Cara Mohon Ujrah PTPTN

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader yang tanya tentang macamana nak apply Ujrah? Nak tahu tentang detail serta kenaikan bunga jika lambat bayar pinjaman. 

Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah.








Cara Mohon Ujrah 


Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan Ijazah]. 

Penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  



Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.


Cara Permohonan 

Untuk mohon boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Memohon melalui online dan kena masuk website  PTPTN  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan tandatangan agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. 
Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. 

Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. 

So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. 

Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Kau orang juga boleh  minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.

Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri. 

Selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 

* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. 

Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.



Semoga Emak Sihat Selalu

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. 

Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. 

Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki. Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang.  Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. 

Semoga Emak Sihat Selalu

Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. 
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. 

Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. 

Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. 

Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. 

Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran.