Resepi Air Yang Viral Untuk Berbuka Puasa

By Rodiah Amir - May 02, 2019

Resepi Air Yang Viral Untuk Berbuka Puasa | Assalamualaikum. Minggu depan dan start puasa in sya Allah. Orang pun dah mula  mencari resepi makanan dan minuman untuk berbuka masa bulan puasa nanti. Sebulan berpuasa maksudnya ada 30 jenis resepi air kena ready dalam simpanan. Buat atau tak belakang cerita la kan? Aku pun tak ketinggalan mencatat nama-nama air wajib buat untuk berbuka. Untuk aku sendiri air paling favourite untuk berbuka ialah Teh Ais Pyior campur cincau tu. Memang terbaik kalau minum sejuk-sejuk. Kalau korang pulak, apa air kegemaran waktu berbuka?

Air Yang Viral Untuk Berbuka Puasa

Tiga Resepi Air untuk Berbuka Puasa

Kalau tahun lepas aku pernah kongsi tiga resepi air yang pernah viral untuk berbuka dekat entri ni Resepi Air Viral Patut Cuba Tahun ni air apa pula yang akan viral agaknya ya. Aku dah siapkan senarai air untuk dicuba. Jadi aku kongsikan resepi air yang aku rasa sedap untuk korang juga cuba. oh ya, kebanyakan resepi yang aku jumpa banyak aku rujuk dari lama web RASA 



Pepermint Lemonade

2 tangkai Daun Pudina
2 biji Lemon
Gula secukupnya
500ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya:

Perah lemon untuk mendapatkan jusnya. Masukan gula, garam, daun pudina, air dan kacau sehingga larut. Masukan jus lemon dan tambahkan ais secukupnya.

Air Yang Viral Untuk Berbuka Puasa


Jus Mangga Pudina
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Beberapa helai daun pudina

Cara membuatnya:

Kisar mangga bersama yogurt bersama dua gelas air. Tuang jus ke dalam gelas. Hiriskan limau kasturi dan masukan ke dalam gelas. Masukkan ais dan juga daun pudina. Tambahkan gula jika perlu.
 

Air Kelaut

2 sudu makan gula
2 gelas air
1 sudu teh pewarna biru
50gram tembikai merah
Setengah biji epal hijau
Setengah biji belimbing
Setengah biji oren
2 keping nenas
1 biji selasih yang direndam
Ais secukupnya

Cara membuatnya:

Masukan air, gula dan pewara biru dan kacau sehingga gula larut. Masukan semua buah dan selasih dan kacau sebati. masukan ais dan sedia untuk diminum.

Dalam banyak-banyak resepi air yang pernah aku cuba, resepi air kelaut yang paling kelakar pernah aku jumpa. Belum sempat mencuba lagi. Kot tahun ni aku teringin nak buat. Apa pun makan minum tu beringat la ye. Lagi bagus minum jus buah-buahan tanpa gula tambahan. lagi elok. Sekian saja untuk perkongsian kali ni. Jadi selamat mencuba.


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. fuhh yang first and second tuuu! looks very fresh and delicious hehehe

    ReplyDelete
  2. Masa bulan puasa mmg yg first sekali cari air, kdg2 tu 2,3 jenis air. Hehe

    ReplyDelete
  3. yang first & second tu, tertarik nak cuba...

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.