Donut lembut salut coklat

Assalamualaikum.

Ini sambungan selepas buat karipap hari tu
En Suami request buat karipap, anak sulong pulak minta buat donut. 
Jadi tunaikan lah hajat dia maka jadilah donut lembut salut coklat. 
Kebetulan coklat ganache masih ada balance masa buat kek leleh hari tu.

Nak buat donut kena yakin. Pernah buat donut keras kematu. Sedih sangat. 
Bila dah yakin dan banyak tengok resepi baru ada keyakinan buat semula. 
Senang je, So jangan putus asa.
size petite dua kali gigit



Tips penting:
*biar yis naik kembang betul
*masa rehatkan doh dan kembangkan yis kena tutup rapat dan biar lebih lama lebih bagus.
*lepas tekap doh jadi bentuk pun seeloknya bairkan doh rehat sekejap sebelum goreng.
*minyak kena jaga dan jangan terlalu panas.
*aku dapat 37 ketul donut standard size guna acuan yang kat kedai banyak jual tu.

Bahan 1
1 paket yis
2 sudu gula
2 sudu susu pekat manis
1 cawan air suam

Bahan 2
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil baking powder
1 sudu the garam
next time beli mesin penggelek lagi senang kerja

Cara-cara

Campurkan bahan 1 dan biarkan kembang. Bekas hendaklah ditutup kemas selama 30minit (boleh guna wrapping plastik).
Dalam bekas lain, ramaskan bahan-bahan 2 dan kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi (bahan 1). tutup bekas dan rehatkan doh selama 1 jam.
Kalau adunan lembik itu adalah normal. Tak perlu tambah tepung. 
Lepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh mula terap guna acuan donut. Biarkan doh yang siap tadi rehat lagi 15 minit sebelum digoreng.

total donut yang dapat

chef paling busy nak tolong
Boleh disalut dengan gula/coklat atau topping lain.

muka happy lepas buat

donut untuk dia