Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Tak sangka wujud ya frozen Kunafa. Aku jumpa dekat pasaraya Giant dekat dengan rumah aku ni. Teringin punya pasal, sedap tak sedap letak tepi. Beli dengan keyakinan yang peratusan Kunafa pasti sedap itu tinggi.

Aku mula belajar makan Kunafa beberapa tahun lepas sebab masa tu Kunafa pernah viral. Orang kita memang pantang dengar makanan viral mesti nak cuba. Aku semestinya tak ketinggalan.

Dulu-dulu kunafa tak banyak pilihan, dimakan dengan gula sirap dia yang manis tu. Ada bau Ros. Sekarang Kunafa dah ada macam-macam perisa. Masuk je Malaysia pelbagai versi keluar. Tengok jelah Kunafa Ojen tu. Aku masih sukakan perisa original dan tidak lah aku masukkan semua gula sirap dia sebab aku tak minat terlalu manis.

Frozen-Kunafa


 

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Kunafa atau Kanafeh merupakan manisan orang Arab dan Turki. Dulu aku ingat orang buat Kunafa guna bihun. Begitu naifnya aku ya. Rupanya ada doh tersendiri. Bahagian luar dia crispy, dalam dia ada mozzarella cheese, topping dia ada kacang pistachio tumbuk dan dimakan bersama gula sirap.

Makan panas-panas memang ngam sangat. Semua perasa bergabung jadi lemak manis dan crunchy tu yang membuatkan Kunafa jadi lebih sedap. Sebelum ni kalau nak makan Kunafa kami akan makan di restoran Arab. Tapi sekarang dah senang aku jumpa Kunafa yang telah disejuk beku (frozen Kunafa). Memang memudahkan hidup.

Harga seketul kalau tak silap RM10, masih munasabah bagi aku. Saiz dia besar lebih kurang sebesar tapak tangan. Cukup kalau makan berdua. Waktu pertama kali beli, aku makan sorang-sorang. Tak sangka sedap. Kali kedua makan, aku kena berebut dengan anak-anak. Tak sangka mereka pun suka.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler-Turki


 

Cara Masak Frozen Kunafa

Dari segi pembungkusan, memang elok je terbentuk. Paling penting tak pecah ya. Dapat sekali gula sirap. Boleh guna oven atau air fryer. Ikut je arahan dekat kotak bungkusan. Aku guna air fryer dan memang mudah sangat.

Arahan penyediaan: bakar pasa suhu 210 celcius selama 10 minit atau sehingga kekuningan. Aku degil aku turunkan suhu, guna 200 celcius je dan aku lebihkan sedikit masa memasak. Elok je kejadian. Alhamdulillah.

masak-Frozen-Kunafa


Kalau makan waktu dia masih panas terasa la cheese dekat dalam. Tapi hati-hati jangan sampai melecur mulut. Bercakap berdasarkan pengalaman aku yang kurang sabar. Ahaks. Kalau dah sejuk masih sedap cuma keju dia rasa kejung jelah.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler


 

Secara keseluruhan aku sukakan frozen kunafa Asikunefeleri. Rasa dia berlemak, crispy, wangi dan tak lari jauh dari kunafa yang dijual dekat restoran. Tapi yang frozen lebih disukai sebab aku boleh buat stok untuk makan bila-bila aku suka dekat rumah. Korang kalau jumpa sila cuba sendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan