Pagi ni berdebar baca mesej suami bagitahu di whatsapp, Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) terbakar. Terperanjat sangat dan automatik teringat anak di asrama. Jiran sekolah anak je tu. Belakang tu je Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). Tapi ikutkan Sekolah Menengah Teknik KL lagi dekat dengan ASiS. Masih menunggu update dari group sekolah anak.
Belum reda lagi kesedihan kes kemalangan bas pelajar
UPSI, jadi pula kebakaran macam ni memang sayu sangat hati. Ikut maklumat
hebahan tak rasmi, bangunan sekolah ASiS yang terbakar bukan asrama. Sekurang-kurangnya
kebakaran tidak melibatkan murid. Moga tiada kemalangan jiwa berlaku.
Musibah berlaku pada hari pertama sekolah selepas balik bercuti panjang. Mesti masing-masing dalam keadaan terperanjat lagi. Mak ayah belum habis penat hantar anak balik asrama. Setiap kali hantar Ikhwan balik asrama kami akan lalu depan ASiS. Ikutkan memang bangunan nampak dah lama. Kita tunggu saja siasatan pihak polis.
Salam takziah di ucapkan. Semoga baik-baik saja untuk semua yang terlibat. Fasa selepas musibah tu bila bayangkan terasa penatnya. Banyak kerja nak buat tu.
Rayuan Derma Kilat
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.Seperti kita semua
sedia maklum satu kebakaran yang melibatkan bangunan utama pejabat sekolah
termasuk bilik guru baru saja berlaku lebih kurang jam 4.30 pagi tadi.
Hasil dari pemerhatian awal
mendapati hampir keseluruhan ruang tingkat 1 blok hangus terbakar dan jumlah
kerugian masih disiasat. Sehubungan dengan itu, kita melancarkan tabung derma
kilat yang akan terus disumbangkan kepada pihak sekolah bagi sedikit sebanyak
membantu menampung keperluan segera sekolah terutamanya untuk guru-guru yang
kehilangan kesemua barangan peribadi yang diletakkan dibikik guru. Sumbangan
boleh disalurkan kepada :
AKAUN 1 PIBG
No akaun : 8000960571
Nama akaun : PIBG SM SAINS ALAM
SHAH
Bank : CIMB Bank
Rujukan : derma kilat
Link herepay:
https://app.herepay.org/asis-pibg/dermakilatasis
JK PIBG SM Sains Alam Shah
10 Jun 2025
Ditimpa Musibah Tanpa Henti
Rasanya minggu ni minggu ujian buat aku dan orang sekeliling. Bila terima berita musibah yang bertimpa-timpa ni buat aku rasa betul-betul hidup ni rapuh sangat. Aku juga masih dalam mode terperanjat sebab sekolah anak aku juga dilanda bencana ribut. Cuaca sekarang memang tak menentu. Baru hari tu cuaca panas melampau, sekarang diselangi dengan hujan lebat ribut pula.
Kami, ibu bapa dapat tahu tentang ribut ni pun bila
cikgu kongsi tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu murid-murid patuhi
bila kembali ke sekolah dalam group whatsapp.
Kejadian berlaku minggu lepas waktu petang, hujan
angin kuat dan pokok pinang tumbang. Habis papan tanda sekolah kena hempap. Memang
ranap dan tak dapat diselamatkan. Selain papan tanda, atap bangunan juga ada
juga yang terjejas. Syukur tidak melibatkan kemalangan jiwa. Berlaku waktu cuti
sekolah jadi bersyukur sangat.
Semoga apa yang berlaku Allah ganti dengan perkara
yang lebih baik. inshaAllah.
Doa Apabila Ditimpa Musibah
Baginda ﷺ bersabda: “Sesiapa yang
mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan
buatnya sesuatu yang lebih baik.”
Doa yang diajarkan oleh
Rasulullah ﷺ ini:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ
رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami adalah milik
Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku
di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik
darinya”.
Hadis Riwayat Muslim, 918
Semoga anak-anak sentiasa di sentiasa
dilindungi Allah daripada perkara yang tidak baik. Semoga diberi kesihatan,
kemudahan dalam menuntut ilmu serta kekuatan untuk berjaya dunia dan akhirat. Semoga
menjadi anak yang soleh dan solehah, cemerlang dalam pelajaran, dan menjadi
seorang yang berjaya.
Aamin.
Amalkan juga doa perlindungan
أَعُوذُ بكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ،
مِن كُلِّ شيطَانٍ وهَامَّةٍ، ومِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya: "Aku berlindung
dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan,
binatang berbisa dan setiap pandangan mata yang jahat.”
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.