Review Makan-Makan Di Menate Setapak

Kisahnya makan di Menate cawangan Setapak sebab rindu nak makan daging. Selalu kalau teringin steak atau burger yang patty dia ber jus mesti akan makan di NY Steakshack dalam Melawati Mall. Tapi malangnya restaurant tu tutup. Kenapa la kau tutup, aku suka makan burger NY Steakshack tahu tak?

Back to Menate, seingat aku ini kali kedua kami makan di Menate. Pengalaman sebelum ni makan disini tidak lah begitu mengecewakan kecuali tersalah pilih cara masak daging sahaja. Nak tahu salah apa sila teruskan membaca. Kami makan di restaurant Menate di Setapak yang terletak betul-betul berhadapan Setapak Central.

Kalau Setapak terlalu jauh dengan korang, boleh cuba di satu lagi cawangan Menate di Shah Alam. Peminat daging terutama kambing dan lembu, suka makan steak, burger, kena datang sini untuk cuba. Pendek kata menu di sini menyediakan sajian western yang memenuhi selera makan korang. Hari tu aku terperasan ada lobster dalam lingkungan harga RM200 macam tu. Tidak la pula terasa nak cuba, nanti ada duit lebih boleh la kot.

Ini adalah review tanpa bayaran dari pihak Menate ya. Saja berkongsi dengan korang. Nanti senang nak datang celebrate birthday ke. Oh ya, dekat sini juga ada menawarkan dessert seperti kek dan macarons. Nampak sedap dan padan dengan harga. Ramai juga yang datang dan celebrate birthday orang tersayang dekat sini.


Nak Makan apa di Menate?

Sebelum aku cerita apa aku makan, meh sini aku kongsikan cara buat pesanan dekat Menate ni. Eh, nak buat pesanan pun nak ajar eh? Mestilah sebab dekat sini cara buat pesanan dia lain sikit berbanding restaurant dekat luar tu.

Mula-mula masuk je ke restaurant dan duduk di meja, crew restaurant akan datang dan tunjukkan menu. Boleh order apa sahaja makanan dari menu, pilihan untuk starter seperti Nachos, chicken wings, mushroom soup dan banyak lagi. Masa aku tengah tunggu makanan masak aku nampak orang sebelah order Nachos Cheezy Dip. Ya ampun meriah weh, next time siap aku nak order.


Selain tu ada pilihan pasta, aglio olio, marinara, Bolognese. Untuk peminat burger yang nak cuba seleksi ultimate burger Menate kena cuba Wag’yu Burger (Rm48.90), Angus Burger (RM35.90) atau Lamb Burger (Rm29.90). Side dish dia ialah salad dan juga kentang goreng. Pun aku nampak orang sebelah order. Memang menggiurkan burger dia.


Kalau nak order steak boleh pergi pilih jenis steak yang korang nak cuba dan beri pada crew. Ada beratus pilihan steak dalam chiller disediakan. Apa yang bagus, setiap kepingan daging dan dibungkus dalam plastik dan dilekatkan dengan tanda harga. Jadi pandai-pandai la pilih.

Dah pilih boleh beritahu crew cara masak steak korang dan beri no meja. Nanti dia hantar terus ke meja lepas masak. Tak lama pun sekejap je. Aku selalu pilih steak aku dimasak medium well tak pun well done. Cara lain adalah rare, medium rare atau medium. Aku pernah cuba masak steak medium, bila potong memang daging mengeluarkan jus merah. Kahkahkah lepas tu tak boleh telan.  

Dekat sini ada juga pilihan sausages, pizza, chicken dan juga set makanan untuk kanak-kanak. Jadi kalau risau anak-anak tak mampu habiskan makanan boleh order kids menu okeh. Air disediakan free flow dan percuma, ada Teh Tarik dan coklat untuk seleksi air panas, dan beberapa jenis air soft drink. Minum la sampai kembung. Nak air lain lebih mewah pilih je dekat menu tapi seperti biasa kena bayar. 

Sedikit tambahan, kenapa aku suka makan steak dekat Menate sebab aku boleh pilih sendiri bahagian steak yang aku nak makan. Aku makan apa yang aku pilih dan rasa lebih puas hati. Jenis-jenis steak yang ada seperti Tenderloin, Ribeye / Cuberoll, Striploin, Tomahawk, T-Bone, Short ribs dan Oyster Blade. Selalunya kami akan pilih T-Bone, atau ribs. Pilihan lamb pun banyak sangat.

Lepas Rindu Makan Lamb Di Menate

Oleh sebab rindu kan lamb jadi malam tu kami pilih makan Lamb Loin. Untuk anak-anak aku pesan Beef Carbonara Spaghetti dan juga Curly Fries. Beef Carbonara Spaghetti dia memang rich dan rasa creamy sangat. Puas hati makan. Tolong minum Teh Tarik dia kena selera aku. Sedap. 

Anak bujang pun nak join sekaki makan Lamb. Kenyang walau lambat nak habiskan tapi puas hati sebab daging masih boleh kunyah walaupun dah sejuk. Sejujurnya walau kami makan lamb tapi sedikit pun tak rasa hanyir lamb tu. Selalu orang tak makan lamb sebab ada bau kan? Ha lamb dekat sini sedap, bebas bau.



Jumlah bil malam tu termasuk 6% SST ialah RM218.60. Aku kongsikan supaya senang korang boleh sediakan bajet untuk pergi makan dekat sini.

Beef Carbonara Spaghetti – RM 22.90
Curly Fries – RM8.00
Lamb Loin – ikut berat (RM61.20, RM55.44, RM58.68)


Dengan kualiti daging, customer service, kebersihan dan pilihan yang ada memang puas hati dengan harga yang dibayar. Sesekali lepas rindu boleh la. Kalau selalu sangat mahu koyak poket suami. Apa aku paling suka dekat sini, crew dia sangat rajin. Setiap masa dia akan round table untuk bersihkan pinggan kosong atas meja customer. Pantas pula tu buat kerja. 


Kesimpulan

Lepas makan cepat-cepat balik rumah sebab anak-anak dah start cranky. Nak pesan dessert pun dah rasa terlalu kenyang. Next time akan datang tapi nak cuba makan burger dan Nachos Cheese tu. Kita kumpul duit dulu lah, tabung penuh baru pergi makan.

Cara aku, walaupun tak rasa kaya sangat tapi teringin nak masuk kedai yang luar kemampuan poket aku akan sediakan tabung dan gigih tunggu tabung penuh. Rasa bahagia sangat kalau makan hasil titik peluh menabung. Selalu tak sempat penuh tabung suami buat surprise belanja tiba-tiba sebab aku kalau teringin memang mulut asyik berzikir sebut nama makanan. lol. Suami kesian. Bijak kan taktik aku?


3 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Tu diaaa..boleh tahan harganya tapi kualiti terbaik mesti nak repeat lagi kan..siap review tanpa bayar bila suka sangat...haih geram tengok lamb loin itu.😍😋

    ReplyDelete
  2. uishhhh sedapnya dpt mkn lamb dekat menate tu.. lama dh target nak mkn situ tp xberkesempatan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post