Resepi Roti Jala Lembut Sepanjang Hari

Rodiah Amir
0
Masa aku kerja dulu, Roti Jala dah jadi menu kena ada kalau buat jamuan dekat office. 

Dia punya penangan tu memang melekat la. Nak pula dapat Roti Jala yang lembut dan makan dengan kari ayam.
 
Boleh mengalir air mata sambil makan weh. Makan pula tak cukup sekeping dua, kalau ikut saiz perut aku lima keping Roti Jala adalah sebagai alas perut lol.

Buka puasa hari ke Sembilan aku buat Roti Jala dan kuah kari ayam guna bahagian tulang. Puas hati sebab boleh makan banyak dan aku guna resepi Roti Jala yang lembut sepanjang hari. 


Roti Jala Lembut Sepanjang Hari

Sebelum ni aku dah pernah buat roti jala, ada yang lulus ada yang tidak. Jadi sekarang setiap kali aku masak, aku akan cuba explore sebanyak mungkin tips & trick supaya masakan yang aku sediakan menjadi.

Sebelum ni aku pernah tersalah langkah guna air sejuk (air dari peti ais) dan akibatnya adunan aku jadi tak cantik, putus-putus dan tersangat garing. 

Tip lain yang aku belajar, bila angkat Roti Jala dari kuali tak perlu terus lipat. Habiskan dahulu masak adunan dan tindihkan, lepas selasai baru lipat satu persatu. 

Bagus untuk aku yang kurang cekap dan kelam kabut dekat dapur dan jangan lupa guna api kecil.




Resepi Roti Jala Mudah Dan Sedap

Salah satu sebab aku suka Roti Jala adalah bahan penyediaan dia sangat la mudah. Adunan pun tak perlu guna mixer, cukup guna blender sahaja dah selesai. Masak kari ayam dan lebihkan bahan untuk jadi menu sahur terus. Jimat tenaga.

Aku pernah kongsi resepi Roti Jala tanpa santan, masih sedap tapi kurang la lemak dia. Ikut tekak aku, bila letak santan dia lagi aumm dan jadi lembut sepanjang hari.



Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum (375 gram)
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 biji telur
2 cawan air (500 ml)
1 cawan santan (250 ml)
2 1/2 sudu besar minyak masak




Cara-cara membuatnya:

Masukkan telur, minyak, santan, garam dan pewarna kuning kemudian blend sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan blend lagi sehingga semua bahan sekata.

Masuk ke dalam bekas acuan dan masak di atas non-stick pan. Kali ni aku tak gulung Roti Jala aku tapi aku lipat jadi bentuk kipas. Okeh juga. Cantik di pandangan mata aku. lol.

Seperti biasa aku akan gembira kalau makan makanan sedap macam Roti Jala ni. ok lah done angkat bakul. Selamat mencuba ya.


Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)