3 Resepi Kek Mudah untuk Rumah Terbuka

3 Resepi Kek Mudah untuk Rumah Terbuka | Sejak bekerja memang dari dulu kalau Hari Raya mesti ada je kawan-kawan suarakan nak datang beraya dan suruh buat rumah terbuka. Memang Meminta, aci ke tak aci? Masa masih menyewa dulu memang segan nak ajak orang datang. 

Dan bila dah duduk rumah sendiri baru lah terbuka hati nak jemput rakan-rakan. Tahun lepas buat juga rumah terbuka tapi kecil-kecil je. Itu pun ikut hari. Ada satu hari kami peruntukkan untuk ahli keluarga, dan ada hari untuk kawan-kawan. Bukan apa kalau ikut pengalaman, bila ramai sampai tak terlayan tetamu. Kasihan. Lepas tu size rumah agak kecik jadi tetamu kurang selesa. Elok lah raikan kawan-kawan dan keluarga pada hari yang berbeza. 

Nak buat ke tidak?

Untuk tahun ni masih belum decide nak buat rumah terbuka atau tidak. Bergantung pada situasi sebab cabaran besar nak siapkan juadah kalau anak masih kecil ni. Memang haru. Silap hari bulan tetamu makan biskut raya je kang. Walau masih tak pasti nak buat atau tak, semangat sediakan menu tu tetap ada. Kena fikir awal. So senang nanti. 

Resepi untuk pemanis mulut / dessert

Untuk tahun sudah, nak mudahkan kerja untuk pemanis mulut / dessert aku hanya tempah dari orang. Masa tu belum ada keyakinan nak mem baking. Tapi memang hantu makanan manis ni. Lepas tu timbul minat nak belajar baking. Puas la cuba beberapa resepi kek. Ada yang menjadi menjadi, ada juga yang rasa nak menangis tengok hasil dia. Tapi tu semua tak patahkan semangat aku nak terus mencuba. Nak kata pandai sangat tak juga cuma lepas la mengidam kalau teringin tu. 

3 Resepi Kek Mudah

Kali ni nak kongsi resepi kek mudah dan tak muak bila makan. Resepi Kek Butter, Resepi Kek Coklat Cheese dan resepi unbaked Strawberry Cheese. Resepi yang kalau first time buat mesti jadi punya. In sha Allah. Paling senang semestinya yang tak perlu dibakar tu. Ke tiga-tiga kek ni adalah kegemaran aku. aku pernah share entry tu dalam blog sebelum ni. Aku ulang tayang semula resepi.

Resepi Kek Butter 

1 buku butter
1 cawan gula 
4 biji telur 
2 sudu besar Susu pekat
2 cawan tepung kek

Cara-cara 

Putar butter dan gula sehingga gebu (Sampai Putih)
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang
Masukkan susu pekat. Gaul sebati guna spatula
Masukkan tepung dan gaul sebati. 
Panaskan oven sebelum bakar. 
Bakar kek selama 40 minit suhu 160c api atas bawah dan ubah suhu mengikut oven anda

Butter cake moist
Butter Cake gebu
*credit google image

Resepi No Baked Strawberry Cheese Cake 

6 keping digestive biscuit atau Biskut Merry
2 Sudu Butter
Whipping cream kotak kecil
Cream cheese 250gram
3 sudu besar Gelatin
5 sudu besar air panas
Yogurt strawberry
Buah strawberry
1 cawan Gula

Cara-cara:

Hancurkan biskut sampai agak halus. 
Cairkan butter dan gaul dengan biskut hancur dan masukkan ke dalam Loyang.
Tekap bagi padat dan masukkan dalam fridge dalam 10 minit. 
Untuk cantik kan Kek, susun hirisan strawberry di sekeliling Loyang (Hiris nipis).

Blend whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese, yogurt,gula dan akhir sekali masukkan gelatin yang telah dikacau dengan air panas. 
Gaul sebati. 
Tuang adunan ke dalam Loyang.
Sejukan kek semalaman atau 4 jam sebelum dihidangkan.  

Boleh juga masukan buat Strawberry yang diracik menjadi ketulan kecil ke dalam kek untuk rasa yang lebih urmpphh. 
Strawberry Cheese Kek
google image
Resepi Kek Coklat Cheese

Step 1: Bahan A - kukus adunan coklat sehingga masak
Step 2: Lapis dengan adunan cheese pula, kukus sehingga masak
Step 3: Lapiskan semula dengan adunan coklat, kukus sehingga masak

Bahan (A) - Masak atas api perlahan sehingga gula cair dan sejukkan dahulu
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat

Bahan (B) - 1 cawan tepung naik sendiri
Bahan (C) - 3 biji telur pukul sampai kembang

Cara-cara:
- masukkan (C) dlm adunan koko (A) yg disejukkan tadi kaup balik..
- kemudian masukkan (B) sedikit demi sedikit hingga tepung habis, kaup balik hingga adunan mesra sebati.

Bahan utk lapisan Cheese

250gm cream cheese 
60gm gula kastor
25ml air
1 bj telur
25gm tepung gandum

Cara-cara:

- pukul semua bahan KECUALI telur
- pukul sampai kembang, gebu
- masukkan telur pukul lagi

*masak 10 minit atau lebih ikut size acuan selang seli macam buat kuih lapis.
*wrap loyang/acuan supaya air kukusan tak menitik.. buat hingga adunan habis.
kek coklat cheese mudah
Kek Coklat Cheese Sedap
Ok tu je perkongsian untuk kek mudah yang boleh korang cuba. 
Senang je asalkan berani mencuba. Yang penting keikhlasan tu ada. Selamat mencuba. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.