Adap Dan Cara Menegur Dalam Islam

Rodiah Amir

Assalamualaikum, Diah selalu terperangkap dalam situasi berhadapan dengan perasaan serba salah untuk tegur, sampaikan, dan berterus terang. Kebiasaan dengan kawan-kawan la. Nak bercakap atau biarkan? 

Kalau tegur takut tersinggung, tapi kalau tak tegur seolah-olah kita tak sayang saudara kita sendiri. Bila habis fikir, tindakan akhir sekali Diah doa je semoga kawan tu dapat petunjuk. 

Pernah dulu masa darah masih muda, masih belum cukup pengalaman, masa hati cukup kuat untuk menerima penolakan, tegur kawan tentang perlakuan salah dia. Akibatnya rosak satu hubungan.

Adap Dan Cara Menegur Dalam Islam  

Memang tak bergaduh besar tapi hubungan tu tak macam sebelum tu. Menyesal? Tak menyesal tegur cuma kalau ada kesempatan untuk baiki cara teguran pasti Diah buat. 

Perlu Ke Tegur?

Sekarang orang dah semakin terbuka untuk beri kan pendapat. Orang semakin berani, tak kisah teguran kepada siapa pun tapi sayang kurang HIKMAH dalam teguran. 

Hikmah bermaksud bijaksana. Dalam hikmah perlu juga santun dalam berbicara. Kerana kekurangan hikmah dan santun lah perangai melabel orang lain wujud. 

Sebab tu Islam anjurkan adap dan hikmah berfikir sebelum melakukan sesuatu. 

Lepas tu keluar lah istilah mak cik bawang. Ada yang nak tegur memang dia berniat baik, nak bendung orang lain juga melakukan dosa yang sama dan kongsi ilmu apa yang dia tahu. 

Ada yang tegur memang nak memalukan, dan ada juga yang berniat tegur sebab ikut orang lain tegur jadi dia nak tegur juga ibarat nasi tambah. 

Perlu ke Tegur



Kita tak mahu dengan cara kita tegur, orang yang ditegur akan semakin menjauhkan diri. Agama Islam dipandang rendah dan buruk, orang salah sangka dan paling teruk kita secara tak langsung sampaikan ajaran yang salah. Nauzubillah. 


Tegur Secara Terbuka


Situasi paling kerap kita dapat tengok teguran kepada orang-orang dalam industri seni, tak kisah dia seorang pelakon, penyanyi, pengarah atau sesiapa je. 

Asalkan dia dikenali lagi mudah menjadi target untuk di tegur kalau melakukan kesalahan. Tegur pula secara terbuka. Malu la orang tu. 


Cara Untuk Menegur 

Pernah terbaca tentang adap menegur. Bila menegur jangan sampai kita menghina, bila kita berniat untuk mendidik jangan pula sampai memaki jika orang yang ditegur tak mahu terima teguran kita. 

Kita boleh meminta dia untuk berubah ke arah kebaikan tapi kita tak boleh memaksa sebab semuanya dengan izin Allah. Sekeras mana paksaan kita, seikhlas mana kita nak tolong kena selalu ingatkan diri. 

Takut nanti bila kita dah terlalu memberi kita tak sengaja mengungkit. Kita kecewa kita mula menyesal. Rugi diri sendiri. 

Imam Syafie berkata “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar Menasihati Mu. Sesiapa Yang Menasihatimu Di Khalayak Ramai, Dia Sebenarnya Sedang Menghinamu” 

Ujian Sebagai Peringatan


Diah selalu fikir yang sebenarnya orang yang menegur itu lah yang sedang di beri ujian oleh Allah. Ujian berdakwah, ujian kehidupan, ujian nak tengok sejauh mana kefahaman kita tentang Islam. 

Kalau kita berjaya lepasi ujian tu in sha Allah besar sangat hikmah yang dapat kita belajar. Orang di sekeliling juga akan dapat belajar. 


Kesimpulan 

Tegur atau tak terpulang pada situasi dan juga perlu tekankan hikmah bila nak menegur. Niat yang baik sesekali tidak akan menghalalkan sesuatu cara. 

Tiada manusia yang sempurna. Penulisan di atas ni sekadar pendapat Diah, mungkin ada yang tak bersetuju. Itu normal. Kita kan dah bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Apa pun kita tegur dan nasihat bukan sebab kita nak tunjuk pandai tapi ianya sebahagian tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan sebenarnya teguran itu lebih kepada nak ingatkan diri kita sendiri. 

Allah hantarkan peringatan kepada kita melalui orang di sekeliling. Terima atau tidak, berubah atau tidak itu semua dengan izin Allah. 
Wallahualam. 

Tags