Memaparkan catatan dengan label Kunafa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kunafa. Papar semua catatan

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Tak sangka wujud ya frozen Kunafa. Aku jumpa dekat pasaraya Giant dekat dengan rumah aku ni. Teringin punya pasal, sedap tak sedap letak tepi. Beli dengan keyakinan yang peratusan Kunafa pasti sedap itu tinggi.

Aku mula belajar makan Kunafa beberapa tahun lepas sebab masa tu Kunafa pernah viral. Orang kita memang pantang dengar makanan viral mesti nak cuba. Aku semestinya tak ketinggalan.

Dulu-dulu kunafa tak banyak pilihan, dimakan dengan gula sirap dia yang manis tu. Ada bau Ros. Sekarang Kunafa dah ada macam-macam perisa. Masuk je Malaysia pelbagai versi keluar. Tengok jelah Kunafa Ojen tu. Aku masih sukakan perisa original dan tidak lah aku masukkan semua gula sirap dia sebab aku tak minat terlalu manis.

Frozen-Kunafa


 

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Kunafa atau Kanafeh merupakan manisan orang Arab dan Turki. Dulu aku ingat orang buat Kunafa guna bihun. Begitu naifnya aku ya. Rupanya ada doh tersendiri. Bahagian luar dia crispy, dalam dia ada mozzarella cheese, topping dia ada kacang pistachio tumbuk dan dimakan bersama gula sirap.

Makan panas-panas memang ngam sangat. Semua perasa bergabung jadi lemak manis dan crunchy tu yang membuatkan Kunafa jadi lebih sedap. Sebelum ni kalau nak makan Kunafa kami akan makan di restoran Arab. Tapi sekarang dah senang aku jumpa Kunafa yang telah disejuk beku (frozen Kunafa). Memang memudahkan hidup.

Harga seketul kalau tak silap RM10, masih munasabah bagi aku. Saiz dia besar lebih kurang sebesar tapak tangan. Cukup kalau makan berdua. Waktu pertama kali beli, aku makan sorang-sorang. Tak sangka sedap. Kali kedua makan, aku kena berebut dengan anak-anak. Tak sangka mereka pun suka.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler-Turki


 

Cara Masak Frozen Kunafa

Dari segi pembungkusan, memang elok je terbentuk. Paling penting tak pecah ya. Dapat sekali gula sirap. Boleh guna oven atau air fryer. Ikut je arahan dekat kotak bungkusan. Aku guna air fryer dan memang mudah sangat.

Arahan penyediaan: bakar pasa suhu 210 celcius selama 10 minit atau sehingga kekuningan. Aku degil aku turunkan suhu, guna 200 celcius je dan aku lebihkan sedikit masa memasak. Elok je kejadian. Alhamdulillah.

masak-Frozen-Kunafa


Kalau makan waktu dia masih panas terasa la cheese dekat dalam. Tapi hati-hati jangan sampai melecur mulut. Bercakap berdasarkan pengalaman aku yang kurang sabar. Ahaks. Kalau dah sejuk masih sedap cuma keju dia rasa kejung jelah.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler


 

Secara keseluruhan aku sukakan frozen kunafa Asikunefeleri. Rasa dia berlemak, crispy, wangi dan tak lari jauh dari kunafa yang dijual dekat restoran. Tapi yang frozen lebih disukai sebab aku boleh buat stok untuk makan bila-bila aku suka dekat rumah. Korang kalau jumpa sila cuba sendiri.

Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Peminat nasi arab kena tahu tentang restoran Paradise Reyan ni. Baru-baru ni kami singgah makan nasi arab di Restoran Paradise Reyan yang terletak dalam pasaraya Aeon Big Wangsa Maju. 

Memang tak menyesal cuba sebab semuanya sedap dan kena dengan tekak kami sekeluarga. Jadi kena la hebahkan pada orang lain juga. 

Ikutkan berapa banyak kali dah lalu depan restoran Paradise Reyan sebab dia betul-betul dekat sebelah McDonald. Kalau ke Aeon Big memang akan singgah McDonald untuk makan aiskrim. 

Sebelum ni kami selalu makan nasi arab di Qasar Balqis. Pernah sekali cuba makan di restoran Hadramawt, tapi kurang kena dengan selera. 

Kalau di Shah Alam pula kami akan singgah di Restoran Aroma Hijrah. 


Restoran-Paradise-Reyan


Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Kali terakhir makan nasi arab dekat Qasar Balqis adalah masa bulan Ramadan yang sudah. Tapi pengalaman kurang seronok sebab restaurant tu full house, jadi servis pun turut terjejas. 

Terus terbantut selera nak makan nasi arab. 

Baru-baru ni terbuka pintu hati nak cuba dan masa tu terliur nak makan Kunafa Cheese. Kan viral Kunafa Cheese dekat Bukit Bintang tu. 


Kunafa-Cheese


Memang tidak lah aku nak beratur ramai-ramai jadi kita cari yang dekat sajalah ya. Lagi satu kalau nak makan Kunafa Cheese tak boleh dibiarkan lama. 

Nanti cheese dia sejuk dah kurang seronok tak dapat tarik-tarik. Lebih prefer makan di tempat yang ada kerusi dan meja. 

Kalau nak tahu Restoran Paradise Reyan ada tiga cawangan sahaja di dalam Malaysia iaitu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Aeon Big Wangsa Maju dan di Barrington Square Cameron Highlands. 


Menu Makanan Restoran Paradise Reyan

Semestinya menu dia lebih kurang seperti menu di restoran Arab lain. Salad (Tabbouleh, Fattoush, Reyan). Appetizer seperti falafel, Hummus, sambosah, Kibbeh. 

Ada juga Piza, BBQ (kabab, Taoukmix grill), Chicken & lamb (Mandy, Kabsa, Haniz, Maqluba).

menu-Paradise-Reyan

Kalau di Qasar Balqis aku sukakan Shawarma dan Teh Tarik dia, tapi di Paradise Reyan aku suka makan Lamb Arayes. 

Bentuk macam pizza, bulat dan kemudian dipotong menjadi bentuk segi tiga. Dilapisi dengan daging kambing atau pun daging ayam. 


Lagi satu tolong cuba jus buah-buahan sebab memang betul-betul pure. Tak kedekut buah terutama jus tembikai dan jus oren. 


Kenapa aku suka Restoran Paradise Reyan?

Semestinya kalau teringin nasi Arab confirm datang sini sahaja. Dah la dekat dengan rumah, rasa dia tak mengecewakan. 

Selain tu Restoran Paradise Reyan menjaga kebersihan premis, baik sinki mahupun kebersihan lantai. Dapur dia walaupun sedikit terbuka tapi tak ganggu pelanggan dengan bau-bau pelik. 


nasi-arab-sedap


Kerusi meja pun selesa jadi pelanggan boleh makan dengan aman. Penting sangat bagi aku yang ada anak kecil. 

Staff yang layan kami pun ramah walaupun tidak fasih Bahasa Melayu. Memang aku ringan mulut akan cadangkan Restoran Paradise Reyan dekat sesiapa yang nak cari tempat makan nasi arab. 


Kesimpulan

Kami sekeluarga berpuas hati makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan. Harapnya perniagaan dia semakin maju supaya tak payah susah aku nak makan dekat tempat lain. Kalau korang tinggal berdekatan boleh cuba tapi jangan marah kalau tak kena dengan selera korang ya.