Meriah tengok orang sambut Hari Malaysia tahun ni. Masing-masing semangat meraikan Hari Malaysia dengan cara tersendiri.

Korang buat apa sempena Hari Malaysia? Diah habiskan masa dekat rumah dan petang tu baru keluar untuk dinner di restoran Chop & Steak yang terletak di Kampung Baru.

Sebelum nak sampai ke destinasi memang banyak halangan kami tempuh. Masing-masing keluar untuk celebrate agaknya. Kami sampai agak lambat dari biasa.

Kampung Baru, Bukit Bintang dan kawasan sekitar penuh dengan manusia. Semua ambil kesempatan keluar bawa keluarga. 


Nasi-goreng-Lamb-chop



Dinner Di Restoran Chop & Steak Kg Baru Sempena Hari Malaysia

Ikut rancangan awal, pagi tu kami nak ke taman nak beriadah tapi berlaku hal kecemasan. Kelam kabut laporkan pada management building sebab tangki air rumah jiran pecah.

Semoga tahun depan kami sekeluarga pula berkesempatan sertai aktiviti menyambut hari Malaysia.

Seronok tengok geng Keratapi Sarong berarak dari stesen lrt ke Dataran Merdeka. Lengkap berbusana tradisional pula tu.

Kalau di group Facebook – Brisk Walk pula, masing-masing memeriahkan Hari Malaysia dengan menyahut cabaran berkaitan tarikh Hari Malaysia.

Admin galakkan semua ahli group untuk lengkapkan brisk walk sejauh 16.9km. Tiada paksaan pun tapi amat digalakkan untuk sertai.

 


Celebrate Hari Malaysia Di Chop & Steak Kg Baru

Lama dah tak makan dekat sini. Kali terakhir rasanya tahun lepas kalau tak silap. Diah pernah kongsi 7 sebab kami suka makan dekat restoran Chop & Steak.

Pujian harus diberikan sebab banyak sangat perubahan dilakukan oleh mereka. Baik dari segi servis, keselesaan dan kebersihan serta kualiti dan rasa makanan.

Berdasarkan pengalaman Diah malam tadi memang puas hati. waktu balik dapat menikmati pemandangan bandar KL di waktu malam yang sangat lah cantik.

Tercapai juga hasrat celebrate Hari Malaysia sambil tengok view Menara Berkembar Petronas. Oh restoran ni berhampiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru. 

 

Apa Kami Makan Di Restoran Chop & Steak?

Bagusnya restoran Chop & Steak dah tambah baik menu mereka. Sekarang dah ada menu mix & match.

Bagusnya set mix & match lebih jimat dan berbaloi dari segi portion yang agak besar. Boleh dimakan oleh dua orang kalau korang jenis perut kecil.

Suami dan anak pesan set mix & match. Suami makan Nasi Goreng dan Lamb Chop manakala anak bujang makan Spaghetti Carbonara dan Chicken Boxing.


chicken-boxing


Diah makan set udang iaitu Tiger Prawn Grill, dan untuk anak kecil kami pesan set kanak-kanak Fries dan Nugget serta Spaghetti Carbonara.




Datang sini wajib minum Air Jus Durian Belanda. Memang fresh dan tak kedekut isi. Mereka tambah baik untuk blend isi bersama jus.

Mudah nak minum. Kalau sebelum ni, setiap kali sedut jus memang seksa sikit nak habiskan air sebab ketulan isi buah Durian Belanda tu besar. Asyik la sangkut dekat straw.

  • Jus Durian Belanda RM 5.50
  • Fresh Orange RM5
  • Lamb Chop RM23.90
  • Boxing Chicken (6 ketul) RM18.90
  • Nasi Goreng RM6.90
  • Tiger Prawn Grill RM42.90

 

Review Restoran Chop & Steak

Kalau ada rezeki untuk next visit Diah nak makan Nasi Goreng pula. Simple je nasi goreng cili padi tapi cukup bahan perasa.

Gabungan nasi goreng pedas dengan Lamb tu kena. Lamb pun okay tak liat, seimbang bila makan dengan sos blackpaper.




Untungnya makan menu yang berbeza sebab boleh cuba banyak menu. Spaghetti Carbonara tu sedap tiada yang special, itu menu wajib anak-anak.



Chicken Boxing dia sedap. Rangup dan isi ayam tu berjus. Tak heran kalau 6 ketul tu sorang diri pun boleh habiskan.  

Awalnya ingat tak cukup kenyang kalau makan set udang sahaja, tapi tak sangka udang yang disediakan tu agak banyak. 

Sedap dan fresh. Dapat tiga sos berbeza: Thai Sos, Blackpaper dan lagi satu macam rasa mayonis manis. 


Pujian harus diberikan juga sebab restoran sediakan surau yang selesa untuk pengunjung, tandas bersih, staff mesra alam tak lokek senyuman, servis pantas.

 

Kesimpulan

Korang yang mencari tempat makan malam boleh masukkan Restoran Chop & Steak dalam senarai patut cuba. Balik tu boleh enjoy view malam bandar KL. Alamat lengkap rujuk di bawah:


 Restoran Chop & Steak

16, Jalan Daud, Kampung Baru, 

50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur