Cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Resepi Kek Coklat Layer Cheese yang mudah dan sedap
Hadiah Sempena Hari Guru
Assalamualaikum,
Ok walau dah lambat dan memang dah lepas pun Sambutan Hari Guru kat sekolah Ikhwan tapi aku masih gigih nak mencari hadiah untuk cikgu Ikhwan.
Memang busy teramat bab nak cari hadiah ni.
Ilham tu nak muncul susah. Tadi masa lunch sempat singgah beli hadiah yang aku rasa praktikal kalau kasik cikgu Ikhwan.
Kalau aku jadi cikgu dia aku suka je sebab semua benda aku boleh guna.
Aku beli bunga clip, beg plastic kot nama dia dengan kotak kayu. Walau murah tapi aku rasa ohoi puas hati kalau dapat.
Hadiah Sempena Hari Guru
Dah Berusaha Tapi Masih Gagal
Aku sebenarnya ada tabiat yang bila aku dah berusaha banyak benda bila benda tak jadi macam aku predict mula la aku give up.
Walhal kalau ditengok usaha memang tak banyak mana pun. Memang patut tak dapat result best. Tapi tu la namanya manusia kan?
Rasa macam dah banyak dah buat, tapi hasil masih yilek. Tengah melatih diri juga ni. Melatih agar orang menerima apa adanya aku.
Penting ke penerimaan orang?
Sebenarnya kalau in real life as long as orang dalam circle kau selesa Atau tak kena bad effect atas tindak tanduk dan kehadiran kau
Dah Berusaha Tapi Masih Gagal
Jawab Soalan Pembaca Blog Tanya Tentang PTPTN
Jawab Soalan Pembaca Blog Tanya Tentang PTPTN
Soalan Berkaitan PTPTN & Upah Pengurusan
Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah
Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah
Perjalanan Raudah Sakinah
Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi
Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi
Sambutan Hari Lahir Suami
Sambutan Hari Lahir Suami
![]() |
| hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam rasanya manis..eh |
![]() |
| buku/card ucapan untuk abah..special |
![]() |
| happy birthday suami |
Latest trend camping jadi Glamping
Tadi baca blog Vivy Yusof. Dia cerita pasal dia Glamping dengan bff dia kat hutan mana tah. Masa baca tajuk terus google kepebenda la Glamping ni. Hoi ketinggalan sungguh tataw.
Rupanya Glamping adalah singkatan untuk Glamarous Camping. Lol.
Glamping is a portmanteau of glamour and camping and describes a style of camping with amenities and, in some cases, resort-style services not usually associated with "traditional" camping.
Latest trend camping jadi Glamping
Merajuk Susah Nak Move On
Merajuk Susah Nak Move On
Makan-Makan di Me'nate Setapak
Memang one of our favourite menu suami isteri ialah lamb. Berbanding beef kami lebih enjoy makan lamb. entah.
Hari tu rindu nak makan lamb jadi ajak suami ke Me'nate cawangan Setapak. Tempat luas dan selesa cuma yang tak best parkingkena bayar. Bukan parking dalam mall pun.
Oleh sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati merupakan our current favourite place kalau makan western ni so bila sampai Me'nate dalam otak dah set expectation yang dari segi taste wise and presentation kena at par atau lebih sedap.
Berdasarkan viral dan review-review pelanggan la kami sampai ke sini.
Makan-Makan di Me'nate Setapak
Review Me'nate Setapak
Apa yang aku kongsi adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Review ni pun suka-suka je. Mungkin salah aku tak minta explanantion cara masakan,
Bila sampai ke meja, lamb kami jadi dry sangat, jus dia hilang masa BBQ tu kot. Dia jadi garing. Tak hangus dan tak pahit.
Dah Pernah Cuba Smoked BBQ Beef Rib IKEA??
Apa yang best dekat Me'nate??
Resepi Aiskrim Malaysia Sumi Mudah
Setelah sekian lama baru dapat tahu resepi sedap untuk buat Ice cream Malaysia atau ice cream batang yang popular masa zaman kita kecik-kecik dulu.
Paling penting rasa tak muak dan berbaloi bila nak makan atau nak jual. Hari tu aku buat untuk berniaga masa hari sukan sekolah. Alhamdulillah laku.
Resepi Aiskrim Malaysia Sumi
Anugerah Meletop Era Mengarut
Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah
Hai semua. Sabtu minggu lepas aku cari
pengalaman buka gerai sempena hari sukan sekolah tadika anak buah aku bertempat
di dewan Ampang Jaya Taman Cempaka.
Tempat sama anak sulong aku, Ikhwan
Hafeez sukan sekolah tahun lepas. So agak familiar dengan kawasan tu mudah la
nak plan apa patut di jual pada hari tersebut.
Acara sepatutnya start pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.00tengahari. yang seronoknya aku tak berniaga seorang diri. Aku ajak biras aku berniaga sekali.
Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah
Untuk tapak berniaga, pihak sekolah
kenakan charge RM60 termasuk la untuk kerusi dan meja berukururan 7x3 kaki tidak
termasuk bekalan elektrik.
Tapak niaga dia bagi betul-betul di
luar dewan atas kawasan berumput. Untuk kedudukan tapak / meja siapa datang
dulu dia dapat meja pilihan hati.
Alhamdulillah biras aku sampai dahulu
jadi dia pilih meja paling startegik iaitu di tengah-tengah. Sampai awal je terus
set up meja.
Susun makanan apa yang patut. Macam
biras aku dia ada buat; cheese & chic sandwhich, sardine roll, karipap
ayam, kentang & telur puyuh, bihun goreng, kuih bakar jagung & pandan,
dan muffin chocolate.
Alhamdulillah semua habis kecuali kuih
bakar tinggal beberapa bekas. Aku pulak buat ice cream Malaysia (sumi). Dan aku
sengaja pamerkan Jus Bidan Dara & Norahwax.
Tujuan utama aku nak biasakan diri
dengan persekitaran macam tu. nak buang sifat malu. Nak ke depan. Nak
tingkatkan keyakinan diri. Amboi banyak kan tujuan. Alhamdulillah seronok
sangat.
Norah dan Jus Bidan Dara tak terjual
langsung ok, sebab aku langsung tak promote. Dan ice cream sumi aku habis. Yeay
termasuk yang cair aku buat sebagai display. Aku sempat buat 40 batang sahaja.
Ok la pulang modal dan sedikit untung.
Perkara Perlu Tahu Berniaga Hari Sukan Sekolah
Nak share apa patut korang fikirkan kalau korang nak join meniaga di hari sukan sekolah.
Tempat/tapak jualan
Malam sebelum tu hujan jadi tanah
memang habis becak, ada peniaga yang terpaksa keluar dari kawasan bawah khemah
cari tapak baru.
Alhamdulillah sepanjang hari sukan
berlangsung cuaca cerah dan sedikit panas.
Kena tahu target market siapa yang akan datang. Sepanjang aku duk meniaga situ, yang buat keputusan nak beli apa adalah BUDAK-BUDAK kecik tu. ibu bapa akan tanya anak nak makan apa. Ikut selera anak.
Jadi nak jual kena jual apa
BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK suka. Yang menarik perhatian mereka.
Sedikit tambahan; makanan yang selalu
dicari, nasi lemak dan sandwhich, karipap tu memang orang suka. Ada juga yang
cari air panas, tapi tak perasan pula ada yang jual atau tak ada.
Packaging makanan
Lagi bagus cari yang lutsinar, yang
nampak makanan tu. Tak perlu isi dalam kotak sebab orang ingat harga makanan
mahal.
Orang takut nak beli dan malas tanya.
Aku perasan hanya gerai aku je yang letak papan menu. Membantu ya. Selain
cantik membantu untuk tarik perhatian pelanggan.
Harga
Jual makanan pada harga murah
semestinya akan buat orang beli tapi jangan sampai kita rugi. Kalau kos agak
tinggi kena bijak main harga.
Jual menu berat (Nasi bajet, Nasi
Gulai Kawah, Spaghetti)
Nak jual menu berat boleh tapi kalau
acara sukan habis awal sebelum waktu tengahari potensi makanan tidak sempat
habis dijual tu tinggi.
Ice Cream
Ice cream aku mula terjual agak lambat
jugak. Pagi mana ada orang nak makan ice cream. Tunggu cuaca panas baru orang
akan cari. Yang penting kena ada start makan. Lepas makan baru orang nampak dan
orang cari.
Kalau jual ice cream macam aku sila la
buat signage atau lukis atau bagus ada loceng nak panggil orang beli.
Aku perasan gerai lain ada jual ice
cream Malaysia juga tapi dia letak dalam bekas putih ice box tanpa ais batu.
Risiko dia ice cream cair dengan cepat.
Makanan Unik
Makanan yang jarang aku jumpa tapi ada
dijual hari tu ialah ice cream macaron berharga RM6. Tapi tak banyak mana pun aku tengok terjual. Tak nampak orang makan.
Ada yang jual biskut kapit, berus gigi, Tupperware, makanan otak untuk pelajar seperti kismis dan madu. Sambutan tu suam-suam kuku je bagi aku.
Pengajaran & Kesimpulan Berniaga Hari Sukan Sekolah
Itu sahaja kot aku boleh share. Kalau
tanya kuantiti nak jual, aku tak dapat jawab specific bergantung apa jenis kau
nak jual. Kalau karipap ok kot 100biji. Tengok crowd jugak ok.
Memang hari tu aku banyak buat
pemerhatian sebab dah tanam dalam otak aku nak ambil pengalaman dan tengok
citarasa pembeli.
Bersyukur sangat aku dapat pengalaman
yang aku rasa amat berharga. Banyak perkara aku belajar. Nak jadi penjual mulut
kena ringan, muka kena senyum.
Oh aku ada dapat pembeli, budak
sekolah bila nak beli mata dia pandang ke lain tapi mulut kumat kumit mintak
karipap RM2. Pon boleh la dik asal kau beli.
Malu dengan aku agaknya.



.webp)
.webp)

















