Memaparkan catatan dengan label Resepi Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Viral. Papar semua catatan

Menu Berbuka - Resepi Ayam Kukus Sambal Embe

Kepada Khairul Aming (KA), terima kasih kongsi resepi ayam kukus ni. Saya dah buat dan memang jadi. Sedap dia ya ampun. Nikmat mana lagi aku nak dustakan.

Macam biasa setiap kali jumpa bulan Ramadan, KA mesti akan kongsi resepi viral berbuka puasa. Selaku chef dekat rumah sendiri harus ya tengok video dia untuk ambil inspirasi.

Kadang-kadang banyak je simpan video dari cuba buat. Biasalah kan, nak masak perlukan kerajinan. Lagipun aku target nak cuba menu berbuka yang ringkas tapi sedap je.

KA ni terkenal dengan sambal yang dia jual tu - aku pernah review Sambal Nyet  korang nak cuba boleh beli dekat sini


Resepi-Ayam-Kukus-Sambal-Embe


Menu Berbuka Khairul Aming - Resepi Ayam Kukus Sambal Embe

Hari tu KA kongsi resepi Ayam Kukus Sambal Embe. Katanya resepi dari negara jiran. Memandangkan kita serantau, yakin sangat akan kena dengan tekak. Selera tak lari jauh la maknanya.

Ikut carian di internet, sambal Embe berasal dari Bali dan unik kerana menggunakan bawang merah goreng sebagai bahan utama.

Digabungkan dengan cili pedas, serai, dan daun limau purut, ia memberikan rasa segar, pedas, dan sedikit rangup.

Berbeza dengan resepi yang KA kongsi ni ada bahan lain juga digunakan. Tak kisahlah yang pasti sedap rasa dia.

Ikut resepi KA, ayam tu dia carik-carik isi dia kemudian gaul dengan sambal tu. Lagi power. Tapi dekat rumah ada budak kecil tak tahan pedas, maka kita buat asing-asing. 


Ayam-Kukus-Sambal-Embe


Bahan-Bahan Resepi Sambal Embe Yang Mudah

Cara nak masak Sambal Embe ni mudah je. Bahan-bahan pun kebanyakkan ada di dapur. Untuk yang dah habis idea nak masak apa untuk berbuka boleh cuba.

Ayam Kukus

          2 ketul ayam bahagian peha

          1 sudu sos tiram

          ½  sudu besar minyak bijan

          ½  sudu tepung ubi kayu

          White paper

          Garam

          Daun bawang


Sambal-Embe


Sambal Embe

          5 biji bawang merah (hiris nipis)

          5 biji bawang putih (hiris nipis)

          8 biji cili merah/cili padi (hiris)

          Belacan bakar

          Minyak untuk menggoreng

 

Resepi-Ayam-Kukus


Cara Kukus Ayam Supaya Kekal Juicy & Sedap

1.         Gaulkan ayam dengan garam, sos tiram, minyak bijan, white paper dan tepung ubi.

2.         Garam letak secukupnya. Letak dalam bekas dan masukkan daun bawang.

3.         Kukus ayam selama 25-30 minit sehingga masak sepenuhnya. Guna bekas Stainless steel serbaguna ni best korang. Aku memang buat stok dekat rumah. Boleh guna untuk kukus, sebagai bekas simpan lauk dan sayur juga. 

4.         Setelah masak, rehatkan ayam seketika sebelum dicarik isinya.

 

Cara Buat Sambal Embe yang Padu

1.         Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan.

2.         Masukkan cili merah dan belacan. Kacau sebati.

3.         Tumis seketika. Dah siap. Tuang sambal ke atas isi ayam yang dicarik tadi. Gaul sebati.

 

Tips Masak Ayam Kukus Sambal Embe Confirm Jadi

  • Air lebihan kukusan ayam jangan di buang, campurkan sekali bersama isi ayam dan sambal.
  • Kalau ada resdung tak digalakkan mencuba resepi ini tapi kalau teringin sangat boleh kurangkan kauntiti belacan dan lebihkan bawang merah.
  • Untuk naikkan rasa sambal tu, perahkan 2 biji limau kasturi waktu nak makan.
  • Aku masukkan mushroom seasoning waktu nak perap ayam tu. Sejak guna mushroom seasoning aku dah tak guna serbuk perasa lain. 

 

mushroom-seasoning-love-earth

Sedap dimakan bersama nasi putih panas. Waktu menulis ni pun aku masih terliur membayangkan kesedapan ayam tu. Dekat rumah tiada ayam bahagian peha jadi aku gunakan bahagian kepak. Selamat mencuba korang.  

 

Resepi Air Kelapa Limau Soda

Tiba je bulan Ramadan ramai lah influencer dan content creator upload video resepi berbuka. Macam Khairul Aming memang tak pernah miss resepi 30 hari puasa.

Weh bila tengah syok tengok social media, then video tu lalu waktu tengahari tu memang cepat-cepat Diah scroll.  

Ustaz kata makhruh kalau tengok video makanan di bulan puasa sebab ianya memacu nafsu nak makan. Macam tu lah lebih kurang.

Jadi sekarang kalau video resepi akan tengok waktu petang beberapa jam nak berbuka tu. Cari idea menu berbuka.

 

Resepi-Air-Kelapa-Limau-Soda

 

Resepi Air Kelapa Limau Soda

 

Hari pertama puasa, Diah ternampak satu video resepi Air Kelapa Limau Soda. Dalam video tu selain air yang memang menggetar jiwa adalah penggunaan bekas air berbentuk beg tangan wanita.

Entah mana la dia beli. Cantik weh. Elok je dia bancuh air kelapa dalam bekas tu. Ramai komen nak beli bekas yang sama. Ahaks.

Diah guna jug kaca tahan panas dan tahan sejuk yang ada dekat rumah je, lawa juga. Nak beli Jug Kaca klink sini


Air-Kelapa-Limau-Soda

Memandangkan semua bahan-bahan yang digunakan ada dekat rumah jadi kita pun gigih nak buat. Kebetulan, suami beli air kelapa fresh dua biji.

Resepi ini tak melibatkan susu jadi memang menyegarkan tekak. Campuran air kelapa dan limau memang banyak khasiat dia tau.

 


Cara Buat - Air Kelapa Limau Soda

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Air kelapa

Limau kasturi

Aiskrim soda

Air Batu


cara-buat-Air-Kelapa-Limau-Soda

air-berbuka


Cara-cara:

Masukkan air kelapa, sedikit Aiskrim soda, dan limau kasturi. Nak masam letak lah banyak. Kemudian masukkan air batu.

Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

Nak tengok resepi Air yang viral boleh klik sini & klik sini

 


Kesimpulan

Tak menyesal cuba Resepi Air Kelapa Limau Soda. Bila lalu dekat tekak memang segar je rasa. Kena seimbangkan semua bahan sebab nanti rasa Aiskrim soda tu akan tenggelamkan rasa air Kelapa.

Selamat mencuba!

Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Kalau dah namanya suka makan, memang kalau lalu je video makanan mesti hati meronta-ronta nak beli. Dasar nafsu makan payah nak kawal.

Sama la kisahnya dengan Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai by Pakar Pes yang Diah beli dari TikTok Shop.

Dulu dah pernah beli Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming tapi malangnya rasa dia tak menepati sangat dengan selera Diah.

Review Sambal Nyet Berapi - Khairul Aming


Sambal-petai-telur-mata


Review Sambal Ready To Eat Tempoyak Petai

Ingatkan insaf la tak mahu beli lagi sambal di TikTok tapi tidak ya. Terjebak lagi. Sampai dua jenis Diah beli. 

Nak jimat postage dan rebut voucher. Sebab tu beli dua botol terus. Sambal Hijo Petai dan Sambal Tempoyak Petai.

Terpengaruh sebab Diah memang hantu petai dan tempoyak. Sebelum beli dah terbayang sedapnya kalau makan dengan nasi putih panas.


Sambal-Hijo-Petai


Terpengaruh lepas tengok Live TikTok, penjual dia Perempuan Melayu gigih timbang sambal sambil jawab segala pertanyaan penonton.

Suka beli sambal ready to eat macam ni sebab in case malas nak masak memang goreng ayam, dan makan dengan ulam je. Senang hidup.


sambal-tempoyak-petai


Memandangkan sambal dari Pakar Pes dapat banyak review yang bagus lagi la semangat nak cuba. Pakar Pes ada jual sambal Hijo dan sambal Merah.

Tahap kepedasan pula, ada yang kurang pedas dan betul-betul pedas. Kalau sambal warna merah dia panggil Sambal Ketagih.

Jadi seronok sebab banyak pilihan untuk pembeli. Nak tambah tempoyak, atau tanpa petai, nak yang pedas atau kurang pedas semua boleh.

 

Review Sambal Tempoyak Petai & Sambal Hijo Petai

Untuk cubaan kali pertama Diah beli Sambal Hijo Kurang Pedas. Eh dah tua tak sanggup / tak tahan makan benda pedas.

Berat 150gram berharga RM19.90. Diah pilih sambal yang ada petai jadi sedikit mahal lah. Beli juga Sambal Tempoyak Petai, 150gram berharga RM20.90.

Perkara utama perlu dipuji adalah cara pembungkusan oleh penjual. Dia guna Inflatable Air Bubble Wrap jadi botol selamat dari tekanan.


sambal-pakar-pes


Botol elok tak pecah weh. Minyak pon tak terkeluar dari penutup botol. Diah bagi 5 bintang untuk pembungkusan dan botol.

Sambal Hijo tu Diah makan dengan nasi putih panas. Makan juga bersama telur mata. Cukup rasa semua. Masin dan pedas.


sambal-hijo


Petai dia pun besar. Tak lembik dan masih rasa crunchy tapi tak fresh macam petai segar. Faham jadi boleh diterima.

Untuk Sambal Tempoyak Petai pula, Diah suka kena dengan tekak cuma masa awal-awal makan tu rasa pelik sikit.


sambal-tempoyak


Selama ni makan tempoyak fresh, bila dapat yang dah jadi sambal dia macam terperanjat sikit. But overall suka je. Serius berbaloi beli sebab selalu jadi penyelamat bila tak tahu nak masak apa.

 

Nak beli Sambal Ready To Eat Dekat mana?

Untuk yang nak mudah beli sahaja di Shopee.

Boleh guna link ni ya – Sambal Hijo Petai Tempoyak 

 

Secara Keseluruhan, kalau korang sejenis suka kan sambal ready to eat dan terbuka nak cuba pelbagai jenis sambal boleh lah consider Sambal dari Pakar Pes.

Resepi Chocolate ala ROYCE Khairul Aming

Bulan puasa yang lepas influencer terkenal Khairul Aming yang terkenal kerana menjual Sambal ada berkongsi resepi chocolate kayangan dalam siri 30 hari 30 resepi sepanjang Ramadan. 

Resepi chocolate kayangan yang dimaksudkan ialah Chocolate ala ROYCE, ada juga yang panggil coklat B40. Tak pastilah sebab sebenar. 

Mungkin disebabkan olahan resepi rasa chocolate kayangan dapat dinikmati oleh golongan B40 agaknya. Bahan-bahan pun murah sedikit berbanding coklat Royce. 


Chocolate-ala-ROYCE


Resepi Chocolate ala ROYCE Khairul Aming

Tunggu mood rajin nanti datang mungkin boleh buat sendiri. Bila tu tak janji lagi. Tapi nak kongsi je resepi dekat sini untuk rujukan masa depan. 

Perkongsian pada puasa hari ke-14: Chocolate ala ROYCE. Senang sangat nak buat guna empat bahan sahaja. Hasilnya dapat rasa chocolate yang kuat, sejuk, cair dalam mulut. 

Macam biasa, bila Khairul Aming kongsi resepi makan berduyun manusia terpengaruh untuk mencuba juga. Memang akan habis la bahan-bahan dekat pasaraya. 

Nampak perkongsian di TikTok ada yang berjaya buat, tak kurang juga ada yang bersedih bila coklat tak jadi seperti yang diharapkan. 

Entah mana silapnya tak tahu. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat ROYCE ini adalah; 1.5 cawan whipping cream, 50g unsalted butter, 350g bittersweet chocolate, dan coco powder je. Ya, 4 bahan sahaja.


Chocolate-ala-ROYCE-KhairulAming


Cara Penyediaan:

Panaskan satu setengah cawan whipping cream bersama 50-gram unsalted butter. 

Dalam mangkuk berasingan masukkan 350-gram bittersweet chocolate dan gaul bersama cream yang panas tadi. Penggunaan coklat adalah mengikut selera masing-masing. 

Paling penting kena guna coklat berkualiti baru jadi. Kacau sehingga coklat cair. Kemudian curahkan coklat ke dalam bekas yang di alas dengan baking paper. 

Ketuk tray supaya udara dapat dikeluarkan. Sejukkan selama empat sehingga lima jam di dalam peti sejuk. 

Bila coklat sudah keras, boleh keluarkan dan potong menjadi bentuk empat segi. Susun di atas tray dan kemudian boleh taburkan serbuk koko. 

Boleh dihidangkan dan makan ketika coklat masih sejuk. Selamat mencuba. 

Chocolate-B40-Jiha-Bakery


Review Chocolate ala ROYCE - Coklat B40 Jiha Bakery

Oleh sebab Diah kerajinan masih belum muncul tapi teringin nak makan, maka kita cari sajalah coklat B40 orang jual. Rezeki dapat beli di Jiha Bakery. 

Satu bekas kecil dijual pada harga RM15. Masih berpatutan harganya dan rasa dia pun sedap. Memang sekelip mata habis kami anak beranak makan. 

Serbuk coklat tu pahit sesuai dimakan bersama coklat yang manis. Tidak la rasa muak. Sedang elok. Kena makan waktu coklat tu sejuk, bertambah sedap jadinya. 

Korang yang berhampiran boleh cari di Jiha Bakery yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Tapi hati-hati masuk ke sana pasti akan tewas dengan aneka dessert yang lain. 

Ada macam-macam manisan, kek, Buko Pandan dan biskut raya. Jiha Bakery jadi pilihan kami bila beli kek untuk birthday. 

Setakat ni suka semua produk Jiha Bakery. Paling latest beli kek untuk birthday abang ipar. 

Birthday Cake Tema Frozen             Birthday Cake Tema Ikan Duyung Ariel

birthday-cake-Jiha-Bakery