Baca doa Nabi Musa ni kalau korang tengah serabut, emosi tak tentu hala, penat mental fikir macam-macam dan tak tahu nak luah dekat siapa. Doa ni pendek je tapi power manfaat dia kalau di amalkan.
Just sharing here sebagai reminder untuk semua
yang membaca tapi lebih diutamakan untuk diri sendiri sebab rasa tak seronok dengan
apa yang aku sedang rasa sekarang. Setiap bulan mesti akan tersangkut dengan
perasaan serabut, penat, menahan sakit badan. Terseksa sungguh bila Sindrom
Pramenstruasi (PMS) datang.
Waktu tu mula la semua benda tak kena. Rasa macam payah sangat nak terima keadaan diri. Itu apa aku rasa la. Walau perasaan tak best tu datang jarang-jarang dan bukan selalu tapi tetaplah terkesan sebab aku ni manusia lemah. Dan ada sebab kenapa Islam galakkan umatnya supaya berdoa.
Manfaat Beramal Dengan Doa Nabi Musa
Perasan juga bila semakin berusia ni, segala zat
semakin berkurang, makan pon tak jaga jadi hormon mudah sangat terganggu. Terlebih
makan atau terlebih gula pun akan ganggu jadi tak stabil. Dalam kes aku mungkin
banyak sangat caffeine aku telan. Sesungguhnya PMS ni memang sangat-sangat mengganggu
aktiviti harian aku.
Ada satu doa pendek yang boleh
memberikan ketenangan untuk orang yang mengamalkannya. Syarat dia kena yakin
lah. Doa Nabi Musa A.S ketika membelah lautan (Dari hadis Rasulullah SAW
Abdullah bin Mas’ud)
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َÙƒَ الْØَÙ…ْدُ ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ
الْÙ…ُØ´ْتَÙƒَÙ‰ ÙˆَØ£َÙ†ْتَ الْÙ…ُسْتَعَانُ ÙˆَÙ„َا ØَÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللَّÙ‡ِ
الْعَÙ„ِÙŠِّ الْعَظِيمِ
Allahumma lakalhamdu, wa ilaika musytaka, wa antal musta’aan, wa la hawla wala quwwata illa billahil ‘Aliyyil ‘Azim
“Ya
Allah, untuk-Mu segala pujian. Kepada-Mu tempat aku mengadu. Engkau tempat aku
minta tolong.Tiada daya & kekuatan melainkan dengan-Mu”
Amalkan sebanyak yang mungkin. Hati kita Allah
yang pegang. Kita minta sebaik yang baik-baik saja. Aku doakan untuk yang
sedang diuji, tidak aman dalam fikiran, berhajat sesuatu semuanya dimakbulkan
Tuhan. Semoga Allah beri kita jalan keluar untuk semua masalah.
Amalkan juga Doa keluar rumah
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.