Gotong Royong Sekolah Sempena Program Mampan

Rodiah Amir
4

Hari tu dapat jemputan dari pihak sekolah untuk program gotong royong bagi menanam bunga dan herba sesuai dengan Program Mampan yang disahut oleh sekolah.

Program Retreat Pelaksanaan Projek Sekolah Mampan di bawah KL Bersih dan Indah Local Agenda 21 Kuala Lumpur.

Program Mampan ni juga adalah salah satu kompenan untuk Sekolah Lestari. Pertama kali Diah dengar tentang Sekolah Lestari agak pening juga.

Korang boleh google sendiri tentang Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar. Tujuan Sekolah Lestari secara umumnya untuk memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.


Gotong Royong Sekolah Sempena Program Mampan

Juga menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan. Bukan setakat murid dan guru sahaja malah kerjasama dengan masyarakat, agensi kerajaan, dan badan bukan kerajaan.  

Bahasa mudahnya ialah ibu bapa dan sekolah nak jadikan sekolah mesra alam sekitar dan sekolah hijau.

Bila hijau kena la tanam lebih banyak pokok, betulkan saliran longkang, bersih dan buang segala barang-barang yang boleh mencemar persekitaran.

Gotong royong kali ni tidak sebesar program Gotong Royong Mega sebelum ini. Hanya AJK PIBG dan KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) yang dijemput untuk bantu.

Program Mampan merupakan program bersama DBKL. Kiranya pihak sekolah akan minta nasihat dan tunjuk ajar mana yang perlu.


projek-mampan



Definisi Sekolah Mampan Kuala Lumpur

Diah kongsikan definisi Sekolah Mampan Kuala Lumpur seperti di bawah:

Sekolah Mampan Kuala Lumpur adalah sekolah yang menggembeling pendidikan berkaitan pembangunan lestari dan alam sekitar.

Bertujuan untuk melahirkan warga sekolah yang mengamalkan dan membudayakan amalan kelestarian berterusan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Tidak ketinggalan juga aktiviti kokurikulum serta pengurusan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah mendokong pembentukan Masyarakat Mampan Kuala Lumpur untuk mencapai Bandar Berdayahuni.


tanam-pokok-kunyit


Projek Mampan - Tanaman Pokok Herba

Beberapa minggu sebelum itu sekolah dah war-war kan pihak sekolah akan menanam beberapa jenis tanaman herba di kawasan sekolah.

Sebagai tanda sokongan ibu bapa, murid boleh menyumbang anak pokok atau benih yang boleh ditanam.

Cikgu dah tetapkan jenis tanaman mengikut tahun. Darjah Satu sehingga Darjah Tiga digalakkan untuk sumbang Anak Pokok Cili.


tanaman-herba-sekolah


Tahun Empat boleh sumbang Halia dan murid Tahun lima dan Enam boleh sumbang Bawang Besar. Terbuka juga kalau nak sumbang tanaman herba yang lain.

Jadi gigih la pagi tu singgah ke Pasar Tani Taman Melawati beli pokok Lada. Ada rezeki anak-anak mudah je urusan.

Terus gerak ke sekolah. Macam biasa sebelum bekerja keras harus la isi perut. Watku makan cikgu terangkan sedikit sebanyak maklumat dan agihkan tugas.



Diah dan ibu bapa lain kena bantu cikgu untuk bersihkan Taman Herba yang lama jadi kena bersihkan, dan pindahkan tanaman ke tempat lain.


Jadi Petani Moden

Hari tu memang merasa la menjadi petani moden segera. Penat tu tak boleh nak ungkap walhal bukan buat banyak pun.

Tapi faham sajalah bila nak menanam pokok kena tebas buang segala rumput, kemudian gemburkan tanah guna cangkul lepas tu kena korek lubang tanam anak pokok.

Oleh sebab tiada pengalaman tanam pokok jadi sukarela nak bantu tanam pokok Kunyit. Alhamdulilah siap dengan bantuan beberapa murid dan ibu bapa yang hadir.

Balik tu memang lenguh satu badan tapi gembira sangat-sangat. Kata cikgu nanti bila pokok semua keluarkan hasil boleh lah di jual dan boleh tambah dana kepada sekolah.


Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Seronok nya program mampan ni.. Tanam macam2 di ruang luas kawasan sekolah.. Pelajar siap bawa anak pokok.. Terbaikjk..

    BalasPadam
  2. kalau kat sini sarawak energy (mcm TNB kat sana) selalu buat CSR utk tree planting... byk sekolah dah diorg masuk tanam pokok.. pgrm mcm ni sesuai utk pgrm sarana ibu bapa dan guru di sekolah kan

    BalasPadam
  3. Baguuuus program sekolahnya kak. Jadi mengajarkan semua elemen sekolah dan masyarakat sekitar untuk lebih peduli dengan alam sebenarnya kan.

    Sekolah pun jadi terlihat hijau dengan banyak tanaman herba 👍

    BalasPadam
Catat Ulasan