Food Hunting – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Rodiah Amir
1
Pertama kali cuba Sate Willy dan aku jatuh cinta. Hah kau over. Ahaks. Aku jadi peminat sate selepas berkahwin dengan suami. Aku terjebak suka makan sate disebabkan sate tu makanan kegemaran beliau.

Aku bukanlah tak minat tapi oleh disebabkan sate ni dikategorikan sebagai makanan kayangan waktu aku kecil, jadi peluang nak makan sate tu memang jarang berlaku.

Dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, sate akan dibeli pada hari istimewa sahaja atau kami akan dapat makan bila beraya rumah saudara mara.


Food Review – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Lah cerita sedih pulak kan. Tapi pengalaman hidup yang susah menjadikan aku menghargai setiap kesenangan yang aku dapat sekarang. Alhamdulillah.



Ceritanya aku terlajak ke Sri Ramal Kajang atas urusan Seri Paduka Baginda dan kemudian urusan habis lewat petang. 

Perut pula minta di isi jadi terus Google makanan sedap ada sekitar Taman Sri Ramal Kajang ni.

Sate Willy Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang

En Suami la yang ajak ke Willy Satay. Rupa-rupanya Willy Satay ni sebahagian daripada Ramal Junction Food Court. Pertama kali juga jejakkan kaki ke sini jadi aku rambang mata sebab banyak sangat gerai yang sedap-sedap.




Suami tetap dengan pendirian dia nak mencuba Willy Satay jadi aku beli Nasi Goreng Kambing dari gerai Air Buah Gelas Besar. Woi sedap Nasi Goreng Kambing dia. 

Kalau sampai ke Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang boleh buat bergaduh tau. Konsep dekat sana, pilih makanan apa yang korang nak, buat pesanan dan buat bayaran. Lepas tu jangan lupa beri no meja korang. Siap makanan nanti dia hantar ke meja. 

Aku order nasi goreng kambing yang dalam dia ada ketulan daging kambing. Besar-besar pula tu tak kedekut. Harga sepinggan ni RM8. Ok la berbaloi. 



Terlalu banyak makanan untuk dicuba tapi perut ada satu. Ahaks. Next time plan nak repeat bawa anak-anak pula. Meriah ya orang kajang makan. Beruntung betul boleh makan macam-macam dekat situ.


Sate Samuri VS Willy Satay

Ini ikut kesedapan tekak aku ya, jangan kata aku berat sebelah pula. Restoran Sate Samuri paling dekat dengan rumah aku adalah di cawangan Taman Melati jadi boleh dikatakan agak kerap aku makan Sate Samuri.

Sate Ramly Burger pun boleh tahan rasa dia. 

Dulu punya cerita, Sate Samuri aku dapat rasa kesedapan dia. Tapi sekarang sedih la. Sate dia besar penuh isi, kuah kacang dia pun not bad tapi dia ada kekurangan. Langsung tak rasa air tangan manusia tu.

Bila makan rasa sate tu kejung je. Camne eh nak describe. Mungkin penggunaan peralatan, pekerja yang handle tu yang jadi kureng tu.

Berbeza bila aku makan Satay Willy. Masih terasa air tangan tu, kau faham bila kau makan terasa ikhlasnya penjual tu dalam menyediakan makanan.




Aku part emosi memang terlebih. Maklumlah orang Feeling beginilah kalau suruh explain part emosi. Boleh mengalir air mata bercerita tentang sedapnya sate tu. ahaks.

Resepi Kuah Kacang 4 Bahan boleh cuba dekat sini. 

Jadi ikut selera tekak aku, semestinya Satay Willy menjadi pemenang. Entah bila boleh repeat memandangkan dah puasa, lepas tu nak sambut Raya. Moga ada rezeki, dipanjangkan umur la hendaknya.




Willy Satay Delivery

Beruntunglah orang MAKAN WILLY SATAY DI TAMAN SRI RAMAL KAJANG sekitar Bangi, Cyberjaya, Kajang dan KL, Willy Satay ada buat promo PKP dan delivery. 

Eh bukan setakat delivery je, kalau nak cepat untuk Take Away boleh call dulu mereka dan buat tempahan.  Klik link http://www.wasap.my/60173742821/WillySatayBS7

Kalau lah Willy Satay ni sekangkang kera je memang setiap bulan jadi port aku makan reward diri. Kalau korang pernah makan sate yang sedap cuba share dengan aku dekat comment.

Mana tahu ada rezeki nak cuba. Next aku nak buat Sate Tulang hunting. Entah apa yang sedap sate tulang sebab dulu pernah masuk TV jadi aku teruja nak cuba.

 

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. yeah kalau aku pergi kursus mesti singgah kat sini, sate dia sedap. dulu pun selalu gak makan sate samsuri tu, the latest makan mmg kurang umph compare to willy sate ni. skrg if piii kajang mmg makan yang willy ni je dan otak2

    BalasPadam
Catat Ulasan