Memaparkan catatan dengan label PBD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBD. Papar semua catatan

Convocation Prasekolah & Anugerah Kecemerlangan Anak

Hari ni aku nak kongsikan tentang tentang dua momen manis yang berlaku baru-baru ni dan serentak dalam keluarga kami. Anak aku yang enam tahun, yang masih prasekolah, baru-baru ni terlibat dalam majlis convocation di sekolah.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kami sekeluarga dapat merasa semua ni. Pejam Celik pejam celik dah setahun. Cepat betul awak besar Airis. Tahun depan dah masuk darjah Satu. 

Cikgu Tahun Satu dah buat group whatsapp dan orentasi Tahun Satu bakal berlangsung pada pertengahan bulan februari. Dah boleh sediakan barang-barang keperluan sekolah ni. 


Convocation Prasekolah & Anugerah Cemerlang Anak

Manakala anak kedua aku yang tahun depan nak masuk Tahun Tiga, Raudah dapat Anugerah cemerlang PBD. Syukur sangat sebab kedua-dua mereka berjaya melalui pengalaman yang sangat berharga.

Apa yang lebih bermakna, aku juga dijemput ke majlis Apresiasi Kemenjadian Murid untuk meraikan pencapaian mereka.

Jemputan hanya diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka menerima anugerah cemerlang, terlibat buat persembahan, murid prasekolah dan ahli PIBG.

Convocation-Prasekolah



Majlis Apresiasi Anugerah Cemerlang PBD

Lain eh dulu dan sekarang. Majlis Kecemerlangan dan tukar kepada Majlis Apresiasi. Kisah anak aku yang darjah dua juga ada cerita manisnya sendiri. Dalam majlis apresiasi, dia menerima anugerah Cemerlang PBD – mewakili kelas Tahun Dua, Murid tahap 1.

(aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sebagai ibu, aku rasa sangat terharu dan bangga. Walaupun aku tak terlibat dalam sesi pembelajaran langsung, aku tetap rasa berbangga melihat usaha anak aku dihargai.

Anugerah-Kecemerlangan-Anak


Ikutkan aku termasuk kategori ibu bapa yang “suka menyibuk” kalau bab sekolah. Rajin je mulut aku bertanya dengan Guru Kelas kalau ada apa-apa info.

majlis-Anugerah-Kecemerlangan-Anak


Jadi aku selalu bagi semangat dekat anak-anak untuk buat yang terbaik kalau nak naik pentas terima hadiah.

Apa yang lebih penting, aku tahu mereka berusaha bersungguh-sungguh. Itu yang paling bermakna bagi aku.


Penguasaan Pentaksiran Murid PBD & PBS

Memang pening ya sistem Pendidikan sekarang terutama semenjak peperiksaan besar dimansuhkan dan tak guna Gred sebagai tanda aras pencapaian murid.

Waktu pertama kali aku kongsi tentang PBD pada tahun 2019, Ikhwan lah jadi bahan eksperimen sebab masa tu sekolah baru melaksanakan PBD lepas tu ditambah baik dengan PBS pula.

Apa aku faham PBS ni lebih holistik. Boleh baca perkongsian aku dekat sini; Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Apa aku tulis berdasrkan apa jadi waktu tu dan aku percaya semestinya Kementerian Pendidikan menambah baik sistem dari masa ke semasa.

anugerah-cemerlang


 

Persembahan Prasekolah – Sketsa Muzikal Upin Ipin

Salah satu momen yang tak dapat dilupakan adalah ketika anak aku yang kecil terlibat dengan persembahan pentas di majlis convocation. Dah jadi tradisi sekolah, anak prasekolah akan buat persembahan setiap tahun.

Cikgu pilih persembahan Upin Ipin Sketsa Muzikal Pengembala Biri-Biri dan Serigala. Memang seronok melihat dia dan rakan-rakan prasekolah lain berlatih dan akhirnya tampil dengan penuh keyakinan. Latihan tak sampai sebulan membuahkan hasil.

persembahan-Convocation-Prasekolah-upin-ipin


Aku sendiri rasa bangga sebab aku dan rakan-rakan turut terlibat membantu cikgu melatih mereka. Bukan setakat itu saja, kami berjaya hasilkan baju biri-biri, prop bunga dan pokok, serta watak yang terlibat. 

Airis pegang watak biri-biri. 

persembahan-Convocation-Prasekolah-gembala-biri-biri



persiapan-persembahan-Convocation-Prasekolah


Walaupun hanya beberapa minit di pentas, rasa puas hati melihat anak-anak kecil ini beraksi dengan berani dan gembira sangat tak ternilai.

Aku tak boleh nafikan, aku sedikit teruja bila dapat membantu. Kami mewakili PEWARIS yang fungsinya macam PIBG tapi fokus bantu Prasekolah.

Walaupun bukan menjadi cikgu, tapi rasa seolah-olah sebahagian daripada usaha mereka buat persembahan ini buat aku rasa sangat dekat dengan anak-anak. Mereka memang seronok, dan walaupun ada yang sedikit gugup, tapi akhirnya semua berjalan lancar.

persembahan-Convocation-Prasekolah


Secara keseluruhan, hari itu adalah hari yang penuh dengan rasa bangga dan syukur. Bukan sekadar melihat anak-anak berjaya, tetapi juga melihat mereka menikmati proses pembelajaran dan berkembang dengan cara mereka sendiri.

Bukan niat aku mahu menunjuk, cuma sekadar berkongsi momen gembira ini sebagai ibu yang bersyukur. Semu aini rezeki Allah beri. Semoga mereka terus berkembang dan mencapai impian mereka, dengan langkah kecil yang penuh makna.

Berjaya Daftar Penempatan Tingkatan Satu

Semalam selesai uruskan pembelian buku untuk Tingkatan Satu, anak yang sulung. Pengalaman pertama kali anak masuk ke Sekolah Menengah memanglah kelam kabut.

Habis je sesi persekolahan yang sudah, dalam dua minggu pertama cikgu dah kongsikan surat tawaran penempatan tingkatan satu.  

Dalam surat dinyatakan tarikh perlu hadir ke sekolah untuk buat pengesahan penerimaan tawaran. Diberi masa empat hari untuk hadir ke sekolah dan buat pengesahan.

Dijadikan kisah, kami terima dua surat dengan dua tarikh berbeza. Ikut apa guru kelas sampaikan, surat kedua merupakan tarikh terkini. 

Dari side ibu bapa, kita anggap perubahan tu biasa.



Penempatan-Tingkatan-Satu



Berjaya Daftar Penempatan Tingkatan Satu


Rupa-rupanya tidak ya. Bayangkan tarikh sebenar pengesahan adalah mengikut surat tawaran pertama.

Kelam kabut bila dapat tahu, nama anak naik dalam group telegram sokongan sekolah. Kelam kabut hubungi guru di sekolah lama dan dia beri nombor Guru PK HEM sekolah menengah.

In short, selesai pendaftaran dengan bantuan guru pada lewat petang melalui whatsapp. Terlepas pendaftaran rasmi dan kami banyak sangat terlepas maklumat penting.

Antaranya, sesi pembahagian kelas dan aliran murid. Waktu pendaftaran boleh mohon pertukaran, boleh juga berbincang dengan guru dan diberikan juga link Telegram untuk Kumpulan sokongan ibu bapa.

Oh ya, keputusan MRSM hari tu tiada rezeki dia nak belajar dekat situ. Waktu entri ni ditulis Diah masih tak tahu keputusan Sekolah Khusus - Asrama Penuh 


persediaan-sekolah


 


Hari Orentasi Tingkatan Satu


Sedikit terkilan tapi yakin Tuhan aturkan yang terbaik untuk Ikhwan. Banyak sangat Allah tolong. Mudah segala urusan.

Tarikh seterusnya adalah Hari Orentasi Tingkatan Satu. Perlu dihadiri oleh murid dan ibu bapa. Waktu itulah pihak sekolah akan terangkan lebih lanjut tentang aliran kelas.

Tapi untuk murid yang mahu buat permohonan pertukaran kelas kena datang ke sekolah dan serahkan surat rasmi.

Apa-apa keputusan bergantung kepada perbincangan dan budi bicara sekolah. Oleh sebab banyak sangat benda yang kabur kami putuskan untuk berjumpa pihak pentadbiran sekolah.

Alang-alang singgah koperasi untuk beli buku tulis dan buku modul Latihan. Selesai semua urusan kami ke pejabat untuk berjumpa Guru PK HEM.

 


Permohonan Tukar Kelas


Sementara menunggu Hari Orentasi cikgu ada kongsikan senarai nama murid mengikut kedudukan kelas. Ada enam kelas semuanya dan penyusunan berdasarkan murid DLP, murid BYOD dan juga Keputusan UASA.


subjek-tingkatan-satu



Diah kongsikan dekat bawah tapi ini tak lengkap sangat. Simpan sini supaya senang nak rujuk di masa hadapan.


Kelas A = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Seni Visual

Kelas B = Mata Pelajaran teras + Geografi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Muzik

Kelas C & D = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Muzik

Kelas E & F = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Seni Visual

 

Nanti dah masuk Tingkatan Empat baru ada pilihan Sains, Teknikal, Akaun, Ekonomi, MPV Perabot, MPV Landskap dan Kemanusiaan.


kelas-sekolah-menengah



Majoriti Ibu bapa nak masukkan anak ke kelas DLP. Ramai ibu bapa yang terpinga-pinga termasuklah Diah. Sekolah Ikhwan sebelum ni bukan DLP juga BYOD jadi nasib dia bergantung semata-mata kepada Keputusan UASA.

Sekolah izinkan buat permohonan tapi semuanya bergantung kepada mesyuarat dan syarat kelayakan kena tengok Keputusan UASA juga.

Sebagai ibu bapa mestilah nak beri yang terbaik untuk anak. Jadi sebelum buat apa-apa keputusan kami putuskan untuk berjumpa dengan PK HEM.

Kami minta pendapat wajar atau tidak untuk Ikhwan mohon ke Kelas DLP. Alhamdulillah kami lega dengar jawapan PK HEM.

 

Minta kawan-kawan yang membaca doakan segala kemudahan buat anakanda Ikhwan Hafeez. Aishh emak jadi emosional kalau melibatkan anak ni. Moga yang baik-baik sahaja semuanya.


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2019

Bermula tahun 2019, pencapaian murid-murid tidak lagi dinilai melalui peperiksaan sebaliknya murid-murid bakal dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

Apa dia PBD ni? Kalau rujuk perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 yang di war-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pentaksiran akan dilakukan menerusi lima aktiviti yang dilakukan di sekolah dan dipantau guru yang bertanggungjawab. 

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 


Sebagi ibu bapa agak pening juga aku nak terima cara penilaian yang baru ni. Yelah kali pertama menghadiri hari Pelaporan Pentaksiran.

Masa dia darjah satu mana wujud lagi sistem ni. Kalau sebelum ni pencapaian murid dinilai dengan peperiksaan kini tiada lagi peperiksaan tapi diganti dengan PBD. 

Lima aktiviti yang bakal dinilai oleh guru termasuk; Kuiz, Permainan, Main Peranan, Bercerita, dan Projek Mudah.





Pentaksiran Bilik Darjah Ibu Bapa Perlu Tahu

Semua aktiviti pembelajaran yang berlaku dalam lingkungan guru dan murid akan dinilai secara berterusan melalui pentaksiran di dalam atau di luar bilik darjah. 

Jadi dengan adanya PBD dapatlah ibu bapa kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak yang dinilai melalui Tahap Penguasaan.

Kiranya cikgu dah tak tanda kertas peperiksaan tapi kerja cikgu bertambah untuk pantau murid-murid ketika dalam dan juga luar kelas. 


Aku rasa lebih terperinci dan harapnya cikgu-cikgu mampu dan cukup tenaga pengajar nak laksanakan semua ni. Silap haribulan cikgu tertekan banyak kerja. 



Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah

Rata-rata aku baca tentang tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah ada 6 tahap kesemuanya, tapi di sekolah Ikhwan ada sampai Tahap 5 sahaja. Emak confuse wahai anak. 

Dah balik rumah baru teringat nak google lebih tentang tahap penguasaan ni. 

Nanti nak rujuk cikgu semula tentang Tahap Penguasaan ni. Murid yang score Tahap 6 kira paling bagus la. Tandanya murid tu faham, boleh amalkan dan boleh ajar kawan-kawan pula.


Tahap 1 - Tahu
Tahap 2 - Tahu dan Faham
Tahap 3 - Tahu, Faham dan Boleh Buat
Tahap 4 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap
Tahap 5 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap Terpuji
Tahap 6 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap Mithali




*Imej: Cikgu Share

Oleh sebab PBD ni masih baru jadi aku rasa ia nya akan ambil masa untuk murid-murid terima sistem pemarkahan sebegini. Aku sebagai ibu bapa pun cuak juga. 

Apa jadi kalau tiba-tiba PBD dibatalkan dan diganti dengan sistem lain pula? Lepas ni nak kena duduk dengan anak dan terangkan betul-betul apa yang perlu dia tahu.

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah

Assalamualaikum. Pagi tadi selesai sudah sesi bertemu Guru Kelas Ikhwan untuk Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

Kalau nak tahu kaedah PBD baru je mula tahun ni. Hari tandatangan buku rekod la kiranya. Sebelum ni murid-murid dinilai melalui keputusan peperiksaan semata-mata tapi melalui kaedah PBD murid-murid akan dinilai dari pelbagai aspek.

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah

Aku bukan faham sangat apa yang dinilai tapi lepas cikgu dia explain tadi baru la dapat tarik nafas lega. 

Berbeza sungguh sistem pendidikan negara. Maklumlah zaman kita dulu lain. Zaman orang tanya berapa banyak A kau dapat. Kahkahkah.




Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1


Tahun ni hari pelaporan disambut sekali dengan jamuan Raya di sekolah. Beberapa hari sebelum tu cikgu dah umumkan dalam group WhatsApp jadi ramai lah ibu bapa bersedekah makanan. 

Aku tak larat nak masak dan aku sedekahkan duit suruh cikgu top up je makanan yang tak cukup. Senang kerja kan? Sesi borak-borak dengan cikgu pun tak lama mana.

Malas nak bersesak jadi memang sengaja aku ajak suami datang awal. Kalau tahun lepas murid dinilai melalui peperiksaan, tahun ni bermulanya PBD dimana murid dinilai secara berterusan melalui aktiviti-aktiviti yang dipantau oleh cikgu.


Alhamdulillah, untuk keputusan pertengahan tahun Ikhwan kami sebagai ibu bapa agak lega. Cikgu cakap Ikhwan dapat jawab jika ditanya soalan dan faham apa yang di ajar cuma dia cepat hilang fokus. 

Mudah sangat terpengaruh dengan rakan sekeliling. Itu perlu dibaiki. Kita tengok sehingga hujung tahun nanti tapi apa cikgu cakap dah cukup jadi modal aku nak ugut dia supaya lebih fokus belajar.

Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah

Rata-rata aku baca tentang tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah ada 6 tahap kesemuanya, tapi di sekolah Ikhwan ada sampai Tahap 5 sahaja. Emak confuse nak. 

Dah balik rumah baru teringat nak google lebih tentang tahap penguasaan ni. Ada 6 tahap kesemuanya, makin tinggi tahap penguasaan makin bagus la penguasaan seorang murid tu.

Apa pun masih jauh perjalanan kehidupan Ikhwan Hafeez. Mama doakan minat terhadap pelajaran tu sentiasa mekar dalam dada. Semoga sentiasa cerah hati nak terima ilmu. 

Bila dah tiada periksa tu tekanan tu hilang sekejap, harapnya PBD akan memberi manfaat kepada murid-murid dan ibu bapa. Doa sangat jangan la asyik berubah sistem pendidikan Malaysia ni. Kasihan anak-anak.

Kali kedua datang untuk Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1/2022 Ikhwan dah darjah Lima.