Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah

Rodiah Amir
1

Assalamualaikum semua. Selesai sudah tugas menjadi penjaga stesen sempena Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah.

Kali ni aku berkesempatan turun padang bantu sekolah anak menjadi Sukarelawan untuk pastikan kelancaran program. Kalau nak harapkan cikgu semata-mata macam kesian je.

Memang mencabar ya bertugas di waktu musim kemarau macam sekarang ni. Aku yang menjadi penjaga stesen tapi tak berlari pun terasa penat dia, apatah lagi anak-anak yang menyertai kejohanan merentas desa.

Bila jadi penjaga stesen memang akan berjumpa pelbagai ragam. Ada anak-anak yang semangat berlari nak habiskan larian dan ada yang berlari macam bersiar-siar je lagaknya.

Agaknya yang semangat berlari ni memang dah biasa beriadah dengan keluarga. Jadi setakat nak habiskan larian satu pusingan taman tiada masalah bagi dia.


kejohanan-merentas-desa


 


Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah


Ada juga anak murid yang sampai muntah-muntah dan nak pengsan. Risau strok haba. Jadi sebagai penjaga stesen memang kena sentiasa alert dan beri bantuan sewajarnya.

Macam biasa, setiap anak murid yang lalu aku akan pesan supaya betulkan pernafasan semasa berlari dan berjalan jika tak mampu. Kesihatan tu lebih utama.

Ikut apa yang dikongsi oleh guru yang bertugas bersama; syarat untuk merentas desa, jarak larian yang perlu dihabiskan ialah sekurang-kurangnya empat kilometer.

 


Kategori Merentas Desa - Larian Mengikut Peringkat Umur


Ilmu baru juga untuk aku. Jarak larian dibahagikan kepada beberapa peringkat. Track larian untuk setiap tahap juga berbeza. Mana maunya kalau semua sama.

Berlari ikut kapasiti murid. Jadi pihak sekolah bahagikan kepada empat kategori. Kategori Pra PPKI, Kategori Murid Bawah 8 tahun, Kategori Murid Bawah 10 tahun dan Kategori Murid Bawah 12 Tahun.

Murid Pra dan PPKI larian di track taman mainan berbeza dengan murid lain dengan jarak 400-meter sahaja. Comel je anak-anak berlari.

Untuk kategori yang lain pula semua berlari di taman bersama-sama dengan orang awam. Murid Bawah 8 tahun kena habiskan satu pusingan taman.

Murid Bawah 10 tahun perlu habiskan dua pusingan padang dan Murid Bawah 12 tahun pula kena habiskan larian sebanyak tiga pusingan taman.

 


rumah-kuning



Jadi Sukarelawan Bahagian Pengangkutan


Selain bertugas menjadi penjaga stesen aku juga bertanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak untuk bahagian pengangkutan.

Ikutkan ibu bapa perlu menghantar dan mengambil anak di lokasi merentas desa. Memandangkan kejohanan merentas adalah pada hari bekerja, pihak sekolah faham akan kekangan ibu bapa.

Oleh sebab sekolah mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (Pulapot), Kem Genting klang jadi merasalah murid naik trak askar.


 

Kejohanan-Merentas-Desa-Sekolah-Rendah


Paling penting kena pastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat. Keadaan terkawal tapi realiti dia memang kena gagah nak naik trak askar.

Memang terhuyung hayang dan bergegar kuat bila trak bergerak. Penting pastikan pengiring sentiasa alert.

Pernah ada kes anak murid jatuh dari trak dan sebabkan kematian. Ikut khabar angin katanya pengiring yang bertugas terlelap semasa berada di atas trak.  

Asbab kematian tapi cukup untuk dijadikan peringatan.

Bukan setakat anak-anak je yang gembira, kami sebagai pengiring pun teruja dapat naik trak Askar. Pengalaman manis bagi aku. Lepas ni boleh bercerita dengan anak-anak yang mama dia pernah naik trak askar.


taman-tasik-danau-kota



PIBG Hulurkan Bantuan Ringankan Beban


Semenjak menjadi AJK PIBG memang banyak aktiviti sekolah yang aku ‘terpaksa’ libatkan diri. Memang itulah natijah dia kalau dah dilantik dan pegang jawatan.

Suka atau tidak itu memang tanggungjawab perlu digalas. Waktu awal pencalonan menjadi AJK dulu memang dah dapat bayangkan kena bantu pihak sekolah.

Hulurkan bantuan untuk meringankan beban demi kecemerlangan anak-anak. Itulah tugas utama PIBG. Ikutkan sekolah anak tidaklah besar mana. Jumlah murid di bawah 500 orang dan hanya satu sesi.

Dalam PIBG aku menyandang jawatan Biro Masyarakat dan Komunikasi. Dilantik pun sebab aku dah biasa dengan kerja-kerja hebahan di media social jadi memang berguna sekolah untuk war-war kan maklumat penting.

Alhamdulillah seronok dapat membantu walaupun kadang-kadang rasa tak cukup masa.

 

Kesimpulan

Alhamdulillah Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah berlangsung dengan meriah. Tiada catatan rekod kecederaan teruk. Setakat jatuh dan alami luka kecil sahaja. Selesai semua semalam seperti yang di rancang pada pukul 12 tengahari.

 

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Uwaaah syarat minimal utk merentas desa ini sekirang2nya 4 km, lumayan jauh juga yaa. Tp biasanya anak2' kuat, stamina mereka masih lebih membuak-buak drpd orang dewasa 😄

    Seram juga baca sempat terjadi case anak jatuh dari truck Askar. Semoga tidak pernah terjadi lagi.

    BalasPadam
Catat Ulasan