Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com

 Assalamualaikum, 


Jom masih ada masa lagi nak sertai - Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com


Syarat penyertaan mudah aje:

  • Terbuka kepada semua blogger yang ada blog.
  • Buat blog post bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  • Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang

Nak mudah klik banner bawah ni untuk keterangan lanjut.



Perkhidmatan Pemandu Wanita – Jom Makcik

Diah tahu tentang MakCik Travel atau nama baru mereka selepas re-branding Jom Makcik melalui iklan di Facebook (FB).

Diah gunakan khidmat pemandu Wanita dari Jom Makcik beberapa bulan yang sudah disebabkan ketiadaan suami kerana outstation.

Suami outstation atas urusan kerja lebih seminggu juga. Jadi cari pemandu untuk urusan hantar dan ambil anak dari sekolah.

Nak upah pemandu lelaki rasa segan, ditambah faktor keselamatan jadi kita cuba minimakan risiko yang tak perlu. Selepas bincang dengan suami jadi kita guna khidmat Jom Makcik.


perkhidmatan-pemandu-wanita-jom-makcik


 

Perkhidmatan Pemandu Wanita – Jom Makcik

Waktu tu masuk dalam group FB Taman dekat rumah, mencari Pemandu Peribadi Wanita. Kebetulan terbaca posting dalam group yang seakan-akan sama mencari pemandu Wanita.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Diah terus hubungi admin Jom Makcik. Sebelum tu buat juga carian untuk pastikan ianya bukan scam.

Alhamdulillah proses berjalan lancar dan semuanya secara professional. Bertambah yakin bila proses ada SOP, bukan cincai-cincai. I like.


pemandu-wanita-jom-makcik



Jenis-Jenis Perkhidmatan Jom Makcik

Jom Makcik merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan servis pengangkutan & peneman untuk wanita oleh wanita di Malaysia.

Gembira sangat bila tahu tentang kewujudan perkhidmatan premium khas untuk wanita ni. Secara ringkasnya, mereka menawarkan tiga jenis perkhidmatan utama: pemandu, peneman dan AbiliCar.

Servis Pemandu Wanita – Sangat sesuai untuk penumpang wanita yang inginkan keselesaan dan keselamatan terutama untuk perjalanan jarak jauh dan di waktu malam.

Servis Peneman Wanita – Peneman akan bantu dan temankan pelanggan di sesebuah lokasi. Sesuai untuk urusan temujanji di Hospital dan Klinik.

AbiliCar – Sesuai untuk penumpang berkerusi roda yang memerlukan kenderaan yang diubah suai untuk membawa penumpang bersama kerusi roda ke sesebuah destinasi.

 


Cara Tempah khidmat Jom Makcik

Perkara perlu tahu sebelum menggunakan khidmat Jom Makcik ialah:

  • Servis ABILICAR adalah terhad, hanya tersedia untuk penumpang di Lembah Kelang dan perlu buat tempahan awal.
  • Waktu operasi adalah bermula 8 pagi sehingga jam 5 petang tetapi khidmat perjalanan lewat malam turut disediakan.
  • Sabtu, Ahad & cuti awam mereka cuti. Jadi buat tempahan awal semasa hari berkerja. Korang boleh hubungi nombor di bawah:

Cara Untuk Tempah: Whatsapp atau boleh rujuk Facebook JomMakcik


cara-tempah-pemandu-wanita-jom-makcik



Sekarang dah ada servis tambahan tau iaitu perkhidmatan runner dan personal shopperSehingga ke hari ini banyak juga Kawasan yang Jom Makcik cover termasuklah:


  • Lembah Klang - Petaling Jaya, Kajang, Bangi, Shah Alam, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
  • Lain-lain - Taiping, Alor Setar, Bukit Mertajam, Nilai.

 


Review Perkhidmatan – Jom Makcik

Overall Diah sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari Jom Makcik. Setiap pertanyaan diterangkan dengan baik dan pantas.


cara-tempah-jom-makcik



Selepas confirm segala maklumat, admin akan carikan pemandu yang tersedia. Selepas itu admin akan berikan detail pemandu.

Pemandu pun mesra dan akan hubungi melalui whatsapp untuk sahkan tempahan. Sebelum tu kena berikan detail tempahan untuk admin quote harga.

Jika semua setuju baru move ke next step. Alhamdulillah urusan Diah dipermudahkan. Memang tak serik nak guna khidmat Jom Makcik di masa depan.



Kesimpulan

Pendek kata, adanya perkhidmatan Pemandu Wanita seperti Jom Makcik memberi keselesaan kepada penumpang juga membuka peluang pekerjaan kepada ramai wanita.

Semoga lebih banyak servis seperti ini wujud di masa hadapan.

 

Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma

Setiap kali beli barang dapur mesti akan restock kudapan untuk sebulan. Kadang-kadang tak sampai sebulan pun bertahan, maklumlah askar ramai. 

Antara kudapan selalu beli adalah biskut dan makanan ringan. Memang la sebagai ibu bapa rasa bersalah bagi anak makanan kurang berkhasiat macam ni. 

Tapi kami cuba sebaik mungkin kawal pengambilan junk food untuk anak-anak. Beli bila masing-masing berkelakuan baik dan mendengar kata. 


Favorite-Biscuit-Biskut-Kelapa-Roma



Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma

Beri kebebasan supaya tak culuture syok. Risau esok dah besar boleh beli sendiri dia makan lebih dari sepatutnya. 

Antara biskut yang kami selalu beli ialah Biskut Munchy's Oat Krunch dan biskut Kelapa Roma. Setakat hari ini, dua biskut ni dapat sambutan dari anak-anak. 

Kami akan beli salah satu. Dah habis baru beli biskut lain. Pernah beli biskut lain sebelum ni, biskut terbuang begitu je. Membazir sungguh. 

Dalam rumah ni semua orang suka Biskut Roma. Jadi tiada isu pembaziran bakal berlaku. 


Biscuit-Roma




Celebrity Consumer Biskut Roma - Lee Min Ho

At the moment, favorite biscuit dekat rumah - Biskut Kelapa Roma. Biskut ni dari Indonesia di bawah Mayora Group. Ada Halal Indonesia. 

Kalau perasan, “celebrity consumer” untuk Biskut Roma ialah pelakon Korea, Lee Min Ho. Suka dia berlakon dalam kdrama - The Legend of the Blue Sea. 

Ala cerita Ikan Duyung yang kelakar romantik, heroin dia Jun Ji-Hyun. Watak gila-gila, masuk air. Sesuai je. 

Kalau nak tahu Mayora Group juga menghasilkan beberapa jenis produk, iaitu: Senarai penuh tengok sini 

Gula-gula: Kopiko, Kis, Plonk, Tamarin & Juizy Milk

Wafer: Astor, Beng-Beng, Beng-Beng Max, Roma Zuper Keju (Cal Cheese) & Roma Superstar

Coklat: Choki-Choki & Danisa


Biskut-Kelapa-Roma



Review Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma

Tak pernah sangka kami akan suka rasa kelapa sebagai biskut. Ikutkan perisa Kelapa ni biasanya orang tua je suka. 

Dulu masa kecik, selalu kalau raya mesti emak akan ajak buat biskut kelapa. Semestinya kami tak makan sangat tapi layankan saja permintaan emak. 

Biskut Roma tidak terlalu manis. Saiz dia yang sedang elok dipegang, rangup dan ada bau wangi kelapa. Sedap di makan macam tu je atau boleh cicah dengan air Teh panas. 

Tidak digalakkan sebab nanti terlajak makan. Lol. Suka pembungkusan dia, ada pilihan “Freshh Pack”. Biskut dibungkus dalam bungkusan lebih kecil. 


Favorite-Biscuit-Biskut-Roma


Takde isu biskut lemau lepas plastik dibuka. Oh kalau nak jual biskut jenama sendiri pun boleh juga tau, beli biskut siap je. 

Beli biskut borong then letak sticker brand sendiri. 



Kesimpulan

Review Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma ini bukan review berbayar. Sharing sebab biskut ni betul-betul kena dengan selera kami sekeluarga. 

Apa pun, makan jangan berlebihan ya. Makan seimbang yang penting. 



Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Minggu lepas, kami singgah makan di Restoran Lemang To'ki yang terletak di Bentong Pahang. Memandangkan masih awal pagi dan urusan di MRSM Bentong selesai lebih awal dari jangkaan.

Jadi, kami putuskan nak jalan-jalan makan angin di kawasan terdekat. Dekat tak dekat sangat. Kami ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Ambil masa 45 minit untuk sampai ke sana. Cerita tengok gajah nanti Diah kongsi dalam entri berasingan.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kami sempat singgah makan di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang. Tak jauh pun dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Ha biasa lemang orang makan time raya je, sekarang hari-hari dah boleh makan lemang tak perlu tunggu waktu raya. 

Lagi pun hati dah lapang sebab urusan UKKM Ikhwan lancar je. Kita tawakal setelah berusaha. 


Singgah-Makan-Di-Restoran-Lemang-To'ki-Bentong-Pahang


 

Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Ini kali kedua kami datang kesini. Kali pertama dapat dine-in sebab sebelum ni kami dapat bungkus dan makan dalam kereta je.

Waktu tu ramai sangat pelanggan, tempat duduk pun tiada jadi penyelesaian terbaik makan je dalam kereta. Kebetulan kami sampai sama waktu dengan geng-geng motor konvoi jadi memang tipis la harapan tu.

Rezeki kami dapat makan dekat sini dan memandangkan hari bekerja jadi masih ada meja kosong. Pelanggan tetap ada ya.

Senyuman masing-masing tak lekang kat wajah. Mana taknya, kami craving sangat nak makan  lemang To'ki yang lembut dan cukup santan.


Makan-Di-Restoran-Lemang-To'ki


 

Menu Baru To'ki - Ayam Bakar Cicah Air Asam

Dah sampai sini wajib la makan lemang. Kami ambil portion sepinggan agak besar. Ambil juga rendang daging.

Masing-masing tak mahu makan nasi campur jadi kami pesan juga Ayam Bakar To'ki. Menu baru mereka agaknya. Punya la lama tak datang sini.


Ayam-Bakar-Restoran-Lemang-To'ki-Bentong-Pahang


Sumpah sedap weh. Perapan ayam dia sedap, tak over light je rasa di cicah pula dengan air asam To'ki. Air asam dia pedas, masin, masam dan cukup rasa. Perghh sedap.

Tak cukup satu portion, kami pesan lagi dua pinggan. Masing-masing berebut makan. Sebelum balik beli satu botol pencicah air asam To'ki.


air-asam-To'ki



Menu Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Dekat sini ada pilihan nak makan lemang dengan rendang, ada juga kedai nasi campur dan kedai aneka mi. Ada juga pisang, keledek goreng. Jadi banyak lah pilihan.

Selain lemang dan Ayam Bakar, pesan juga Mi Kari. Nasib kami tak ikut perasaan tamak. Nak habiskan apa depan mata pun payah. Kenyang betul.


Mi-kari-Restoran-Lemang-To'ki


Apa pun Alhamdulillah sekali lagi dapat peluang makan lemang To'ki. Selesai makan kami teruskan perjalanan gerak balik ke Kuala Lumpur.

 

Review Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Alhamdulillah kami sekeluarga suka lemang To'ki. Rasa lemak, masin cukup semua dan nasi pulut tu tak keras. Tiada kerak.


Lemang-To'ki-Bentong-Pahang


Rendang dia pun sedap dimakan. Tapi bukan lah tahap sedap yang teringat-ingat. Rasa cukup enak untuk makan Bersama lemang.


rendang-daging-Restoran-Lemang-To'ki


Cara pembelian adalah layan diri. Jadi mudah dan cepat. Kawasan persekitaran restoran bersih, tidak berbau dan selesa tak panas sangat.

Pilihan makanan sesuai untuk semua peringkat umur dan restoran ni mesra kanak-kanak. Nak repeat? Of cos, kalua ada kesempatan nak datang lagi.

 

Kesimpulan

Kalau ada rezeki menuju ke Pantai Timur, korang kena singgah makan di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang ni dan cuba sendiri.

 


Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Semalam dari pagi hingga jam satu petang berada di sekolah sebab bantu cikgu mewakili PIBG sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun 2023.

Balik dari sekolah tu terus rasa nak demam. Penat sangat dan cuaca amatlah panas. Macamana cikgu-cikgu boleh bertahan ya?

Dengan cuaca, aktiviti sekolah yang padat, ragam anak-anak lagi. Tepat pilihan diri ini untuk tak teruskan cita-cita menjadi seorang guru.


Sambut-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


 

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Bila imbas semula, dulu waktu sekolah rendah pernah bercita-cita nak jadi cikgu sekolah. Entah itu atas sebab minat atau ikut kawan sebelah agaknya.

Doktor, Cikgu, dan Polis antara cita-cita pilihan waktu kecil dan paling banyak ditulis dalam karangan. Senang nak menulis sebab boleh bayangkan bidang kerja tu macamana.

Naik sekolah menengah, cita-cita Diah masih kabur. Tapi masa tu dah berangan nak kerja dalam pejabat jadi ada pendingin hawa dan jadi ketua.

Pengaruh drama dekat televisyen. Dalam drama Nampak gah kalau kerja dalam pejabat. Jadi, tercapai sudah cita-cita waktu kecil.

 


Tema Hari Kanak-Kanak - Cita-Cita

Berbalik kepada cerita sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah. Tema tahun ini adalah “Cita-Cita”. Cikgu galakkan anak-anak hadir dengan berpakaian mengikut tema.

Tidak ada paksaan, nak pakai baju sekolah pun boleh. Pakai baju biasa pun boleh asalkan sopan. Kasut pula kena pakai yang bertutup.

Untuk anak-anak siapkan awal kami beli costume Polis dari kedai mainan MRToy di AEON BiG Wangsa Maju. Cari apa yang ada supaya anak-anak rasa teruja cukuplah.


Sambutan-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kadang-kadang terfikir juga untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, kesiankan anak-anak. Tapi Alhamdulillah sekolah sentiasa peka, setakat ini belum ada isu murid rasa terpinggir.

Sambutan meriah tapi perjalanan majlis agak padat. Ikutkan dalam tentatif program ada pemberian Anugerah Murid tapi terpaksa ditangguh sebab tak sempat.


tema-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah


 

Sumbangan Hadiah Untuk Lucky Draw

Kisahnya seminggu sebelum majlis, sekolah ada minta sumbangan ibu bapa untuk hadiah ‘lucky draw’. Rezeki anak-anak banyak sangat sumbangan diterima.

Hadiah paling best semalam adalah dua buah skuter. Anak-anak PPKI yang bertuah dapat skuter tu. Paling banyak semestinya hamper dan juga set alat tulis.


kek-Hari-Kanak-Kanak


Lebih daripada separuh jumlah murid-murid yang bertuah mendapat hadiah. Ikhwan dapat Beach Towel, Raudah pula tiada rezeki.

Ikutkan Diah dan suami mana pernah bertuah bila ada Lucky Draw. Sedapkan hati selalu fikir yang masih ada orang yang lebih perlu dan layak dapat lucky draw.

Apa pun semua gembira dan tiada perkara tidak elok berlaku kecuali makanan sampai agak lewat. Perkara yang boleh dibaiki di masa hadapan.

Peringatan juga untuk diri pastikan anak-anak tidak kelaparan dan sarapan siap-siap dari rumah.

Acara paling seronok semalam adalah persembahan Clown dan juga gerai Aiskrim. Memang riuh rendah suara anak-anak terhibur.

 

anugerah-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah



Anugerah SUIT (Sahsiah Unggul Insan Terbilang)

Ikutkan sepatutnya ada juga acara penyampaian Anugerah SUIT. Pertama kali dengar dan pertama kali juga sekolah war-warkan.

Anugerah SUIT ada tiga; Kehadiran, Penampilan Bersih dan Sahsiah Terpuji. Kriteria dan pemilihan semua cikgu yang buat.

Semestinya berdasarkan pemerhatian oleh guru kelas. Ikutkan dah lama SUIT wujud, tapi sekolah baru je berjinak-jinak nak perkenalkan anugerah ni.

Nak baca tentang SUIT supaya lebih faham boleh rujuk sini - Apa itu SUIT

Raudah dan Ikhwan terpilih menerima Anugerah Penampilan Bersih untuk kelas masing-masing. Nak gelak pun ada.

Walaupun masing-masing langsung tak faham apa erti anugerah tu yang penting naik pentas terima sijil.


sijil-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kesimpulan

Sambutan Hari Kanak-Kanak tahun ini lebih bermakna sebab dapat cipta kenangan dengan anak-anak, dapat bantu cikgu dan sebagai ibu rasa bangga dengan pencapaian anak-anak.

 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Ilmu blogging baru untuk hari ini berkaitan widget – configure blog list.  Widget ni tak wajib pun letak dekat blog tapi boleh jadi sebagai tanda sokongan kepada kawan blogger yang lain.

Lagi satu, memudahkan Diah nak blogwalking kawan-kawan yang ada dalam senarai. InshaAllah akan lebih kerap drop komen lepas ni.

Semoga cita-cita tercapai la hendaknya. Amin.


cara-baiki-widget-blog-list


 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Teruja nak kongsikan sebab dapat belajar trick baru walaupun tidak faham sepenuhnya lagi. Rasa puas hati bila dapat kemaskan interface blog.

Macam entri sebelum ni Diah ada buat segmen “PencarianBloglist 2024 Rodiahamir.com”. Istimewa yang terpilih akan dimasukkan dalam blog list 2024.

Hari ni dah mula perlahan-lahan balas komen dan masukkan dalam senarai widget. Masih sempat lagi kalau  korang nak join sehingga 25 Disember ini sahaja tau.

 

Configure Blog List – Detail Tak Keluar

Waktu nak configure Blog List, Diah perasan yang result akhir tak mengikut apa yang Diah set kan. Jadi hodoh sudahnya. Sakit mata memandang walaupun kecil je kesalahan dia.

Di bahagian “Show blogs” kita boleh tentukan nak paparkan maklumat seperti “Title of most recent item, icon, Snippet of most recent item, Thumbnail of most recent item dan Date of last update”.


configure-blog-list


Walaupun dah set “on” tapi maklumat tu tak keluar. Jadi macam bawah ni. Entah la ini dikategorikan bug atau bergantung kepada template blog.





Cara Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Lepas godek beberapa tempat dan buat carian rupanya baru jumpa jawapan. Ikutkan kalau kita add bloglist dari list blog yang kita follow, widget akan detect nama blog sahaja.





Untuk buat blog paparkan maklumat yang kita pilih, kena tambah url dari macam ni; http://www.rodiahamir.com/ jadi macam ni http://www.rodiahamir.com/feeds/posts/default




Selepas tambah url feeds post dia bahagian akhir url, baru la paparan jadi macam apa yang Diah set kan sebelum ini.


configure-blog-list


Bersyukur dan seronok dapat belajar benda baru. Harap kawan-kawan dapat manfaat dari perkongsian kali ini tentang cara baiki widget blog – configure blog list.

Selamat mencuba.

 


Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Assalamualaikum,

 

Buat julung-julung kalinya Diah mengadakan segmen Pencarian Bloglist untuk diletakkan dalam blog. Sepanjang aktif menulis ni blog, ini kali pertama buat segmen macam ni.

Nampak ramai kawan-kawan yang dah buat jadi kita buat juga. Sambil kemaskan template blog. Harap ada yang sudi sertai.

Syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

 

  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com". Guna banner dalam entri ini dan link kan URL dalam entri penyertaan.
  3. Wajib letak blog http://www.rodiahamir.com dalam bloglist korang juga.
  4. Untuk yang dah sertai, boleh tinggalkan komen nanti Diah akan blogwalking.
  5. Segmen berlangsung sehingga 25 Disember 2023.

 

Jom la join!

Pencarian-Bloglist-RodiahAmir


Review Soopong – Makanan Korea Aunthentic Mesti Cuba!

Siapa suka makanan Korea mesti boleh dapat beza rasa makanan yang restoran claim mereka guna resepi origin from Korea atau tidak. 

Apa yang best restoran Korea yang ada di Malaysia ni, sesetengahnya akan adjust bahan dalam resepi ikut selera orang Malaysia. 

Bukan lah tukar resepi terus, cuma menggantikan bahan yang seakan-akan sama dengan resepi asal. Sesuaikan ikut selera tempatan. 


makan-di-sopoong-melawati-mall



Review Soopong – Makanan Korea Aunthentic Mesti Cuba!

Untuk korang yang rindu nak makan makanan Korea yang authentic, boleh ke restoran Soopong. Serius, ikut anak tekak Diah memang terasa makan makanan Korea yang asli. 

Dari segi pilihan menu Korea pun banyak sangat. Memang puas hati. Rancangan asal sebenarnya nak makan desserts, Bingsu. Ais kisar Korea lepas tu dia letak macam-macam topping dekat atas. 

Bayangkan pun dah terasa sedapnya. Nak pergi Mykori Desserts Café tapi buka pukul 2.30 petang pula. 

Restoran Sopoong ada Halal Certification.


sopoong-halal-status




Lunch di Restoran Soopong Melawati Mall

Jadi terus ajak emak dan adik ke Soopong. Kami datang pada waktu lunch hari bekerja jadi tidak la ramai sangat orang. 

Kami ke Restoran Soopong di Melawati Mall, paling dekat dengan rumah. Seronok makan kali ini sebab emak layan je selera kami. 

Bukan mudah ya nak memenuhi selera emak. Antara menu yang kami pesan: 


Jokkumi Bokkeum – Stir Fried Baby Octopus (RM24.90)

Baby octopus dia potong kecil dan tumis dengan Sos pedas (serbuk cili pedas dan bawang putih cincang). Dalam tu ada sayur (kobis, lobak, bawang). 

Set ni dapat nasi. Sedap pedas tapi Baby Octopus tu liat. Sos dia sedap, jadi ketagih nak habiskan. 


Jokkumi-Bokkeum-sopoong


Gimbap - (RM14.90)

Antara gimbap Diah suka adalah dekat Soopong. Pickled radish dalam dia yang berbeza dengan kami selalu makan dekat Dubuyo. 


Gimbap-sopoong


Japchae - Stir Fried Glass Noodles with Vegetables (RM18.90)

Suhun goreng dengan sayur, ditaburi dengan telur dadar hiris. Diterima akal rasa dia, emak yang makan dan emak suka. 

Sesuai untuk anak-anak sebab rasa manis tak pedas langsung. 


Japchae-Sopoong



Cheese Topokki – (RM21.90)

Penuh cheese, tapi kena makan cepat atau cheese akan keras. Adik yang makan, rasa okay tapi Diah tak minat Topokki sebab dia kenyal. 

Penat nak habiskan. Lenguh pipi mengunyah. 


Cheese-Topokki-sopoong



Strawberry Bingsu – (RM26.90)

Menu bingsu tidak ada setiap hari. Sedap berbaloi dengan harga. Tidak terlalu manis dan berlemak susu. Buah strawberry pun banyak. 

Dalam ais kisar ada letak mochi. Recommended. 


Strawberry-Bingsu-sopoong



Untuk minuman bagi Diah agak mahal. Air Kiwi RM10.90 (emak punya), jadi minum jelah ice water RM0.80 segelas besar. 

Ini pula side dish yang diberikan: 


banchan-sopoong



Sedap Ke Makanan Dekat Soopong? 

Sedap atau tidak sebenarnya adalah subjektif. Bergantung pada selera masing-masing. Tapi, kalau korang jenis yang suka mencuba dan sukakan Korea mesti boleh terima rasa Soopong. 


Ikut pengalaman, Diah pernah cuba beberapa restoran Korea: 

EID Korean 

Makan Di MrDakgalbi

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus

Makan di Nene Chicken Avenue K

K Fry Urban Korean

Dubuyo


Sopoong ditubuhkan pada 2011. Sopoong bermaksud berkelah dalam bahasa Korea, kalau ikut budaya mereka memang mereka selalunya pergi berkelah. 

Kalau ada scene berkelah dalam kdrama memang teruja tengok, sebab diaorangs etting lawa sangat. Makanan pun banyak diaorang bawa dan cantik. 



Review Sopoong Aunthentic Korean Food

Pendapat adalah berdasarkan pengalaman peribadi Diah makan di Soopong Melawati Mall. Kelebihan utama mereka adalah kepelbagaian menu makanan Korea yang ditawarkan. 

Boleh bandingkan menu Soopong dengan restaurant Korea yang lain yang lebih terhad. Jadi yang nak cuba makanan Korea halal boleh cuba di sini. 

Kalau bandingkan Bingsu di Dubuyo dan di Soopong memang lebih sedap. Harga semestinya lebih mahal tapi sebab sedap jadi boleh diterima. 

Portion makanan pun banyak, jadi boleh berkongsi untuk dua orang untuk satu menu. Setakat ni setiap kali Diah pesan makanan berkuah mesti akan tapau bawa balik. 

Beli Blouse Muslimah Ironless Murah

Assalamualaikum. 

Perkongsian kali ini adalah khusus untuk kaum sejenis Diah iaitu kaum perempuan. Lebih tepat lagi untuk kakak, adik, makcik yang mencari blouse muslimah ironless yang murah. 

Lelaki nak teruskan membaca boleh juga, tiada masalah. Boleh belikan blouse Muslimah ni untuk isteri atau adik perempuan ya. 

Diah sebenarnya dah lama mencari blouse yang selesa, tak payah susah nak kena gosok lepas tu kain tak mudah kedut. 


Blouse-Muslimah-Ironless-Murah



Beli Blouse Muslimah Ironless Murah

Nak beli tapi tak mahu harga yang mahal sangat, sebab tahu nafsu membeli belah ni banyak jadi memang akan kerap beli yang lain bila dah bosan. 

Dapat beli baju murah lepas tu dapat material blouse berkualiti memang satu bonus lah kiranya. Macam-macam kan kriteria perlu diambil kira padahal nak beli blouse je. Ahaks. 

Sebab tu kawan lelaki saya pernah cakap, perempuan ni makhluk yang complicated. Takpe saya terima dengan hati terbuka. 


blouse-muslimah


Ada dua jenis; 

Ala batwing / Cotton Plain - boleh beli dekat sini 

kalau nak ada design puff dekat bahu - boleh beli dekat sini




Beli Online, Blouse Muslimah Ironless 

Memang rezeki ya terjumpa dengan Blouse Muslimah Ironless yang murah ni. Sehelai blouse ni tak sampai RM16 korang. 

Diah beli tiga helai ya sebab tak boleh nak decide warna apa. Jadi pilih warna kegemaran, Maroon, Purple dan juga warna Cream. 


Blouse-Muslimah-Ironless


Oh Diah beli blouse ni dekat online je. Kalau ikut harga dan material blouse tu memang susah nak dapat harga tu dekat kedai zaman sekarang. 

Sebelum nak beli dah baca review pembeli. Jadi lebih yakin nak beli. 


Blouse Tyara Puff Sleeve Mini Waffle

Ada 14 warna pilihan. Material blouse ialah cotton. Bahagian dalam Plain Cotton dan luar dia adalah Mini Waffle. 

Pertama kali dengar, rupa-rupanya mini waffle sebab tekstur blouse macam waffle, bersegi tapi saiz mini segi empat kecil. 

Dekat bahagian bahu ada puff. Jadi cantik kejadian di bahagian bahu. Ada dua size; free size dan plus size. 


Blouse-Ironless-Murah


Free size boleh muat untuk perempuan ukuran dada maksima 44 inci, berat badan 75 kilogram. Labuh baju ialah 30 inci. 

Plus size pula ukuran dada bermula 46 inci dan ke atas. 

Bagusnya material blouse ini tidak akan mengecut, tidak akan mengembang apabila dibasuh. Boleh basuh guna washing machine. 


KOMUGI Japanese Bakery, Melawati Mall

Minggu lepas waktu jalan-jalan di Melawati Mall, ternampak kedai bakeri baru dibuka. Tak sengaja lalu sebenarnya. Bila betul-betul berada dekat dengan kedai, baru terpandang signboard kedai. 


Terpampang nama KOMUGI Japanese Bakery depan mata. Ya ampun secara tak sengaja menjerit kecil sebab terlalu gembira. 


Ya begitulah perangai saya bila jumpa benda yang saya suka. KOMUGI Japanese Bakery ni ialah one of my favorites kedai pastri. Terus Tarik tangan suami ajak masuk sama-sama.  


komugi-japanese-bakery



KOMUGI Japanese Bakery Pastry, Melawati Mall

Dulu waktu kerja, tahun 2016 Diah selalu beli roti dan kek di KOMUGI, Sunway Pyramid. Memang akan selalu beli signature Cheese Roll Cake mereka. 


Sudah berapa tahun Diah tak makan kek dan roti dari KOMUGI Bakery. Rindu sangat. Memang rezeki betul. 


Kalau nak tahu KOMUGI Japanese Bakery ni menjual bakeri dan pastri berkualiti dengan jiwa Jepun. Selalu tengok dokumentari kegigihan dan minat orang Jepun hasilkan bakeri dan pastri. 


Jadi bila mereka buka KOMUGI, mereka bukan saja promote roti dan bakeri tapi juga resepi dan budaya orang Jepun. 


komugi-japanese-bakery-melawati-mall



Menu KOMUGI Japanese Bakeri & Pastri

Kalau datang sini memang akan rambang mata nak pilih. Produk dia sangatlah aesthetik, cantik di pandangan mata dan sedap pula tu. 


Ada kek, biskut, Japanese Signature, Puding, aneka roti dan banyak lagi. Haritu Diah beli;


Hanjuku Cheese Roll RM6.90

Honey Roll RM5.90


Roll dia memang gebu, lembut dan cair dalam mulut. Paling penting tak terlalu manis. 


hanjuku-cheese-roll


Pandan Custard Bun RM3.80

Custard dia tidak berketul, tidak terlalu manis dan roti dia lembut. Nak lagi sedap simpan dulu dalam peti ais. Makan waktu custard tu sejuk. Memang nikmat. 


Pandan-custard-bun


Sausage Bun RM4.60

Spicy Chicken Floss Bun RM4.60

Pudding Mango RM6.90


Chicken Floss Bun tu terasa pedas dia. Cukup masin. Maff Sausage Bun anak Diah yang makan, tak sempat ambil gambar.  


Pudding Mango memang pekat sangat rasa dia. Macam makan puri buah pon ye juga. Makan sejuk-sejuk sedap. Selalu Diah beli Pudding Chocolate. 


mango-pudding


KOMUGI Japanese Bakery menjual lebih daripada 100 kepelbagaian produk Jepun asli berkonsepkan semula jadi, ringkas, segar setiap hari, buatan tangan dan premium.


Setakat ini kalau di Malaysia, ada di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Boleh semak store locater KOMUGI Malaysia


Selain tu ada di peringkat antarabangsa ada 15 cawangan francais di Filipina, dan 4 cawangan francais di Brunei. 


hanjuku-cheese-roll-komugi



Review KOMUGI Japanese Bakeri & Pastri

Apa yang Diah suka tentang KOMUGI adalah komitmen mereka menghasilkan produk yang berkualiti. Bila makan tu dapat rasa mereka jual kerana cintakan makanan. 


Entah, tak tahu nak explain macamana tapi bila makan tu boleh faham sendiri. 


Komugi bukan sahaja berhasrat untuk membuat semua pelanggan tersenyum pada gigitan pertama tetapi juga berpuas hati dengan perkhidmatan pelanggan budaya Jepun. 


kedai-roti-komugi


kedai-bakeri-komugi


Dari segi rasa pula, produk bakeri dan kek mereka tak terlampau manis. Sedang elok je. Entah, tak tahu nak explain macamana tapi sedap ya ampun. Kek dia lembut sangat. 


Kalau pertama kali cuba, dicadangkan cuba kek roll, kalau suka cheese cuba Hanjuku Cheese. Pudding dia pekat dan sedap. Selain Mango ada Pudding Chocolate dan Pudding original. 


macaron



Status Halal KOMUGI Japanese Bakery

Komugi Central Kitchen juga telah mendapat pensijilan halal pada Januari 2018 dan memperoleh pensijilan Hazard Analysis And Critical Control Points (HACCP) pada Februari 2021. 


Tanda halal terpampang besar diletakkan di hadapan pintu masuk kedai. Jadi Muslim boleh makan dengan selamat. 


Lepas ni tak payah susah-susah nak cari kek birthday boleh ke KOMUGI Japanese Bakery. 


status-halal-komugi-bakery