Food Review: Restoran Chicken Plus Melawati Mall

By Rodiah Amir - August 28, 2019


Food Review: Restoran Chicken Plus Melawati Mall | Kali ni makan ayam dekat Restoran Chicken Plus Melawati Mall sebab nak celebrate anak baik dari demam. Marathon tak sihat sejak Raya Haji, back to back adik dengan kakak. Pass baton je.

Plan asal nak window shopping je ambil angin. Tiba-tiba kaki terpacak depan Restoran Chicken Plus lepas dua tiga kali kami lalu. Sederet yang sama ada Sopong, NY Steakshake, Swetsens, Tony Romas, Manhanttan Fish Market dan banyak lagi tempat makan sedap.


Oleh sebab tekak laki nak makan ayam, dan dia yang bayar sudah semestinya kita sokong je. Sebelum ni makan ayam dengan Cheese Fall, kali ni cuba cheese powder pula.


Menu Kids Set Restoran Chicken Plus

Sebelum ni tak perasan ada kids set ni, jadi untuk anak-anak kami ambil kids set. Dalam tu ada tiga kepal nasi seaweed yang berbentuk telur Dinasour lonjong, fries, ayam goreng dua ketul.

AKU CUBA MAKAN NENE CHICKEN Di Avenue K

Untuk kami, ambil chicken boneless, sos manis pedas dan cheese apa benda tah. Lupa nama dia. tapi dia serbuk cheese. Rasa macam jajan perisa cheese.


Macam biasa, kalau makan ayam goreng Korea aku expect kena la ada rasa Korea kan? Walaupun tak pernah jejak kaki ke Korea. Chicken Plus tak menghampakan selera kami satu keluarga.

Total makan bawah RM60 untuk dua set ayam boneless medium size, set kids, air mineral dua, dengan Ice Lemon Tea. Mahal ke murah? Aku rasa setanding la dengan rasa.


Untuk korang yang nak cuba makan dekat Restoran Chicken Plus ni aku nasihatkan jangan pergi masa perut tengah lapar sangat sebab boleh tahan lama juga dia nak serve makanan. yelah nak kena goreng ayam tu panas-panas baru sedap kan.

Yang ada anak pastikan anak kecil ada aktiviti dia boleh buat sementara tunggu makanan sampai. Aku dah pernah kena masa restoran penuh dengan customer dengan yang sedang-sedang je pelanggan dia. masih juga lambat.

Kang kalau anak buat perang dunia ketiga mana aman nak makan. Jadi, please jadi ibubapa bijak. Jangan malukan anak-anak dapat ibubapa tak pandai tackle anak sendiri ok.

Selamat mencari dan mencuba.



  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Nampak sedap ayam tu...kalau dekat boleh jer pi..hehehe...nanti kalau ada kesempatan boleh cuba gak

    ReplyDelete
  2. berapa kali dah lalu depan chicken plus tu tapi tak masuk pun.. rasa mcm nak try makan tapi tak jadi. next boleh la nak cuba nnt

    ReplyDelete
  3. ya Allah. sedapnya, terliur. tapi nasib lah baik perut ni dah kenyang makan lunch tadi. haha

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.