Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna

Rodiah Amir
5

Tahun ini sedikit berbeza perasaan menyambut ulang tahun kelahiran. Susah nak terjemahkan dalam bentuk ayat.

Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan untuk hidup di atas muka bumi. Masih lagi bernafas, sihat tubuh badan dan dikelilingi keluarga dan orang tersayang.

Kalau sebelum ni bulan kelahiran Diah adalah bulan paling dinanti sepanjang tahun. Tapi sekarang bila semakin sedar yang masa semakin suntuk, rasa makin takut pula.

Bersyukur sangat dengan segala jenis perasaan yang Tuhan bagi.


birthday-celebration-Restoran-Seniman

 

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna

Menginjak satu lagi tangga umur bermaksud selangkah lagi dekat dengan kematian. Baki kehidupan yang tiada siapa pun tahu kecuali Tuhan.

Kalau semak semula, berapa banyak je kebaikan dah buat. Taubat entah boleh bilang dengan jari. Rasa kerdil betul bila audit diri.

Lebih bermakna, tahun yang rasanya paling banyak Tuhan beri rasa dan jentik hati dengan apa yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Kita dekat sini berada dalam keadaan aman damai, tenang, masih dapat makan dan minum, sedangkan saudara kita dekat sana berjuang untuk hidup.

Apa yang jadi pada mereka memang menjadi tamparan kesedaran dalam hidup. Sungguh menginsafkan dan mengajar erti syukur.

 

Tarikh Ulang Tahun Kelahiran Jatuh Pada Hari Deepavali

Tahun ini kebetulan tarikh hari lahir sama dengan tarikh sambutan Deepavali. Jadi extra special sebab semua orang bercuti.

Dah berniat dari awal nak balik kampung jumpa emak dan adik beradik kemudian jumpa kawan-kawan rapat waktu kerja dulu.

Tiada sambutan, tiada acara potong kek. Dah berusia ni, hanya ingin berada bersama orang tersayang terutama ahli keluarga.

Hujung minggu balik bercuti jumpa emak, ziarah kubur arwah abah dan balik KL awal sebab nak jumpa kawan-kawan.


ziarah-kubur


Rezeki dapat bersihkan kubur abah, dapat bergelak ketawa dengan emak, bergurau dan sesi curhat dengan adik beradik.

Itu kenangan paling mahal bagi Diah. Hadiah yang bermakna.


Jumpa Kawan-Kawan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Seminggu sebelum tu kami dah setuju nak berjumpa di Pavillion Bukit Jalil. Oleh sebab Diah tak pernah sampai jadi serahkan bulat-bulat urusan memilih tempat kami berjumpa kepada kawan-kawan.

Semua perancangan nak jumpa kawan-kawan adalah last minute tapi seronok dapat jumpa. Dapat makan dan duduk bersembang berjam pun tak apa.


reunion-birthday


Kami makan di Restoran Seniman, betul-betul berhadapan dengan kedai MR DIY. Besar ya Pavillion Bukit Jalil. Mewah dan banyak pilihan.

Makan-makan di Restoran Seniman. 


Restoran-Seniman


menu-Restoran-Seniman


Special dekat sini nama menu dia memang kelakar. Diah makan Nasi Goreng Haji Bakhil, kalau ikut apa yang dihidangkan ialah Nasi Goreng Seafood.

Harga agak mahal (RM28 sepinggan), rasa pula sedang-sedang saja. Nasi goreng dia kering. Tapi takpe rezeki dapat makan di situ.


nasi-goreng-seafood

Untuk anak-anak macam biasa pilih menu yang tak pedas. Spaghetti adalah menu seperti biasa. Anak bujang makan Kuew teow daging. 


Spaghetti


 

Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Untuk diri sendiri, terima kasih kerana tak putus asa dan berjuang sehabis baik. Terima kasih kerana tidak merosakkan amanah yang Allah beri.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah serta lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya. Semoga diri sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Diah terima banyak ucapan di Whatsapp, Facebook dan semua mendoakan yang baik-baik. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada kalian.

Tahun ni terkejut dapat mesej ucapan dari emak kawan Diah waktu belajar Ijazah di UiTM Shah Alam. Maaf ya makcik lama tak bertanya khabar.

Terima kasih atas doa makcik. Terharu makcik masih ingat saya.


duck-birthday-gift


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Happy Belated Birthday Diah..Moga sentiasa sihat, happy di samping keluarga..

    BalasPadam
  2. happy belated birthday Diah... wahhhh seronok dapat celebrated dgn keluarga dan kawan... alfatihah buah arwah ayah Diah

    BalasPadam
  3. happy belated birthday diah...menarik juga menu2 tu tp ada yg mahal tk sesedap harga ye...tk pernh smp lg pavilion bukit jalil

    BalasPadam
  4. HBD ya kak...bahagia dan sehat selalu

    BalasPadam
  5. Walopun sudah telat kak, tapi happy belated birthday 🎉. Semoga Kaka selalu dikaruniakan kesehatan, umur yg berkah, dan dimudahkan semua urusan .

    Saya dah lama tak merayakan birthday , bahkan di semua medsos sengaja saya hide biar tak kliatan saat ulangtahun. Krn merasa birthday berarti usia saya berkurang lagi. Semakin dekat dengan sisa umur. Jadi tak nak merayakan 😅. Lebih ingin merenung sendiri saat itu.

    Tapi kluarga saya tipe yg msh suka celebrate . Trutama suami 😄. Jadi saya pun msh rayakan kalo yg ultah dia dan anak2

    BalasPadam
Catat Ulasan