Menang Hadiah Give Away Komik Ke Bulan Oleh Ankel Jonni - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

May 16, 2018

Menang Hadiah Give Away Komik Ke Bulan Oleh Ankel Jonni

Menang hadiah give away Komik Ke Bulan oleh Ankel Jonni | Bulan April yang lepas aku ada kongsi yang aku adalah antara orang bertuah terpilih memenangi hadiah giveaway anjuran blogger Lea Azleeya. Seronoknya aku telah menang sebuah komik hasil penulis dan pelukis yang bernama Ankel Jonni. Alhamdulilah, akhirnya dah selamat sampai ke tangan aku. 

Komik ni bertajuk Komik Ke Bulan’s “Jali Ohsem the Comic” dan kisah dalam komik ni adalah tentang Jali, mak dan bapak dia. Kira lawak untuk se isi keluarga. Penyampaian lawak yang ringan dan tak perlu berfikir lama untuk gelak. Lawak sepatutnya seperti itu kan? Kalau kena explain bukan lawak namanya itu presentation. 
Jali Ohsem The Comic Online
Jali Ohsem The Comic
 Salute dengan Ankel Jonni ni sebab bakat melukis dan melawak dalam satu masa. Bila baca komik ni dapat rasa kesungguhan dia masa buat komik ni. Watak-watak dalam komik ni pun menarik. Tipu la kalau kata aku tak jelous dengan hasil lukisan dia sebab cantik dan kemas. Dulu masa kecik ada juga la cita-cita nak jadi pelukis, tapi Subjek Seni asyik dapat C je terus batalkan niat tu. 

Masa aku remaja dulu aku memang ketagih dengan majalah Blues Selamanya. Penulis kegemaran masa tu adalah segmen abang Ben. Banyak pengajaran aku dapat dari senaskah majalah. Masa tu tengah meningkat remaja so memang kena sangat dengan jiwa. Tapi sedih komik tu dah diberhentikan pun penjualan dia. 
Jali Ohsem The Comic Ankel Jonni
Terima kasih Ankel Jonni
Tahniah sekali lagi untuk Ankel Jonni dan semoga berjaya menghasilkan lebih banyak hasil seni yang bermanfaat untuk pembaca. Kalau nak baca hasil Ankel Jonni secara online boleh la singgah ke dan follow Facebook Page @KOMIKKEBULAN dan follow Ankel Jonni di Instagram @ankeljonni 
Jali Ohsem The Comic lawak keluarga
Boleh baca secara Online 
Gunakan lah bakat yang Allah kurniakan sebagai salah satu medium untuk berdakwah. Semoga dengan perkongsian yang sempoi dan kelakar dapat menarik hati pembaca dan seterusnya meninggalkan kesan kat hati yang membaca. Dapat pahala. 

No comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.