Turkish Delight Manisan Terkenal Dari Turkiye

Rodiah Amir
9

Selain dari Baklava, Turkish Delight merupakan antara manisan yang popular di Timur Tengah. Turkish delight pula ada banyak jenis. Kebiasaan yang orang jual adalah jeli berbentuk segi empat. Diperbuat daripada jeli dan gula.

Ada juga Turkish Nougat. Makanan tradisi, resipi tradisional Turki. Rasa dia memang manis boleh potong kaki. Kalau dekat Malaysia, kita ada dodol dan wajik yang sama level manis dia.

Kalau siapa pernah ke Aeon Big Wangsamaju, ada satu kawasan khas menjual manisan Turkiye di pintu masuk utama. Dulu kemain payah nak jumpa, sekarang dah banyak kedai Arab yang jual.

Makan Nasi Arab Sedap - Paradise Reyan


Turkish-Delight


Turkish Delight Manisan Terkenal Dari Turkiye

Setiap kali lalu pasti akan terpegun melihat manisan yang tersusun kemas dalam bekas kaca. Cantik sangat. Harga dia kalau tak silap RM12 untuk 100gram.

Oh manisan yang Diah cuba kali ini ialah Turkish Nougat. Diperbuat daripada kekacang, telur putih, gula, dan juga buah kering.

Hari tu kami adik beradik berkumpul di rumah abang yang sulung. Buat makan-makan sempena menyambut dia pulang dengan selamat selepas hampir sebulan lebih bertugas di Turkiye.

Makan Nasi Arab di Qasar Balqis

Dia la berikan Turkish Delight sebagai buah tangan dari sana. 


Turkish-Delight-turkish-Nougat


 

Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Turkiye 2023

Masih ingat lagi bencana alam gempa bumi yang melanda Turkiye beberapa bulan yang lepas? Malaysia antara negara yang turut sama turun padang dalam menghulurkan bantuan kepada Negara Turkiye.

Abang Diah adalah antara anggota Tentera Malaysia yang terpilih untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Turkiye 2023.

Waktu dia beritahu dia terlibat awalnya perasaan kami bercampur baur. Berat hati nak merelakan, ibarat menghantar abang ke medan perang lah kiranya.

Isteri dan anak-anak dia lagi lah sedih. Tetapi demi tugas dan demi tanggungjawab dia pergi juga. Tambahan pula dia graduate dari Universiti di Turkiye.

Lama dia belajar di sana. Jadi kira macam membalas jasa, pulang semula tempat dia kenal erti hidup. Kawan-kawan dia pun ramai dekat sana.


Pistachio-Turkish-Nougat


Rasa Sebenar Turkish Nougat

Kalau nak tahu, rasa Turkish Nougat ni manis berlemak. Lapisan luar dia disalut dengan gula dan juga aneka topping seperti Kacang badam, Pistachio, coklat, kacang tanah, buah delima, Oreo dan banyak lagi.


red-velvet-Turkish-Nougat


Katanya topping paling terkenal ialah kelopak bunga Mawar, tapi bukan semua orang boleh terima bau bunga Mawar sebagai Manisan.


oreo-Turkish-Nougat


Isi dia pula nougat yang dicampur dengan kacang Pistachio. Tak boleh makan banyak-banyak sekali gus. Kira ngam la rasa lemak, manis dan rangup kacang.

Makan Turkish Nougat ni boleh jadi ketagih sebab isi dia kenyal dan rangup Pistachio meletus dalam mulut. Jadi asyik sangat.


Catat Ulasan

9Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Kalau Turkish delight Cuya kurengg.... ayah Cuya suka. Sebab ayah suka jeli.
    Yang nougat tu Cuya boleh terima...not bad la sebab ada kacang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeli tu manis kan? tak boleh telan. Nougut tu boleh tahan sebab ada kacang

      Padam
  2. adik ipar suka desert2 Arab ni ada jga dia kirim kat rumah hari tu. mcm2 manisan tp ciknur tak try pun.
    perasan kat pintu msk eons wangsmju mcm2 pilihan dia jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna dia meriah tu geram nak cuba. tapi memang tak boleh makan banyak la

      Padam
  3. Pernah rasa beberapa jenis...
    Officemate bagi masa dia travel...
    ada yang sedap, ada yg x berapa boleh telan..hehe..
    tekak melayu hehe

    BalasPadam
  4. bos aritu br blk dr turki, bw balik manisan mcm ni la tp tk mkn sgt sbb manis

    BalasPadam
  5. Dulu, masa pergi umrah ziarah. Ziarah Turki ni. Dalam flight Turkish Airline, mereka ada hidangkan turkish delight. Sampai bawah, cari turkish delight yang sebijik dihidangkan kat atas flight. Macam2 jenis. Ada yg kena dgn tekak...ada yang tak kena dengan tekak.

    BalasPadam
Catat Ulasan