Pertama Kali Masak & Makan Kulit Lembu

Masih lagi dalam mood Raya Haji dan aku tak tahu kenapa, tapi sejak sebelum raya lagi aku tiba-tiba jadi teringin sangat nak rasa kulit lembu. Lepas tengok Umi Cikin review dan masak kulit lembu membuak-buak rasa nak cuba juga. Setelah banyak kali tahan diri akhirnya aku beli juga kulit lembu dekat tiktok.

Sebelum ni aku banyak tengok video resepi Sambal Tahun, kan dalam tu ada letak kulit lembu jadi aku curious sangat rasa dia. Inilah kesan kalau banyak sangat scroll Tiktok. Ahaks. Rupa-rupanya boleh masak macam-macam jenis masakan guna kulit lembu. Dah lama hidup baru aku tahu. Ada orang masak sup, gulai, sambal dan masak lemak cili padi. Paling popular setakat ni sambal tahun resepi orang jawa tu lah. Siap jual yang dah siap masak.

kulit lembu memang kaya dengan kolagen dan banyak manfaat untuk kesihatan. Kolagen dari kulit lembu dipercayai dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kesakitan sendi, dan memelihara kesihatan tulang. Kulit lembu banyak digunakan dalam produk-produk kesihatan dan kecantikan.

Pertama-Kali-Makan-Kulit-Lembu


 

Pertama Kali Masak & Makan Kulit Lembu

Harap jangan ada yang terasa dengan perkataan yang aku gunakan dalam artikel kali ini. Maklumlah aku ni kira newbie untuk makanan eksotik. By the way aku menghargai setiap makanan yang wujud dalam dunia ni. Aku boleh habiskan masa yang lama tengok video orang makan Balut. Adoi. Tak terniat nak cuba pun.

Jadi aku teruskan niat nak cuba. Aku ada jumpa satu seller jual kulit lembu dah siap bakar dan sudah direbus dekat TikTok Shop. Baca review okay, harga lebih murah berbanding yang Umi Ciken review (ada sebab dia). Jadi aku pun beli sekilo untuk cuba sendiri. Aku kongsi berdasarkan pengalaman aku yang pertama kali cuba dan masak sendiri kulit lembu tau. Gigih ya.

 

Beli Kulit Lembu Di Tiktok Shop

Aku beli kulit lembu di dari seller di Tiktok Shop. Semua benda ada jual dah sekarang. Hari tu ada orang jual batu bata, ada orang jual angin pantai. Adoi kelakar tapi entah lah eh betul ke tidak. Packaging bagus, vacuum-sealed, bungkus dengan kotak dan ais kering. Waktu aku terima kulit lembu dah tak sejuk tapi masih dalam keadaan elok. Tidak berbau. Dua hari juga baru aku dapat.

Harga aku beli dengan seller adalah RM22 untuk 1 kilogram. Seller yang jual paling murah aku jumpa. Tapi walaupun dia tulis Kulit Lembu siap bakar dan rebus hakikatnya kulit tu masih keras dan kenyal. Jadi logik kenapa harga dia murah. Kena letak extra effort bab nak bersihkan semula. Kalau korang tak rajin beli je yang memang dah ready to cook okay.

beli-kulit-lembu-tiktok


Sekilo tu boleh banyak kali masak. Nak mudahkan kerja aku bersihkan semua dan rebus bagi dia empuk dan aku frozenkan. Kiranya aku beli kulit yang dah direbus separuh. Part ni kalau sesetengah orang lebih rela beli yang dah siap dibersihkan je.

rebus-kulit-lembu


 

Kulit Lembu Masak Gulai Cili Api

Plan asal aku nak tiru resepi dalam Tiktok tapi last minute aku olah ikut selera sendiri. Masak ala gulai cili api tapi aku tumis dan campur bawang besar. Letak pula banyak cili bagi pedas memang sedap.

Pertama-Kali-Masak-Makan-Kulit-Lembu


Aku potong kecil-kecil, rebus guna periuk nasi bagi empuk, kemudian tumis cili api, serai, halia, kunyit hidup, masuk santan, dan masukkan kulit lembu tu. Aku campur kentang nak bagi meriah. Masak sampai kuah pekat. Ada orang cakap rasa kulit lembu tu agak sama dengan urat keting dan perut lembu disebabkan tekstur dia. Ya aku akui agak sama terutama bab kenyal tu. Cuma urat keting takde bau langsung. Kulit pula lebih kenyal dari perut lembu.

resepi-Kulit-Lembu


Kulit lembu ni ada rasa kenyal yang seronok dikunyah, tapi kalau tak biasa memang akan rasa pelik sikit. Dari segi bau, dia memang ada bau ‘lembu’ yang kuat. Jadi kena dengan masakan tertentu supaya bau tu tak ketara sangat.

Untuk yang nak cuba biasakan makan urat keting dulu. Aku masak dan suami boleh telan. Kira lulus la sebab tekak suami aku tekak cerewet. Benda berbau ni dia akan tolak.

 


Secara jujur, aku boleh terima rasa dia. Semestinya aku akan repeat lagi di masa hadapan bila craving kolagen. Tapi aku rasa tak semua orang akan suka, especially yang tak biasa makan bahagian organ lembu macam perut, hati, limpa. Kalau korang memang jenis suka makan urat, perut, kaki lembu, confirm boleh masuk kulit lembu ni.  

Catat Ulasan

0 Ulasan