Memaparkan catatan dengan label Sukan Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan Sekolah. Papar semua catatan

Sibuk Dengan Sukan Sekolah - Update Kehidupan

Lama sungguh tak merentan dalam blog sendiri. Hari ni decided untuk guna satu jam pertama di awal pagi menulis seperti dulu.

Sambil pasang Youtube bunyi burung – Nature relaxation memang sangat-sangat membantu aku lebih tenang dan tersusun.

Pernah buat analisis diri dulu, aku jenis cepat belajar melalui audio. Jadi kita cuba sebaik mungkin kalau boleh membantu diri.

Hari ini, Selasa; hari pertama anak bersekolah sebab semalam sekolah bagi cuti peristiwa. Sabtu lepas berlangsungnya Kejohanan Olahraga.

Anak yang sukan emak yang penat. Untuk tahun ini aku mengaktifkan diri mewakili ibu bapa untuk bantu pasukan Rumah Sukan Kuning. Rumah Topaz.


kejohanan-olahraga-sekolah



 

Sibuk Dengan Sukan Sekolah - Update Kehidupan

 

Banyak sangat benda aku belajar. Tentang manusia dan juga masa. Serius penat sebab hampir setiap hari aku ke sekolah selama dua minggu.

Aku ditemani oleh beberapa lagi ibu yang komited nak pastikan Rumah Topaz berjaya merangkul kemenangan.

Macam bartu je kongsi di blog, bantu sekolah untuk Kejohanan Merentas Desa.

Tugas utama kami ialah nak kembalikan semangat juang anak-anak, rangka strategi perjuangan dan bantu cikgu untuk hias khemah serta perbarisan.

Weh banyak sangat cerita di sebalik tabir yang aku nak kongsi. InshaAllah satu persatu aku kupas mengikut kaca mata aku.

Untuk aturan perjalanan kali ini, Allah buka seluas-luasnya mata aku kenal mana satu kaca dan mana satu permata.

Alhamdulillah untuk setiap apa yang jadi, ada yang manis dan ada juga yang kurang enak nak ditelan. Tapi apakan daya setiap benda Allah cipta berpasangan. Maka harus lah kita terima saja.


parents-rumah-kuning


 

 

Bila Marah - Show Their True Color

 

Ada orang pernah pesan, nak kenal seseorang tu mudah je. Orang akan tunjukkan diri sebenar ketika dia sedang marah. Masa tu akan terlondeh segala topeng yang dia pakai.

Dan ianya sangat benar ya. Terjadi depan mata, dan semestinya aku yang menjadi saksi tidak adil nak judge kehidupan dia secara keseluruhan.

Mungkin waktu tu had sabar dan bertahan tu dah habis jadi meletus lah jawabnya.

Of course, kita nampak true color seseorang dan apa boleh buat berhati-hati dan ambil Langkah selamat. Jika rasa memudaratkan jauhkan diri dan begitu sebaliknya.

Bunyi macam kelakar dan nampak kecil je sumbangan tu bila sebut bantu Hari Sukan Sekolah. Tapi realitinya sangat-sangat penat.

Penat juga nak jaga hati orang dan hati sendiri.

 

 

persiapan-kejohanan-olahraga


Memang Logik Tak Jadi Guru


Selain penat nak uruskan benda-benda tidak bernyawa, aku juga sangat penat nak berkomunikasi dengan makhluk bernyawa.

Nak bagi arahan dan pastikan anak-anak mendengar arahan kita tu agak mencabar. Lagi pula anak murid dulu bukan macam sekarang ya.

Mereka sekarang sejak kecil dah terdedah dengan internet dunia tanpa sempadan. Mereka sejak kecil dah ada sifat perbandingan.

Dekat situ akan wujud insecurity dan self-esteem. Entah apa aku nampak bila pandang mata anak-anak ni, ada semangat juang dan rintihan yang tidak didengari.

Maklumlah kita ni bukan guru. Sifat sabar & tabah tu memang la terlalu sedikit jika dibandingkan dengan seorang guru sebenar.

Memang patutlah aku tak jadi seorang pendidik. Kalau tidak pasti aku jadi naga asyik keluar api dekat mulut. Apa pun aku bersyukur dengan setiap peluang dan ruang Allah takdirkan.

Setiap hari aku belajar benda baru. Hasil yang kami tuai selepas bersusah payah tu memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Kesimpulan 

Jadi ini merupakan entri pengenalan, update kehidupan aku tentang sukan sekolah. Memudahkan aku juga supaya senang aku nak bercerita di kemudian hari. Sila expect entri yang melompat-lompat sebab aku tengah recover semua entri yang tertinggal sepanjang aku sibuk bantu sekolah.

Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Hari yang paling dinantikan oleh anak-anak setiap tahun tak lain tak bukan ialah Hari Sukan Sekolah atau nama lain Kejohanan Olahraga. Penglibatan anak-anak semestinya bermula dari pertengahan tahun lagi.

Semalam, Sabtu (14 Oktober) kami dari awal pagi dah ada di sekolah. Ikhwan terlibat dengan perbarisan manakala Raudah terlibat dengan Sukantara.

Kena hadir di sekolah lebih awal dari murid lain sebab nak kena bersiap pakai costume untuk perbarisan rumah sukan.


kejohanan-olahraga-sukan-sekolah

Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Alhamdulillah cuaca cerah dan berangin tapi panas ya ampun. Hari Sukan berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa yang datang untuk sokong anak masing-masing.

Tahun sebelum ni sekolah telah menjemput atlet Paralimpik Malaysia, saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang bertanding dalam acara lari pecut kategori T36 dan acara lompat jauh.

Mohamad Ridzuan mewakili Malaysia dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, di mana beliau memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.

Tahun 2023, Kejohanan Olahraga dirasmikan oleh YB Tuan TS. Zahir bin Hassan iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju.




Tema Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah

Tahun ni istimewa sebab tema Hari Sukan Tahun ni sekolah pilih tema coklat untuk mewakili rumah sukan.

Ada tiga buah rumah sukan iaitu Rumah Biru (Mentos), Rumah Kuning (Ferrero Rocher) dan Rumah Merah (KitKat).






Nampak kesungguhan dan kreativiti cikgu bila siapkan kostum untuk murid-murid pakai untuk perbarisan rumah sukan.

Kalau zaman sekolah dulu, kami tiada tema untuk berhias tapi pemilihan nama rumah sukan akan ditukar kepada nama Tokoh seperti Tok Bahaman dan Mat Kilau mewakili semangat berjuang.

Tahun ni Rumah Biru berjaya menjadi Johan. Boleh nampak perbezaan cikgu Rumah Biru lebih proaktif dan penglibatan pun lebih dari guru-guru rumah lain.

Bila cikgu kongsikan sistem permarkahan baru tahu yang markah di ambil dari aktiviti seperti Sukantara, Merentas Desa dan juga Perbarisan.

Kena tambahkan kesemua markah dari tiga aktiviti utama barulah layak dinobatkan sebagai johan.

Teringat kenangan Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah


Persembahan Pancaragam Kem Wardieburn Kuala Lumpur

Lebih meriah tahun ini, pihak sekolah telah menjemput Kumpulan Pancaragam Platun Tambo Serunai Batalion Pertama, Rejimen Renjer Diraja, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Jadi, waktu perbarisan lintas hormat diketuai oleh Drum Major Sarjan Jackiely bin Jonot memang penonton bersorak girang.


Kumpulan-pancaragam-tentera-darat


Semua teruja dan automatik bersemangat. Anak-anak yang masuk perbarisan pun berkawad dan berjalan megah.

Seperti dijangka, Johan perbarisan jatuh kepada Rumah Kuning (Ferrero Rocher). Kombinasi warna kuning, gold dan coklat tu sepadan.

Kostum pun cantik. Rajin cikgu menjahit dan tampal coklat Ferrero Rocher dekat topi dan baju.

 

Penutup

Walaupun cuaca panas, kena menunggu lama sehingga Hari Sukan tamat tapi secara keseluruhan anak-anak gembira.

Tengahari tu balik cari makan. Alhamdulillah tak demam.