JJCM Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Rodiah Amir
1

Kalau korang peminat makanan eksotik seperti Mentarang memang wajib ke Sekinchan Selangor. Dah lama Diah berhajat nak makan Mentarang Bakar. 

Kalau di Sekinchan, antara restoran yang terkenal dengan menu eksotik Menatarang Bakar, tak lain tak bukan ialah Faridah Mentarang Bakar.

Restoran Faridah Mentarang Bakar dah banyak kali masuk TV antaranya Jalan Jalan Cari Makan dan menjadi tempat persinggahan pelancong. 


makan-Restoran-Faridah-Mentarang-Bakar



JJCM Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Diah kebetulan dalam perjalanan ke rumah kawan waktu belajar di Shah Alam dulu. Lokasi rumah dia 15 minit dari restoran jadi singgah dulu isi perut. 

Suami pun teruja nak mencuba. Memang rezeki kami waktu sampai tu masih belum ramai pelanggan. Waktu tu menghampiri jam 12 tengahari. 

Cuaca waktu tu panas terik tapi berangin. Memang panas dan peluh mencurah-curah keluar. Tapi demi Mentarang Bakar jadi kita redah saja. 

Restoran ni terletak di tepi jalan besar. Mudah la nak jumpa, guna je waze InshaAllah selamat sampai. Boleh letak kereta di hadapan kedai (tepi jalan) atau parking di sebelah kedai di kawasan yang ditetapkan. 


Review-Restoran-Faridah-Mentarang-Bakar


Menu Eksotik Restoran Faridah Mentarang Bakar

Konsep makan dekat sini ialah layan diri. Rasanya ada dua owner yang beroperasi sebab kaunter pembayaran untuk nasi campur dan Mentarang adalah berbeza. 

Tapi jangan risau tak susah pun. Ambil nasi dan lauk kemudian bayar di kaunter nasi campur, kemudian pilih meja. 

Nanti akan datang pelayan bawa menu dan waktu inilah korang boleh pesan Mentarang dan request cara masakan. 


Faridah-Mentarang-Bakar


Antara menu yang boleh korang request ialah Mentarang bakar, masak lemak cili padi, sup, kari, goreng tepung, sambal, tumis cili api atau goreng kunyit. 

Selain Mentarang ada juga Belangkas, Pepahat, Kupang, Kerang, Siput Sedut, Ikan Haruan, Belut, Ikan Sembilang, Kepah, Tiram dan Lokan. 

Belangkas tu kami dah pernah makan waktu bercuti di Johor jadi tidak lah teringin nak repeat. Telur dia rasa lemak-lemak macam tu. 


Restoran-Faridah-Mentarang-Bakar



Harga Makanan Menu Eksotik Restoran Faridah Mentarang Bakar

Senarai harga makanan eksotik mengikut harga pasaran dan ada dipaparkan di bahagian kaunter. Kalau tak pasti tanya je pekerja restoran. 

Macam Mentarang Bakar berharga RM20 untuk 200gram. Ikan Sembilang Asam Pedas berharga RM15 untuk satu mangkuk. Belangkas RM10-15, Pepahat 1 ekor RM15. 

Total bil seperti dibawah: RM90

1 mangkuk Sembilang Laut Asam Pedas RM15

1 pinggan Mentarang Goreng Tepung RM23

2 pinggan Mentarang Bakar RM20

Empat gelas air, segelas RM3 


harga-mentarang-bakar



Review Restoran Faridah Mentarang Bakar

Anak nak makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, tapi tiada stok pula. Jadi kami cuba Mentarang dan juga Ikan Sembilang. 

Oleh sebab kami pertama kali nak mencuba Mentarang Bakar jadi tak mahu pesan banyak-banyak risau tak kena dengan selera. 

Kami pesan Mentarang Bakar, Mentarang Goreng Tepung dan Ikan Sembilang Asam Pedas. Anggaran berat mentarang untuk satu hidangan ialah 200gram. 

Ini rupa Mentarang goreng tepung. 


Mentarang-goreng-tepung


Ada tujuh hingga sembilan ekor Mentarang dalam satu pinggan. Waktu cuba makan Mentarang Bakar tu sedikit terkejut. 

Saiz pula ada yang besar dan ada yang kecil. 


Saiz-mentarang-bakar


Mentarang-Bakar


Siapa yang boleh makan Tiram tiada masalah nak makan Mentarang sebab rasa dia seakan-akan sama. Rasa manis berlemak dan padat dengan isi. 

Makan dengan sambal pencicah yang disediakan. Agaknya kalau cicah dengan sambal Thai mesti lagi sedap. 

Ikut selera memang sedap tapi tak boleh makan banyak sebab akan cepat muak. Penting juga untuk pilih cara masakan. 

Mentarang ni rasa dia berlemak dan bila dibakar keluar lah segala jus dia. Mentarang goreng tepung pula isi dia jadi lebih kering. 

Kami pesan juga semangkuk Ikan Sembilang Laut masak Asam Pedas. Ya ampun makan sambil mengalir air mata sebab kedai guna cili kering pedas. 


ikan-sembilang-asam-pedas


Tak boleh nak komen rasa kuah dia sebab Diah makan bersulam dengan air. Agak terseksa sebab keadaan persekitaran pun memang panas. 

Tapi rasa isi Ikan Sembilang memang segar dan lain ya dengan rasa isi ikan keli yang orang ternak tu. Lain kali boleh cuba menu Ikan Sembilang tapi tukar cara masak. 


Waktu Operasi Restoran Faridah Mentarang Bakar

Kalau tak mahu bersesak dan makan dengan tenang datanglah sebelum waktu puncak makan tengahari. 

Selain bersesak dengan ramai orang penting juga elak cuaca yang terlalu panas. Restoran beroperasi bermula jam 10:00 pagi sehingga jam 5:00 petang sahaja. 


Kesimpulan 

Peminat makanan eksotik boleh datang ke Sekinchan dan datang ke Restoran Faridah Mentarang Bakar untuk cuba sendiri. Boleh guna alamat di bawah: 

Faridah Mentarang Bakar

Batu 47 ¾ Tali Air Sungai Leman

Sekinchan Selangor.

 

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Saga sebenernya masih belum ketemu istilah mentarang ini dlm bahasa Indonesia. Hanya disebut semacam tiram. Ntahlah saya pernah coba atau tidak 😄. Cuma rasanya kalo ini masih mirip tiram, seharusnya saya pun suka 👍

    BalasPadam
Catat Ulasan