Tuhan.

#4 - Ayat yang aku terkesan bila dia ambil keputusan untuk berniqab, “saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikkan”. Neelofa faham dan mahu ganjaran yang Tuhan beri bila dia ikhlas dan buat kerana Allah.

#5 – Aku ter paling salute dengan sikap dia yang tak mudah melatah. Tahu sajalah kalau ada dalam industri seni, segala kisah lampau akan dikorek sehingga lubang cacing. Selalunya dia tenag dan matang handle isu yang sensitif.



#6 – Tuhan jaga dia. Itu je mampu aku tulis. Bayangkan, ada orang sengaja buka aib dia di media sosial, kongsi gambar masa dia seksi. Bukan sikit benda tu di share, tersebar merata. Biasa kalau berlaku pada artis lain, memang kecoh. Silap boleh jahanam kerjaya. Tapi kisah aib dia habis macam tu je, sebab apa..sebab dia selalu doa, selalu minta Allah jaga/ tutup aib dia.

#7 – Dia sangat sukakan ilmu, dia suka membaca, suka mendengar ceramah/motivasi, dan suka buku. Amalan cintakan, hormati ilmu yang buat dia cergas, sihat dan sentiasa bertenaga. Dia juga tak kedekut ilmu malah suka berkongsi doa, amalan harian dengan peminat.

#8 – Great support system. Sesungguhnya dia dilahirkan dan dikelilingi insan hebat dan sangat menyokong antara satu sama lain. Neelofa sangat pentingkan keluarga. Tengok saja dia layan ibu ayah, adik beradik bahkan kawan-kawan.

#9 – Bila dia ambil keputusan untuk pakai Niqab dan kemudian bertunang dengan PU Riz, aku teringat kisah penyanyi Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini yang berkahwin dengan penceramah bebas tu. Lepas kahwin dia pakai purdah dan menyepikan diri. Harapnya Neelofa tak terus senyap.

#10 – Bakal lancarkan Aplikasi Islamik, thenoor.app Kagum lagi. Sebelum ni dia aktif buat kerja amal melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. Dia bergerak satu langkah ke depan lagi bila dapat buat satu platform yang bakal menjana pahala berterusan untuk dia dan keluarga.

Last but not least, paling aku kagumi ialah dia pilih akhirat dari dunia, sebab dia tahu bila dia berhenti kejar dunia, dunia akan datang kepada dia. Aku doakan hati dia, hati kita semua tidak dibolak balik kan, sentiasa ingat dan tetap pilih Allah.  

Aku selalu tanamkan dalam diri, setiap kewujudan makhluk yang lintas dalam hidup seseorang semuanya mesti ada sebab. Ada hikmah Tuhan nak tunjuk dan ada benda kita perlu belajar. Apa pun ini hanya pendapat peribadi aku. Bukan Neelofa tiada yang buruk atau sisi negatif, tapi aku lebih prefer untuk jadi mata lebah berbanding mata si lalat.

*credit pic Neelofa IG

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama