Berpuasa Semasa Hamil

Akak nak berkongsi hasil penulisan prof Dr Imelda Balchin yang akak follow di Facebook tentang berpuasa semasa hamil. 

Prof Dr Imelda Balchin adalah merupakan Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine di Pusat Perubatan Universiti Malaya,Kuala Lumpur. Dr ada terangkan berpuasa semasa hamil dari sudut Sains kesihatan.

Dr juga sebelum ni banyak berkongsi tentang pemakanan seimbang, cara hidup sihat, dan dia juga banyak terlibat dengan perang melawan mitos seperti ais mengakibatkan buncit. 

Berpuasa Semasa Hamil

Senang hati dan lapang dada dengan nasihat tu yang buat akak jatuh hati dengan perkongsian ilmu di laman Facebook Dr. Yang mana baik akak ikutkan. Yang mana payah nak ikut akak cuba-cuba mudahkan.

Berpuasa Semasa Hamil oleh Dr Imelda Balchin

Adakah Wanita Hamil Perlu Puasa? 

Ada sebabnya kenapa Allah tidak mewajibkan ibu yang hamil ataupun ibu menyusu berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika hendak berpuasa. 

Ini terpulang kepada ibu masing-masing, tetapi saya galakkan ibu hamil yang hendak berpuasa bertanya dahulu kepada pegawai/pakar perubatan sebelum berpuasa.

Apakah perubahan physiology badan wanita apabila hamil?

1) Pertama sekali, pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oxygen dan khasiat kepada janin. 

Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. 

Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu berkerja bila hamil.


2) Untuk membenarkan darah sampai ke rahim dan uri tanpa sebarang halangan, tekanan darah ibu menjadi lebih rendah semasa hamil. 

Tekanan darah yang rendah ini boleh menyebabkan setengah ibu hamil merasa nak pitam-pitam sedikit bila tiba-tiba berdiri atau bila berdiri dengan lama. 
Selain daripada itu, jumlah darah ibu meningkat lebih dari 1.5 Litre semasa hamil.


3) Jantung berkerja dengan lebih kuat lagi daripada wanita yang tidak hamil, walaupun semasa rehat, dan ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. 

Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. 

Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu kegersangan akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi.


4) Untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan selepas uri lekang daripada dinding rahim selepas bersalin, darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat daripada sebelum hamil. 

Hormon ibu semasa hamil menyebabkan hati membuat lebih protin yang memekatkan darah, dan inilah caranya Allah melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan.

Tetapi, kepekatan darah yang lebih tinggi semasa hamil ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) sebanyak 6 kali ganda. 

VTE berlaku kepada 1-2 per 1000 ibu hamil dan boleh membahayakan nyawa ibu. Risiko ini bertambah tinggi lagi jika badan mengalami kegersangan akibat tidak minum atau muntah-muntah yang berterusan. 

Jika pernah mendapat masalah VTE,  jika mempunyai berat badan yang berlebihan, jika menaiki kapalterbang perjalanan jauh selama lebih daripada 4 jam. 

Jika usia lebih daripada 35 tahun, jika demam disebabkan jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik, dan selepas baru bersalin 42 hari.


5) Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, dan bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. 

Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan.


6) Apabila rahim semakin membesar, terdapat tekanan dari bawah yang menolak perut ibu ke atas. Tekanan ini menyebabkan ibu hamil tidak boleh makan banyak-banyak. 

Ramai yang mendapat kepedihan ulu hati (heartburn) terutama selepas makan, dan muntah kembali. Ibu yang mengalami masalah ini hanya boleh makan sedikit-sedikit tetapi hendaklah makan dengan lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup.


7) Untuk membekalkan khasiat kepada janin, hormon progesterone yang dikeluarkan daripada uri akan memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus (reduced motility). 

Ini supaya lebih banyak khasiat dan air boleh diserap dari usus ke dalam darah ibu, sebelum yang baki itu keluar sebagai najis. 

Bila dibandingkan dengan wanita yang tidak hamil, pergerakan di dalam usus mengambil masa yang lebih lama, dan itulah yang menyebabkan najis yang lebih keras dan masalah sembelit yang lebih kerap dihadapi oleh ibu yang hamil. Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.


Sebab Kenapa Ibu Hamil Tidak Digalakkan Berpuasa 

Disebabkan 7 perkara di atas, saya selalu menggalakkan ibu yang hamil supaya minum secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (terutamanya jika masalah sembelit atau ada risiko VTE seperti di atas). 

Kurangkan pemakanan setiap kali makan tetapi memakan dengan lebih kerap, dan jangan makan sebelum tidur untuk mengelakkan heartburn.

Tidak ada banyak kajian perubatan yang menilai kesihatan ibu hamil dan janin selepas sebulan berpuasa dengan lengkap.

Kebanyakan ibu yang hamil tidak berpuasa. Ada kajian dari luar negara (USA dan UK) yang hanya menggunakan maklumat banci negara. 

Ia menunjukkan jika Ibu hamil itu seorang Islam, hamil ketika bulan puasa, ia mendapati anak yang dilahirkan adalah lebih kecil dan mempunyai lebih masalah persekolahan apabila besar. 

Kajian ini bukanlah yang berpiawai tinggi sebab ia hanya mengira bilakah anak yang Islam itu dilahirkan dan membuat andaian yang semua ibu hamil yang Islam itu berpuasa. 

Sedangkan ibu Islam di negara barat, kebanyakannya berasal dari Pakistan dan Bangladesh, dan anak mereka memanglah selalunya lebih kecil lagi daripada orang Puteh kerana sifat keturunan mereka. 

Lagipun, ramai anak mereka tidak fasih berbahasa Inggeris di sekolah dan akan ada lebih masalah persekolahan dan masalah pencapaian akademik di peringkat permulaan. 

Kajian yang berat sebelah macam ini boleh kita abaikan keputusannya. Tidak ada kajian yang berpiawai tinggi. Tidak ada randomized controlled trial.

Kajian yang berkualiti sederhana pula menunjukkan tidak ada kesan negative terhadap kesihatan bila ibu hamil berpuasa bila dinilai saiz anak ketika lahir. 

Tetapi bila dikaji saiz uri ibu yang berpuasa, ia lebih kecil daripada sepatutnya bila dibandingkan dengan uri ibu yang tidak berpuasa. 

Jika ibu hamil berpuasa pada musim panas di negara barat, yang waktu siang lebih panjang dan masa puasa yang lebih lama, kita mula melihat bukti yang pembesaran janin terganggu.


Ada juga dua kajian yang menunjukkan ada kesan terhadap pembesaran janin jika ibu berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan.

Justeru itu,

Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. 

Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.
 
Perbandingan paras gula semasa hamil
Perbandingan kandungan Gula dalam darah 


Sila lihat gambar di atas, Ini menunjukkan perbandingan kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak berpuasa dan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Paras gula yang naik turun tak terkawal ini untuk sebulan jika hamil boleh menjejaskan kesihatan janin, meningkatkan risiko pre-eclampsia, kelahiran pramatang dan pembedahan Caesar.

Bagi ibu yang mempunyai GDM (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja) yang boleh dikawal melalui penjagaan pemakanan dan bersenam, tanpa memerlukan rawatan metformin atau insulin. 

Boleh berpuasa jika boleh terus mengawal bacaan gula di dalam darah pada bulan puasa. Masalahnya bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi melambung selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. 

Saya syorkan mengambil bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa, sebelum sahur, dan dua jam selepas sahur. 

Jika dua jam selepas makan, bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat metformin. 

Tetapi jika bacaan masih tinggi juga selepas menerima rawatan metformin, lebih baik tidak berpuasa dan kawal semula pemakanan seperti sebelum bulan puasa.

Selamat menyambut bulan Ramadan. Yang tak boleh berpuasa pun boleh beribadah seperti yang berpuasa. Allah yang maha mengasihi. 

Ada sebabnya ibu yang hamil atau menyusu tidak diwajibkan berpuasa. Tiada kesalahan kalau tak berpuasa bagi ibu hamil atau ibu menyusu.


5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula

Salam. Nak kongsi 5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula, Kurang Manis & sumpah sedap yang telah dikongsikan oleh BrownButterBakes di Facebook. 

Terima kasih tuan punya resepi. Memang ini lah yang akak cari. Mengidam nak buat kek cantik siap ada frosting hebat.  

Memang dah lama teringin nak buat tapi tak jumpa resepi, dah ada ni boleh la cuba untuk raya nanti. itu kalau rajin, kalau tak rajin kita tunggu semangat tu sampai.




5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula


Kalau buat kek kena tahu mana satu frosting yang sesuai. Baru sedap makan. BrownButterBakes bakery yang terletak di Shah Alam dan terkenal dengan kek yang #sumpahsedap katanya ada share dekat bawah ni.



resepi frosting by brownbutterbakes.com




5 Resepi Frosting by brownbutterbakes.com

Dah tak payah buang masa, Jom tengok apa yang diperlukan.  Selamat Mencuba!




Krimwell Frosting resepi




Krimwell Frosting [Sesuai untuk Kek Mentega, piping for cake deco]
Sesuai untuk newbie macam akak la. Practise sampai terer baru buat frosting lain. 

Kebaikkan
✔ Murah!
✔ Senang handle untuk newbies.
✔ Sangat Stable untuk cuaca Malaysia, tak mudah cair

Kekurangan: 
❌ Bahan utamanya adalah lemak sayuran. Tiada langsung bahan dairy dlm ni. 
❌ Rasa biasa-biasa je. 

Bahan-bahan: 
1. Krimwell 
2. Icing Sugar - ayak 
Nisbahnya, Krimwell: Icing Sugar (2:1) 
Contoh: Krimwell 500g, Icing Sugar 250g

Cara-cara: 
1. Satukan dan pukul dengan mixer atau handmixer sampai kembang. 
2. Siap untuk digunakan.



Chocolate Ganache Frosting sedap



Chocolate Ganache [sesuai untuk Kek Chocolate, Kek Mentega, Brownies]
✔ Cara buat pun mudah. 
✔ Tahan Cuaca Malaysia. 
✔ Boleh simpan lama dlm fridge. 

Kekurangan: 
❌ Kos agak tinggi. 

Bahan-bahan: 
1. Dark Chocolate (compound boleh, ape 2 dark chocolate atau chocolate masakan boleh )
2. Dairy Whipping Cream. 
Nisbah Dark Chocolate: Whipping Cream, 3:2
Contoh: Kalau Dark Chocolate 300 gram, whipping cream 200gram. 

Cara-cara: 
1. Secara double boil, cairkan kedua-dua bahan sampai tiada ketul. ATAU
2. Secara microwave, panaskan selama 30 saat and kacau. Sambung step ni sampai tak ada ketul langsung. 

Handling tips: 
1. Masa panas, die memang cair. Jangan risau, biarkan dia sejuk, die akan memekat seperti kepekatan Peanut butter. Bile dah pekat boleh frost cake dan pipe ikut keperluan. 
2. Kalau dah simpan dlm fridge, kene keluarkan awal sebelum nak guna supaya die lembut semula. 



Cream Cheese Frosting Resepi sedap



Cream Cheese Frosting [Sesuai untuk Red Velvet, Rainbow cake, Lemon Cake]
✔ Agak stabil untuk cuaca Malaysia. 
✔ Cara Penyediaan yang agak mudah.

Kekurangan 
❌ Kurang tahan lama. 
❌ Kos yang boleh tahan tinggi.

Bahan-bahan: 
1.600g Cream Cheese / Krim keju (dibiarkan lembut)
2.250g Mentega (dibiarkan lembut)
3. 185g Icing sugar (ayak)

Cara-cara: 
1. Campurkan kesemua dlm dan pukul hingga semuanya bersatu. Jgn terlebih pukul



Swiss Meringue Buttercream Frosting Resepi senang




Swiss Meringue Buttercream [Sesuai untuk Kek pandan, Kek Victoria Sandwich, Menulis atas kek & Deco cake]

Ini sebenarnya paling favourite! Rase die lemak2 butter gitu. Mmg boleh rase nikmat pure butter dlm krim ni. Tak terlalu manis & cukup lemak berkrim!

✔ Tahan Cuaca Malaysia
✔ Boleh simpan dan tahan lama dalam fridge. 
✔ Selamat untuk Perempuan Mengandung dan Kanak-kanak. 

Kekurangan: 
❌ Mahal. Kos yang sangat tinggi!
❌ Penyediaan yang hazab.

Bahan-bahan: 
1. 4 biji telur putih
2. 370g Mentega Sejuk yang didadukan (Pure butter ya, buttercup tak main tau, frosting ni memang sedap kalau guna bahan premium)
3. 100 Caster Sugar 
4. Sedikit Vanilla Extract

Cara-cara: 
✔ Satukan telur dengan gula. Letak atas double boil. 
✔ Kacau dengan whisk sepanjang double boil. Kacau sehingga adunan agak panas and tiasa lagi kesan gula. (rase dengan jari)
✔ Alih dari double boil dan terus pukul dengan mixer sehingga mangkuk mixer sejuk. 
✔ Masukkan Butter sejuk dan pukul laju sehingga creamy. Selagi belum creamy, teruskan pukulan. 
✔ Campur Vanilla secukup rasa. 
✔ Siap untuk digunakan. Panjang ceritakan nak buat ni, tapi memang berbaloi! Kalau nak kek status #sumpahsedap, memangg kene rajin lebih sikit ya.



Creamy Hazelnut Frosting Resepi viral



Creamy Hazelnut Frosting [Sesuai untuk Chocolate cake, Brownies, Pavlova]


✔ Rasa seperti ice cream 
✔ Tahan cuaca Malaysia

Kekurangan: 
❌ Kos agak tinggi. 

Bahan-bahan: 
1. 300g Non-dairy whipping cream (jenama richgold) 
2. 2 sudu besar Hazelnut Spread (adjust ikut rasa sendiri) 

Cara-cara: 
1. Pukul Whipping cream sejuk sehingga kembang 
2. Campurkan dengan hazelnut spread dan pukul sehingga bersatu. 

Semoga apa yang di kongsi bermanfaat untuk yang nak mencuba. Kita belajar sama-sama ok. Terima kasih sekali lagi kepada BrownButterBakes bakery sebab berkongsi ilmu. Kalau pergi kelas kat luar nak belajar ni dah memang sah la mahal. Di doakan perniagaan anda berkembang maju. Aamiin. 


Ibu Hamil Perlu Puasa Atau Tidak?

Akak nak berkongsi hasil penulisan prof Dr Imelda Balchin yang akak follow di Facebook tentang ibu hamil perlu berpuasa atau tidak? 

Prof Dr Imelda Balchin adalah merupakan Pakar Perunding Maternal &Fetal Medicine di Pusat Perubatan Universiti Malaya,Kuala Lumpur. 

Ibu Hamil Perlu Puasa Atau Tidak?

Dr ada terangkan berpuasa semasa hamil dari sudut Sains kesihatan dalam artikel lain tapi untuk kali ni Dr terangkan pula golongan Ibu hamil yang tak sepatutnya berpuasa:

Perlu ke Puasa Bagi Wanita Hamil


*gambar google Image



Ibu hamil yang tidak sepatutnya berpuasa:


1) Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester)

2) Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi 

3) Ibu yang demam, tidak sihat atau muntah-muntah 

4) Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung. 

5) Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan metformin/ insulin)

6) Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran

7) Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin. 

8)Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat. 


Ha untuk ibu yang hamil kat luar sana, akak faham keinginan nak berpuasa tu. Excited kan nak puasa penuh. Tapi sesungguhnya Islam tidak kejam. 

Fahami diri dan kandungan anda. Dapatkan nasihat terbaik dan tahu kesihatan anda. In sha Allah semua selamat. 

Ibnu Abbas ra. mengatakan:

“Wanita hamil dan menyusui, jika takut terhadap anak-anaknya, maka mereka berbuka dan memberi makan seorang miskin.” (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Syaikh Al Bani dalam Irwa’ul Ghalil).

Begitu pula jawaban Ibnu ‘Umar ra.ketika ditanya tentang wanita hamil yang khawatir terhadap anaknya, ia menjawab, “Hendaklah berbuka dan memberi makan seorang miskin setiap hari yang ditinggalkan.”

Selamat Berpuasa. 

Sinopsis Pengantin Musim Salju

Sinopsis Drama Pengantin Musim Salju

Siapa peminat Alif Satar dan Siti Nordiana mesti dah tengok dan follow drama adaptasi novel Drama Klik! Pengantin Musim Salju kan? Akak suka. Memang kena gandingan Nana dengan Alif ni. Kali ni rasanya Nana lebih matang dalam lakonan dia.

Start minat gandingan Nana dan Alif ni dalam cerita Dia Semanis Honey lagi. Sweet dan tak over. Tak la nampak di buat-buat. Watak lain dalam cerita ni akak suka Dafi. Dalam drama Pengantin Musim Salju, Dafi bekerjasama dengan Nana kerja dekat studio pengambaran, kalau dalam semanis honey dia jadi assistant dekat butik Nana. Hidup sangat lakonan dia.

sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju
Hari Pernikahan K dan Adam

Menang Hadiah Give Away Komik Ke Bulan Oleh Ankel Jonni

Menang hadiah give away Komik Ke Bulan oleh Ankel Jonni 

Bulan April yang lepas aku ada kongsi yang aku adalah antara orang bertuah terpilih memenangi hadiah giveaway anjuran blogger Lea Azleeya

Seronoknya aku telah menang sebuah komik hasil penulis dan pelukis yang bernama Ankel Jonni. Alhamdulilah, akhirnya dah selamat sampai ke tangan aku. 

Komik ni bertajuk Komik Ke Bulan’s “Jali Ohsem the Comic” dan kisah dalam komik ni adalah tentang Jali, mak dan bapak dia. Kira lawak untuk se isi keluarga. 

Penyampaian lawak yang ringan dan tak perlu berfikir lama untuk gelak. Lawak sepatutnya seperti itu kan? Kalau kena explain bukan lawak namanya itu presentation.


Jali Ohsem The Comic Online


Pelawak & Pelukis Komik Ankel Jonni

Salute dengan Ankel Jonni ni sebab bakat melukis dan melawak dalam satu masa. Bila baca komik ni dapat rasa kesungguhan dia masa buat komik ni. Watak-watak dalam komik ni pun menarik. 

Tipu la kalau kata aku tak jelous dengan hasil lukisan dia sebab cantik dan kemas. Dulu masa kecik ada juga la cita-cita nak jadi pelukis, tapi Subjek Seni asyik dapat C je terus batalkan niat tu. 

Masa aku remaja dulu aku memang ketagih dengan majalah Blues Selamanya. Penulis kegemaran masa tu adalah segmen abang Ben. 

Banyak pengajaran aku dapat dari senaskah majalah. Masa tu tengah meningkat remaja so memang kena sangat dengan jiwa. Tapi sedih komik tu dah diberhentikan pun penjualan dia.


Jali Ohsem The Comic Ankel Jonni


Tahniah sekali lagi untuk Ankel Jonni dan semoga berjaya menghasilkan lebih banyak hasil seni yang bermanfaat untuk pembaca. 

Kalau nak baca hasil Ankel Jonni secara online boleh la singgah ke dan follow Facebook Page @KOMIKKEBULAN dan follow Ankel Jonni di Instagram @ankeljonni


Jali Ohsem The Comic lawak keluarga

 
Gunakan lah bakat yang Allah kurniakan sebagai salah satu medium untuk berdakwah. Semoga dengan perkongsian yang sempoi dan kelakar dapat menarik hati pembaca dan seterusnya meninggalkan kesan kat hati yang membaca. Dapat pahala. 

Food Review – Makan di BBQ Lamb KL Kemensah

Jumaat lepas adalah kali pertama akak makan di BBQ Lamb KL Kemensah. Kalau nak tahu BBQ Lamb KL Kemensah sebelum ni pernah viral sebab restoran ini la yang sediakan meja dan kerusi untuk pelanggan makan dalam sungai. 

Best kan? Ha berduyun-duyun lah manusia yang datang kat sini. Tapi untuk kali ni, pemilik BBQ Lamb KL Kemensah, En Zainuddin telah menjemput akak untuk merasai Set Hidangan Grill iaitu menu yang di tawarkan masa bulan Ramadhan akan datang ni. 

Masa turun je kereta dah terkeluar perkataan wow sebab terpegun dengan pemandangan aman damai hutan dan teruja tengok air sungai yang mengalir tu. 


Makan di BBQ Lamb KL Kemensa


Rasa nak lompat terjun je. Air dia bersih, jernih weh. Nampak batu dalam sungai tu. Kalau datang untuk makan dalam sungai tu mesti lagi best rasanya. 

In sha Allah nanti ada rezeki boleh datang lagi untuk cuba makan dalam sungai pula. 


BBQ Lamb KL Kemensah viral


Happening sangat kalau celebrate birthday atau buat majlis reunion dalam sungai kan?


BBQ Lamb KL Kemensah air terjun


Lokasi Restoren BBQ Lamb KL Kemensah

Restoran ni dekat sangat dengan Zoo Negara. Dari simpang Zoo Negara terus aje melalui kawasan perkampungan. Tenang je tengok hutan sambil dengar bunyi unggas. 

Kepada penggemar makanan khususnya BBQ dan juga pencinta alam semulajadi kena datang sini. Baru korang akan paham perasaan akak yang tak habis kagum lagi ni. Semua nampak cantik kat sini.



BBQ Lamb KL Kemensah berkelah

Set Hidangan Grill Menu Berbuka Puasa 


Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan set hidangan menu berbuka puasa yang pastinya berbaloi untuk di cuba. 

Ada 3 set yang boleh dipilih dan sesuai untuk dimakan 4 sehingga 6 orang. Seafood set, Bird Set & Meat Set. Tapi kalau datang berdua boleh ambil set untuk dua orang yang berharga RM100. 

Setiap set didatangkan dengan herbs rice, lamb soup, salad/coleslaw, kurma, puding, dan dessert ala red ruby tu. 

Herb rice ni makan macam tu pun dah sedap dan boleh refill. Untuk air pula, akan dapat dua jug jus buah yang fresh & tanpa gula. Dragon fruit /Manggo dan air limau nipis. 

Harga Set Berbuka Puasa Bbq Lamb Kl Kemensah

1. Set Seafood RM188/Set.
2. Set Daging (Meat). R188/Set.
3. Set Burung (Bird). RM168/Set

*berdasarkan pelanggan yang pernah datang, Smokey Duck, Kopi Abah Kaw & Dragon Fruit Juice adalah menu yang patut dicuba.


BBQ  Lamb KL Kemensah


BBQ  Lamb KL Kemensah bird set

Untuk Bird Set terdiri dari burung puyuh, ayam dan itik


BBQ Lamb KL Kemensah lamb


Candle Light Dinner

Kebetulan masa hari akak datang, staff tengah prepare satu table untuk candle light dinner. Special sangat sebab makan menghadap kolam air terjun. 

Yang mana nak tukar angin dan tunjukkan betapa romantiknya anda terhadap pasangan boleh la cuba bawa makan kat sini. Mesti suka. 




Kalau dah bosan asyik makan dekat tempat dan menu yang sama dan cari kelainan untuk berbuka boleh lah cuba datang berbuka dekat BBQ Lamb KL Kemensah ni. 

View cantik, makanan sedap, dan friendly service. Kat sini ada kemudahan asas yang selesa seperti tandas dan juga surau. So tak risau la. 

Paling penting kalau nak datang sini elok sangat buat tempahan, risau full pula kalau walk in. boleh hubungi no kat bawah ya. 

BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan Taman Zooview 
Kuala Lumpur, Malaysia 68000
Tel : 012-211 4100




3 Resepi Kek Mudah untuk Rumah Terbuka

3 Resepi Kek Mudah untuk Rumah Terbuka  

Sejak bekerja memang dari dulu kalau Hari Raya mesti ada je kawan-kawan suarakan nak datang beraya dan suruh buat rumah terbuka. Memang Meminta, aci ke tak aci? Masa masih menyewa dulu memang segan nak ajak orang datang. 

Dan bila dah duduk rumah sendiri baru lah terbuka hati nak jemput rakan-rakan. Tahun lepas buat juga rumah terbuka tapi kecil-kecil je. Itu pun ikut hari. Ada satu hari kami peruntukkan untuk ahli keluarga, dan ada hari untuk kawan-kawan. Bukan apa kalau ikut pengalaman, bila ramai sampai tak terlayan tetamu. Kasihan. Lepas tu size rumah agak kecik jadi tetamu kurang selesa. Elok lah raikan kawan-kawan dan keluarga pada hari yang berbeza. 

Nak buat ke tidak?

Untuk tahun ni masih belum decide nak buat rumah terbuka atau tidak. Bergantung pada situasi sebab cabaran besar nak siapkan juadah kalau anak masih kecil ni. Memang haru. Silap hari bulan tetamu makan biskut raya je kang. Walau masih tak pasti nak buat atau tak, semangat sediakan menu tu tetap ada. Kena fikir awal. So senang nanti. 

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Kekangan masa merupakan faktor terbesar bagi golongan wanita di zaman moden sehingga sering kali mengabaikan penampilan diri terutama bagi wanita bertudung. 

Mereka sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala yang berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.


Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Penjagaan rambut yang tidak sempurna mengakibatkan wanita jadi kurang yakin dan gagal mencapai cita-cita mereka. 

Sibuk dengan kerjaya dan aktiviti harian juga menyebabkan wanita tiada masa untuk tampil cantik.


Perasmian Syampu Safi Shayla Baru


SAFI Pakar Rambut Wanita Bertudung

Peka dengan masalah tersebut, SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri telah tampil dengan untuk menyelesaikan masalah golongan yang tersebut. 

Kini, SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut khas untuk wanita bertudung iaitu SAFI SHAYLA. 

Bukan hanya syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut. 

Untuk tampil lebih berdaya saing dalam memikat hati pelanggan, SAFI telah muncul dengan pembungkusan baru yang lebih menarik dan di datangkan di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.


Syampu hebat


Formulasi SAFI SHAYLA yang baru mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. 

Pilihan terbaik dengan memilih Habbatus Sauda yang telah lama digunakan sejak zaman dahulu kerana dipercayai dapat memberi manfaat kepada penggunanya.

SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. 

Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.  

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. 

Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

Selain daripada rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi SAFI SHAYLA kini disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.

Produk Terbaru SAFI SHAYLA


SAFI SHAYLA yakin dengan rangkaian produk terbaru ini, dapat membantu golongan wanita bertudung untuk tampil lebih yakin dalam mencapai cita-cita. Rambut yang sihat membantu wanita tampil lebih berani berhadapan dunia luar. 

Rambut yang cantik dan sihat bermula dengan rangkaian penjagaan rambut yang lengkap dengan syampu, Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut. Penjagaan yang lengkap amat penting dalam mendapatkan rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Hebatnya Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. 

Berbeza dengan produk yang ada di pasaran sekarang yang meninggalkan kesan apabila disembur, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. 

Sesuai untuk wanita moden SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. 

Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Untuk mendapatkan hasil rambut lebih lembut dan ringan, syampu dan serum SAFI SHAYLA haruslah digunakan bersama. 

SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan. 

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Syampu Shayla


Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

Syampu (8 variasi) – 160G \ RM8.35 & 320G \ RM13.65 

1. SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – 

Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.


2. SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – 

Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.


3. SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – 

Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.


4. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – 

Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.


5. SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan – 

Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.


6. SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol – 

Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.


7. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak – 

Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.


8. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – 

Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.


Syampu pouch (5 Variasi) – 480G \ RM14.65


1. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
2. SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
3. SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 
4. SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
5. SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


Syampu pump (5 Variasi) – 520G \ RM19.90


1. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
2. SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
3. SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 
4. SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
5. SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus


SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab (2 Variasi) – 100ML (RM17.90)


1. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab Licin Terus
2. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab Hitam Menawan


Kedua-duanya mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.


SAFI SHAYLA Serum Rambut (2 Variasi) – 50ML \ RM17.90


Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

1. Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.

2. Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut. 

3. Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

4. Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.


SAFI SHAYLA Minyak Rambut (3 Variasi) – 100ML \ RM11.90


SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. 

1. SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

2. SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

3. SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. 


Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. 

Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA yang lengkap amatlah bersesuaian untuk wanita bertudung atau pun tidak dalam memberikan hasil yang terbaik. SAFI SHAYLA dapat mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari. Diyakini Halal dan harga mampu milik menjadikan SAFI SHAYLA pilihan utama. 


Jom dapatkan segera SAFI SHAYLA yang boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

Resepi Biskut Raya Crunchy Caramel Almond

Resepi Biskut Raya Crunchy Caramel Almond | Memang setiap tahun kalau masih memegang title sebagai pekerja swasta haruslah akak buat biskut raya tunjuk-tunjuk aje. Tahun ni tahun pertama bergelar suri rumah sepenuh masa nak pastikan atleast ada biskut raya dari hasil tangan sendiri. Semangat gitu. 

Jangan tak tahu suami dah gelak kan awal-awal tapi itu tak mematahkan semangat akak nak menyediakan yang terbaik untuk keluarga. Walaupun tadi beli bahan je dah berapa ringgit. Mahal woi barang sekarang. 
Resepi biskut Crunchy Caramel Almond
sedapnya alahai rangup dan manis-manis gitu
*gambar google image from iresepi 

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M Kuala Lumpur dan Putrajaya

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H

In sha Allah andai masih dipanjangkan umur, akan berpeluang merasai nikmat bersahur dan berbuka puasa Ramadhan tahun ni. 

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M Kuala Lumpur dan Putrajaya dah siap kongsi awal-awal supaya tak kalut nak tengok last minit. Persediaan mental juga nak biasakan diri bangun awal. 

Rakyat Malaysia dijangka berpuasa bermula hari Khamis, 17 Mei ni. Kurang lebih 10 hari je lagi. Bersedia kah kita nak berpuasa? Untuk akak sekeluarga selain persiapan diri sendiri, untuk keluarga dan anak-anak akak dah siap-siap pesan supaya tak terkejut kalau dikejut bangun bersahur nanti. 


jadual waktu imsak dan berbuka Kuala Lumpur 2018

*sumber dari JAKIM

Harapnya tak panjang la drama anak bujang tu. Tahun persekolahan yang pertama dia berpuasa. 
Dah pesan supaya belajar berpuasa. kita tengok la nanti. 

Ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa

Semoga Ramadhan kali ni membawa perubahan dan memberi erti untuk kita semua. Ramadhan bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, Ramadhan juga mengajar kita supaya sentiasa mengingati Allah, ajar kita supaya bersabar, berkasih sayang sesama makhluk. 
Bulan yang juga menyucikan hati dan harta dengan bersedekah. Menjadi lebih pemurah. 

Untuk pembaca yang juga kenalan di alam maya. Selamat menyambut Ramadhan. Kak Diah pohon ampun dan maaf andai tersilap dalam menutur bicara dalam mana-mana entry dan segala comment yang tak dibalas mohon ampun maaf. 

Selamat Berpuasa. Let this Month Heal us. Assalamualaikum.