Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Sambut Hari Merdeka Cara Kami

Sana sini meriah dengan cerita sambutan Hari Merdeka terutama Abang Bomba yang tengah viral dekat media sosial terutama TikTok. 

Rasanya tahun ni terpaling merdeka la kiranya. Tengok sajalah lautan manusia yang memenuhi lokasi perarakan di Dataran Merdeka. Jadi kira okaylah kan masih nak kongsi kisah merdeka kami. 

Katanya seawal jam lima pagi dah ada yang menunggu di Dataran Merdeka. Respek betul dengan semangat patriotik yang ditunjukkan. Tapi tak bermaksud mereka yang tak turun ke lokasi tiada semangat cintakan negara tau. 

Dua minggu sebelum Hari Merdeka kami mencari bendera tapi semua tempat sold out. Baik di Kuala Lumpur mahupun Pahang. Meriah masing-masing nak sambut Merdeka. 



Sambut Hari Merdeka Cara Kami

Ramai juga kawan-kawan yang update di media sosial pengalaman masing-masing merebut tempat terbaik nak tengok perarakan. Ada yang tak dapat keluar dari stesen LRT dan tengok dari jauh je. 

Kami sekeluarga ambil pendekatan untuk sambut merdeka di rumah sahaja. Ada juga terfikir nak bawa anak-anak untuk rasai sendiri pengalaman tengok perarakan depan mata. 

Tapi kena sedar diri yang anak-anak masih kecil. Risau keselamatan mereka dan pastinya akan jadi pengalaman tak menyeronokkan sebab anak-anak tak tahan panas. Kalau status bujang ringan je kaki ni ikut kawan-kawan. 


Malaysia Merdeka Syukur Masih Aman

Apa mampu aku buat ialah pagi tu kejutkan anak-anak dan sama-sama tengok live Perarakan Hari Merdeka di saluran Youtube TV1. Sekurang-kurangnya dapat tengok dengan selesa dan paling penting dapat tengok semua yang terlibat. 

Masa kecil dulu tak faham kenapa emak dengan abah teruja ajak tengok sama-sama. Bila dah berusia, dah ada anak sendiri, baru mengerti perasaan mereka. 

Semangat cintakan negara tu dipupuk sedikit demi sedikit seiring pertambahan usia. Bersyukur hidup di negara yang tiada peperangan, walaupun hidup berbilang bangsa tapi masing-masing masih menjaga keharmonian negara. 

Selesai menonton baru kami teruskan aktiviti harian macam biasa. Rancangan awal sepatutnya anak-anak sertai program sambutan Hari Merdeka dekat sini. 

Tapi di saat akhir kena tarik diri atas faktor kesihatan. Anak-anak kurang sihat dan asyik bersin. Risau nanti berjangkit pada anak lain. Rasa bersalah pula. 

Tahun ni sambutan Hari Merdeka luar biasa memandangkan dah dua tahun tiada sambutan disebabkan PKP. Masing-masing balas dendam nak melaram, berarak dan berkumpul. 

Macam Raudah, masa awal bulan Ogos hari tu cikgu Pra Sekolah beri dia sajak untuk dihafal. Satu kelas kena hafal kata dia. Ada la dalam tiga perenggan. 

Awal tu dia menangis risau tak dapat hafal, pendek kata dia tertekan lah. Puas abah dia ajar sehinggalah sekarang dia hafal dan non-stop baca sajak Merdeka. 

Bayangkan eh, waktu makan dekat kedai, dia dah habis makan. Lepas tu dia mendeklamasikan sajak tanpa rasa segan silu. Adoi lah anak. Emak dengan abah redha tadah telinga. 


sambut-kemerdekaan-sampai tertidur


Keluar Makan Sambut Birthday

Memandangkan 1 September adalah tarikh hari ulang tahun anak sulung yang ke sebelas tahun ni jadi kami bercadang nak bawa anak-anak keluar makan dan cari hadiah. 

Tapi, bukan semua perkara kita akan dapat kan? Begitulah kisah kami. Lepas makan di Menate kami menuju Melawati Mall (MM). Tujuan utama nak window shopping tapi tiada satu pun yang menarik perhatian kami. 

Akhir sekali lepas penat berjalan terus balik rumah. Tunggu cuti hujung minggu pula tengok macamana. 

Rezeki kami sampai di Menate orang dah mula ramai. Masing-masing nak rebut promosi sempena bulan Merdeka. Berbaloi la makan. 

Walaupun simple je sambutan tahun ni tapi cukup bermakna. Anak-anak semakin membesar dan mula faham tentang banyak perkara. 

Selamat Hari Merdeka. 


Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan, Tiba-Tiba Je Raya

Alhamdulillah Selamat Hari Raya korang. Tahu-tahu tiba-tiba je dah raya kan? Lagi seronok tahun ini Raya awal dari biasa. Memang bersilat kami adik beradik dekat dapur malam Raya tu.

Memang rare sebab jarang berlaku raya awal macam tahun ni. Ikut apa emak kata, memang pernah berlaku Raya awal dari jangkaan.

Maksudnya tak cukup 30 hari berpuasa kita dah raya. Berlaku beberapa puluh tahun yang sudah. Memang rezeki tahun ini setelah dua tahun Raya PKP, tak dapat beraya bersama kita akhirnya dapat berkumpul dan beraya sama-sama.


Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan, Tiba-Tiba Je Raya

Ingat lagi Raya tahun 2020, raya pertama di perantauan memang sedih sangat. Lagi sedih semua persiapan kena buat sendiri.

Raya-Aidilfitri-2022


Menu Hari Raya Aidilfitri 2022

Memandangkan keluarga kami besar dan tahun ni semua balik beraya di kampung jadi kami tetapkan pembahagian tugas berdasarkan menu yang dicadangkan oleh emak.

Sebelum tu kutipan tabung makan raya telah pun dibuat untuk menampung kos pembelian bahan mentah. Memang begitulah kalau keluarga besar.

Tahun ini emak teringin nak makan Nasi Arab, ketupat palas, rendang ayam daging dan menu pada hari raya kedua ialah mi kari, nasi Imipit kuah kacang dan malam tu kami buat BBQ.

Masing-masing secara sukarela pilih menu yang akan dimasak dan beli bahan-bahan yang diperlukan dan kami masak bersama-sama di kampung.

Ikut pengalaman memang kena beli bahan-bahan kering dari rumah masing-masing sebab tak mahu bersesak mencari barang di kampung.


menu-pagi-raya-aidilfitri

 

Giliran Raya Pertama Di Pahang

Masih menggunakan konsep giliran raya, tahun ini adalah tahun beraya di Pahang iaitu kampung aku. Paling teruja semestinya anak-anak sebab tak sabar nak jumpa sepupu sepapat seramai 22 orang tu.

Tahun ni Raya pertama semua adik beradik seramai 10 orang balik rumah emak. Memang meriah dan penuh rumah.

Semua adik beradik aku dah berkahwin dan ada anak kecuali adik bongsu je. Tengah tunggu jodoh sampai katanya. Jom aminkan adik aku bertemu jodoh yang baik.

Tahun ini raya lebih santai sebab masing-masing dah buat persediaan awal. Tinggal nak masak sahaja. Lepas dengar pengumuman Raya kami sempat main bunga api dan lepas tu baru kami masak rendang dan rebus ketupat.


Reunion-Raya


Hari terakhir puasa, kami tak masak untuk berbuka tetapi hanya beli juadah dari bazar Ramadan sahaja sebab tenaga nak masak memang tiada.

Subuh esoknya kami mula masak nasi Arab. Segala persiapan kami buat sama-sama jadi kerja tu jadi cepat dan mudah.

Raya pertama kami balik kampung sebelah arwah abah. Pakcik dan makcik masih ramai berada di kampung jadi kena la tunjuk muka. Bila tengok muka pakcik teringat arwah abah.

Raya kedua kami hantar wakil ke perjumpaan keluarga sebelah emak di Bahau. Malang tak berbau, aku cirit birit di petang Raya.

Kebetulan aku sibuk siapkan barang-barang untuk mini sukaneka Hari Keluarga Puan Samiah. Jadi aku berehat di rumah sahaja.  


Raya-Aidilfitri-2022-balik-kampung

Sambut Raya Ketiga Di Melaka

Pada hari Raya ketiga masing-masing dah mula bergerak menuju rumah mentua. Hari ketiga selepas terima kunjungan sanak saudara kami memulakan perjalanan ke Melaka.

Jalan raya agak sibuk dengan kenderaan dan syukur sangat anak-anak tidak meragam. Raya diteruskan lagi dengan mentua dan ipar duai.

Seronok dapat makan ketupat, rendang dan masakan emak mentua. Maklumlah dekat rumah sendiri tak sempat merasa semua tu sebab sibuk memasak. Dah penat memang hilang selera nak makan.

Sayangnya dekat Melaka kami tak sempat ambil gambar. So tiada la gambar dengan keluarga sebelah suami. 

Kami ambil keputusan untuk balik ke KL pada Raya ke lima sebagai langkah untuk elak kesesakkan lalu lintas. Syukur walaupun kenderaan banyak tapi perjalanan sangat lancar.

Kami kembali ke dunia nyata setelah seminggu lebih cuti Raya. Segala perancangan cuti turut berubah disebabkan tarikh raya Aidilfitri berubah.

Macam tahun sebelumnya keadaan trafik amatlah teruk, malah ada yang kata tahun ni lebuhraya lebih sesak berbanding tahun sudah.

Almaklumlah semua lepas geram beraya setelah dua tahun tak dapat beraya dengan meriah.


Kesimpulan

Walaupun Raya tahun 2022 penuh dengan kejutan dan drama tapi kami bersyukur sangat sebab semua dapat balik beraya.

Dapat makan makanan sedap, pakai baju baru, dapat jumpa adik beradik dan sanak saudara. Paling penting dapat cium tangan emak dan mohon maaf di pagi raya. Itu paling utama.

 

Raya 2022 – Shopping Raya Last Minute

Insha Allah kalau ikut kiraan kalendar, kita bakal sambut Raya 2022 pada 3 Mei bersamaan dengan hari Selasa.

Setelah dua tahun tak dapat balik kampung beraya bersama keluarga, akhirnya kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia merentas negeri. Syahdu betul teringat memori raya PKP jauh di perantauan.


Raya 2022 – Shopping Raya Last Minute 

Semestinya apabila dibolehkan balik kampung maka tahun ni ramai yang shopping sakan untuk bergaya di hari raya.

Mana-mana tempat semua sama, penuh dengan manusia. Kurang seminggu lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Boleh dikategorikan sebagai last minute shopping Raya kiranya. Sana-sini penuh dengan orang.

 

Shopping-Raya-Last-Minute

Meriah Last Minute Shopping Raya 2022

Tradisi pakai baju sedondon satu keluarga di pagi raya diteruskan lagi pada Syawal kali ini. Berbeza dengan tahun lepas, kami memang recycle pakai baju yang ada sahaja.

Maklumlah tak menziarah mahupun balik kampung jadi cukuplah pakai apa yang ada sahaja. Untuk tema raya tahun ini, kami pilih untuk bergaya dengan warna hijau.

Semestinya segala persiapan nak sambut Raya kami akan buat sama-sama, tetapi aku akan pastikan senarai semak Raya diselesaikan sebelum balik kampung. 

Kisahnya, aku dah beli baju raya secara dalam talian di Shopee, cuma nak beli tudung untuk lengkapkan baju raya.

Tetapi disebabkan penjual pandai umpan suami dan tunjukkan baju set sedondon ibu dan anak terus suami suruh beli lagi sepasang.

Jangan orang confuse aku dengan pokok bunga sudahlah. Belikan anak-anak perempuan baju kurung moden dan kurta untuk anak lelaki.

Syukur sangat dalam satu tempat kami berjaya beli baju kurung anak-anak sedondon dengan baju aku, baju kurta untuk suami dan anak lelaki.

Dapat juga sehelai dua tudung dan kasut raya. Walaupun dah berlambak tudung ada dekat rumah tapi masih beli lagi dengan alasan takut tak match dengan baju baru. Cliché sangat alasan.

 

Selamat-Hari-Raya-2022


Trend Baju Raya 2022

Syukur tahun ni tak banyak drama sepanjang proses pencarian kelengkapan raya. Anak-anak behave dan bersemangat sebab nak cari tudung raya.

Trend baju raya tahun 2022 yang aku perhati kan ialah dari segi rekaan semuanya simple je. Berbanding tahun-tahun sebelum PKP orang akan pakai baju raya rekaan macam pergi fashion show.

Tahun ni aku lebih bertolak ansur dengan suami. Apa suami cadangkan semua aku ikutkan. Ternyata kurang sakit kepala. Aku cuma terangkan apa yang aku nak dan suami pilih.

Orang memang ramai, jadi kena bijak atur pergerakkan dan tak boleh pentingkan diri. Paling penting kena jaga emosi anak kecil, baru urusan jadi mudah.

Rasanya disebabkan usia dah meningkat, anak-anak jadi keutamaan kami. Kiranya kami sebagai ibu dan bapa ini sekadar melengkapi gaya anak-anak.

Anak-anak gembira, suami senang hati dah cukup bagi aku. Harapnya perasaan itu kekal sampai bila-bila hendaknya.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Rodiah Amir. Kepada yang mengenali, pernah bersua muka mahupun tidak.

Aku susun sepuluh jari mohon ampun maaf atas ketelanjuran dalam berkata-kata. Maaf kalau ada kata-kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Jaga diri semua.

 

Berbuka Puasa Di Kampung Dengan Emak Sempena Ramadan

Alhamdulillah setelah seminggu berpuasa dapat juga balik berbuka dengan emak di kampung. Memang dah jangka hari pertama puasa orang berebut balik kampung jadi kami balik pada minggu kedua. 

Setelah dua tahun tak dapat berpuasa dan berbuka di kampung disebabkan PKP, akhirnya kemeriahan tu dapat dinikmati semula. Alhamdulillah. 

Kebetulan minggu pertama tu kakak aku sekeluarga dari Puncak Alam balik dan lama juga dia tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. 


Berbuka Puasa Di Kampung Dengan Emak Sempena Ramadan 

Berbaloi bila bersabar sebab waktu kami balik jalan masih dipenuhi kereta tetapi masih terkawal. Lancar je perjalanan. 

Walaupun balik waktu tu singkat je tapi bersyukur sangat dapat berbuka dan bersahur dengan emak. Alhamdulillah. 

Ambil kesempatan menikmati Ramadan sementara masih ada peluang. Emak pun bukan sihat sangat sekarang ni. Anak-anak paling teruja dan gembira bila aku cakap nak balik kampung. 

Terbayang keseronokkan rumah kampung yang luas, dapat berlari bebas dan paling penting kalau balik kampung semua sepupu layan mereka macam anak raja. 

Maklumlah kakak-kakak sepupu dah remaja, seronok melayan adik sepupu yang sedang membesar. Ringan beban aku. 


Berbuka-Puasa Di-Kampung-Dengan-Emak-Sempena-Ramadan


Berbuka Puasa Di Kampung Lebih Meriah? 

Berbuka dekat kampung dekat kampung lebih meriah? Ye betul sangat. Itu kalau ditanya pendapat aku. Meriah dengan bilangan juadah dan ramai-ramai berbuka bersama. 

Bukan itu sahaja, setiap kali sediakan juadah berbuka walaupun menu dia simple je tapi terasa sedap sangat. 

Dekat kampung biasanya kami bergotong royong sediakan juadah berbuka dan bersahur. Jadi kerja tu jadi lebih mudah dan paling penting aku dapat skip memasak. 

Penat sangat hari-hari masak untuk berbuka dekat rumah sendiri, jadi bila di kampung aku tolong sediakan bahan dan kakak ipar yang masak. 

Terima kasih kakak ipar yang sporting sangat layan karenah dan selera kami sekeluarga. Balik kampung dapat la request nak makan apa yang teringin. 


Juadah-Berbuka-Puasa-Di-Kampung


Keluarga Harta Paling Berharga

Balik kali ini aku ambil kesempatan berborak dan beri kata-kata sokongan memandangkan keadaan kesihatan emak agak tak stabil. 

Terkesan dengan peralihan cuaca yang terlampau panas dan juga hujan petir setiap petang memberi kesan terutama kepada emak. 

Ditambah usia emak yang semakin bertambah. Lagi lah emak cepat penat dan sakit badan. InshaAllah jika di izinkan Tuhan emak bakal sambut ulang tahun kelahiran ke 71 tahun pada November ini. 

Emak sedang & berada dalam tempoh menerima rawatan dari Hospital Klang dan Hopsital Mizan disebabkan oleh penyakit Gout, kencing manis, dan juga darah tinggi. 


Meriah-Berbuka-Puasa-Di-Kampung

Satu perkara aku perasan, bila kita sakit di usia emas perkara paling penting adalah mendapat sokongan emosi dan pastikan mereka tak putus asa untuk sihat. 

Entah berapa kali emak luahkan yang dia bosan asyik kena makan ubat dan badan senantiasa sakit. Penyakit pun dah lama jadi bukan mudah nak hilangkan begitu sahaja. 

Jadi anak-anak memainkan peranan penting supaya emak gembira dan positif menghadapi ujian yang Tuhan beri.  

Tahun ini harapnya tiada drama cedera macam tahun lepas tergunting telinga waktu gunting rambut

Bersyukur sangat masih diberikan peluang untuk berpuasa dan berbuka dengan emak di kampung. Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, hargai sementara ada. Jenguklah mereka. Buat yang telah dijemput Ilahi, semoga ditempatkan ayah dan ibu di syurga Firdaus. 


Genap 10 Tahun Abah Menghadap Ilahi

Hari ini genap 1 dekad (10 Tahun) arwah abah menghadap Ilahi. 1 dekad yang rasanya begitu sekejap berlalu. Rasa macam baru malam tadi terima panggilan telefon dari kakak, abah sesak nafas dan tiba-tiba rebah.

Masa abah hembuskan nafas terakhir, emak, adik dan kakak ada teman abah. Ingatkan abah supaya mengucap. Mudah sungguh urusan abah pergi. 


Genap 10 Tahun Abah Menghadap Ilahi

Mak kata malam tu abah berkelakuan macam biasa. Selera makan yang baik, berborak macam biasa dan seperti hari kebiasaan abah akan semput bila musim hujan.


29 Disember 2010

Jam baru melepasi angka 12. Arwah abah mundar mandir dan keluar duduk di beranda rumah. Selalu arwah akan berjalan ambil angin ke luar rumah bila terasa dada sempit nak bernafas. 

Dah lega baru masuk semula. Malam tu, kakak cerita abah semput seperti biasa. Kami tak sangka, itu malam terakhir kami ada abah.

Sampai hari ini aku masih rasa terkilan aku tak dapat bercakap buat kali terakhir dengan abah. Aku tak sempat minta maaf. Aku rasa berdosa. 

Tapi, siapa aku nak lawan takdir Allah. perancangan Allah itu yang terbaik.


Hati Aku Pecah

Waktu aku terima panggilan kedua dari kakak, kami dalam kereta nak balik kampung. Betul-betul depan simpang menuju Tol Gombak. 

Adik dan kakak yang bawa abah ke klinik. Bawa untuk sahkan tiada lagi nadi untuk dikesan. Berat hati nak terima. Meraung aku dalam kereta.

Aku cakap dekat suami. Aku dah tiada abah. 

Kisah adik abah yang bongsu meninggal sehari sebelum anak dia bernikah. 



Emak Rindukan Abah

Paling terkesan semestinya mak. Dua tahun emak ambil masa pulihkan hati. Sepanjang dua tahun mak tak duduk di kampung sendirian. Berpindah randah tinggal dengan anak. 

Nak teman mak dikampung masing-masing ada komitmen kerja. Tapi memang kerap balik kampung sebab rindu. Emak nampak kuat dan tabah secara luaran tapi setiap kali bercerita tentang arwah mak pasti menangis. 

Perkahwinan mak dengan abah adalah perkahwinan yang dirancang oleh Wan dan Aki. Bahagia Alhamdulillah. Aturan dan juga pilihan orang tua. Bercinta selepas kahwin. 10 orang hasil dia. Jenuh nak besarkan.

Arwah abah memang terkenal dengan sikap yang garang. Tegas. Romantik? Memang tidak lah. Tak reti agaknya sebab didikan keluarga berdarah pendekar.  

Cara abah tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak adalah dengan beli makanan kesukaan, beli barang-barang keperluan dan abah suka tunjuk skill memasak. Kelakar bila ingat. Abah suka masak makanan barat.



Makanan kegemaran abah ialah burger. Ingat lagi setiap kali ke Pasar Malam bila tanya nak belikan abah apa, mesti minta burger. Tanpa jemu. Lepas tu suka minum Teh Tarik manis. 

Perkara lain abah suka buat ialah telefon anak-anak untuk maklumankan berita di kampung. Pernah kami adik beradik dapat panggilan dari arwah. Kucing peliharaan kami mati, sakit tua rasanya. 

Abah pesan jangan menangis sebab nak sampaikan berita sedih. Setiap kali terima panggilan dari arwah mesti berdebar. Risau apa-apa jadi dekat abah.  


Doa Untuk Abah

“Ya Allah kau tempatkanlah ayah ku di dalam golongan orang beriman. Ya Allah haramkan lah api neraka ke atas jasad kami, jasab ibu bapa kami, keluarga kami & orang-orang yang beriman.”

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”


Semoga nanti kita satu keluarga dapat berkumpul di sana negeri yang kekal abadi ye abah. Rindu yang teramat rindu dan tak terluah dengan hanya kata-kata.

Pot Luck Raya Aidilfitri 2019

Assalamualaikum. Walaupun Raya dah habis tapi masih lagi nak kongsi cerita sambut raya dengan ex-collegue company last aku bekerja. Alhamdulillah dapat sambut raya bersama masa minggu terakhir Syawal tu. 

Plan nak buat pot luck bertemakan raya la semestinya tapi end up dengan menu makan tengahari. Ya ampun enjoy dan meriah dengan gelak tawa. 


Pot Luck Raya Aidilfitri 2019 

Alhamdulillah ukhwah masih terjaga dan terima kasih kawan-kawan masih ingat dan ajak aku join korang. sobs. 

"Potluck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu atau kumpulan menyumbang hidangan yang berbeza, buatan sendiri untuk dikongsi bersama. "




Dah namanya pun potluck, jadi masing-masing bawa makanan kepakaran masing-masing atau lebih tepat menu yang pandai di masak. Kahkahkah.

Aku bawa ayam bakar, sayur campur dan nugget. Hai ayam bakar seksi. muahh. Jadi hari tu ada ketupat palas jagung, Kek Lapis Sarawak, Sambal Udang Petai, Rendang Daging, sayur campur, telur masin, ulam, serunding, kuih muih, buah-buahan dan kek.




Ni air viral nama dia Air Soda herba ke apa aku lupa. Tapi dalam ni ada lemon, asam boi, ice cream soda, dan serai. Pun ketagih nak minum.




Geng Potluck Raya 2019 terdiri daripada: 

Finaz - Rendang Daging
Bel - Kuih Nona dan cream puff
Rica - Ketupat Palas Jagung, serunding & Air Soda
Kak Aisyah - Tuan Rumah yang sediakan nasi, sambal udang petai, telur masin, ulam
Kak Salina - Kek Lapis Sarawak



Budak dua orang ni tak kira dah raya ke apa bila dah dapat mainan. Masa ni tengah elok tak berebut. Selain daripada masa ni semuanya asyik la berebut. 



Well, sesekali berjumpa memang tak sah kalau tak gelak besar. Lepas penat makan, sembang then ajak bergambar. Memang tak sah kalau tiada gambar posing macam ni. Love you all. 




12 Menu Potluck Menarik & Mudah


  1. Nasi Impit Kuah Kacang
  2. Kek Batik & Puding
  3. Roti Jala & Kari Ayam
  4. Rendang Ayam
  5. Spagethi Bolognese
  6. Nasi Lemak
  7. Mee / Bihun Goreng / Sup
  8. Piza
  9. Popia Cheese
  10. Donut / Bombolini
  11. Sandwhich 
  12. Buah-Buahan


Cerita Syawal 2018

Ini Cerita Syawal 2018 kami sekeluarga. Seperti yang dijanjikan bersama-sama tahun ni sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai. tahun beraya rumah #teamisteri katanya. 

Suami masing-masing gigih ikutkan permintaan isteri. Terima kasih para suami. Syurga tempat anda semua. Syawal 2018 masih di beri nafas beraya bersama ibu tercinta. 

Tahun ni hanya 7 dari sepuluh adik beradik yang ada rezeki salam tangan mak di pagi raya. Selebihnya ada tuntutan kerja dan giliran beraya rumah mertua. 

Cerita Syawal 2018

Tahun ni sambutan dan segala persiapan raya lebih rilek. Masing-masing ambil bahagian dalam sediakan juadah untuk hari raya. 

Hari Raya pertama menu wajib ialah nasi impit kuah kacang dan rendang ayam pencen. Untuk jamu tetamu yang datang kami jamu laksa. Raya kedua masih ada nasi impit dan menu tambahan adalah bakso. 

Tahun ni juga kami ambil kesempatan untuk berehat dan tunggu tetamu di rumah sahaja. Kesihatan mak kurang mengizinkan. Jadi tak kemana pun tapi Raya masih meriah. 


Corat Coret Syawal


Tahun ni mak berbesar hati sponsor seekor kambing untuk di golekkan. Mulanya plan memang nak buat kutipan tapi berubah plan bila mak nak sedekahkan untuk anak cucu makan. 

Memang kebiasaan kami akan kutip duit belanja makan untuk beberapa hari menginap di kampung dan juga kutip bil elektrik. 

Duit terkumpul akan digunakan beli barang makanan dan lain-lain jika perlu. Selain tu, setiap adik beradik yang teringin nak makan atau nak masak menu raya amat di alu-alukan untuk sponsor.

Seronok jadinya. meriah. Kutipan pun tak sampai RM100 seorang. Itulah untungnya adik Beradik ramai. 


Membakar Cerita Syawal 2018



Aktiviti Raya 2018 kami macam biasa. Bersiap-siap dari saat menjejakkan kaki ke kampung, malam raya sibuk dengan aktiviti kukus, grill,panggang dan mengemas rumah. 

Tugas anak-anak saudara pula isi kuih raya dalam balang, dan yang lelaki akan sibuk siapkan bahan-bahan mentah untuk rendang dan aktiviti yang melibatkan bakar membakar. 

Pagi raya akan bersalaman dan bermaafan selepas balik solat raya. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa. Kami ambil kesempatan beraya di rumah jiran-jiran terdekat. Seronok. 

Semoga tahun depan masih diberikan peluang beraya bersama-sama. Tahun depan giliran beraya bersama mertua. 

Semangat masih membara walau di rumah mertua. Semoga Syawal menjadi kenangan indah buat awak semua. Syawal kali ni memberi pengajaran amat bermakna dan paling penting hargai mereka yang masih ada di depan mata. 

Selamat Hari Raya!

Persiapan Umrah & Sambutan Birthday Mak

Assalamualaikum. Tanggal 26 November lepas, Hari Ahad lepas, kami seisi keluarga telah selamat mengadakan majlis bacan Yasin di kampung. 

Sempena mendoakan keberangkatan emak dan kakak sulong ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah pada 8 December 2017 ini. In Sha Allah.

Persiapan Umrah & Sambutan Birthday Mak

Mak jemput ahli blok perempuan dan lebih kurang 30 orang juga yang hadir. Alhamdulillah. Menu hari tu adalah Pulut Kuning, Nasi Impit Kuah lodeh, Kari Ayam, rendang ayam, buah tembikai, kuih Talam dan kuih tepung pelita. 

Pulut adalah makanan panas dan paling awal sold out. Air pula adalah Teh dan Kopi O, selain air oren dan air masak.




Semua mak cik yang hadir kagum melihat kami mengandung secara berjemaah (EDD - ani bulan 12, aku bulan 1 dan kiah bulan 4). 

Kami seperti biasa reaksi melihat perut aku yang super besar semua kata aku dah sarat sangat. Ok buat muka annoyed.

Sehari selepas itu pula adalah tarikh hari ulang tahun mak yang ke 66 Tahun. Semoga mak dipanjangkan umur, diberkati segala amalan dan diberi usia dan kesihatan untuk melakukan amal ibadah. 

Sehari sebelum tu kami sambut dengan belikan mak kek, dan mak ada cakap yang kami dah lupa tarikh ulang tahun mak sebab mak cakap birthday mak 22hb. Lepas tu mak buat muka merajuk. Comel aje.

Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang. Walau penat memasak dari malam hingga ke tengahari esoknya tapi semua under control. 

Hanya abang sulong yang tak dapat balik sebab ada majlis merisik adik Ipar di Terengganu tapi masih munculkan diri malam selepas majlis Yasin.  

Minta di doakan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan pergi dan balik untuk semua Jemaah ke Tanah Suci khususnya mak dan kakak aku. Aamin. 



Hadiri Interview Kerja Selepas 7 tahun

It was a tough decision to make a move. 
Our current situation at workplace unstable and unpredictable. 

Anytime will be close. 
That is what staff mind is if you ask me.

With change of management direction and economy not perform well so I can’t’ expect more.
Finally I made a decision to find a new job. It’s a tough decision.
After working in comfort zone in +-7 years J

Sending out my resume like crazy and looking for miracle even I know it’s’ hard to survive out there.
Just try my rezeki.

Hadiri Interview Kerja Selepas 7 tahun


Alhamdulillah I also did apply internal position and had the interview session yesterday.
My first formal interview after 7 years. 

Can you imagine??
How scared am I??

Interview is the first impression that will decide our next step.
Whether success or not it depend on how we perform in the interview.

I managed to record the whole session using my phone.
Of course using voice memo. 
Trust me when I said i felt want kick myself after listening back what I’m said during the interview.

I’m glad the panel are so kind and understand my level of nervousness.
Whatever it’s I’m thankful to Allah, any weaknesses in my first interview I promise to make an improvement during my second interview in Wednesday.

What to be improve? Later I will share tips that I got from youtube.

In Sha Allah.

Wish me luck for my second interview read first interview with external.



Majlis Tahlil Arwah Abah

Aku tulis dan simpan dekat blog sebab nanti senang nak baca & rujuk di masa depan, supaya aku aku akan ingat satu persatu memori yang kami cipta sebagai satu keluarga. 

Alhamdulillah.  Kisah Throwback Masa Raya Haji Lepas, 2017 memang dah plan nak buat Majlis Tahlil kecilan untuk arwah abah.

Kenduri Majlis Tahlil Arwah Abah

Kebetulan semua adik beradik balik berkumpul maka menantu, anak, dan cucu sama-sama solat berjemaah dan buat kenduri  majlis Yasin dan Tahlil untuk disedekahkan untuk arwah abah. 

Moga amalan yang tak seberapa ni diterima Tuhan dan arwah abah mendapat manfaatnya. 




Hukum Tahlil Arwah Dalam Islam 

"Amalan tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai.  

Semua perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam. Dalam satu haditih yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam Syurga dengan sejahtera.

Begitu juga, berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang digalakkan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Quran:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Maksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

(Surah Muhammad : 19)" - Rujukan Mufti Wilayah Persekutuan



Kami buat pun kecil-kecilan sahaja, tidak jemput pun orang luar sebab kalau dikira memang dah cukup meriah dengan kehadiran anak beranak kami. 

Lepas solat berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan doa tahlil kami minta anak saudara untuk bacakan doa; Muhammad Faris Naufal dan diaminkan oleh yang lain. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Maklumlah buat pun secara kecil-kecil sahaja. Peristiwa kelakar telah berlaku masa kami tengah kusyuk solat Isya’ berjemaah. 

Masa rakaat kedua, sedang kusyuk sujud sebelum duduk tahiyat awal, tiba-tiba anak saudara aku yang kecil buat aksi berani mati. 

Memang jadi kebiasaan, kalau mak dia solat dia suka turut serta. Kalau dia rasa seronok dia akan join tapi dia akan cuba panjat badan dan kali ni dia duduk di atas kepala mak dia masa mak dia tengah sujud. 



Ya ampun, kami yang solat sebaris dengan mak dia hampir terburai ketawa nak tergelak. Memang hilang terus kusyuk tu. Lama juga dia menempel dekat maka dia. 

Lepas selesai solat baru maisng-masing meluahkan perasaan nak tergelak tu. Mujur-masing berjaya tahan diri untuk gelak. 

Walaupun majlis tahlil kali ni sangat-sangat ringkas tapi aku puas hati sebab terasa masa bersama tu di isi dengan perkara yang baik. 

Bersyukur sangat kami adik beradik dapat bersatu ahti buat sesuatu untuk emak dan abah. Semoga aktiviti macam ni dapat dilakukan lagi pada masa depan. In Sha Allah. 

Boleh rujuk blog ni untuk Doa Tahlil Arwah Yang Lengkap

Menu Buka Puasa Hari ke 6

Assalamualaikum.

Puasa tak semua? Akak masih puasa tak ponteng Alhamdulillah. Dilema setiap kali puasa nak makan apa? Nak masak apa?

Seperti biasa bila dekat office Semangat membara balik mesti nak masak. Tak kira apa halangan. Tapi bila je ambil anak Semangat merudum kemain. Hahahhaha. 

Ditambah pulak suami kata, larat ke nak masak? Sempat ke? Ewah macam cabar je. End up semalam kali kedua sepanjang berpuasa beli kat bazar Ramadhan. Nampak orang jual Nasi Kerabu. Suami belikan Nasi Tomato. 

Masa makan elok lagi. Start malam je perut memulas. Sambung sampai la pagi ni. Habis keluar semua isi perut. Apa tah masalah. 


Menu Buka Puasa Hari ke 6

Suami isteri kena. Kalau memang kronik bukak je kang. Tak larat. Tapi now masih mampu in sha Allah. Doa jangan la meleret sampai petang. Dan menu petang ni pun dijangka tapau sebab suami ajak teman belikan barang dia.

Sahur tadi goreng ikan makan dengan sambal hitam. Pun selera jugak. Ada ulam kacang panjang.  Bertambah nasi. Dah lama aim nak masak lemak cili padi, telur kurma. Tapi tak terbuat jugak lagi.

Oh Ikhwan semalam dia sepatutnya puasa, Cantik sangat sampai pukul 5 dia tahan then dia start muntah-muntah. 

Muntah banjir habis pulak tu. masa tu kat rumah pengasuh then sambung muntah dalam perjalanan tapau makanan.

Bocor rahsia rupanya dia main kat luar. Semalam kan cuaca panas ya amat. Lama gila main kat luar tapi berkeras nak teruskan puasa. Memang dapat free lecturer dari mama. 

Secara live sampai pagi ni mama ungkit dan pesan kalau buat lagi tahu la mama buat apa. Alhamdulillah dia recover cepat. Hari ni sihat dah tapi tak suruh dia berpuasa suruh ok dulu nanti boleh sambung. 

Dah tetibe terbayang nasi putih kicap dengan ikan kembung goreng. Sebelum terfikir makanan lain kena stop menulis hahhaha. ok babai. 

Puasa Pertama Ikhwan Dan Tentang Raudah

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa semua. Hari ni masuk hari ke empat umat Islam berpuasa. Harap semua menggunakan peluang berpuasa sebaiknya (pesanan untuk diri sendiri). 

So far puasa hari kedua, Ikhwan berjaya puasa dua hari dan berbuka pada pukul 4.30 petang. Hari pertama dia berbuka lepas bangun tidur.

Kesat-kesat mata buat muka sedih terus la aku tanya nak berbuka ke? Nak tapi takut mama garang macam singa. Hahahha 

Bangga sangat dah dia berpuasa. Sepanjang dia berpuasa tak ada satu pun keluhan dia lapar or haus. Enjoy je.

Aku pun tak guna konsep wajib puasa pun sebab dia kecil lagi. Baru masuk 6 tahun jadi biar dia sendiri suka nak puasa. 

Puasa Pertama Ikhwan Dan Tentang Raudah

Cuma pagi hari pertama dia hampir tersasul makan kuih raya. Hari kedua masa waktu sahur hidung tiba-tiba berdarah. Alahai. Tak cukup air. Badan panas. Tapi gigih nak berpuasa.

Petang tu keluar beli juadah berbuka sebab tak larat masak.
Beli air manga terus tergoda tak tahan nak buka puasa.

Dan hari semalam dah start puasa di rumah pengasuh ada makanan favourite dia
Chicken sandwhich cheese. Memang lunch terus la.

Untuk Ikhwan yang tahun ni 6 tahun aku masih bagi kelonggaran.
In sha Allah by 7 years aku akan mula tegas sikit. In sha Allah.
Tegas pun bukan la sampai kena puasa 30 hari penuh. 

So far bagi aku tahun ni berpuasa mencabar sebab aku menyusukan Raudah.
Memang susu drop gila. Aku dah start campur formula milk.

I have too or else kasihan Raudah tak cukup susu. Maafkan mama ye nak. Mama try my best for you. Tengah monitor kot susu tu akan make eczema dia worst ke.
So far ini hari kedua. Doanya semuanya ok la.

Kalau tak kena beli susu lain la gamaknya. So far flare tak naik. Menggaru pon tak sangat. Alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Aamiin.


Permulaan Keadaan Kesihatan 2017

Apa khabar tahun 2017 anda? Aku masih tunggang langgang. Bersemangat gile nak buat macam-macam sempena tahun baru end up kucar kacir.

Kesihatan turun naik, acah-acah nak demam tak jadi demam. Bila aku start demam teruk dan memang confirm demam masa balik dari Kampung Pahang 7hb Jan lepas. Pahang panas sungguh.

Permulaan Keadaan Kesihatan 2017 

Sampai malam Ahad terus Isnin terbaring kaku. Isnin MC dan Selasa aku gagahkan diri  datang pejabat. Berbakul-bakul nasihat aku dapat suruh balik dan check darah. Bukan aku tak nak. Banyak aku fikir.




Nak pulak ada baby ni. Kalau sangkut denggi, aku admitted. Hai macamanalah agaknya.  Kesian baby and Ikhwan.

Suami memang SuperHero aku. Dia la yang jaga, cari makan, mandikan baby and Ikhwan.
Semua kerja dia buat.

Rabu masih datang Office dan aku datang bulan after almost 8 months melahirkan. Sakitnya Ya Allah.
Dah sama sakit contraction aku rasa. Khamis gagahkan diri ke Klinik sebab penakut Denggi.

Doctor kasi ubat suruh makan dan monitor Jumaat masih demam atau tidak. Sabtu datang buat blood Test. Sabtu datang lepas lunch then around 5 petang. Klinik called kata negative denggi just demam virus.

Alhamdulillah. 

Sekarang masih demam. Selera makan betul-betul hilang. Dari 52kg sekarang tinggal 47kg sahaja.

Doakan aku. Breastfeeding kali ni teruji sungguh. Rezeki Raudah Sakinah.