Resepi Churros Mudah Dan Sedap

Resepi Churros Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum. Ini adalah kali kedua cubaan membuat Churros lepas kali pertama, Churros kelihatan amat sendu walhal guna resepi yang sama je. Beza nya untuk kali kedua lebih yakin dan tahap teringin nak makan benda manis menggunung tinggi. Masih menggunakan resepi yang sama tapi tak ingat pernah kongsi dalam blog atau tak. 

Apa pun menu Churros dipilih kerana kehabisan idea untuk hidangan minum petang. Kebetulan bahan-bahan pun memang dah ada. Baru la Diah mengerti kenapa lah kalau suri rumah non-stop memasak. Jawapannya ialah bila dah ada anak dan walaupun waktu tengahari memang menu dia ialah nasi dan bila waktu petang menjelma anak-anak akan mencari makanan. Anak-anak dah tak mahu nasi. 

Dah jadi mak nak atau tidak tak kan nak suruh anak makan biskut setiap hari? Tak logik kan? Pemalas sungguh kalau mak tahu. Sebab tu setiap saat kena ada makanan walaupun sikit je jumlah dia. Syarat dia asal ada. 
Mudah je buat Churros
Resepi Churros Mudah dan Sedap
Banyak pula melalut, teruskan kepada resepi Churros yang mudah di buat. Salah satu tips atau masalah orang buat Churros dia jadi gebu dan tak garing. Bukan tak sedap tapi kurang best je, dan bergantung kepada selera orang juga rasanya. Diah ok je asal boleh telan. Kalau nak garing kena kurangkan telur. Tu je. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan utnuk membuat Churros dan langkah mudah perlu anda ikut supaya Churros kelihatan menawan. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 cawan tepung gandum
1 cawan Air 
50gram butter
Setengah sudu Gula
2 biji telur Gred C
Minyak untuk menggoreng
Gula kastor & serbuk kulit kayu manis untuk hiasan/tabur/bedak Churros  

Cara-caranya untuk membuat Churros adalah:

Masukkan air, butter dan gula ke dalam periuk dan kacau sehingga gula cair. Kecil kan api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. 

Kacau menggunakan whisk atau senduk kayu ikut suka hati anda sehingga adunan tidak melekat pada periuk kemudian letak adunan ke dalam bekas lain dan sejuk kan seketika. 


Setelah adunan sejuk, masukkan telur satu persatu dan kacau adunan menggunakan mixer sehingga sebati dan berkilat. 
Blend Bahan supaya Sedap

Selepas itu, masukkan adunan dalam beg piping dan boleh la di goreng. Oleh sebab nozzle Diah hilang maka Diah guna acuan semperit. Pon boleh la asal jadi bentuk comel. 

Acuan Churros
Nozzle hilang kita guna apa yang ada 
Goreng sehingga keperangan angkat dan sejukkan. Kemudian campurkan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis dan tabur kan ke atas Churros tadi. 

Makan Churros sambil menikmati pemandangan memang layan

Siap untuk di hidang. 

Senang kan nak buat menu hidangan minum petang? Nak nampak hebat di mata anak-anak boleh la buat sos coklat untuk di celup, atau nak lagi mudah celup Nutella sahaja. Makan Churros lepas tu ada buah-buahan masam macam Strawberi memang sangat sesuai. Dia boleh potong rasa manis tu. Anak-anak pasti suka dan ibu gembira.

Selamat mencuba. 

4 comments:

  1. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses. All the details are in the blog post. Thank you!

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html

    ReplyDelete
  2. SEDAPP ni.. pernah try buat tapi rasa macam renyah sikitlah nak kena masukkan ke dalam acuan semperit tu sambil tu nak goreng lagii.. heee

    ReplyDelete
  3. sedapnya churros boleh cuba buat ni nanti bookmark resepi ni

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.