Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Seharian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Seharian. Papar semua catatan

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Aktiviti gotong royong ni berlaku masa awal tahun hari tu. Buruk betul perangai baru nak kongsi dekat blog. Demi kenangan yang bakal di baca di masa depan ya.

Kami ibu bapa hadir ke sekolah untuk membantu menceriakan kelas anak. Pengalaman pertama hadiri gotong royong untuk sekolah menengah.

Semestinya aku kena kongsi dekat blog sebab esok lusa boleh baca semula kenangan ni. Hai sekejap betul anak dah masuk menengah, 13 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu. Gotong royong diadakan pada pagi Sabtu. Setengah hari je dah siap semua.

Setakat ni kami kalau sekolah ada buat gotong royong memang jarang kami skip. 

cedera-terkena-bucu-tangga



Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Jadi gigih la kami datang awal pada hari kejadian. Kalau betul ikut tekaan aku, hanya ibu bapa tingkatan satu sahaja yang dijemput.

Tempat gotong royong pula memang fokus nak cantikkan kelas anak masing-masing. Seminggu sebelum tu, cikgu dah minta ibu bapa sumbangkan idea.

Sumbang idea dan sekaligus sumbang duit untuk beli peralatan. Memang berdikari sungguh ya. Jadi guna konsep amal jariah. Masing-masing bawa peralatan kebersihan sendiri dari rumah. Lagi senang sebenarnya.

gotong-royong-sekolah-menengah


Sebelum hari gotong royong, anak-anak dah berbincang sesama sendiri berkenaan keceriaan kelas dan aktiviti kebersihan yang bakal dijalankan.

Lain sungguh dengan zaman aku dulu. Kami lebih banyak patuh dengan arahan dan idea juga agak terhad. Maklumlah duit bukan banyak sangat zaman dulu. Jadi guna konsep redha je.

Satu benda aku belajar adalah trust them. Walaupun mereka pilih tu nampak mengarut dekat mata kita sebab selera kan tak sama.

Lagi satu, nak capai kata persefahaman tu memang memerlukan sabar yang tinggi.

gotong-royong-kelas


 

Aktiviti Gotong Royong - Mengemas, Mencuci & Mengecat

Untuk kelas Ikhwan yang banyak memainkan peranan dan bersuara ialah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Masing-masing setuju pilih tema Pastel. Itu ikut apa anak-anak tu cakap. Bila tanya Ikhwan, sebagai budak lelaki diaorang setuju je.

Rasanya budak lelaki mana nak ambil kisah sangat kan? Atau nama lain malas nak bertekak. Lol. Jadi bahagian yang kami ibu bapa bantu anak-anak bersihkan ialah tingkap, lantai, kipas, loker dan meja.

Lap bersihkan tingkap, cuci kipas, mop lantai, cantikkan loker, balut meja dan sepatutnya nak cat kelas tapi last minute ada perubahan.

Jadinya hanya tanggalkan wallpaper sticker yang lama untuk mudahkan kerja mengecat nanti.

Masa hari kejadian ada parents’ yang sedekahkan alas meja. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Kami sama-sama pasang alas meja.

Ramai juga ibu bapa kelas Ikhwan yang datang jadi kerja jadi mudah dan cepat siap. Untuk cat kami setuju untuk kumpul duit dan upah orang. Selesai bab tu.

kemas-kelas


 

Cedera Terkena Bucu Tangga

Dijadikan cerita banyak akal sungguh anak-anak ni. Airis cedera di kepala terkena bucu tangga besi yang karat. Disebabkan saiz kemetot dia tu, bila naik tangga bucu besi tu betul-betul tepat dekat bahagian dahi dia.

Masing-masing aktif dan kebetulan nak ikut abang dia ke kantin beli air. Waktu naik atas masing-masing berlumba siapa nak sampai atas dulu.

Ha memang mendapat bila Airis tak sengaja langar bucu besi tu. Memang berdarah la cerita dia. Terkoyak kulit dahi tu.

Awal-awal macam okay tapi bila darah keluar non stop terus mak cuak. 

cedera-dahi


Cuak lah juga. Terus tak jadi tolong aktiviti gotong royong dan kami bawa ke klinik berhampiran. Doktor periksa dan Syukur luka tak dalam.

Risaukan besi karat tu je. Alhamdulillah dia Insaf sekejap. Lol. Waktu terima rawatan tu dia memang takut. Harap dia ambil pengajaran. 

rawatan-klinik


Alhamdulillah aktiviti gotong royong berjalan lancar. Selesai semua, bawa anak makan dan kami terus balik. Badan automatik penat bila ada berlaku benda terkejut-kejut ni.

Reunion Rakan Sepejabat - The Nahara Resort Kalumpang

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Kalumpang yang terletak di Sabak Bernam, Selangor memang sangat menyeronokkan. 

Dikelilingi pokok hijau, hutan dan kawasan kampung, semestinya mereka yang cintakan alam semula jadi pasti akan jatuh cinta dengan Kalumpang.

Sabtu lepas aku dan keluarga menghadiri majlis reunion kecil -kecilan bersama bekas rakan sepejabat tempat aku mencari rezeki enam tahun lepas. 

Banyak sangat kenangan manis bersama mereka. Nak ingat yang manis-manis je, kenangan pahit kita campak tepi. Ahaks. Reunion pun secara kecil-kecilan sebab circle ini lah yang jadi BFF waktu aku kerja dulu. 

Kakak, abang dan adik inilah yang banyak beri tunjuk ajar, jadi geng makan sarapan dan geng keluar lunch. Bersyukur sangat Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik. 

TheNahara-Resort-Kalumpang


Reunion Rakan Sepejabat - The Nahara Resort Kalumpang

Alhamdulillah ukhwah tu berpanjangan sehingga ke hari ini. Dari masing-masing bujang sehingga dah ada anak yang nak masuk Universiti. Cepat betul masa berlalu. 

Ikutkan peluang nak berjumpa tu sangatlah tipis, tapi masing-masing gigih meluangkan masa nak buat reunion. Maklumlah semua teramat sibuk dengan kehidupan dan urusan mencari rezeki. 

Reunion-Rakan-Sepejabat-TheNahara-Resort-Kalumpang


Setelah banyak kali merancang kami berjaya buat majlis reunion untuk tahun 2024 dengan tema bersembang makan sambil mandi manda.  

Tiada majlis yang grand tapi cukup sekadar masing-masing berkongsi update tentang kehidupan masing-masing. 

Dulu pernah buat surprise Bachelorette Party untuk kawan yang sama. 

The-Nahara-Resort-Kalumpang


Tempat Terbaik Untuk Reunion Di Selangor

Tempat reunion kali ni betul-betul berbeza. Sebelum ni kami berjumpa waktu sambut hari lahir aku dekat dalam tempat berhawa dingin. Tapi kali ni kembali ke alam semulajadi pula. 

Kami sepakat memilih The Nahara Resort iaitu tempat perkelahan dan mandi air terjun. Masing-masing terus setuju bila tempat ini dicadangkan. 

Sebelum ni aku pernah berkelah tepi pantai di Bagan Lalang

reunion-The-Nahara-Resort-Kalumpang


Tempat ni sesuai sangat untuk mereka yang mencari resort dalam Malaysia terutama untuk yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan tempat reunion. 

Kalau bawa keluarga ke Pantai Remis Selangor pun okay untuk Seafood hunting. 

Suasana dekat sini agak privacy dan elok terjaga. Setahu aku hanya mereka yang membuat tempahan awal sahaja dibenarkan masuk. 

Dari segi kemudahan pula ada disediakan chalet dan juga glamping untuk bermalam. Untuk pengunjung seperti kami yang datang untuk berkelah disediakan gazebo (kena sewa) lengkap dengan tempat BBQ. 

mandi-berkelah-di-kalumpang


Suasana tepi air terjun memang mendamaikan. Lagi seronok persekitaran air terjun yang bersih dan jernih. Tempat ni bebas sampah. 

mandi-sungai-kalumpang


Ada surau dan tandas juga banyak dan tempat persalinan bersih. Puas hati sangat. ada juga kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan berkelah seperti arang, pelampung, dan makanan. 


tempat-terbaik-reunion-selangor



Kenapa The Nahara? Borak, Makan, Mandi, Repeat

Jarak dari rumah aku ke The Nahara Resort lebih kurang sejam setengah. Kami setuju untuk berjumpa dekat sana pada pukul 10 pagi. 

Selesai mengemas kami bertolak selepas sarapan pagi. Alhamdulillah perjalanan pergi berjalan lancar cuma petang tu hujan turun dengan lebat. 

Awal-awal kami sampai terus turunkan barang dan siapkan tempat untuk BBQ. Masing-masing dah bawa kelengkapan diperlukan ikut perbincangan sebelum tu. 

Sementara tunggu rakan-rakan lain sampai kami penuhkan perut dengan makanan, update kisah hidup dan masing-masing tak sabar nak mandi air terjun. 

makan-tepi-sungai-kalumpang


Jadi dari awal sampai kerja kami hanya berborak, makan dan mandi. Sumpah tak sempat nak bosan. anak-anak paling seronok tak mahu balik. 


Tip Merancang Reunion

Aku nak kongsikan beberapa tip yang boleh korang pertimbangakan kalau ingin merancang reunion. Ini berdasarkan pengalaman aku setelah beberapa kali buat reunion. 

Untuk menjayakan reunion supaya seronok dan bermanfaat, antara perkara yang korang kena buat ialah seperti berikut: 

Lokasi Mudah Akses: Cari lokasi yang mudah di akses adalah penting, dan semua orang bertanggungjawab untuk study tentang tempat yang dipilih. Buat tempahan awal jika perlu. 

The-Nahara-Resort-Kalumpang


Kemudahan Asas Lengkap: Dapatkan maklumat tentang kemudahan yang disediakan semasa buat tempahan. Penting juga untuk pastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik demi keselesaan sepanjang reunion. 

camping-TheNahara-Resort-Kalumpang


glamping-The-Nahara-Resort-Kalumpang


Ulasan yang Baik: Bacalah ulasan pengunjung lain untuk tempat terbaik reunion. Jika kebanyakan pengunjung yang lain mempunyai pengalaman yang baik, kemungkinan besar korang juga akan berpuas hati dengan tempat tu. 


makan-tepi-sungai-kalumpang


Pembahagian Tugas: Memandangkan majlis reunion adalah kecil-kecilan jadi lebih mudah untuk berbincang tentang apa yang perlu dilakukan. Kami senaraikan perkara perlu bawa, makanan, kelengkapan BBQ dan juga susun aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.


Alhamdulillah reunion kami berjalan lancar. Walaupun dalam masa yang singkat tapi reunion di The Nahara Resort Kalumpang amat memberi makna dan mencipta kenangan baru yang amat manis. 

Semestinya kami dah mula mencari tempat untuk reunion untuk masa akan datang. Korang tahu tempar menarik boleh kongsi di ruangan komen. Terima kasih. 


Hiking Bukit Dinding Pertama Kali

Sungguh memberi inspirasi bila tengok video team Hot Fm (KJ, Johan, AG dan Fara Fauzana) berjaya mendaki Gunung Kinabalu.

Rasa Insaf dan bangga tu bercampur baur. Boleh relate semangat tu sebab bulan lepas pun aku buat aktiviti yang sama.

Cuma beza diaorang naik gunung tapi aku mampu naik bukit jelah. Kalau tengok video Fara Fauzana memang amat terseksa nak sampai ke Laban Rata.

Tapi dia berjaya juga paksa diri walaupun dia tak naik sampai puncak. Aku pula yang bangga dia dapat cabar diri macam tu.

Kalau tengok muka bumi gunung tu ya ampun tengok video pon terseksa. Ikut diri aku yang dulu, memang langsung aku tak pernah suka aktviti hiking ni. Menyeksa diri kot. Kelakar.

 

Hiking-Bukit-Dinding

Hiking Bukit Dinding Pertama Kali

Pengalaman pertama aku hiking bukit dinding dengan kawan-kawan memang seronok dan jadi ketagihan nak datang lagi. Aku bukanlah kaki hiking, bukan juga orang yang suka camping semua ni.

Pendek kata aktiviti berkaitan masuk dan stay dalam hutan tu aku kurang berminat. Agaknya tak jumpa circle yang tepat nak kenalkan aku dengan alam semulajadi.

Tapi selepas tak sengaja terjebak baru aku faham perasaan berjaya berada di puncak. Ahaks. Maafkan lah keterujaan aku tu ya.

Ceritanya bulan lepas kawan ajak buat aktiviti keluar peluh sama-sama. Selalu aku akan exercise dekat dalam rumah je. Tapi semangat tu biasalah.

Kadang-kadang semangat nak berlari atas treadmill kadang memang dipandang dan dibiarkan sepi je treadmill tu. Begitu ya cabaran jadi surirumah ni. 

 

Jogging Dulu Baru Hiking

Rancangan awal nak jogging sekitar taman perumahan, rumah kawan aku. Tapi lepas habis buat satu pusingan aku ajak buat kerja gila.

Alang-alang dah berpeluh aku ajak terus ke Bukit Dinding. Kebetulan rumah kawan dekat sangat. Jalan kaki tak sampai sepuluh minit.

Jadi hari itu secara rasmi aku mencemar duli ke Bukit Dinding. Lokasi Bukit Dinding ni terletak di antara Setiawangsa dan Wangsa Maju.


hiking-dengan-kawan (1)

Fun Fact About Bukit Dinding. Tinggi Bukit Dinding adalah 291M. Nama “Dinding” tu merujuk kepada lerengnya yang curam, dengan kecerunan yang lazimnya melebihi 45 darjah, sekaligus menjadi "dinding" yang memisahkan Wangsa Maju dan Setiawangsa.

Kalau dekat tengah bandar KL, ini je kot kawasan hijau yang ada bukit dan boleh didaki.  

ketinggian-Bukit-Dinding (1)


 

Serik Nak Mendaki?

Personal opinion, sepanjang mendaki tu ada dua tempat yang aku rasa semput dan sakit kaki nak panjat. Waktu awal tu memang curam habis. Rasa nak marah bila panjat.

Marah diri sendiri kenapa gatal nak hiking. Perghh tapi tak kan nak mengalah dan turun kan? Malu lah. Ahaks. Paksa juga diri sampai ke puncak.

Sumpah seronok aktiviti hiking. Rasa macam hilang segala toksik dalam otak. Dapat release stress dan release perasaan tu.

Berada dalam hutan, dekat dengan alam. Bernafas dapat direct oksigen dari daun. Perghh bukan semua dapat nikmat tu. Nak pula berada di tengah bandar batu.

Bukit-Dinding-kl


Sejam aku ambil masa nak sampai puncak. Feeling lega dan bangga weh. Walaupun lambat but it’s okay. As long as aku tak give up tu pun dah bersyukur sangat.

By the way waktu aku mendaki ada orang tu dah naik buat kali kedua. Lol. Mungkin mendaki Bukit Dinding celah gigi je bagi dia.

Kalau tanya serik ke nak mendaki bukit lagi? mestilah tidak. Aku nak bawa anak dan suami pula lepas ni.

Servis Tukang Rumah Di KL Dan Selangor

Servis Tukang Rumah Di KL Dan Selangor

Apabila anda sedang mencari perkhidmatan tukang rumah yang berpengalaman di Kuala Lumpur, anda mahukan kontraktor rumah yang mempunyai pekerja-pekerja yang boleh dipercayai dan mahir.

Berikut ialah beberapa faktor utama yang anda perlu prihatin apabila mencari syarikat tukang rumah yang profesional di Lembah Klang:

Pengetahuan: Cari tukang rumah yang berpengalaman adalah penting, dan seseorang yang telah berurusan dengan pelbagai jenis kerja rumah dan jenis rumah berkemungkinan besar akan dapat mengendalikan projek anda dengan profesional.

Ulasan yang Baik: Bacalah ulasan pelanggan lain untuk syarikat tukang rumah online. Jika kebanyakan pemilik rumah yang lain mempunyai pengalaman yang baik, kemungkinan besar anda juga akan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Menawarkan Servis Rumah Yang Anda Cari: Semak sama ada tukang menawarkan perkhidmatan yang anda cari seperti tukang plaster siling. Sesetengah tukang rumah adalah pakar hanya dalam perkara tertentu seperti pasang grill rumah, jadi cari tukang rumah yang sesuai dengan keperluan anda.


pasang-tingkap-rumah-shah-alam


Kos Berpatutan: Dapatkan pecahan kos sebut harga untuk servis rumah yang anda cari. Berhati-hati dengan harga yang terlalu murah atau bagus untuk menjadi kenyataan – mungkin begitu. Dan harga yang paling tinggi tidak semestinya menandakan kualiti kerja yang terbaik. Dapatkan beberapa sebut harga daripada syarikat tukang repair rumah berdekatan anda.

Responsif: Pastikan tukang rumah yang ada upah boleh menjawab soalan dan menerangkan perkara tentang servis rumah yang anda perlukan seperti pasang bracket TV dengan jelas. Sebagai seorang bakal pelanggan, anda mempunyai hak untuk bertanya soalan.

Semakan Masa: Semak sama ada tukang rumah tersebut boleh melakukan kerja tukar tingkap rumah dalam jadual masa apabila anda memerlukannya.


servis-pasang-grill-rumah-baru-ampang


Jaminan Perkhidmatan: Tanya jika terdapat sebarang jaminan atau waranti pada kerja mereka. Ini menunjukkan mereka mengutamakan pelanggan dan menawarkan servis yang berkualiti.

Pendekatan Profesional: Cari tanda profesionalisme - adakah mereka menepati masa, bekerja dangan kemas dan sopan? Pendekatan profesional memberitahu anda bahawa mereka serius tentang kerja mereka.

 

Dengan memikirkan perkara-perkara di atas, anda boleh memilih tukang rumah yang dapat menyelesaikan kerja dengan betul dan membuatkan anda tersenyum.

 

Perkembangan Eczema Raudah

Perkembangan Eczema Raudah

Assalamualaikum. Dah lama tak update pasal Perkembangan Eczema Raudah. Dia disahkan ada eczema start dari umur 5 bulan tu.  Alhamdulillah now dah masuk 1 tahun 2 bulan. 

Keadaan dia semakin hari semakin elok. Dah berjaya lepas stage yang kritikal tapi masih amalkan apa yang boleh dan tidak untuk dia.

Banyak kali juga aku kongsi kisah dia dekat blog. Apa aku cuba. Banyak juga kalau ikutkan. Ada yang berjaya kurangkan dan ada yang langsung tidak. 

Duit tu malas nak kira berapa banyak habis. Demi anak in sha Allah. Amanah kan?

Pantang Makan Demi Eczema

Yes walau ada je kata makanan tak pengaruhi pun tapi sebab aku fobia sangat memang aku tak bagi terus. Pantang jelah. Untuk dia dan aku. 

Dari segi pemakanan memang totally avoid crab, udang, kekacang dan telur. Itu paling bahaya untuk Raudah so far. Pernah dia sesak nafas sebab nasi goreng crab.

Untuk mandian masih lagi setia pakai mandian dermaveen. Untuk minyak sapu dan sebagai lotion aku selang seli lotion dermaveen – minyak habatussauda – dan sekarang minyak Argan.  Sapu setiap kali lepas mandi dan kalau dia menggaru.

Sekarang skin area yang paling teruk adalah bahagian siku dan tapak kaki bahagian atas. Tak pernah tak kering dan selalu dia garu. 

Memang kalau menggaru aku akan sapu vicks atau minyak angin yang berangin khas untuk gatal-gatal. Pastu sapu pulak la minyak argan tu.

Alhamdulillah aku tak bergantung lagi pada cream yang aku beli dr Klinik Dr Kevin. Telinga dia pon dah tak berdarah. Syukur sangat.  

Nak kata 100% cantik kulit dia memang tak la, tapi dah cukup bersyukur bila dia tak berdarah dan boleh tidur nyenyak bila malam.

Nasihat aku untuk mak-mak yang ada masalah eczema jangan putus asa.  In sha Allah ada jalannya. Sedar tak sedar lama dah aku tak makan udang dan ketam. Berpantang punya pasal. Demi anak ku turutkan. Apa pun syukur Ya Allah.

Abah kita kaya kerja kat KLCC

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Akak memang suka buat entry pagi buta sebab masih banyak idea nak membebel pastu akak buat la scheduled post. Jangan la heran kalau korang yang baca (ada ke yang baca) waktu petang tapi akak ucap selamat pagi uols.

Tengah duk susun semula jadual kerja sebab macam lost track sebab semalam bercuti dapat mesej dari Cikgu sekolah Ikhwan. Nak tergelak baca. Cikgu Siti terdengar perbualan Ikhwan dengan kawan-kawan dia; 

Ikhwan cakap:
“Ayah kita kaya, kerja kat KLCC, kalau nak duit mintak kat ayah kita.”

Oh my Allah, anak ku. Siapa ajar kau nak oi. Sejak bila ayah kau kerja KLCC? 
Dan sedap pulak tu offer orang kalau nak duit mintak kat ayah ye, kalau duit tu mengalir lama dah mak kau ni mintak shopping then pergi spa anak oi. 
Pastu mak tak payah kerja nak.

Adui ini agak membimbangkan ye. Setakat rumah ada swimming pool, ada lift Ikhwan rasa kaya sangat dah agaknya. Orang lain lagi kaya la anak bertuah. 

Apa la dalam fikiran dia ya. Kami terlajak mewahkan dia ke? nak kena tukar semua jadi nampak sederhana ke?

Pernah dulu Ikhwan cakap yang adik dia Raudah beruntung, tak perlu naik tangga sampai tingkat 5, tak duduk kat flat, tak merasa naik Kenari. Sebab dia merasa semua tu. merasa susahnya kehidupan. Ala bukan la susah sangat sampai kais pagi makan pagi. Sedang-sedang je pon.

Masih lagi mencari jalan macamana nak ajar Ikhwan ni. Betul lah aku pernah baca pasal didik anak ni:

Your Child will follow your example Not your Advice.


Puas kita beri nasihat, perbuatan kita juga yang dia follow.