Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M Kuala Lumpur dan Putrajaya

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M Kuala Lumpur dan Putrajaya | In sha Allah andai masih dipanjangkan umur, akan berpeluang merasai nikmat bersahur dan berbuka puasa Ramadhan tahun ni. 

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M Kuala Lumpur dan Putrajaya dah siap kongsi awal-awal supaya tak kalut nak tengok last minit. Persediaan mental juga nak biasakan diri bangun awal. 

Rakyat Malaysia dijangka berpuasa bermula hari Khamis, 17 Mei ni. Kurang lebih 10 hari je lagi. Bersedia kah kita nak berpuasa? Untuk akak sekeluarga selain persiapan diri sendiri, untuk keluarga dan anak-anak akak dah siap-siap pesan supaya tak terkejut kalau dikejut bangun bersahur nanti. 
jadual waktu imsak dan berbuka Kuala Lumpur 2018
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Kuala Lumpur  & Putrajaya 2018
*sumber dari JAKIM

Harapnya tak panjang la drama anak bujang tu. Tahun persekolahan yang pertama dia berpuasa. 
Dah pesan supaya belajar berpuasa. kita tengok la nanti. 

Ramadhan bukan sekadar bulan untuk berpuasa

Semoga Ramadhan kali ni membawa perubahan dan memberi erti untuk kita semua. Ramadhan bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, Ramadhan juga mengajar kita supaya sentiasa mengingati Allah, ajar kita supaya bersabar, berkasih sayang sesama makhluk. 
Bulan yang juga menyucikan hati dan harta dengan bersedekah. Menjadi lebih pemurah. 

Untuk pembaca yang juga kenalan di alam maya. Selamat menyambut Ramadhan. Kak Diah pohon ampun dan maaf andai tersilap dalam menutur bicara dalam mana-mana entry dan segala comment yang tak dibalas mohon ampun maaf. 

Selamat Berpuasa. Let this Month Heal us. Assalamualaikum. 

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.