Ini adalah entri sambungan
tentang anak Lemah Subjek Matematik yang aku pernah tulis sebelum ni. Elok je aku
search maka berderet-deret la iklan dan status naik berkenaan Matematik. Dalam banyak-banyak
tu memang ada satu sumber yang sangat-sangat membantu berkaitan pencarian aku.
Aku banyak buat carian di
aplikasi Thread sebab dekat sana circle aku ialah emak-emak yang ada anak bersekolah.
Ramai rupanya emak yang melahirkan rasa risau terutama anak ada masalah nak
score subjek Matematik.
Oleh sebab Ikhwan tinggal di
asrama jadi target aku nak carikan nota rujukan / latihan Matematik dalam
bentuk softcopy. By the way aku dah beli buku latihan dan buku rujukan hardcopy
untuk dia rujuk. Kalau ada tusyen online yang bayar ikut sesi nak juga aku
cuba, tapi setakat ni aku belum jumpa lagi.
Cikgu Matematik Online Percuma
Ramai beri pendapat yang kalau tinggal di asrama, aktiviti anak-anak memang dah sedia padat. Kalau belikan buku latihan pun anak tak sempat nak buat. But aku cuba sahaja, kalau dia mampu buat apa salahnya. Paling utama aku suruh dia tumpukan perhatian waktu dalam kelas masa cikgu mengajar.
Jadi aku berusaha yang mana mampu.
Plan asal nak buat latihan intensif jadi tak berapa intense sebab banyak assignment
dia kena selesaikan sepanjang cuti sekolah. Ada assignment berkumpulan yang
buat slide Canva, ada kerja individu dan ada juga kena buat rakaman video untuk
subjek Sains.
Nasib emak kau pernah buat kerja-kerja
merekod konten nak oi. Jadi tak susah sangat la nak bantu nak record dan buat
editing. Ala editing simple je. Dekat rumah memang dah ada softlight, mikrofon
dan tripod. Senang kerja, rezeki kau nak.
Berbalik kepada cerita Matematik,
sebenarnya aku dah jumpa lubuk latihan dan source yang aku rasa sangat membantu
dan boleh dipercayai. Hasil cadangan puan di Thread. Aku lupa nama dia. Dia cadangkan
untuk follow Cikgu Mohd Zakry Abd Rahim di Facebook. Korang yang ada anak
sekolah rendah digalakkan follow sebab dia banyak bagi nota dan latihan
Matematik sekolah rendah.
Cikgu Mohd Zakry ada juga buat
kelas matematik online secara percuma. Aku masih belum berkesempatan nak join
live dia. Setakat ni aku dah masuk Telegram Channel dia nampaknya aktif juga. Ada
juga promosi kelas tusyen berbayar. Boleh dah standby masuk dalam list kalau
memerlukan in future.
Jadinya sepanjang cuti sekolah
aku ambil bahan dari page Facebook cikgu Zakry dan aku susun print bagi
anak-anak. Memang elok la kejadian bila aku bagi latihan baru faham dekat mana
anak-anak kurang faham. Adik-adik dah faham bila abang pegang buku latihan
maksudnya yang lain pon kena buat.
Rumah waktu cuti dah macam pusat tuisyen. Sekurang-kurangnya waktu cuti anak-anak terisi dengan perkara berfaedah. Alhamdulillah tak banyak drama air mata tapi aku banyak kali je kejadian aku bertukar jadi singa. Normal lah kan? ahaks.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.