Memaparkan catatan dengan label Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus. Papar semua catatan

Dapat Tawaran SBP Tingkatan Satu – SMSS

Isnin lepas selesai pendaftaran Ikhwan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Alhamdulillah rezeki dia diterima masuk setelah kecewa tak dapat masuk MRSM Bentong.

Positif saja maksudnya bukan rezeki Ikhwan ke sana. 

Waktu awal-awal tu kami tak bagitahu sesiapa pun. Masih berfikir-fikir nak terima atau tolak tawaran.

Kalau tolak tawaran rasa rugi pula sebab ramai yang mohon tapi tak dapat. Kalau terima pula risau Ikhwan tak dapat nak cope dengan kehidupan asrama.

Haih masa tu dilemma sangat sehingga la rujuk kepada yang perlu. Kami sepakat terima tawaran SBP. Lebih utama tuan badan setuju nak cuba belajar berdikari di asrama.


pendaftaran-tingkatan-satu-smss

 


Dapat Tawaran SBP Tingkatan Satu – SMSS

Hampir seminggu kehidupan di asrama, Ikhwan okay je. Setakat ni dah dua kali dia telefon update perkembangan dekat asrama.

Jawapan semua okay baik je mama. Cikgu update, kongsi gambar aktiviti anak-anak buka puasa dan pendaftaran kelab dan persatuan.


hari-pendaftaran-tingkatan-satu-smss


Nampak ceria masing-masing. Yelah waktu sekarang masih minggu orentasi. Jadi aktiviti bebas dan lebih santai.

Oh Ikhwan ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Lagi menguatkan keputusan kami nak terima tawaran, lokasi sekolah tu tak jauh dari rumah.

Jadi senang nak tengok dia atau kalau ada emergency tidaklah berjam-jam dekat atas jalan raya. Lebih kurang 30 minit macam tu boleh sampai.

Yang ada anak sekolah rendah dan rancang nak hantar anak ke Asrama Penuh boleh baca Cara Mohon SBP 

Tips Menduduki Ujian Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) - Baca sini


 
Persiapan Pendaftaran Sekolah

Ikhwan sempat berpuasa dengan kami lebih kurang seminggu dengan kami sebelum mendaftar masuk pada 18 Mac yang lepas.

Jadi sempat la buat persiapan cari baju, kasut dan kelengkapan asrama. Waktu ni hampir setiap minggu keluar cari barang.


minggu-orentasi-smss

Ada je yang tak cukup. Untuk baju uniform sekolah, seluar slack dan baju berkolar semua kami cari waktu balik kampung di Pahang.

Lebih murah harga dekat sana jika dibandingkan dekat KL. Barang keperluan semua pihak sekolah dah senaraikan.

Pakaian untuk prep, baju untuk sekolah, pakaian bila outing, beriadah dan bila ke dewan makan semua diberitahu.

 


Buka Akaun Bank Rakyat, Bayar Yuran Asrama

Masa hari pendaftaran kami sampai sejam awal. Itu pun dah ramai yang sampai. Pendaftaran sepatutnya bermula pukul 9 tapi sebelum tu dah kena isi borang untuk melancarkan proses daftar.

Macam biasa kena serahkan dokumen yang sekolah minta, bayar juga Yuran Makan Asrama, Bayaran Dobi, Kad Murid & Kelas Mengaji.

Orentasi-SMSS

Seronoknya pelajar Tingkatan Satu wajib masuk Kelas Mengaji (RM50 setahun). Yuran Makan Asrama pula ikut tangga gaji ibu bapa.

Mudah pula sekarang ada perkhidmatan Dobi (RM100 setahun).

Pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk buka akaun dengan Bank Rakyat. Ada kaunter khas disediakan. Tujuan utama nak elak kes kecurian jadi transaksi di sekolah semuanya guna kad.

 

Siapkan Mental & Fizikal

Memandangkan ini pengalaman pertama Ikhwan masuk asrama dan pengalaman pertama juga untuk kami sebagai ibu bapa melepaskan anak ke asrama mesti la masing-masing berdebar.

Jadi dari awal dah siapkan mental dan nasihat sebaik mungkin. Syukur dikelilingi orang yang baik-baik. Semua bagi nasihat dan kongsi pengalaman berharga.

Kalau duduk asrama paling risau kena buli je. Dah lah saiz badan dia kecil je. Harapnya tiada perkara buruk jadi.

Ikhwan dapat dorm menghadap ke bahagian depan sekolah, boleh nampak Taman Tasik permaisuri dan Stadium KL. Cantik. 

stadium-kuala-lumpur

Waktu hari pendaftaran sempat la tolong dia kemaskan loker. Sebelum tu ada abang angkat dia yang tolong tunjuk cara pasang cadar dan terangkan tentang peraturan lain.

dorm-smss


Alhamdulillah urusan pendaftaran lancar je. Moga yang baik-baik untuk Ikhwan.


Persediaan PKSK Tingkatan 1

Dalam entri sebelum ni Diah ada kongsi tentang Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk Ikhwan memandangkan tahun depan dah masuk Tingkatan Satu.

Dah tutup pun permohonan untuk sesi 2024, dan Ikhwan dah selamat jawab pentaksiran iaitu ujian untuk menilai layak atau tidak murid masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Anak yang nak menduduki pentaksiran PKSK tapi emak yang lebih tekun study. Ya ampun memang stress ya. Dah macam nak jawab final exam waktu belajar UiTM dulu.

Walaupun cuak dan macam tak cukup masa nak bersiap sedia tapi kena sentiasa berlagak cool supaya Ikhwan tak cuak.

Dia bukan boleh nampak mama kelam kabut. Dia pernah cakap, “mama jangan panik, nanti abang lebik panik”.

Alahai kelakar ye anak.

Update: Alhamdulillah Ikhwan diterima belajar di SBP 

Persediaan-Pentaksiran-PKSK

 

Persediaan PKSK Tingkatan 1

Ok memandangkan ini pengalaman pertama ada anak yang berusia 12 tahun yang nak memohon sekolah Asrama Penuh jadi nak kongsi dekat blog.

Banyak perkara atau pun persediaan perlu ibu bapa tahu sebelum membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus.

Tujuan utama untuk para ibu yang ada anak dan merancang nak masukkan anak ke Sekolah Khusus. Awal masa cikgu beri taklimat asyik lah terfikir apa sekolah khusus.

Masa zaman sekolah dulu, Diah hanya tahu tentang sekolah berasrama Penuh, MRSM, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Zaman pun berubah, ada beberapa terma pendidikan di ubah dan dinaik taraf. Nak cari perkataan sesuai macam tersekat dekat otak pula.



 

Minta Pendapat Anak Tentang Asrama

Perkara paling utama bila nak buat permohonan ialah pastikan ibu bapa tahu kehendak anak-anak. Adakah anak bersetuju nak masuk sekolah asrama?

Paling banyak kes Diah jumpa adalah ibu bapa sangka anak nak masuk sekolah asrama. Ada yang berani nak luahkan pendapat menolak cadangan ibu bapa.

Tapi ada juga kes, ibu bapa yang buat keputusan untuk anak-anak. Faham sangat bila ada ibu bapa yang teruja dan merasakan itu adalah pilihan terbaik untuk anak.

Walhal kesan dia nanti anak-anak yang akan tanggung. Sebab itu penting sangat untuk bertanya dan berbincang dengan anak.

Cara Diah sendiri, Diah akan senaraikan baik buruk kalau ke asrama. Tak lupa juga minta pendapat Ikhwan dan tanya perancangan dia.

Apa pun sekolah asrama atau sekolah harian, pucuk pangkal adalah pada diri sendiri.


calon-PKSK


Alert Dan Mohon Ikut Tarikh PKSK

Kebiasaan permohonan dibuka secara dalam talian pada bulan Ogos sehingga bulan September. Cikgu dekat sekolah akan beri peringatan terutama Guru Kelas Darjah 6.

Kalau bernasib baik pihak sekolah akan jemput ibu bapa untuk hadiri taklimat di sekolah. Macam kes Ikhwan, sekolah panggil kami dan alang-alang tu ambil laporan pentaksiran juga.

Isi borang dan buat pilihan ikut aliran yang anak suka. Ada tiga pilihan; Sekolah Berasrama Penuh (STEM), Sekolah Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab) dan Sekolah Berasrama Penuh (Agama).

Murid juga wajib pilih lokasi untuk menduduki PKSK. Pilihan lokasi berdasarkan pilihan Sekolah. Dia akan beri lokasi yang berdekatan dengan alamat rumah.

Selepas tarikh ditutup ibu bapa kena tunggu pula email dari pihak Kementerian Pendidikan, slip menduduki PKSK akan diberikan.

 

Persediaan Menduduki PKSK Tingkatan Satu

Maklumat lanjut tentang ujian pentaksiran boleh baca dalam email. Maklumat termasuklah tarikh, tempat ujian, tentatif ujian dan segala maklumat penting.

Penting kena bawa MyKad dan juga slip menduduki PKSK. Wajib ya. Jadi jangan lupa. Kalkulator adalah pilihan.

Penting bawa kertas conteng dan kalkulator sebab memang Ikhwan guna. Soalan pula terbahagi kepada penulisan dan PKSK dalam talian.

Ujian penulisan diberi masa 45 minit untuk tulis karangan Bahasa Melayu. Tajuk berkaitan isu semasa dan juga karangan fakta.

Minimum jumlah perkataan ialah 100 patah. Jadi murid kena la jawab lebih dari tu. tak silap mewakili 10% dari markah keseluruhan.


Persediaan-PKSK-Tingkatan-1


PKSK dalam talian pula diberi masa 90 minit. Soalan campuran Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, isu semasa dan pengetahuan Am.

Antara soalan paling Ikhwan ingat ialah mengenai penutup air botol mineral. Kan ada warna putih, biru dan hijau.

Dia beria hafal tag pembungkus roti tak keluar pula soalan tu. Jadi boleh bayangkan ya jenis soalan dia macamana.

Beberapa hari sebelum tu Diah dah beli set soalan ramalan, macam soalan spot untuk PKSK. Berdarah otak ya bila baca soalan.

Macam langsung tiada satu soalan yang masuk. Itu kelakar ya. Tapi memang sangat membantu sebab Ikhwan tak terperanjat dan boleh agak soalan memang mencabar.

Ikhwan kata setiap murid dapat set soalan yang berbeza jadi tiada isu meniru. Bayangkan soalan penulisan ada tiga tajuk kena pilih satu sahaja.

Antara tajuk, cara-cara menjaga kesihatan, risiko perniagaan, dan kepentingan mempelajari sejarah. Ha kau memang banyak goreng la dia.

 

Penutup

Apa paling penting persediaan perlu tahu sebelum buat Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah sediakan mental dan kesungguhan. Kita cuba saja, kalau ada rezeki Alhamdulillah.

Tapi kalau tak berjaya anggap saja itu adalah pengalaman dan pendedahan. Selamat berjaya untuk anak-anak yang mohon PKSK.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Selagi tak dapat capai kata sepakat selagi itu lah hal sekolah menengah Ikhwan berlegar dekat kepala. Ya ampun sakit kepala dan sakit hati bila fikir.

Bulan lepas cikgu umumkan dalam group whatsapp permohonan kemasukan ke tingkatan satu untuk tahun 2024 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah pun dibuka.

Inilah dilema emak bila anak semakin menginjak dewasa. Sama ada nak masukkan ke sekolah berasrama atau sekolah harian dekat rumah.

Lagi pula SBP ni merupakan platform untuk anak capai cita-cita dan impian ibu bapa nak lihat anak berjaya.


Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Dua-dua pilihan ada baik buruk dia. Jadi sebagai ibu bapa kena bantu Ikhwan buat pilihan yang baik untuk diri dan masa depan.

Alhamdulillah kalau ikut track record bersyukur sangat prestasi Ikhwan di sekolah agak baik.

Dia juga aktif untuk Kelab dan Persatuan, cuma sukan je dia memang kecundang. Mengikut jejak kami yang memang bukan budak olahraga.

Kalau ikut keadaan kami sekarang, baik dari segi kewangan dan kestabilan hidup bukanlah dari keluarga T20.

Hanya ketua keluarga yang bekerja dan kena bagi makan tiga orang anak dan isteri yang selera macam Ikan Paus.

Mencabar ya hidup di bandar yang semua perlukan duit. Tapi kita tetap kena bersyukur sebab masih lagi hidup selesa.


permohonan-kemasukan-sekolah-khusus


Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Berbalik kepada isu sekolah asrama, cikgu minta ibu bapa beri nama jika berminat untuk mohon PKSK. Permohonan PKSK ini dibuka secara atas talian melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bermula 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.

Awalnya Diah memang tak ambil tahu langsung sebab dari awal nak suruh Ikhwan sekolah depan mata.

Tapi biasalah kan, hati manusia berbolak balik. What if nanti kami menyesal kalau tak cuba? Kalau keputusan suruh Ikhwan sekolah harian adalah tidak tepat?

Jadi bincang lagi dengan suami entah ke berapa kali dan kami sepakat letak nama. Tujuan cikgu minta nama sebab sekolah nak buat taklimat tentang PKSK.

Sekolah akan panggil ibu bapa terlibat untuk diberi penerangan lebih lanjut. Ikut maklumat minggu pertama bulan September.

 


Sekolah Asrama atau Sekolah Harian?

Kalau ikut latar belakang, Diah dan suami adalah budak sekolah harian. Kami sangat bangga sebab dapat duduk dengan emak abah lebih lama berbanding dengan adik beradik yang dapat masuk asrama.

Sebenarnya kalau ikut Diah dulu berharap dapat masuk sekolah asrama (Agama) tapi sayang tak lepas waktu interview.

Kecewa tak payah cakap lah kan tapi semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi bila giliran anak, suami memang sokong dia sekolah harian.

Diah pula masih atas pagar. Semestinya nak yang terbaik untuk dia. Tujuan utama nak Ikhwan masuk asrama adalah supaya dia dapat belajar komunikasi, bergaul dengan kawan-kawan dengan bimbingan yang lebih.

Dengan sistem pendidikan sekarang yang lebih mencabar, kelebihan tu agak banyak jika dia tinggal di asrama.

Dekat asrama kan ada waktu prep, lebih banyak masa dengan kawan dan guru. Atleast kalau ada soalan bab kerja sekolah boleh la bincang.

Kalau harap emak kau ni nak, maksudnya akan rujuk Youtube la jawabnya.


Dilema Nak Pilih Sekolah Harian Atau Asrama

Antara benda yang paling takut sekali Diah selalu fikir adalah tentang gejala buli. Kalau ikut saiz fizikal Ikhwan Hafeez dia antara murid paling comel dalam kelas.

Setakat ni di sekolah dia belum pernah cerita dia kena buli. Alhamdulillah cikgu sangat peka bab ni, dan kawan-kawan dia okay.

Jadi bila nak masuk sekolah menengah yang mana dunia sekolah tu semestinya berbeza dan perkara baru buat kami jadi takut.

Risau dia menjadi target dan mangsa buli. Nauzubillah. Kami dah duduk berbincang dan dia sedar niat dan kebimbangan kami.

Insha Allah kami cuba capai kata sepakat dan keputusan terbaik untuk Ikhwan. Cuma kalau betul lah rezeki dia dapat sekolah asrama, mama confirm melalak.


SK-Asrama


Ni setiap kali fikir rasa nak keluar je air mata. Alhamdulillah ikhwan okay. Dia nampak bersedia dengan cabaran baru. Buat masa dia sibuk dengan aktiviti sekolah.

Tengah bulan Julai hari tu dia terpilih sebagai wakil tunggal sekolah untuk Kursus Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Rendah Dan Menengah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

40 peserta sekolah rendah dan 40 peserta sekolah menengah. Kiranya satu sekolah hantar satu murid dari seluruh KL.

Antara 40 murid yang menghadiri kursus, dia terpilih ke peringkat kebangsaan pula. Awal bulan Sembilan ni dia ke Simposium Pembimbang Rakan Sebaya Bongsu Peringkat Kebangsaan tahun 2023.

Sebagai emak mestilah pening kepala. Risau ganggu pelajaran. Entahlah labu. Emak dia dulu tak aktif pun. Ikut abah dia la agaknya.

Risau dihalang anak tu teruja nak ambil pengalaman. Jadi sokong dan bantu dia setakat yang boleh.

 

Kesimpulan

Insha Allah permohonan kemasukan Sekolah Khusus akan kami teruskan. Jika ada rezeki, dipanggil untuk pentaksiran dan kalau layak dapat la masuk SBP.

Rasanya waktu tu akan duduk sekali lagi dengan Ikhwan dan senaraikan kelebihan dan kekurangan pilihan yang ada.

Buat masa sekarang kepala masih berdenyut sementara nak tunggu sekolah panggil untuk taklimat PKSK. Doakan kami ya.